Ahad, 23 Mac 2014

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Gambar 8 Remaja Mati Lemas <b>di Sungai Buloh</b> Kasap, Segamat Johor

Posted: 21 Feb 2014 06:27 PM PST

Gambar Sungai Buloh Kasap

Gambar 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor : Entahlah……tiba-tiba saat menulis laporan berita ini, kalangan kami daripada Berita Semasa terpaksa mengesatkan air mata apabila secara tiba-tiba air mata kami mula berlinangan sedikit demi sedikit.

Ya…Allah. Besarnya dugaan ahli keluarga saat menerima berita kematian anak-anak, adik beradik mereka. Inilah yang dikatakan hidup ini "ibarat pelita, bila-bila masa sahaja boleh padam". Lambat atau cepat sahaja. Dan inilah juga dikatakan…."asbab"disebalik ajak yang telah menemui 8 remaja ini.

Tengok airnya pun sudah pasti tidak lalu & tiada selera untuk mandi manda di Sungai Boloh Kasap, Segamat Johor. Tetapi 8 remaja mati lemas disebabkan salah seorang rakan mula tergelincir dan…..

Ikuti kronologi lengkap seperti di bawah ini…

Kronologi Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor

  1. 21 Februari 2014 (6 Pagi) : 12 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap, Segamat dari Taman Mewah keluar joging berhampiran Sungai Muar, Pekan Buloh Kasap, Segamat
  2. 8:50 pagi : Mereka berhenti di Sungai Muar & 8 daripadanya berhasrat untuk mandi. 4 remaja yang lain menolak kerana tidak tahu berenang
  3. 9:00 pagi : Seorang remaja & 8 remaja jatuh ke sungai akibat tergelincir dari tebing yang runtuh, sementara yang cuba selamatkan sebelum seorang demi seorang mati lemas
  4. 9:48 pagi : Operasi mencari & menyelamat dimulakan
  5. 3:29 petang : Mangsa pertama daripada 8 remaja mati lemas, Mohd Hafzul Daniel Norhashim, 14 berjaya ditemui
  6. 3:41 petang : Mangsa kedua daripada 8 remaja mati lemas, Mohd Zikri zaidi ditemui
  7. 4:22 petang : Mangsa ketiga daripada 8 remaja mati lemas, Nazrul Aminuddin Zamri, 15, ditemui
  8. 11 malam : Operasi mencari & menyelamat melibatkan baki 5 remaja mat lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor berhenti dan bersambung
  9. 22 februari 2014 (7:30 pagi) : Operasi mencari dan menyelamat lima mangsa mati lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor bersambung semula pagi ini..

Kejadian Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah 'menyedut', mangsa apabila terpijak dasar sungai itu.

Senarai Nama 8 Remaja Mati di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor :

  1. MOHD ZATI ZAIDI, 16
  2. MOHD ZAKRI ZAIDI, 14
  3. MOHD SYAFIQ MD SYUKUR,16
  4. MOHD HAFIZUL DANIAL NOR HASYIM, 16
  5. NAZRUL AMIRUDDIN ZAMRI, 14
  6. MOHD NAZRUL BIN ZAINAL, 15
  7. MOHD IZUAN HAKIMI AMIR, 13
  8. MOHD HAFIZUDIN KAMAL, 16

Gambar Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor

Berita Semasa difahamkan, 3 remaja mati lemas yang telah berjaya ditemui dalam kedalaman 20-30 kaki penuh lumpur dan ranting kayu.

"air lombong sangat berat & tiada arus, Sebab itulah kalangan yang pandai berenang sekalipun boleh tewas untuk kawasan bahaya seperti ini"

Nasihat & tips Berita Semasa untuk diri kami sendiri dan kepada rakan pembaca yang lain, jikalau berhadapan situasi mahu menyelamatkan orang lemas, perkara pertama yang perlu dibuat adalah mengetuk kepala si mangsa sehingga pengsan. Paling tidakpun, selamatkan orang yang tengah bergelut kelemasan daripada belakang.

Kalau anda rasa tidak kuat biar mangsa lemah dahulu (dengan kita berada dekat dengan mangsa dalam jarak 3-4 kaki dari belakang) dan apabila mangsa kelihatan lemah cepat-cepat sambar dagu menggunakan lengan dari belakang dan tarik mangsa daripada belakang. Elakkan, ketika mangsa sedang meronta, jangan sesekali pergi depan nanti dia akan melompat panjat kita dan kita akan lemas.

P/S : Apapun, semoga Allah merahmati roh-roh semua arwah dan beri kesabaran & kekuatan kepada keluarga bagi menghadapi dugaan ini. Salam takziah kepada keluarga mangsa!

KLIK Butang LIKE & SHARE Berita Ini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads