Selasa, 11 Mac 2014

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Wanita Maut Ditembak <b>Di Sepang</b>, Sindiket Hantar Pembunuh <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2014 10:14 PM PST


SEPANG – Padah terbabit dalam sindiket pengedaran dadah, nyawa seorang wanita berakhir dengan sebutir peluru menembusi kepala sebelum mayatnya ditinggalkan di sebuah ladang sawit di Sungai Pelek, di sini.
Mayat wanita berusia 29 tahun yang lengkap berpakaian namun ada kesan tembakan di kepala ditemui orang awam yang lalu di kawasan itu jam 9 pagi Sabtu lalu, sebelum mereka memaklumkan kepada polis.
Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan terbabit dengan sindiket pengedaran dadah.
"Mangsa tinggal di Cheras bersama anaknya manakala suaminya tinggal berasingan kerana mereka di dalam proses bercerai.
"Mangsa tidak terbabit sepenuh masa dalam aktiviti pengedaran dadah, tetapi hanya mencari pendapatan sampingan bagi menampung kehidupannya bersama anak kecil," katanya. - myMetro Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads