Selasa, 27 September 2011

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Rakaman CCTV Anwar, Eskay <b>Di Ampang</b> Apartment | AIDC

Posted: 16 Sep 2011 08:38 PM PDT

AIDCNews – 17/09/11- Satu rakaman CCTV Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dipercayai dirakam pada 21 Februari 2011 di sebuah Apartment Ampang, tempat rakaman video seks yang membabitkan Ketua Pembangkang itu mengadakan adegan seks dengan pelacur dibongkar semalam.

Rakaman bertajuk "Bapak Anwar Di Ampang Apartment" itu dimuat turun oleh channel papagomo yang berdurasi 3:48 minit itu mengandungi rakaman CCTV Anwar dan Eskay masuk serta menaiki lif apartment tersebut.

Ia menunjukkan Anwar memakai baju ungu dan berselipar manakala Shahzryl Eskay sut berwarna hitam.

Turut dipamerkan rakaman CCTV yang menunjukkan kedua-dua sahabat baik itu keluar dari lif.

Turut tertera dalam rakaman itu adalah tarikh dan masa iaitu pada 21 Februari 2001 antara jam 10.26 minit malam hingga jam 10.45 minit malam.

Turut dipaparkan dalam rakaman tersebut sedutan di bahagian permulaan yang menunjukkan Eskay dan Anwar (tidak berbaju dan memakai tuala) sebelum berlakunya adengan seks dengan pelacur yang pernah tersebut di youtube sebelum ini.

Pada 29 April lalu, Eskay bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dengan melafazkan :

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku".

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya mencadangkan agar Anwar bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti yang dilakukan oleh Eskay itu, namun saranan tersebut tidak disahut oleh Ketua Pembangkang itu.

Pada 24 Jun 2011, peguam bela Datuk Seri Shafie Abdullah yang mewakili Tan Sri Abdul Rahim Tambi Chik memberitahu mahkamah laporan analisis oleh dua pakar pengiktirafan muka dari Amerika Syarikat yang menunjukkan 99.99 peratus persamaan antara pelaku dalam video itu dan foto asal Anwar.

Analisis dibuat profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, 4 Jun lalu.

Menurut Datuk Shafie, dua pakar terbabit turut mengesahkan rakaman video itu adalah tulen, tanpa sebarang tampering dan superimpose serta berasal dari satu alat perakam video yang dirampas oleh Eskay.

Rakaman video itu mengandungi aksi lucah dan persetubuhan antara Anwar dan seorang wanita asing.

Hujah Datuk Shafie itu diperkuatkan lagi dengan bukti rakaman litar tertutup, CCTV, dari pangsapuri berkenaan yang menunjukkan kehadiran Anwar bersama Eskay di lobi pangsapuri sama pada hari kejadian seks itu, 21 Februari lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads