12 di shah alam - Google Blog Search |
FOOD REVIEW : Restoran Steamboat <b>di Shah Alam</b>? - Blogger Posted: 21 Apr 2014 06:01 AM PDT Assalamualaikum and hello :) Kalau bab-bab cerita tentang makanan ni ok serahkan je pada yang pakar. Ehem! ok aku lah ;') Sampai suami sendiri gelarkan aku dengan perut naga @ perut dinosour. How dare u! T__T Kalau aku sendiri, tak kisah sangat kalau tak dpt pegi shopping, asalkan dalam weekend tu dapat cuba macam-macam jenis makanan. Jalan-jalan cari makan la citenye. Plus, aku dikurniakan suami yang kaki makan. Kalau aku x habis, dia akan licinkan dan macam tu jugak sebaliknya. ngeee! Macam aku ni memang apa-apa jenis makanan steamboat memang suka! Sampaikan masa hujung-hujung pregnant dulu aku pernah request nak makan Seoul Garden tapi tak sempat ditunaikan and last-last masa baby awal-awal lahir dulu asik terkeluar air liur. hahah nampak x tu? haha :'D Post @ entry ni dilarang sama sekali dibaca oleh korang yang tengah betul2 lapar dan tak makan lagi. Kalau tengah kenyang mungkin bernasib baik sebab boleh menahan lapar makanan yang nak cerita kat post ni. haha Last week, sempatlah jugak singgah makan dekat Restoran Steamboat D'kayangan. I'm sure, siapa yang duduk area Shah Alam mesti tau restoran steamboat ni. Tapi dah kenapa aku pulak tak tau, padahal 5-10 minit dari rumah? haha!! Sebelum ni pernah la nampak ada certain yang dok post gambar2 steamboat, tapi tak tau tu restoran mana. Last-last tu rupenye daripada Restoran Steamboat D'kayangan. huhu sabo je lah. Untuk Restoran D'kayangan ni, for those yang rasa-rasa nak pegi dalam kuantiti family yang ramai call dulu untuk reserve sebab masa aku sampai-sampai pun around 9pm, memang meja penuh sangat tau!! Femesssss! Sebabkan last week, ibu ayah mertua datang rumah, so ajak diorang pegi sekali cuba makan steamboat ni. Kira 4 kepala laa :) Nak bagi korang mudah terhasut dengan cerita ni,(haha), meh bagitau siap-siap harga untuk steamboat ni :) Kalau tak silap, dulu masa awal-awal bukak diorang hanya buat service steamboat, takde yang bakar-bakar ni, but now diorang dah start buat service yang lagi mantap and dapat sambutan iaitu ada untuk steamboat, dan ada untuk bakar-bakar daging, ayam, and lain-lain. Sampai-sampai je, macam biasalah diorang akan tanya, nak sup tomyam or ayam? And yessss of course tomyam my fevreto de ammor! Yang aku boleh perhatikan dari segi kebersihan memang boleh bagi A. sebab boleh tahan bersih dan selesa kalau nak bawak ahli family ramai-ramai datang sini ke, nak celebrate birthday dekat sini ke, and datang saje-saje lepak makan pon boleh! I love thisss!! rasa nak tercabut mata boleh tengok macam-macam jenis makanan ada untuk nak bakar. Rasa macam urghhh nikmatnye, kenapaaa laaa aku tak tau selama ni ada Restoran Steamboat yang best area Shah Alam ni :( huhu.!! Dekat sini ada macam-macam pilihan daging, ayam, sotong, ketam, ikan, udang, kerang, kambing pun ada jugak! pheww~ Dan bahagian antara aku suka jugak dekat bahagian-bahagian untuk steamboat untuk sup tomyam. Macam-macam jenis fishball ada! daripada fishball pernah makan sampailah yang jenis tak pernah makan pun ada. Alhamdulillah memang banyak sangat pilihan dan semua jenis fresh-fresh and yesssss menyelerakan! lagi-lagi yang penggemar steamboat :) meatball pun ada jugak! haa macam-macam lah, korang tengok gambar pun dah tau betapa banyaknyaa pilihan. sayur-sayur fresh dari ladang. baru petik.kehkeh. untuk sos pulak, ada macam-macam jenis sos! memang sendiri makan rasa x puas sebab sedap sangat sos campuran ni. Yang ni untuk bahagian jenis-jenis mee. Banyak jugak laa mee dia, tapi kalau aku, aku sangat suka makan steamboat dgn sup without mee! hehe. lagi suka makan fishball2 tu dgn sup :) sedapnyeee.huu. Maybe ada certain yang alah seafood or x suka steamboat, dekat Restoran D'kayangan ni pun diorang provide untuk nasi goreng and lain-lain menunye :) Best kan? Letak semua dalam satu bekas ni. So kot-kot yang ada bawak baby tu kan, korang kene make sure baby korang jauh sikit daripada asap ok? :) 3-4x round jugak lahhh kitorang habiskan semua makanan ni and repeat amik lagi dan lagi! haha. sedap kan! Saje nak letak banyak-banyak gambar yang sama!! hahahah nak kasi terpengaruh! korang wajib pegi ok !! Honestly, Alhamdulillah memang sedap. boleh bagi 5 bintang :) trust me. Definitely akan datang lagi InshaAllah. tunggu perut betul2 tengah lapar, inshaAllah mukaku akan muncul depan pintu Restoran D'kayangan.hehe So, untuk yang teringin nak cuba makan dekat Restoran D'kayangan Steamboat ni boleh laaa datang di seksyen 13 shah alam ok! Highly recommended untuk korang cuba. Kalau korang nak lagi details, boleh LIKE ataupun, korang ada instagram kan, cuba search hashtag #dkayangansteamboat. dekat situ korang boleh tengok macam-macam gambar dan feedback drpd customer yang datang :) Last but not least, tq so much Restoran D'kayangan for invite me :) sesungguhnya steamboat memanglah teramat sedap! LOCATION : Sri Acapella Servis Apartment, GPS Coordinates N3.088301 E101.54794 Shah Alam, Malaysia. Operation hours : Monday-Sunday Korang dialu2kan untuk share entry ini untuk suggestkan dekat kawan2 tntg restoran ni :) |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan