Rabu, 5 Mac 2014

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Sulaman Lace Heaven: Fogging <b>di Kelana Jaya</b> cegah DENGGI

Posted: 11 Feb 2014 03:01 AM PST

Assalam semua dan selamat petang.
Sedang syok minum ayaq hangat, tetiba dengar bising-bising diluar.
Ohh rupanya staff dari Jabatan Kesihatan sedang melakukan FOGGING.
(Sudah hampIr 3 minggu cuaca panas terik. Hujan pun dah lama tak turun.
Jom kita pakat solat hajat moga dikurniakan hujan rahmat dariNYA)
Waktu Maghrib memang waktu Nyamuk keluar berjogging, so kurangkan aktiviti dikala senja ye.
Mari lah kita berwaspada dan mencegah daripada dijangkiti penyakit demam denggi yang sangat digeruni.



'Fogging' iaitu semburan asap macam kita sembur ridsect tu tapi semburan fogging pula dilakukan apabila sesebuah lokaliti itu terdapat kes demam denggi.
Tujuan semburan fogging dilakukan adalah untuk memutuskan rangkaian penyakit  demam denggi dengan membunuh nyamuk – nyamuk dewasa yang mungkin terdapat virus denggi didalam badannya.
 (Semburan fogging juga dilakukan ditempat yang tiada kes sekiranya kepadatan nyamuk dikawasan tersebut sangat tinggi.)
Tempat nyamuk aedes membiak pula ialah:· Dalam kolah bilik mandi.
· Dalam tempayan.
· Pada pengalas pasu bunga.
· Di dalam tangki septik.
· Peti sejuk yang menempatkan bekas tadahan air.
· Di dalam tayar buruk.
· Tong atau deram berisi air.
· Di dalam tempurung, buluh, botol dan apa-apa yang boleh menyimpan air.
· Di dalam tempurung kelapa yang terbelah.
· Di atas genting rumah.
· Di dalam buluh yang terbelah.

Cara mengelakkan demam denggi:
1. Hapuskan nyamuk aedes dewasa. Gunakan racun penyembur serangga di rumah.
2. Semburan kabus (fogging) untuk semburan kabus yang berkesan. Orang ramai perlu memberi kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus di dalam rumah.
3. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate ke dalam semua bekas menyimpan air tiga bulan sekali. (satu sudu = 10 gram untuk 20 gelen air) 
4. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.
5. Salin air dalam tempayan, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu dan cuci serta berus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
6. Buang air dari piring alas pasu dari masa ke semasa dan berus piring itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.
7. Tanam semula semua benda atau bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol, tin kosong, tempurung kelapa, kulit buah koko dan lain-lain.
8. Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).
9. Pastikan tayar-tayar buruk atau tak terpakai tidak menakung air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads