Ahad, 30 Mac 2014

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Pertembungan 6 penjuru <b>di Kapar</b> dan Kajang | Portal Islam dan <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2013 01:19 AM PDT

pathan hpc1
BANGI, 20 April – Setelah selesai secara rasmi penamaan calon hari ini, calon BERJASA disahkan akan menghadapi pertembungan 6 penjuru di P109 Kapar dan N25 Kajang.

Di Parlimen Kapar bakal menyaksikan persaingan antara BERJASA dengan Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga calon bertanding atas tiket Bebas.

Ustaz Mohd. Fathan Hussein dari BERJASA akan menentang Barisan Nasional (BN) yang diwakili A. Sakthivel, calon PKR  iaitu G. Manivannan dan tiga calon Bebas ialah Nurhamzah Suratman, A.R. Palaya dan Mohd. Nazri Abdul Aziz.

Manakala Dewan Undangan Negeri DUN Kajang pula menyaksikan pertembungan Ustaz Mohamad Ismail (BERJASA) dengan calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga tiga lagi calon Bebas.

BN menampilkan calon Lee Ban Seng, PKR, Lee Chin Cheh dan calon bebas ialah Ong Yan Foo, Mohd. Iwan Jefry Abd. Majid dan Mohd. Khalid Kassim.

Pusat penamaan calon bagi Parlimen Hulu Langat diadakan di Dewan SMJK (C) Yu Hua, Kajang, di sini hari ini dalam keadaan terkawal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads