12 di ampang - Google Blog Search |
PARTI BOGEL <b>DI</b> JALAN <b>AMPANG</b>, KU NAN ARAH DBKL AMBIL <b>...</b> Posted: 08 Apr 2014 03:30 AM PDT Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengarahkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur agar mengambil tindakan ke atas satu parti liar haram yang bakal diadakan di ibu kota Jumaat ini. Menurut Setiausaha Akhbar Menteri, Mohd Hishamuddin Yahya yang dihubungi sebentar tadi, pihak Menteri telah mengarahkan pihak DBKL untuk mengambil tindakan sewajarnya agar parti liar itu tidak diteruskan. "YB Menteri Wilayah sudah arahkan DBKL, gunakan apa sahaja kuasa yang ada untuk membatalkan konsert tersebut" katanya. Menurut beliau lagi, pihak DBKL juga tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen untuk konsert seperti ini. "Ia dibuat secara haram, dan pada ketika ini para pegawai DBKL sedang berada di tapak penganjuran untuk mengambil tindakan" jelasnya lagi. Terdahulu masyarakat khususnya para pengguna media sosial berang dengan tindakan penganjur yang mempromosikan satu parti liar yang akan diadakan di Pool, Jalan Ampang dengan tema 'Topless Friday Beach Party'. Dalam erti kata lain, mereka yang ingin menghadiri parti tersebut perlu memakai pakaian yang selari dengan konsep pada malam itu. Parti liar yang mengenakan bayaran sebanyak RM35.00 untuk pengunjung lelaki itu turut menghidangkan minuman keras bagi menarik perhatian pengunjung. Seterusnya Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia, Mas Ermieyanti Samsuddin menyeru agar pihak berwajib tidak berkompromi dengan program-program seperti ini yang nyata tidak sensitif dengan budaya dan norma-norma masyarakat Malaysia. "Saya mohon pihak DBKL dan Datuk Bandar membatalkan terus semua permit program-program sebegini dan jangan bagi ruang kepada pihak tertentu untuk merosakkan akhlak dan budaya kita. "Apa yang paling utama, kesedaran masyarakat tidak kira kaum dan agama untuk menolak sekeras-kerasnya program tidak bermoral ini dengan tidak memberi sokongan atau sambutan terhadap penganjuranya" jelas ketika dihubungi petang tadi. |
You are subscribed to email updates from di ampang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan