Khamis, 22 Mei 2014

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai panjang</b> - Google Blog Search

Posted: 12 May 2014 10:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Peneroka <b>Sg</b>. <b>Panjang</b> Teraniaya : &#39;Kembalikan Semula Tanah Kami <b>...</b>

Posted: 07 May 2014 12:28 AM PDT

alt

 

SHAH ALAM 7 Mei - Peneroka Sungai Panjang mendesak kerajaan negeri Selangor supaya menarik balik keputusan untuk mengambil alih tanah di Sungai Panjang sekaligus memberikan hak milik kekal kepada peneroka memandangkan usaha peneroka di kawasan tersebut semenjak sekian lama.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd Zohdi berkata berkata tindakan pengambilan tanah oleh kerajaan Selangor melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan Perbadangan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) jelas menunjukkan tindakan tersebut telah mengganggu sumber rezeki golongan peneroka dikawasan itu.

"Memorandum ini berkaitan pengumuman kerajaan negeri Selangor terhadap rancangan pengambilalihan Tanah Hutan Simpan Sungai Karang melalui MBI dan diuruskan oleh PKPS.

"Semenjak sekian lama usaha peneroka mencari nafkah tidak diganggu. Sebahagian besar dari peneroka tidak ada tanah lain untuk diusahakan. Majoriti daripada mereka menggunakan hasil tersebut untuk menyekolahkan anak dan menyara keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandun kepada wakil Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pintu Utama Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di sini, hari ini.
 

alt

 

Tambah Budiman, satu majlis penerangan telah diadakan pada 12 April 2014 di Masjid Al- Khairiah Parit namun tiada jaminan berkaitan status pemilikan tanah kepada golongan peneroka.

Jelasnya, tindakan pengambilalihan tanah itu menimbulkan persoalan apabila kerajaan negeri tidak berusaha membangunkan kawasan ladang sawit baru dan bersungguh-sungguh untuk mengambil ladang sawit yang diteroka secara kecil-kecilan oleh peneroka di kawasan tersebut setelah sekian lama ia diterokai bermula lewat 40an.

"Aktiviti penanaman sawit juga tidak mengganggu status Hutan Simpan dan pengairan padi di kawasan berdekatan.

"Bagaimana nasib peneroka yang terlibat ini? Sudah tentu mereka akan kehilangan pendapatan dan mengubah lanskap kehidupan mereka.

Dalam pada itu, Budiman berkata, golongan peneroka yang menaman tanaman padi, sawit dan koko di kawasan Tanah Parit 14/15, Simpang 5, Sungai Ranjang langsung tidak menggangu status Hutan Simpan dan pengairan padi di kawasan berdekatan.

 

 

Last Updated on Wednesday, 07 May 2014 15:29

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads