12 di klang - Google Blog Search |
krisis air <b>di</b> lembah <b>klang</b> : papan kekunci dot com Posted: 21 Sep 2011 09:55 PM PDT Minggu lepas pergi beraya di rumah ibu saudara di Semenyih, waktu kami datang air tidak ada hingga terlonggok pinggan mangkuk. Walaupun empangan Semenyih berdekatan, kawasan Semenyih tidak ada bekalan air mencukupi. Minggu ini saya mula perasan pada waktu malam air tidak ada bila buka pili walaupun kediaman berdekatan dengan sungai Klang yang keruh itu. Semalam di Kosmo, saya ada terbaca petikan "Krisis Rizab air di lembah Klang". PETALING JAYA – Krisis air di Lembah Klang semakin menjadi kenyataan apabila saiz margin antara bekalan dan penggunaan air semakin rapat dengan anggaran jumlah itu sudah mencapai tahap tiga hingga lima peratus sahaja bersamaan 200 juta liter sehari (jlh). Ini bermakna dalam kes kecemasan, jumlah rizab harian itu hanya mencukupi keperluan kira-kira 800,000 pengguna di kawasan Gombak. Pengarah Eksekutif Perancangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Sanusi Sulieman berkata, kadar rizab yang diunjurkan oleh pihaknya ialah kira-kira 10 peratus untuk menangani keperluan waktu kecemasan. Namun katanya, kekhuatiran mengenai bekalan air timbul selepas permintaan melonjak kepada 4,197 jlh sedangkan kapasiti pengeluaran air sedia ada setakat 4,326 jlh. "Situasi ini membimbangkan kerana purata kadar penggunaan air naik 3.5 peratus, dan angka ini dicatat naik berterusan sejak 2005. "Peningkatan permintaan ini dijangka berterusan sejajar dengan perkembangan pembangunan di kebanyakan kawasan di Lembah Klang," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat meja bulat mengenai isu bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini semalam. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason turut disertai Ketua Penolong Pengarah Lembaga Urus Air Selangor, Nor Zamri Sondor dan Pengarah Pusat Kajian Sumber Air Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Ir. Mohd. Zaki Mat Amin. Kosmo! 23 Ogos lalu menyiarkan mengenai krisis kekurangan bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan ketiga-tiga kawasan berkenaan mengalami kekurangan bekalan air sebanyak 4.2 peratus iaitu 186 juta liter sehari. Krisis air di Lembah Klang sudah ada tanda-tanda. Agaknya air memang sudah tidak cukup di Lembah Klang khususnya negeri Selangor tercinta ini. Teringat krisis air yang teruk dulu hingga kami perlu mendah air dihadapan rumah kerana tekanan yang cukup rendah. Pagi tadi buka pili hadapan rumah, air tak naik lagi. Malam ini nekad tadah air dalam tonglah jawabnya. Pemilik Papan Kekunci merupakan anak kelahiran Klang, Selangor. Seorang wanita yang suka menaip di ruang sesempit blognya. Terima kasih kerana sudi membaca. azura |
Beraya <b>di</b> Kapar <b>Klang</b> Rumah Tn. Zamri | Cinta Hatiku Sampai Ke <b>...</b> Posted: 10 Sep 2011 07:15 PM PDT Salam semua, Semoga hari ini semua rakan-rakan pembaca blog ini sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya.. Musim-musim cuti ni pastinya ramai yang dapat undangan rumah terbuka rakan-rakan sekerja atau kenalan-kenalan. Sama macam aku semalam sempat hadiri 4 undangan rumah terbuka di sekitar klang.. memang pendek kata balik terus terbongkang kekenyangan. Kunjungan pertama di rumah Tn.Zamri (sepupu aku ni).. kebetulan sepupu aku ni baru pindah rumah baru so kita orang bercadang nak gi berayalah sambil tengok rumah baru beliau.. biasalah rumah baru mesti cantikkan.. sampai-sampai je terus belasah kuih raya dia.. hehehe.. Semoga Tn. zamri terus dimurahkan rezeki amin.. Cantik design rumah yang baru dibeli ni.. siap ada beranda tempat lepak2 lagi. yang ni pulak anak saudara aku… anak kepada tn. zamri.. macam-macam gelagat dia buat.. seronok dia kita orang datang.. siap nak main sorok-sorok tu.. hehehe.. Zakuan bila nak dapat adik ni.. hehehe
Lepas makan kuih je.. tn.rumah terus ajak masuk dapur..katanya ada masak special untuk kita orang… wahhh memang betullah dia masak masakan kegemaran aku.. Mee Bandung Muar.. memang terbaik…. nak kena minta resepi ni.. macam biasalah aku dengan cik malarang memang kaki makan so kami berdua tambah 2 kali lagi mee bandung ni.. hahaha.. adik aku dengan wife dia macam biasalah diet katanya… hehehe Bukan setakat mee bandung je.. lemang moden, rendang dan ayam golek bro pon ada…. semuanya sedap-sedap belaka. gelagat zakuan naik kambing biru… geram pulak aku tengok kambing dia tu.. macam nak naik juga je.. hahaha.. anak adik aku perhati je kambing tu.. sat lagi berebut nak naik.. hahaaha. Habis je makan-makan dengan sembang2 dengan sepupu aku .. kita orang terus g umah staff adik aku pulak.. dah tu g umah rakan sekerja cik malarang pulak.. dan last sekali baru singgah umah adik aku sekejab sebelum kita orang gerak balik. Apa pon yang penting sepanjang korang gi beraya kalau boleh sentiasalah berhati2 di jalan raya.. lagi satu makan tu berpada-padalah ye..hehehe. Hari ini ada lagi satu jemputan.. ingat lepas balik koje baru gi.. rezeki.. rezeki… |
You are subscribed to email updates from di klang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan