Rabu, 23 April 2014

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


6 Unit Terbakar <b>Di Sungai Pelek</b> | BeriTa PaNaz!

Posted: 06 Feb 2014 12:00 AM PST

Keadaan enam unit kedai yang terbakar dalam kejadian di Sungai Pelek jam 2 pagi semalam. - Foto ihsan Jabatan Bomba Cyberjaya

Sepang: "Tiada apa yang tinggal, malah ang pau yang anak dapat pun hangus. Ini adalah sambutan Tahun Baharu Cina paling menyedihkan dan tidak mahu saya kenang."

Tham Peng Wah, 62, sayu bersuara selepas tinggal sehelai sepinggang apabila kedai menjual peralatan dan kelengkapan ibadat miliknya bersama suami musnah dalam kebakaran kira-kira jam 2 pagi, semalam.

Dalam kejadian membabitkan enam unit kedai di Sungai Pelek di sini, Peng Wah kerugian kira-kira RM30,000 selepas peralatan dan kelengkapan di kedainya hangus.

Nyenyak tidur 

Ibu dua anak berusia 10 dan 13 tahun itu, tidak dapat menahan kepiluan ketika menceritakan detik cemas dilalui keluarganya semalam.

"Kami sedang nyenyak tidur sebelum suami terjaga kerana terhidu bau seperti kayu terbakar.

"Ketika dia mengejutkan saya dan anak, api sudah semakin marak dan saya hanya terfikir mahu menyelamatkan nyawa mereka.

"Suami saya menghidap kencing manis dan hanya melihat dengan sebelah mata. Mujurlah ramai yang membantu dan kami anak beranak selamat," katanya yang hanya sempat menyelamatkan dokumen penting termasuk kad pengenalan.

Beliau yang tinggal di situ sejak lebih 12 tahun lalu tidak menyangka Tahun Baharu Cina kali ini menjadi sambutan paling menyedihkan.

Tumpang rumah rakan 

Peng Wah berkata, mereka sekeluarga menumpang di rumah rakan sementara menunggu mendapat tempat tinggal baru.

"Stok kelengkapan kedai yang baru saja diambil untuk Tahun Baharu Cina hangus terbakar manakala pakaian sekolah anak tiada yang tinggal.

"Mujur ada yang sudi memberi kami wang untuk membeli pakaian sekolah anak," katanya.

Sementara itu, Penguasa Kanan Bomba II, Ketua Zon Selangor Selatan, Azmi Sadon, ketika dihubungi berkata, panggilan kecemasan kejadian diterima pada jam 2.10 pagi.

Ketika jentera pertama tiba di lokasi pada jam 2.19 pagi, katanya, api sudah marak dengan hampir 90 peratus kebakaran merebak tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Antara premis terbabit termasuk kedai membaiki motosikal, kedai runcit dan kedai membaiki alat pendingin hawa serta peti sejuk.

"Kebakaran dikawal sepenuhnya pada jam 2.43 pagi manakala punca dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya-Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads