Selasa, 11 Mac 2014

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Hotel Casuarina Dibangunkan Semula <b>di</b> Bandar <b>Meru</b> Raya <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2013 09:07 PM PDT

Perbadanan Kemajuan Ekonomi negeri Perak melalui anak syarikatnya Perak Corporation Berhad (PCB) mengambil inisiatif membangunkan semula Hotel Casuarina, sekaligus merancakkan aktiviti lagi pembangunan di kawasan Bandar Meru Raya, dekat Jelapang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, proses pembinaan hotel bernilai RM80 juta itu kini mencapai 75 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya sekitar bulan Jun nanti.

"Kerja-kerja pembinaan sedang berjalan begitu baik dan kita harap ia dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di tapak projek hotel berkenaan sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata, pembangunan hotel itu bakal menyediakan sebuah pusat konvensyen dengan kapasiti memuatkan hingga 2,000 tetamu pada satu-satu masa.

Selain itu, terdapat juga tambahan lapan bilik khas mesyuarat dan perniagaan yang mampu memuatkan 200 hingga 300 delegasi berserta kemudahan canggih disediakan pihak hotel bagi tujuan seminar atau persidangan.

Tambah beliau, pembangunan projek itu merupakan sebahagian pelan pembangunan dirancang kerajaan negeri.

Tegasnya lagi, hasil pembangunan mampu dilihat berdasarkan persetujuan dan kerjasama daripada beberapa agensi dalam bidang komersial mahupun pentadbiran.

"Diharap kawasan ini akan terus maju dan projek ini membuktikan perancangan pembangunan berada dalam keadaan baik dan saya gembira dengan tahap pelaksanaannya," jelas beliau lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar turut memberitahu Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) menerima 30 pemohonan dari syarikat pemaju yang berminat untuk membangunkan hotel di bandaraya tersebut.

"Maklumat positif diterima daripada pengusaha hotel memaklumkan perkembangan baik kerana sejak dua hingga tiga tahun lalu, setiap minggu bilik hotel penuh dan ini merupakan indikator yang baik kepada kemajuan negeri dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini," kata beliau.

Beliau turut memaklumkan dalam tempoh tiga hingga lima tahun, negeri tersebut bakal menerima pembangunan lebih pesat melalui perancangan pelan Perak Aman Jaya yang direncanakan oleh kerajaan negeri.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PCB, Ibrahim Yaacob berkata nilai pelaburan pembangunan di sekitar Bandar Meru Raya sejak 2000 mencecah nilai RM2.6 bilion.

"Kita anggarkan nilai pelaburan itu akan meningkat hingga RM5.4 billion menjelang tahun 2020 melalui pembangunan yang dijalankan di atas tanah seluas 2,018 ekar ini," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads