Selasa, 15 April 2014

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


JAIS Serbu &#39;Solat Jumaat&#39; <b>Di</b> Hotel Bajet <b>Batu Caves</b> | AIDC

Posted: 12 Apr 2014 08:16 AM PDT

AIDCNews – 12/4/14 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu 'solat Jumaat' di premis dua tingkat di sebuah hotel bajet di Batu Caves, semalam.

'Solat Jumaat' itu diimani oleh seorang lelaki yang mendakwa ketua satu ajaran dikenali Jemaat Ahmadiyah Muslim Malaysia bersama lebih 30 makmum yang merupakan para pengikutnya.

Serbuan kira-kira jam 2.10 petang itu membabitkan 30 penguat kuasa JAIS diketuai Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasinya Shahrom Maarop selepas penguat kuasa agama itu melakukan intipan tiga kali Jumaat sejak tiga minggu lalu di premis berkenaan.

Ketika serbuan, ketua ajaran berkenaan juga berkali-kali mendakwa pihaknya mempunyai memorandum untuk diserahkan kepada kerajaan bagi mengiktiraf ajaran berkenaan yang bertapak di negara ini sejak puluhan tahun lalu.

Keadaan 'panas' seketika ketika serbuan semalam apabila pegawai penguat kuasa JAIS diketuai Shahrom tiba di tingkat bawah premis berkenaan yang 'dikawal' beberapa individu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads