Selasa, 27 September 2011

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Maksiat sempena Hari Malaysia : Anak Gadis Pengarah Agensi <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 08:54 PM PDT

No of View :1190

Gambar Hiasan….

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan anak perempuan seorang pengarah agensi kerajaan beribu pejabat di sini kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah hotel murah di Dengkil, dekat sini, awal pagi kelmarin.

 Difahamkan, perbuatan remaja perempuan berusia 19 yang bekerja sebagai kerani dan teman lelakinya berusia 26 tahun itu terbongkar selepas pegawai penguat kuasa JAIS dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyerbu bilik hotel disewa pasangan terbabit, kira-kira jam 3 pagi.

Sumber JAIS berkata, ketika serbuan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang memberi salam, mengetuk pintu beberapa kali serta menunggu kira-kira setengah, sebelum ia dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.

Katanya, pihak berkuasa kemudian melakukan pemeriksaan lanjut, sebelum menemui seorang remaja perempuan berpakaian lengkap yang sedang bersembunyi di belakang pintu tandas bilik hotel terbabit.

"Ketika disoal siasat lelaki dan remaja perempuan terbabit mengaku mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram yang sah. Malah, remaja berkenaan meminta dilepaskan kerana dia adalah anak seorang pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya.

"Teman lelakinya pula merayu supaya dilepaskan kerana mereka sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi.
"Bagaimanapun, helah pasangan terbabit terbongkar selepas remaja perempuan terbabit akhirnya mengaku bahawa mereka hanya kawan biasa dan tidak pernah bertunang dengan lelaki berkenaan," katanya ketika ditemui di sini.

Mereka adalah antara enam lelaki dan wanita berusia 19 hingga 27 tahun ditahan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang dalam operasi cegah maksiat sempena sambutan Hari Malaysia di sekitar daerah Sepang, mulai jam 1 hingga 4 pagi, kelmarin.

Semua pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) (a) dan Seksyen 29(1) (b) Enakmen jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika didapati bersalah oleh mahkamah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

from your own site.

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Pusat Honda 3S baru kini dibuka <b>di Sungai Buloh</b> Selangor | Pandu <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2011 08:45 AM PDT

Advertisement :

Pusat baru Honda 3S yang ke 59 kini telah dibuka secara rasminya di Sungai Buloh, Selangor. Honda 3S yang telah dijalankan oleh AutoWorld Asia Sdn Bhd adalah pusat Honda 3S yang ke 10 yang berada di Selangor.

Pusat Honda ini telah dirasmikan oleh Dato' B Bhaskaran Pillai, pengarah urusan AutoWorld Asia Sdn Bhd dan juga Yoichiro Ueno, CEO bagi Honda Malaysia.

Selain daripada itu juga pengarah urusan AutoWorld Asia Sdn Bhd juga berkata AutoWorld Sdn Bhd tiada kena mengena dengan Autoworld.com.my. Kedua-duanya daripada pihak yang berbeza.

Katanya lagi pengguna Honda yang berada di Selangor kini mencecah lebih kurang 60000 dan ianya adalah jumlah pengguna yang paling ramai adalah di Selangor. Dan jumlahnya semakin meningkat.

AutoWorld Asia mempunyai 59 rangkaian Honda di Malaysia dan 56 daripadanya adalah Pusat Honda 3S.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Terkini: Tokoh Korporat Yang Akan Bertanding <b>di</b> DUN Sementa <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2011 05:31 PM PDT

Terkini: Tokoh Korporat Yang Akan Bertanding di DUN Sementa Dan Parlimen Kapar

Rupanya beliau menyediakan kenderaan untuk Anwar Ibrahim pusing satu Semenanjung pada PRU yang lepas.  

Anwar tak keluar sesen pun… cuma duduk je.. siap pemandu beb!!!  

Huh… untung betul jadi kroni Anwar nih… Nasib kau la YB Manicka… alamat habis madu sepah dibuang la kau kejab lagi…huhuhuhu..  

Siapa tokoh itu??? Yang pasti bukan Khalid Gagap, kerana dia tokoh keparat!!!  

Siapa? Tungguuuuuuu….

Kredit to: http://gerakantimur.blogspot.com/2011/09/terkini-tokoh-korporat-yang-akan.html

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


krisis air <b>di</b> lembah <b>klang</b> : papan kekunci dot com

Posted: 21 Sep 2011 09:55 PM PDT

Minggu lepas pergi beraya di rumah ibu saudara di Semenyih, waktu kami datang air tidak ada hingga terlonggok pinggan mangkuk. Walaupun empangan Semenyih berdekatan, kawasan Semenyih tidak ada bekalan air mencukupi. Minggu ini saya mula perasan pada waktu malam air tidak ada bila buka pili walaupun kediaman berdekatan dengan sungai Klang yang keruh itu. Semalam di Kosmo, saya ada terbaca petikan "Krisis Rizab air di lembah Klang".

PETALING JAYA – Krisis air di Lembah Klang semakin menjadi kenyataan apabila saiz margin antara bekalan dan penggunaan air semakin rapat dengan anggaran jumlah itu sudah mencapai tahap tiga hingga lima peratus sahaja bersamaan 200 juta liter sehari (jlh).

Ini bermakna dalam kes kecemasan, jumlah rizab harian itu hanya mencukupi keperluan kira-kira 800,000 pengguna di kawasan Gombak.

Pengarah Eksekutif Perancangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Sanusi Sulieman berkata, kadar rizab yang diunjurkan oleh pihaknya ialah kira-kira 10 peratus untuk menangani keperluan waktu kecemasan.

Namun katanya, kekhuatiran mengenai bekalan air timbul selepas permintaan melonjak kepada 4,197 jlh sedangkan kapasiti pengeluaran air sedia ada setakat 4,326 jlh.

"Situasi ini membimbangkan kerana purata kadar penggunaan air naik 3.5 peratus, dan angka ini dicatat naik berterusan sejak 2005.

"Peningkatan permintaan ini dijangka berterusan sejajar dengan perkembangan pembangunan di kebanyakan kawasan di Lembah Klang," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat meja bulat mengenai isu bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini semalam.

Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason turut disertai Ketua Penolong Pengarah Lembaga Urus Air Selangor, Nor Zamri Sondor dan Pengarah Pusat Kajian Sumber Air Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Ir. Mohd. Zaki Mat Amin.

Kosmo! 23 Ogos lalu menyiarkan mengenai krisis kekurangan bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan ketiga-tiga kawasan berkenaan mengalami kekurangan bekalan air sebanyak 4.2 peratus iaitu 186 juta liter sehari.

Krisis air di Lembah Klang sudah ada tanda-tanda. Agaknya air memang sudah tidak cukup di Lembah Klang khususnya negeri Selangor tercinta ini. Teringat krisis air yang teruk dulu hingga kami perlu mendah air dihadapan rumah kerana tekanan yang cukup rendah. Pagi tadi buka pili hadapan rumah, air tak naik lagi. Malam ini nekad tadah air dalam tonglah jawabnya.

Pemilik Papan Kekunci merupakan anak kelahiran Klang, Selangor. Seorang wanita yang suka menaip di ruang sesempit blognya. Terima kasih kerana sudi membaca.

azura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Beraya <b>di</b> Kapar <b>Klang</b> Rumah Tn. Zamri | Cinta Hatiku Sampai Ke <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2011 07:15 PM PDT

Salam semua,

Semoga hari ini semua rakan-rakan pembaca blog ini sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya.. Musim-musim cuti ni pastinya ramai yang dapat undangan rumah terbuka rakan-rakan sekerja atau kenalan-kenalan.

Sama macam aku semalam sempat hadiri 4 undangan rumah terbuka di sekitar klang.. memang pendek kata balik terus terbongkang kekenyangan.

beraya di kapar 1 beraya di kapar 2 beraya di kapar 4

Kunjungan pertama di rumah Tn.Zamri (sepupu aku ni).. kebetulan sepupu aku ni baru pindah rumah baru so kita orang bercadang nak gi berayalah sambil tengok rumah baru beliau.. biasalah rumah baru mesti cantikkan.. sampai-sampai je terus belasah kuih raya dia.. hehehe.. Semoga Tn. zamri terus dimurahkan rezeki amin..

beraya di kapar 3 

Cantik design rumah yang baru dibeli ni.. siap ada beranda tempat lepak2 lagi.

 beraya di kapar 5

yang ni pulak anak saudara aku… anak kepada tn. zamri.. macam-macam gelagat dia buat.. seronok dia kita orang datang.. siap nak main sorok-sorok tu.. hehehe.. Zakuan bila nak dapat adik ni.. hehehe

 

 beraya di kapar 6 beraya di kapar 7 beraya di kapar 8 beraya di kapar 9

Lepas makan kuih je.. tn.rumah terus ajak masuk dapur..katanya ada masak special untuk kita orang… wahhh memang betullah dia masak masakan kegemaran aku.. Mee Bandung Muar.. memang terbaik…. nak kena minta resepi ni.. macam biasalah aku dengan cik malarang memang kaki makan so kami berdua tambah 2 kali lagi mee bandung ni.. hahaha.. adik aku dengan wife dia macam biasalah diet katanya… hehehe

Bukan setakat mee bandung je.. lemang moden, rendang dan ayam golek bro pon ada…. semuanya sedap-sedap belaka.

 beraya di kapar 10

gelagat zakuan naik kambing biru… geram pulak aku tengok kambing dia tu.. macam nak naik juga je.. hahaha.. anak adik aku perhati je kambing tu.. sat lagi berebut nak naik.. hahaaha.

Habis je makan-makan dengan sembang2 dengan sepupu aku .. kita orang terus g umah staff adik aku pulak.. dah tu g umah rakan sekerja cik malarang pulak.. dan last sekali baru singgah umah adik aku sekejab sebelum kita orang gerak balik.

Apa pon yang penting sepanjang korang gi beraya kalau boleh sentiasalah berhati2 di jalan raya.. lagi satu makan tu berpada-padalah ye..hehehe.

Hari ini ada lagi satu jemputan.. ingat lepas balik koje baru gi.. rezeki.. rezeki…

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


Why not investigate who applied for the 220 dubious names in <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 10:49 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan sejumlah 220 lagi warga asing daripada rang daftar pemilih di Selangor.Mereka antara 222 orang yang dibantah PAS Paya Jaras – dalam parlimen Subang – dan didengar suruhanjaya berkenaan pada Selasa dan Rabu lalu.Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS DUN itu Mohamad Fisal Mohamad Yusoff berkata, semua mereka memegang kod 71 dalam kad pengenalan penduduk tetap (PR) – kad pengenalan merah – sewaktu membuat semakan.

"Dalam rekod JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), mereka semua memegang kad pengenalan merah, oleh kerana itu kita membuat bantahan.

"Dan semasa bantahan, mereka masih lagi memegang kad pengenalan merah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurutnya lagi, daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 30 orang hadir semasa pendengaran di pejabat SPR negeri di Shah Alam.

"(Seramai) 28 orang daripadanya memberitahu tidak pernah memohon (sebagai pemilih) dan tidak tahu nama mereka didaftarkan sebagai pengundi," kata Mohamad Fisal.

Beliau menegaskan kebanyakan daripada pemegang kad pengenalan itu berasal dari Kemboja dan Indonesia.

Sehubungan itu, kata Mohamad Fisal, SPR akan menggugurkan nama mereka sebagai pemilih susulan bantahan yang dibuat pada 2 Ogos lalu.

Semalam SPR dilapor menerima bantahan PAS Shah Alam dan bersetuju menggugurkan 52 nama yang meragukan daripada daftar pemilih di kawasan itu, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad.

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Wisata Buaya Raksasa <b>Di Sungai</b> Adelaide, <b>Panjang</b> 5,4 meter dan <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2011 02:08 AM PDT

Wisata Buaya Raksasa Di Sungai Adelaide, Panjang 5,4 meter dan Bobot 2 ton - Di perairan sungai Adelaide, terdapat seekor buaya raksasa. Bukannya tidak ditakuti, namun ketakutan warga kepada buaya besar tersebut justru menjadi daya tarik tersendiri bagi para warga yang ketakutan tapi juga penasaran untuk dapat melihat secara dekat bagaimana bentuk buaya tersebut.

Para wisatawan rela mengeluarkan kocek untuk menyewa perahu dan dan dapat merasakan sensasi menegangkan ketika buaya raksasa tersebut datang menghampiri perahu sewaan.

Salah satu wisatawan yang tertarik dan telah merasakan sensasi berada di dekat buaya raksasa tersebut adalah Bridgeford Katrina. Katrina yang adalah seorang fotografer itu pun tak luput membidik buaya raksasa sepanjang 5,4 meter dan berbobot 2 ton tersebut yang seketika muncul dari dalam air karena tertarik dengan pancingan sang pemandu wisata yang menggantungkan daging kangguru dengan menggunakan tiang. Karena posturnya yang sangat besar, buaya tersebut dinamakan Brutus.

"Dia memiliki adrenalin yang tinggi," ujar Katrina. "Dia datang begitu dekat dan hampir kita yang ada di perahu dapat menyentuhnya."

Sebagaimana dilansir Dailymail, Rabu (13/7/2011), keberadaan Brutus telah menjadi buah bibir di sekitar wilayah Darwin, Australia. Brutus yang kehilangan kaki depannya tersebut diyakini akibat berkelahi dengan hiu di muara sungai. Kisah tersebut jua lah yang membuat masyarakat semakin penasaran untuk melihat langsung buaya rakasa tersebut.

"Ketika buaya itu mengeluarkan dirinya dari dalam air, semua berteriak seru," ujar Katrina.

Wisata kapal pesiar untuk menyaksikan lompatan buaya tersebut merupakan daya tarik wisata utama di wilayah selatan Australia yang menarik banyak perhatian masyarakat di kawasan utara Australia.

Ribuan 'monster' hidup di perairan sekitar wilayah Darwin, Australia Selatan. sehingga pemerintah daerah memperingatkan orang-orang yang ada di kawasan wisata tersebut untuk tidak berenang atau mencuci kendaraan mereka di dalam air.

Mereka juga diberitahu untuk tidak berkemah di dekat sungai karena buaya menjelajah hingga beberapa mil pedalaman.

Jika anda suka berita Wisata Buaya Raksasa Di Sungai Adelaide, Panjang 5,4 meter dan Bobot 2 ton, silahkan berikan Poin +1 lewat tombol berikut!

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Bilik untuk <b>di</b> sewa – Taman Tanming Jaya, <b>Balakong</b> Cari rumah <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2011 08:05 AM PDT

Memerlukan rakan serumah perempuan melayu. Bersebelahan dengan highway, berdekatan dengan stesen bas, KTM Serdang, berdekatan dengan mall (Mines & Jusco Cheras Selatan). Bilik kosong boleh bawa peralatan sendiri. Kemudahan memasak, machine basuh dan TV diruang tamu. Sesiapa berminat sila hubungi Pipa ditalian 012-2730 297. Kemasukkan segera.

There are no posted images for this product.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Toyota Hilux berwajah baru diperkenal dalam lima varian | Arena <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 11:25 PM PDT

Bertempat di Bandar Sunway, 21 September 2011, UMW Toyota Motor telah memperkenalkan trak pikap popular Hilux berwajah baru, mempamerkan reka bentuk maju lebih menonjol dengan tagline "Advanced and Tough". Kental dengan perwatakan boleh dipercayai, tahan lasak dan berkualiti tinggi dalam mengharungi pelbagai situasi dan cabaran, Hilux baharu juga didatangkan dengan pelbagai pilihan varian dan ciri-ciri baru lebih menarik.

Acara pelancaran disempurnakan oleh Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi UMW Toyota Motor, di Pusat Konvensyen Sunway di Bandar Sunway. Turut hadir ialah En. Takashi Hibi, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, En. Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd dan En. Osamu Tomioka, Penolong Ketua Jurutera, Toyota Motor Corporation.

Toyota Hilux baharu dikenali dan diiktiraf di seluruh dunia sebagai sebuah model trak pikap pilihan, terutamanya dengan mengambil kira struktur binaannya yang teguh, tahap kecekapan ekonomi yang baik dan nilai untuk wang. Ianya dijual di hampir 200 buah negara dan pada tahun 2010, jualan model semasa Hilux di seluruh dunia adalah lebih daripada 2.7 juta unit. Di Malaysia pula, Hilux merupakan trak pikap terlaris, menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan sebuah pikap tahan lasak dan berkuasa.

Model semasa Hilux yang dilancarkan pada 2005 menjadi peneraju di dalam segmennya sejak itu, dengan rekod jualan melebihi 90,000 unit. Pada 2009, lebih lebih 14,500 unit telah terjual, dan pada tahun lepas, ia mencapai rekod jualan melebihi 18,500 unit. Sehingga berakhir hujung Ogos 2011, sebanyak 14,000 unit telah terjual, peningkatan kira-kira 20 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Terdapat beberapa perubahan penting melibatkan penampilan terbaru Hilux. Di bahagian eksterior, perubahan lebih mantap dan agresif melibatkan hud baharu, termasuk jeriji depan dan rekaan bampar baharu. Toyota juga menambah rim alaoi baharu dan rekaan lampu kombinasi belakang baharu.

Bahagian interior memaparkan pandangan imej lebih moden, termasuk warna interior lebih gelap, kluster tengah rekaan baharu, dan roda stereng baharu bersama suis audio dan paparan maklumat pelbagai fungsi (audio and Multi-Information Display (MID) switches). Pelanggan turut ditawarkan pilihan pakej sistem terbina dalam Toyota iaitu DVD-Audio-Video Navigation (AVN) dengan kamera undur.

Harga atas jalan untuk pendaftaran persendirian termasuk insuran di Semenanjung Malaysia untuk Hilux baharu ialah :

Hilux Double Cab 3.0G (A/T) – RM 107,250

Hilux Double Cab 2.5G (A/T) – RM 96,970

Hilux Double Cab 2.5G (M/T) – RM 91,900

Hilux Double Cab 2.5G STD (M/T) – RM 83,700

Hilux Single Cab 2.5G (M/T) (non-Metallic) - RM 73,256

Semua varian didatangkan lengkap dengan jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer, yang mana lebih awal. Sejak tempahan mula dibuka, UMW Toyota Motor telah menerima lebih 3,300 tempahan untuk Hilux baharu. Syarikat tersebut meletakkan sasaran jualan sebanyak 14,000 unit untuk trak pikap 4X4 itu pada tahun ini. Untuk tempahan atau pandu uji, Toyota Hilux baharu sudah boleh didapati di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mulai 23 September 2011.

Tajuk post berkaitan :

[SUNREIT] Changes in Sub. S-hldr&#39;s Int. (29B) - Sarena Cheah Yean <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 12:00 AM PDT

Name

:

Sarena Cheah Yean Tih
Address

:

36, Lorong Bukit Pantai Lapan, Pantai Hill, 59100 Kuala Lumpur
NRIC/Passport No/Company No.

:

741203-14-5946
Nationality/Country of incorporation

:

Malaysian
Descriptions
(Class & nominal value)

:

Units in Sunway Real Estate Investment Trust
Name & address
of registered
holder

:

Sunway REIT Management Sdn Bhd
Level 16, Menara Sunway, Jalan Lagoon Timur, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Circumstances
by reason of which change has occurred

:

Issuance of units by Sunway Real Estate Investment Trust to its Manager, Sunway REIT Management Sdn Bhd as part payment of management fees in units for the fourth quarter ended 30 June 2011.

:

Deemed interest by virtue of Section 6A of the Companies Act, 1965 held through Active Equity Sdn Bhd, Sungei Way Corporation Sdn Bhd, Sunway Berhad (formerly known as Alpha Sunrise Sdn Bhd), Sunway REIT Holdings Sdn Bhd (formerly known as Sunway Gamma Knife Centre (Malaysia) Sdn Bhd), Sunway REIT Management Sdn Bhd, spouse and parent.
Direct (units)

:

0
Direct (%)

:

0
Indirect/deemed interest (units)

:

1,006,191,085
Indirect/deemed interest (%)

:

37.41
Total no of securities after change

:

1,006,191,085
Date of notice

:

26/09/2011

Remarks

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Pesuruhjaya PAS Selangor Sertai Muhyiddin Yassin <b>Di Meru</b>

Posted: 24 Sep 2011 12:02 AM PDT

Terjumpa gambar ini di facebook Pemuda UMNO Kapar, dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman (berbaju merah) di majlis anjuran BNBCC di Meru, Selangor.
Jangan anggap apa-apa. Sekadar protokol apabila TPM Muhyiddin Yassin berkunjung ke DUN yang diwakilinya.

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di Cheras</b> 2011 / 2012

Posted: 10 Jul 2011 12:43 AM PDT

Acre Works Sdn Bhd
Kerja Kosong Terkini di Cheras 2011 / 2012

We are an established ISO 9001:2008 certified construction company based in Kuala Lumpur. Our corporate culture emphasises on teamwork, efficiency, innovativeness and commitment to quality. As part of our continued growth, we seek dynamic individuals who share our approach of doing things faster, safer and more efficiently to join us in the following positions.

GANTRY CRANE OPERATOR
(SUNGAI LONG, CHERAS)

Requirements:

  1. Certified as a crane operator with JKKP License and related license;
  2. 3 – 7 years experience in construction industry, as an operator.

Candidates who fulfil the above criteria should email/ fax their comprehensive resume stating working experience, qualification, current and expected salary together with a recent passport-sized photograph before 15th July 2011 to:-

Email: acre@acreworks.com.my Fax: +603-62033809
Or Contact Akhmam/ Siong Wei/ Kartina at +603 62033819

Please feel free to visit our website www.acreworks.com.my for more information.

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


AKAR UMBI: Projek Paling Gah Khalid Ibrahim <b>Di Ijok</b> Yang Buat <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2011 06:00 AM PDT

Pagi tadi tersesat mencari rumah rakan sekelas semasa belajar dan sekarang tinggal di kampung halamannya, Ijok.
Ijok merupakan kawasan DUN yang diwakili oleh MB Selangor Khalid Ibrahim. Dalam mencari lorong ke rumah rakan berkenaan, kebetulan terpandang sign board di atas.

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


Rumah Teres untuk <b>Di</b> Sewa – <b>Sijangkang</b>, Kuala Langat – 50th <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 10:01 AM PDT

© 2011 Portal Rumah Sewa . Com – Portal sewa rumah terbaik di Malaysia | rumah untuk disewa | sewa rumah | cari rumah sewa | mencari rumah sewa | iklan rumah sewa percuma. All Rights Reserved.

Best Theme Ever | Powered by WordPress

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Gangguan bekalan air berjadual pada 7 September 2011 <b>di Sepang</b> <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2011 03:34 AM PDT

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Sepang akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Berikut merupakan tarikh pelaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:

Tarikh/Masa
7 September 2011 (Rabu), 10.00 malam hingga 4.00 pagi, 8 September 2011 (Khamis).

Sebab-sebab gangguan
Kerja-kerja Pengalihan Paip Bersaiz 200MM di Sungai Sepang Kecil, Sepang Ekoran Kerja-kerja Menaiktaraf Jambatan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kawasan-kawasan terlibat
Wilayah Sepang
Ladang Sungai Rawang/ Tanjung Rhu/ Sungai Belankan; Ladang Teluk Merbau; Taman Telok Merbau; Taman Sri Merbau; Kampung Bagan Lalang.

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222.

Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan 'facebook' dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.

Harap maklum.

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


MySuperVitamins.com: Shaklee <b>di</b> Bandar <b>Bukit Raja</b>, Jalan Meru <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2011 12:07 AM PDT

Jika anda berada berdekatan Bandar Bukit Raja, Jalan Meru atau Setia Alam, boleh sahaja request untuk cash on delivery atau datang ambil produk di rumah saya di BBR.

Penghantaran ke Shah Alam juga boleh dibuat tetapi tetap dikenakan charge penghantaran seperti pos juga. Perkhidmatan pos untuk semua produk lengkap Shaklee adalah RM10 ke mana-mana kawasan di Semenanjung Malaysia dan RM20 ke Sabah dan Sarawak.

Kepada yang berada di Brunei anda boleh request pick up di poslaju, Miri Sarawak kalau anda berkunjung ke sana. Pos terus ke Brunei pun boleh juga. Untuk khidmat antarabangsa lain, cadangan saya adalah mengirimkan produk pada keluarga di Malaysia dan pihak keluarga yang menghantar kepada anda bersama barangan lain juga. Jadi lebih jimat dan mudah.


Jangan lupa mendapatkan makanan tambahan dari Shaklee untuk tenaga berpanjangan di bulan Ramadhan ini.

Performance Drink: untuk memelihara kandungan bendalir dalam badan. Boleh diminum seisi keluarga.

Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

Untuk pesanan, boleh hubungi admin@mysupervitamins.com atau walk in ke cawangan Shaklee dengan menyatakan id saya untuk dapatkan harga ahli. Pek trial TIADA di cawangan, hanya dari saya dan kumpulan Euphoria sahaja.

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


<b>di</b> sini aku menulis: Kabus <b>di</b> Perbukitan : Ampang Pecah

Posted: 16 Aug 2011 04:52 PM PDT


Ruang solat utama Masjid Al Hidayah Ampang Pecah
AMPANG PECAH, nama itu tidak asing lagi di Kuala Kubu Bharu.  Sebenarnya Ampang Pecah wujud sejak tahun-tahun awal Kuala Kubu kerana Ampang Pecah itulah Kuala Kubu Lama.  Kuala Kubu yang asal ketika Ulu Selangor ketika itu dimiliki oleh Pahang.  Ia sebuah pekan kecil dengan sebuah bukit kecil menjadi pusat pentadbiran.  Di bahagian belakang, terdapat jalan kereta api yang dibuat ketika pemerintahan Inggeris awal, yang kini menjadi jalan utama di Kampung Kelapa dan Kampung Dagang Setia.  Asalnya alamat Kampung Kelapa adalah Jalan Keretapi Lama.
Jika anda ke Kuala Kubu Bharu, singgah lah ke Ampang Pecah.  Tiada ampang kini.  Yang kekal hingga sekarang adalah Masjid Lama Al Hidayah, sebuah masjid alama yang pada tahun-tahun 1990 an hanya rangka.  Masjid itu ada sejarahnya sendiri.  Di belakang masjid, berhampiran mihrab, di bahagian luar ada sebuah kubur lama dengan batu nisan ukiran Aceh.  Milik penghulu asal Kuala Kubu Lama.  Pada tahun-tahun 1990, rangka masjid yang tinggal dinding batu dan kubah empat seginya mahu dirobohkan untuk pembangunan.  Jentolak gagal masuk ke kawasan masjid, enjinnya mati sendiri.  Setelah dibaiki dan dicuba berulang kali - tetap gagal.  Akhirnya masjid itu dibaiki dan digunakan semula seperti sekarang walau pun tidak digunakan untuk solat Jumaat.
Di sinilah kisah Cecil Renking, pegawai daerah yang pertama cuba meletupkan ampang pecah untuk membunuh buaya keramat dan akhirnya menjadikan Kuala Kubu Lama karam.  Kisah ini digarap oleh Sasterawan Shahrom Hussain dalam tajuk karya Korban Kuala Kubu Karam.  Saya tidak pernah melihat mahu pun membaca karya itu.  Kisah-kisah ini diceritakan dari mulut ke mulut oleh orang-orang tua di Kuala Kubu Baru dan kebanyakan dari mereka sudah kembali ke rahmatullah (semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka).  waris Penghulu Garang Ishak, penghulu asal Kuala Kubu Lama juga sudah tidak menetap di sini.
Kabus di Perbukitan merakamkan kembali kisah ini, kisah keagungan zaman silam.  Setiap daerah punya sejarah sendiri, punya keistimewaan sendiri.  Saya berharap sebagai anak Malaysia yang mencintai negara ini, gali lah kembali sejarah tempat tinggal anda - agar anda akan lebih menyayangi negara ini.
Untuk pelajar yang ingin mengutarakan soalan berhubung Kabus di Perbukitan, gunakan email saya - telaga_emas@yahoo.com.  Insya Allah saya akan membantu apa yang terdaya.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


[video rakaman]Pelatih jururawat di pukul <b>di Sabak Bernam</b> |

Posted: 08 Sep 2011 12:57 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Penyiaran imej seorang lelaki yang menampar, menumbuk dan menyepak dua pelajar kejururawatan dalam sebuah klip video berusia setahun yang muncul semula dalam tempoh 48 jam lalu menimbulkan kemarahan ...

ads