12 di sepang - Google Blog Search |
DIALOG RAKYAT: SAR mesyuarat terakhir <b>di Sepang</b> sebelum pindah Posted: 23 Mar 2014 12:02 AM PDT MALAYSIAKINI
Pihak berkuasa Malaysia yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang, mengadakan mesyuarat terakhir di Hotel Sama-Sama hari ini sebelum berpindah ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur. Pusat media di hotel berkenaan juga dipindahkan ke PWTC memandangkan hotel itu mempunyai komitmen tempahan daripada pihak yang terlibat dalam perlumbaan Formula One di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu depan. Mesyuarat hari ini dihadiri oleh wakil daripada pihak berkaitan termasuk MAS, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan serta Angkatan Tentera Malaysia. Panglima Angkatan Tentera Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika ditanya mengenai perkembangan terkini semasa meninggalkan bilik mesyuarat itu pada pukul 11 pagi, hanya berkata: "Tunggu kenyataan yang akan dikeluarkan nanti". Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac. Pesawat dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Misi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara yang memasuki hari ke-16 hari ini masih gagal memberi petunjuk sahih tentang nasib mereka yang menaiki pesawat itu. Usaha mengesan pesawat dilakukan di Laut China Selatan sebelum diperluas sehingga ke sebahagian besar perairan di barat Semenanjung Malaysia termasuk Lautan Hindi, apabila ada penemuan menunjukkan pesawat mengubah haluan selepas sistem komunikasinya dimatikan secara sengaja oleh pihak tertentu di dalam pesawat tersebut dan pesawat terbang selama tujuh jam selepas itu. Pencarian kemudian ditumpukan kepada dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Laporan terkini memetik Perdana Menteri Australia Tony Abbott sebagai berkata beberapa serpihan kecil termasuk sekeping palet kayu, dikesan oleh sebuah pesawat yang terbabit dalam pencarian di selatan Lautan Hindi. Abbot dilapor berkata masih terlalu awal untuk mengesahkan kaitan penemuan itu dengan penerbangan MH370.- Bernama |
You are subscribed to email updates from di sepang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan