Jumaat, 7 Mac 2014

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Sekolah Kebangsaan <b>Bukit Lanjan</b> v2.0: Program Kad MyKasih

Posted: 24 Feb 2014 04:56 AM PST

MyKasih meneruskan lagi jalinan mesra dengan pihak SKBL, hari ini pihak mereka menyumbang kad prabayar dengan nilai permulaan sebanyak rm120 kepada setiap murid yang layak dan pada bulan-bulan seterusnya sebanyak rm60 akan dimasukkan ke setiap kad prabayar tersebut. Kegunaan kad prabayar ini meliputi perbelanjaan harian murid-murid di sekolah -makanan & alat tulis.
Fungsi kad prabayar ini umpama kad debit diluar sana.....wahhh satu pengalaman yang baru mungkin kepada murid-murid Asli di SKBL ini, disamping dapat berbelanja sedikit sebanyak mereka mendapat pengalaman baru menggunakan kad prabayar di sekolah. Mesin-mesin prabayar akan di tempatkan di kantin sekolah bagi perbelanjaan makanan harian mereka di sekolah dan satu lagi ditempatkan dikoperasi sekolah bagi perbelanjaan alat tulis mereka.
Mudah-mudahan meraka dapat memanfaatkan kelebihan yang diberikan untuk kepentingan pembelajaran mereka disekolah. Semoga dengan sedikit usaha dan sumbangan ini tidak akan membantutkan usaha mereka untuk berjaya dalam pembelajaran mereka. InsyaAllah...............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads