Rabu, 26 Mac 2014

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Pejabat baru ISMA bakal jadi pusat dakwah <b>di Shah Alam</b> - ISMAWeb

Posted: 29 Dec 2013 12:54 AM PST

SHAH ALAM, 25 Dis. - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Shah Alam kini menggiatkan aktiviti dakwahnya dengan pembukaan rasmi pusat dakwahnya hari ini di Seksyen 20, Shah Alam.

Menurut Yang Dipertua ISMA Shah Alam En. Dollah Sani b. Suratman, dengan pembukaan pusat ini akan menggiatkan lagi aktiviti dakwah di Shah Alam dan sekitarnya.

"Dengan rasminya pejabat baru ISMA Shah Alam ini, akan menjadikan ianya sebuah pusat dakwah di Shah Alam ini", katanya.

perasmian pejabat 4

"Di samping itu juga kita akan menggiatkan lagi aktiviti dakwah di sini yang mana dapat memberi manfaat kepada ahli ISMA dan masyarakat sekitarnya", tambah beliau lagi semasa Majlis Perasmian Pejabat Baru ISMA Shah Alam.

Selain itu katanya, ISMA Shah Alam akan mengadakan pelbagai lagi aktiviti yang menjurus kepada pembangunan jatidiri umat Islam, kebajikan dan kemasyarakatan, antaranya usrah umum, seminar, Circle Aulad, kelas Al-Quran dan sebagainya.

SA

Pejabat baru ini telah dirasmikan oleh En Abdul Rahman Md Dali, Naib Presiden II ISMA yang kemudiannya mengadakan lawatan ke pejabat baru sejurus selepas majlis.

Di akhir majlis, diadakan majlis penyampaian hadiah penghargaan bagi anak-anak ahli ISMA Ahah Alam yang mendapat kejayaan dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads