Rabu, 5 Mac 2014

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


ALLYSIA @ TIARA HEIGHTS, <b>SALAK TINGGI</b> : Kediaman Eksklusif <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2014 04:00 AM PST

Siapa yang tidak mengimpikan rumah yang dikelilingi kehijauan pohon dan ditemani kicauan burung setiap pagi.

Siapa yang tidak menginginkan bunyi cengkerik yang mengiringi keheningan malam mereka.

Namun, dalam keadaan persekitaran hutan batu yang dipenuhi asap dan debu, perumahan ideal tersebut hanya sekadar sebuah angan dan mimpi sahaja.

Walaubagaimanapun baru-baru ini keprihatinan pemaju, Seri Pajam Development terhadap keinginan pemilikan bersuasana di atas telah membawa kepada terbinanya projek perumahan berkembar 2 tingkat yang dikenali dengan nama Allysia@ Tiara Heights, Salak Tinggi. Bukan setakat perumahan berkembar 2 tingkat, sebaliknya Tiara Heights turut mengandungi projek-projek perumahan seperti, banglo dan teres 2 tingkat dengan jumlah unit yang menghampiri angka 300. Justeru, projek Tiara Heights ini bolehlah disifatkan sebagai projek perumahan elit (high end) berkepadatan sederhana yang amat sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan dan kehidupan yang lebih 'santai'.

Tiara Heights

Ya, buat anda yang tertanya-tanya tentang projek eksklusif ini, di bawah ini disertakan sedikit butiran mengenainya :

Projek perumahan eksklusif ini bakal beralamatkan Salak Tinggi, salah satu kawasan yang terletak di penghujung 'Laluan Naga', yang sering diperkatakan oleh para pelabur hartanah akhir-akhir ini. Salak Tinggi sepertimana yang kita ketahui, turut menjadi dambaan para pelabur kerana kedudukannya yang strategik di mana ianya merupakan antara kawasan yang paling hampir dengan hub penerbangan negara, Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Justeru, dari segi letak duduknya projek ini, pastinya nilai hartanahnya mampu meningkat tidak lama lagi.

Rumah berkembar 2 tingkat berkeluasan 40' X 84' bercirikan rekabentuk moden pastinya mampu menarik mereka yang berkeluarga untuk membina komuniti sempurna. 5 bilik yang setiap biliknya dilengkapi bilik air berjubin penuh pastinya sesuai untuk mereka yang mementingkan keselesaan. Selain daripada itu, siling tinggi di dalam rumah pastinya menjadikan sistem pengudaraan berada pada tahap terbaik bagi mengelakkan penghuninya kepanasan. Tidak cukup dengan itu, siling tersebut juga bakal dihiasi dengan lepaan siling (plaster ceiling) berdekorasi terkini bagi menambahkan lagi seri rumah yang dimiliki. Tidak dilupakan juga, '3-phase wiring' dan 'underground cabling' bakal melengkapi exclusivity rumah ini.

Dek kerna lokasinya yang berdekatan dengan KLIA, terdapat beberapa lebuhraya yang menjadi penghubung kepada projek perumahan eksklusif Allysia ini, antaranya :

  1. Maju Expressway – 10km
  2. North South Highway (Nilai Interchange) – 6 km

Selain daripada itu, projek perumahan Allysia ini turut dihubungkan melalui laluan rel di mana terdapat stesen-stesen seperti ERL Salak Tinggi dan KTM Komuter Nilai yang berjajaran 6 – 12 km dari perumahan eksklusif tersebut. Ini turut mampu meninggikan lagi nilai hartanah di kawasan ini dalam jangka masa terdekat.

Apa gunanya projek perumahan seeksklusif Allysia, sekiranya kawasan sekitarnya tidak dilengkapi dengan persekitaran dan kemudahan infra yang mengagumkan. Justeru, projek perumahan Allysia ini dihadirkan dengan pelbagai tarikan di sekelilingnya antaranya, barisan pusat pendidikan/pengajian tinggi seperti INTI International University, Manipal University dan Universiti Sains & Islam Malaysia (USIM) dengan jarak yang kurang dari 10 km bakal menghadirkan komuniti intelek di sekelilingnya, ditambah pula dengan Nilai Spring Golf Club yang terletak kurang dari 4 km dari lokasi perumahan ini pastinya mampu menarik golongan eksekutif untuk mendiaminya.

Pada harga serendah RM894,938 untuk tanah berkeluasan 6,446 kaki persegi dan ditambah pula dengan status 'Pegangan Bebas', ianya dilihat satu perumahan yang menarik untuk dimiliki. Namun, sepertimana yang sering saya utarakan di dalam siri seminar hartanah saya sebelum ini, kemampuan dan penilaian dari segenap aspek perlu diberi perhatian sebelum deposit/downpayment bertukar tangan.

Ketika melawat ke tapak projek ini tempohari, aku turut dibawa ke salah satu projek banglo hampir siap yang turut dibangunkan bersekali dengan projek rumah berkembar 1 1/2 tingkat di Tiara Heights ini dan ternyata pemandangan yang aku lihat 'teramat' menggiurkan nafsu beli aku.

Pada harga serendah RM1,231,000 dengan keluasan tanah dan binaan sebanyak 6,788 dan 3,064 kaki persegi, banglo secantik dan seluas ini mampu anda miliki. Sayangnya, kekosongan terkini yang dimaklumkan oleh pemaju hanyalah berbaki 3 unit sahaja. Ternyata dengan susun atur ruang, desain terkini dan pakej harga yang ditawarkan aku yakin kedua-dua projek Seri Pajam ini mampu menjadi produk 'terlajak laris' (telah terbukti dengan baki sebanyak 3 unit sahaja lagi), sepertimana yang telah dibuktikan oleh projek banglo fasa sebelumnya. Bagi anda yang agak sangsi dengan kata-kata aku ini, mungkin gambar-gambar berikut menjadi buktinya :

Rumah

Laman

Halaman luas yang sesuai untuk mereka yang ingin beriadah

Ruang Tamu

Ruang tamu yang mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan

Bilik Tidur 4

Bilik Tidur

Bilik Tidur 3

Bilik Tidur 2

4 dari 5 bilik tidur yang memenuhi ruang dalaman banglo ini

Dapur

Dapur kering gaya urban

Bilik Air

Bilik air yang menenangkan

Balkoni

Dari kacamata 'balkoni'

AE : Khabarnya, 'kos' penyediaan Perjanjian Jual Beli (S&P) dan Memorandum of Transfer (MOT) yang pastinya tinggi bagi projek-projek, bakal ditanggung oleh pihak pemaju. Untung beb!!


<b>Bandar Baru Salak Tinggi</b> • View topic - Ceramah Ust Don di Salak <b>...</b>

Posted: 25 Dec 2012 12:00 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Salam, Insyallah 2/2/2013..Ust Don akan datang ceramah di sebuah padang di Salak Tinggi- -jemput datang-bawak duit lebih... :) Tunggu makluman seterusnya-dalam proses minta kebenaran JAIS, POLIS dll.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads