12 di meru - Google Blog Search |
Macam-Macam Ada <b>Di</b> Mydin <b>Meru</b> Raya :: Fashion, Parenting, Tips <b>...</b> Posted: 26 Jan 2014 06:42 PM PST Minggu lepas, ambil Qashrin dari MMSB dan terus ke Mydin Meru Raya. Gara-gara teringin makan Ayam Penyet AP di sana. Biasalah tiap-tiap bulan ada je tekak ini teringin nak makan macam-macam. Dah tentu si kenit tu seronok sesangat dapat jenjalan. Terus, Mummy cakap ini lah "surprise" untuk Qashrin. Hahaha. Selalunya kalau teringin nak makan ayam penyet, kami akan ke De Garden berhadapan Aeon Kinta City tu. Tapi selalu sangat ada je masalah diorang "ayam takde, ayam tak goreng lagi, nasi dah abis tak masak lagi". Jadi, kami gigihkan diri, dari MMSB ke Mydin di Jelapang Ipoh yang memang jauh sesangat-sangatlah. Macam kena ikot highway segala ni untuk sesuap ayam penyet. Dan yang paling best, ayam penyet ini adalah yang Mummy suka iaitu franchise ayam penyet AP di Ipoh. Yes! Yes!!.... Sedap!! Kadang-kadang this simple food can be very delicious. Just simply comfort food. Dah tak larat all the gulai lemak and kari. Lepas je memenuhi permintaan tekak, (hahaha) Qashrin pulak kata nak pergi ke Restoran Upin Ipin. Okay singgah lah kejap. Ternampak promo makanan baru mereka, ada dua pencuci mulut baru. Puding caramel dan puding sago. Okay, mari kita try dekat sini pulak. Family potrait... Puding sago untuk saya dan caramel untuk Qashrin. Order lagi satu untuk Opah takde gula melaka. Qashrin nak macam-macam. Tengok merchandise diorang ni, Mummy sendiri pon rasa nak beli semua. Tapi satu-satu lah yer Qashrin sebab semua harga boleh tahan jugak Dah kenyang-kenyang tu. Qashrin pulak kata, "mi, nak donut".... Baiklah nak, Mummy pon nak jugak makan donut. Mari beliiiii...........! Hehehe Balik rumah tu, tukar baju dan terus warna. Apa lagi kan.....menda baru harus kena melekat 24 jam. Lepas tu ntah kemana dah buku ni. Balik je, lepas Qashrin buat coloring tu terus tidur. Memang nak hantar ke Art Class seperti dirancangkan. Tapi balik rumah je, dia akan tidur. Kesian pun ada. Nak tengok kelas Sabtu Ahad punya nanti. Tengah fixing time untuk dia. Kelas Tang Soo Do pulak akan bermula lepas Chinese New Year. Yeah........inilah seminggu yang penuh dengan makan makan makan sebelum tibanya bendera Jepun. Hormonal changes makes me hungry!! Tak tahu lah. Hahaha.... Oh yer, minggu lepas, lepas je buat Pavlova Strawberi Korea, Mummy teringin makan mee rebus masak sendiri. Yup, for lunch, I cook mee rebus. Minggu ini semuanya selera tekak bendera Jepun. Hahaha Boleh ayat camtu.... Hari ini sangat busy...nak kena ambil gambar passport, nak buat salinan surat beranak Qashrin, dan shopping few office attires. Nantikan cerita di entri terbaru. Cya soon readers! Xoxo Mummy Akmar " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); |
You are subscribed to email updates from di meru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan