Pesawat ringan jenis Cessna yang dilaporkan hilang di sekitar kawasan Ampangan Batu dekat Batu Caves pada petang semalam telah dijumpai kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Tiga individu yang berada dalam pesawat itu turut dilaporkan selamat dan usaha mengeluarkan pesawat berkenaan sedang giat dijalankan.
Operasi mencari dan menyelamat yang dihentikan jam 9 malam tadi sepatutnya disambung semula 7 pagi ini di mana operasi tertumpu di sekitar Rawang dan Gombak membabitkan gerakan di darat dan udara.
Pesawat berkenaan dilaporkan hilang kira-kira pukul 6 petang semalam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.
Operasi mencari dan menyelamat kemudian digerakkan oleh pasukan bomba dan polis kira-kira tiga jam selepas pesawat berkenaan tidak kembali ke pangkalan, lapor New Straits Times.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan