Khamis, 10 April 2014

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di batang kali</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jan 2014 07:27 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sungai Kedondong <b>Batang Kali</b> Diarah Tutup Kerana Kencing Tikus <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2014 03:35 AM PST

air terjun sungai kedondong genting

Air Terjun Sungai Kedondong, Batang Kali.

Lokasi Sungai Kedondong ini tidak jauh dari rumah saya. Kawasan yang paling best untuk mandi mandi sebab airnya sejuk, bersih dan terletak tidak jauh dari jalan utama.

Paling mudah untuk ke sini adalah melalui Jalan Batang Kali – Genting. Selepas Kampung Orang Asli Songkok, jumpa jambatan yang merentangi sungai. Lokasinya hanya ditepi jalan utama sebelum sampai ke Cable Car Genting.

Pusat rekreasi Sungai Kedondong Ditutup Kerana Kencing Tikus

sungai kedondong ditutup sebab kencing tikus

Beberapa hari lepas, rakan sedaerah Hulu Selangor ada tag saya di Facebook mengenai berita Sungai Kedondong diarah tutup bermula 26 Disember 2013  kerana kematian remaja lelaki dan rakannya yang disyaki dijangkiti leptospirosis atau kencing tikus.

Saya semak portal rasmi Majlis Daerah Hulu Selangor tak ada pemberitahuan ini. Kecewa juga kerana sepatutnya portal rasmi memaparkan maklumat dan informasi terkini kepada orang rama khususnya penduduk Hulu Selangor.

Khabarnya kedua-dua mangsa mandi di sungai dan air terjun Sungai Kedondong, selain berkhemah dan makan di kawasan tersebut pada 14 sehingga 15 Disember 2013.  Pusat rekreasi ini berisiko untuk jangkitan leptospirosis kerana persekitaran yang penuh sampah sarap yang dibuang atau ditinggalkan oleh pengunjung.

Dengar tu……… sampah sarap!  Pelik dengan sikap kebanyakkan masyarakat kita.   Sanggup memandu jauh-jauh cari tempat yang menarik untuk habiskan masa hujung minggu tetapi tak pernah rasa bertanggungjawap menjaga tempat tersebut.

Suami saya memang sangat menitikberatkan mengenai kebersihan tempat perkelahan.  Setiap kali kami ke tempat seperti ini, sebelum mengambil tempat yang sesuai, kami akan kutip sampah sarap yang ada berhampiran dan begitu juga sewaktu ingin meninggalkan tempat tersebut.  Tak berat sangat kalau semua orang mengambil tanggungjawap ke atas sisa buangan masing-masing.

Latihlah anak kita, bentuklah generasi akan datang untuk sama-sama rasa tanggungjawap menjaga bumi tempat kita tinggal.  Kenapa malu untuk buat perkara baik?  Kenapa rasa susah untuk buat perkara betul?

Batang-Kali-berkelah-di-sungai-kedondong.jpg

Kepada rakan-rakan yang merancang berkunjung ke Sungai Kedondong sempena cuti Tahun Baru Cina ni, tangguhkan dulu.  Saya pun tak pasti status terkini Sungai Kedondong.  Saya akan update sekiranya ada maklumat terbaru.

Lagi gambar Sungai Kedondong, sila klik sini – Bersih Di Sungai Kedondong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads