Khamis, 22 Mei 2014

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Kisah Kehidupan Kami...: Jalan2 ke <b>Sekinchan</b>...

Posted: 06 May 2014 12:53 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cerita ni dah lama nak update... tapi banyak sangat benda yang berlaku sampaikan asyik tertangguh je. Kali ni, baru berkesempatan nak update di sini.

Kami telah pergi ke Sekinchan kira-kira 3 minggu yang lepas. Kali ni, kami pergi ke sana dengan family dan duduk lama sikit untuk merasai suasana kampung yang dikelilingi dengan sawah padi. Kami duduk di situ dari hari jumaat hingga Ahad, sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Kubu Baru untuk hantar Cik Ijah.

Sepanjang di sana, sempat la kami pusing2 kampung dan kawasan berdekatan. Pagi sabtu tu, kami jalan2 di kampung nelayan dan singgah sebentar di pantai Redang. Puas bergambar dan menghirup udara segar, kami teruskan berjalan di pekan Sekinchan pula. 

Sempat juga singgah di tepi jalan, untuk beli mentarang. Semua makan sedap je masa makan tengahari tu... saya je yang tak berapa suka dengan mentarang. Lupa pula nak ambil gambar menu makan tengahari tu, macam 2 ada... siakap 3 rasa, mentarang bakar, mentarang tumis, udang masak sos masam manis, dan sayur khailan. Nampak sangat semua dah lapar masa tu. Thanks ye Mak Yam masak sedap2 untuk kitorang.




Petang Sabtu, kami ke Bagan Nakhoda Omar untuk merasa Mee Udang. Rupa-rupanya kami la pelanggan terkahir petang tu... sebab kedai makan di situ tutup awal. Nasib baik sempat order dan merasa sendiri keenakan mee udang di situ. Memang penuh udang dalam mangkuk tu... hihi.



Ahad pagi selepas bersarapan, kami jalan2 berdekatan rumah Mak Yam yang dikelilingi dengan sawah padi. Sempat juga ambil banyak gambar di situ. Naim la yang paling seronok dapat bebas main kat luar rumah... pastu dapat jalan2 naik motor lagi sampai tertido. 









Terima kasih ye Mak Yam sudi layan kitorang semua yang banyak karenahnya... sediakan tempat tinggal serta makan dan minum. Jangan serik tau... lain kali kami datang lagi.  

Dari Sekinchan, kami terus ke Kuala Kubu Baru untuk menghantar sepupu (cik Ijah) yang belajar di IKBN Peretak. Balik tu terus je kami pulang ke Melaka. Dalam perjalanan balik tu, kesian kat en suami yang sakit kaki tapi masih nak drive jugak. Alhamdulillah kami selamat sampai rumah tengah malam tu. 

Keesokannya, nak jadi cerita... kaki en suami bertambah sakit dan susah nak jalan. Akhirnya kena juga tahan kat ward 4 hari. Rupanya lutut en suami koyak dan bengkak, dr terpaksa keluarkan cecair berlebihan di bahagian lutut dan selebihnya en suami kena jalani fisioterapi. Dapat la en suami mc selama 23 hari, yang berakhirnya hari ni. Esok en suami dah mula kerja... semoga semuanya berjalan lancar.

Terima kasih yang tak terhingga juga buat Ummi, Nenda, cik Hafiz dan cik Nun yang sudi tolong jagakan naim sepanjang Ibu ulang-alik ke hospital. Alhamdulillah lutut en suami pun dah bertambah baik.

Semoga bertemu lagi di lain masa. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads