Ahad, 30 Mac 2014

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Bukti gerakan kristianisasi <b>di Shah Alam</b> | Portal Islam dan Melayu

Posted: 17 Dec 2013 09:12 PM PST

Utusan Malaysia
BANGI, 18 Dis – Sekumpulan lelaki dan wanita didapati menyebarkan agama Kristian kepada orang Melayu secara terbuka di Shah Alam minggu lalu.

Peristiwa ini menjadi satu lagi bukti bahawa gerakan kristianisasi bergerak aktif di seluruh negara.

Kumpulan terbabit dipercayai diketuai oleh seorang lelaki yang mendakwa warga Amerika Syarikat (AS) serta fasih berbahasa Melayu dan beberapa orang lelaki serta wanita tempatan dipercayai dari Sabah.

Demikian dilaporkan oleh wartawan Utusan Malaysia dalam akhbar itu terbitan hari ini.

Perkara ini dirasai sendiri oleh wartawan akhbar itu apabila didekati oleh kumpulan terbabit.

Mereka menggunakan pendekatan licik dengan beramah mesra terlebih dahulu sebelum meneruskan perbincangan lanjut.

Kumpulan itu menyasarkan golongan muda Melayu Islam dan memberikan komik berunsur agama tersebut bagi menarik minat sasaran mereka.

Akhbar itu juga melaporkan kumpulan itu aktif bergerak di sekitar I-City dan turut mengedarkan beberapa buah buku yang menerangkan ajaran agama itu.

Tindakan ini bersalahan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang melarang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

Sebelum ini telah wujud pelbagai bukti yang menunjukkan bahawa gerakan kristianisasi aktif di negara ini seperti perbicaraan kalimah Allah di mahkamah dan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor di premis gereja Damansara Utama Methodist Church.

Sumber gambar: Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads