Program bermula pada jam 6.00 petang iaitu pendaftaran. Kemudian peserta dan fasilitator menikmati makan malam. Selesai makan malam peserta diberi rehat untuk persiapan diri untuk solat fardhu maghrib berjamaah. Selepas solat fardhu maghrib dan aktiviti tazkirah dikendalikan oleh Saudara Muhammad Khairul Anwar bin Misnan.
Selesai tazkirah, peserta dan fasilitator menunaikan solat isya' secara berjemaah. Aktiviti team building yang dikendalikan oleh Saudara Aidil. Selesai aktiviti team building, peserta dan fasilitator memulakan aktiviti LDK 1.Objektif LDK 1
1) Adalah mengenali ahli kumpulan dan fasilitator dengan lebih rapat.
2) Menyediakan diri untuk menerima rakan baru.
3) Mewujudkan rasa selesa dan mesra serta memecahkann benteng yang menghalang komunikasi antara adik-adik dan fasilitator.
4) Memberi tumpuan sepenuhnya pada program ini. Para peserta diberi penjelasan mengenai 4T (ta'aruf,tafahum,ta'awun dan takaful).
Selesai LDK 1, peserta dibenarkan tidur awal untuk menunaikan solat sunat pada jam 4 pagi. solat sunat dikendalikan oleh Saudara Muhammad Syahmi Aiman bin Nor Azman dan Saudara Muhammad Syafiq bin Syafaruddin antaranya solat sunat tahajud, taubat, hajat dan solat sunat witir. solat subuh pula dikendalikan oleh Saudara Muhammad Khairul Hafiz bin Tusiran. Selesai solat subuh, peserta mendengar tazkirah pagi oleh Saudara Mohammad Faqirrul bin Mohd Zailan. kemudian peserta dan fasilitator bersarapan.
Selesai bersarapan, peserta melakukan aktiviti senaman pagi yang dikendalikan oleh Saudara Aidil. selesai senaman pagi, peserta direhatkan sebentar sebelum melaksanakan LDK 2. Objektifnya ialah
1) Memberi kefahaman tentang taharah , mandi wajib dan wuduk.
2) Mendedahkan cara berwuduk yang betul dan sempurna.
3) Mengetahui perkara-perkara sunat ketika berwuduk. m
4) Mengetahui khaifiat mandi wajib dengan betul dan sempurna.
Selesai LDK 2 peserta dihimpunkan di dalam surau untuk menunaikan solat sunat dhuha secara berjemaah yang diketuai oleh Saudara Muhammd Khairul Anwar bin Misnan. selesai solat sunat dhuha peserta bersama fasilatator masing-masing untuk LDK 3. Objektifnya ialah
1) memahami dan memperbetulkan khaifiat dan bacaan-bacaan di dalam solat.
2) menambahkan amalan-amalan sunat di dalam solat.
selesai LDK 3, peserta dan fasi menjamu selera . selesai menjamu selera, peserta diberi rehat dan tidur qailullah. selepas azan zuhur berkumandang, fasi dan peserta menunaikan solat zuhur berjemaah yang diketuai oleh Saudara Muhammad Syahmi Aiman bin Nor Azman.
selepas solat zuhur. aktiviti diteruskan dengan aktiviti explorace. Didalam aktiviti ini peserta diterapkan nilai kerjasama, tolong menolong, dan mempraktikan apa yang diperolehi dalam setiap LDK.
selepas explorace, peserta dikumpulkan untuk aktiviti penutup. acara penutup diketuai oleh Saudara Aidil. kata-kata dan ucapan dari Saudari Safiqah binti Rosli. sebelum bersurai, peserta bersama fasi bersalam-salaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan