Sabtu, 17 Mei 2014

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Coffee Planet <b>Di</b> Laman Seri <b>Shah Alam</b> - Melastik Bintang

Posted: 12 May 2014 09:00 AM PDT

Tengah hari semalam sempat luangkan masa makan tengahari bersama isteri. Mulanya dia nak makan di kedai mamak je, mungkin tekak nak rasa nasi kandar kot. Tapi tiba tiba plan berubah, kebetulan dia nak ke bank muamalat, kami buat keputusan makan tengah hari di Coffee Planet. Sebuah cafe yang terletak di Laman Sri Seksyen 13 Shah Alam.

Coffee Planet Shah Alam

Dari luar Coffee Planet Shah Alam

Coffee Planet asalnya dari Dubai dan kini ada francaisnya di Malaysia. Boleh dikatakan ianya sebuah cafe ala ala Starbucks juga dimana coffee merupakan menu istimewa di Coffee Planet.

Aku order Alfonso Peri-Peri dan minuman Iced Chocolate manakala isteri aku order Premium Brown Rice Chicken dan minuman Iced Tea Original.

Coffee Planet Shah Alam

Alfonso Peri Peri – RM 19.90

Coffee Planet Shah Alam

Premium Brown Rice Chicken – RM 17.50

Total harga makan untuk semua menu tersebut ialah RM 60.20

Suasana di Coffee Planet ini sangat santai dan tenang. Dekorasinya juga cantik dan selesa, bagi mereka yang gemar minum coffee sambil menikmati suasana yang santai Coffee Planet mungkin pilihannya.

Coffee Planet Shah Alam

Dekorasi di bahagian kaunter Coffee Planet

Servis juga amat memuaskan waktu aku pergi , tak perlu tunggu lama. Mungkin tak ramai orang waktu aku pergi tu. Tentang makanan pula Alfonso Peri-Peri bagi aku sedap , seperti kebab arab. Premium Brown Rice Chicken pula aku rasa kurang menarik sebab nasi dan ayamnya tidak mempunyai rasa seperti rasa pedas, rasa yang neutral. Mungkin kalau ayam tersebut diletakkan sedikit rasa pedas atau seperti sos lada hitam mungkin lebih sedap. Bagi aku,  harga tersebut kurang  berpatutan dengan rasa dan kualiti menu yang aku order.

Iced Chocolate dan Iced Tea Original pula bagi aku memang sedap!

Coffee Planet Shah Alam

Iced Chocolate – RM 11.90

Kalau nak datang boleh ke Coffee Planet Laman Sri Seksyen 13 beralamat di :

G16, Block 3,

Laman Seri Business Park, Seksyen 13,

40100 Shah Alam,

Selangor D.E

Blogger – Writer – Social Media Influencer
Penulis berasal dari Shah Alam. Terlibat dalam dunia blogging sejak tahun 2009 lagi. Seorang yang enthusiasm dengan Social Media dan bidang Penulisan.

If you enjoyed this article, get email updates (It's Free)

240 total views, 18 views today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads