Rabu, 4 April 2012

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Ceramah DAP untuk tarik orang Melayu <b>di Subang Jaya</b> hambar <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 05:48 AM PDT

Kempen untuk tarik orang melayu sertai DAP menggunakan dua orang balachi upahan iaitu Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias tak mendapat sambutan . Lebih menarik yang hadir hanya 100 orang je ... dan yang paling menarik dalam 100 orang tu hanya 30 orang melayu yang hadir . Kah kah kah , DAP nak 'test market' lah tu . Aku sebagai penduduk di Subang Jaya memang perasan banner yang digantung di jambatan pejalan kaki antara SS18 dan SS19 , terpampang jelas di banner tu muka balachi upahan yang disebut di atas dengan tajuk paling mengancam sekali iaitu "Mengapa saya sertai DAP" .


Ptuihhh... sapa lah 2 orang balachi tu? Jenis Melayu tipikal yang tak puas dengan habuan kot ? Jenis tak sedar diri ? Apa sumbangan diaorang pada negara ? Tapi gua pelik..dah tua-tua pi la buat ibadat, join badan2 amal ka, tak puas lagi ka dalam politik, bila terasa dipinggirkan mula lah buat perangai tak semengah. Paling busuk pun pi masuk PAS la lagi bagus. Pasal apa tak masuk PAS ,kopiah dan sarban bukan pilihan ? Sedarlah .. rumah kata pergi , kubur kata mari .
Hmm kalau dalam ceramah tu depa letak Tun Dr. Mahathir ka mungkin boleh dapat sambutan, kalau yang ni confirm aku pun layan jugak . Emm tapi terfikir juga , dulu masa arwah Tunku Abdul Rahman di akhir hayatnya , beliau bersama-sama berdiri dengan DAP , aku teringat lagi satu klip video dimana arwah Tunku Abdul Rahman dijulang oleh puak2 DAP . Tapi pada masa tu , walau dengan faktor Tunku Abdul Rahman pun , Melayu masih tak berganjak menyokong UMNO .
DAP nampaknya tak akan berputus asa dalam menarik sokongan Melayu menyertai parti itu . Menurut penyelaras Roketkini , Mazir Ibrahim , ceramah2 DAP untuk tarik sokongan orang Melayu akan diteruskan dinegeri-negeri lain termasuk Johor , Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.  DAP mensasarkan golongan professional Melayu muda untuk masuk parti itu dan golongan2 professional muda ini lah yang bakal dijaja dalam ceramah-ceramah mereka.
Pelik dan ajaib , kenapa DAP masih nak menarik sokongan orang Melayu ke dalam parti mereka sedangkan PAS dan PKR boleh dianggap penuh dengan golongan2 professional Melayu juga. Jadi apa beza Melayu dalam DAP,  dengan Melayu dalam PAS dan PKR ?Mungkin melayu DAP malu mahu memohon ahli PAS kerana insiden 'baring atas jalan sambil pegang bendera Palestin' dan malu memohon ahli PKR kerana dikaitkan dengan Ketua Umum dengan kes liwat dan 'video seks' ? Jadi di sebelah PR sendiri kuasa Melayu dah terpecah kepada 3 bahagian . Jadi nampak tak bagaimana politik licik DAP wahai orang2 Melayu PR ?

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


Kes Duit Tabung & Tanah Wakaf Lesap <b>Di Sijangkang</b>! YB Yunus <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2012 11:51 PM PDT


Semalam Keris ada up kan isu bekas nazir masjid kampung Sijangkang dan UMNO Kuala Langat dituduh gelapkan duit tabung masjid serta hasil tanah wakaf seluas 35 ekar [Klik Sini]. Betul ke? Kalaulah betul, yang mendatangkan kemuyskilan Keris kenapa perkara ni tidak diambil tindakan oleh pihak pengurusan baru masjid?

Perkara yang sama menjadi pertanyaan rakan blogger Keris, Double Y [Klik Sini] dan [Sini].

Ini bukan perkara main-main. Ini soal DOSA & PAHALA lebih dari segala-galanya. Lebih dari hukuman di dunia. Ini amanah masjid dan perkara wakaf. Haji Yasin b. Bakar ini mesti diambil tindakan. UMNO Kuala Langat juga mesti dipertanggungjawabkan sebab pemimpin macam inilah yang merosakkan nama baik UMNO.

Tapi kalau tak betul, kenapa perkara begini menjadi buah mulut orang kampung meniti dari satu bibir ke satu bibir? Kalau tak betul, bagaimana seorang PEMUDA PAS CAWANGAN SIJANGKANG PEKAN seperti Abdul Ghani Abdul Manap ini boleh dengan suka-sukinya menuduh seperti yang dilemparkan dalam facebook beliau seperti gambar di bawah ini? Dan ini bukan perkara yang baru.





Bukti tuduhan kepada UMNO & Bekas Nazir 

Keris dimaklumkan bertahun-tahun perkara ini meniti dari mulut ke mulut orang kampung Sijangkang dan Kuala Langat. Dalam laman sosial seperti facebook juga seringkali dimainkan isu ini sebagai hujah kononnya bekas nazir dan UMNO Kuala Langat begitu busuk sekali.

Tahniah lah YB Dr Yunus ADUN kawasan Sijangkang sebab dilantik sebagai exco yang baru menggantikan Dr Hassan Ali.



Apakah seorang tua ini yang dituduh dan difitnah? 

Apa kes ni YB? Ini dalam kawasan YB. Perkara macam ini kena report pada pihak berkewajiban seperti PDRM dan SPRM. Baru YB dilihat telus menjalankan tugas menjaga maslahat rakyat Sijangkang. Takkan YB tidak mahu menjalankan kewajiban amal ma'aruf nahi mungkar dalam kawasan YB?

Psstt Psst. Sebelum ini bermacam-macam hal Keris dengar tentang isu melibatkan masjid kampung Sijangkang ini. Tapi Keris akan simpan dahulu hingga persoalan duit tabung masjid dan tanah wakaf ini diselesaikan oleh YB Yunus. Ingat YB, rakyat memandang apa YB buat dan cakap seperti juga cakap-cakap YB yang tidak mahu dicalonkan semula bertanding dalam PRU13 nanti.

K7L : YB Yunus Haidri dengan Dr Hassan Ali ada apa-apa ke?

Selasa, 3 April 2012

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Kejohanan bolasepak 9 sebelah Majlis Belia Hulu Selangor <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2012 01:52 AM PST

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Siakap segar <b>di Sekinchan</b> Ikan Bakar! | 5HOBIKU

Posted: 09 Feb 2012 09:43 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Kalau nak tahu, restoran ikan bakar ni dah ada banyak cawangan terutamanya sekitar KL/Selangor, yang SM makan ni dekat dengan Bandar Baru Sentul.....SM suka makan di sini sebab suasananya cukup selesa dan senang sangat nak ...

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


DUNIA BONDA: SUATU KETIKA <b>DI ULU YAM</b>.....

Posted: 11 Mar 2012 07:41 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Mahu kelihatan anggun dengan wajah yang bersolek rapi tapi tidak tahu bagaimana caranya menyebabkan ramai wanita tampil di khalayak dengan p... HIASAN TAMAN DEPAN RUMAH · ISU TANGGA GAJI BARU SBPA ...

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


I-Medik <b>di Shah Alam</b> | ISMA Shah Alam

Posted: 21 Feb 2012 03:32 PM PST

Shah Alam, 19 Feb 2012 – Karnival Sambutan Maulidur Rasul Surau Islah di meriahkan dengan kehadiran wakil I-Medik Selangor/Kuala Lumpur, Dr Aini Hayati Abdul Rahim (Doktor Pergigian) dan Mohd Hazwan Ab Halim (Pegawai Sains Kaji Kuman) di salah satu meja pameran.

Selain memberikan rundingan pergigian percuma kepada penduduk setempat, satu demonstrasi cara menggosok gigi dengan cara yang betul turut di adakan kepada kanak-kanak yang hadir oleh ahli Kelab I-medik, saudara Nizam (Pelajar tahun empat Fakulti Pergigian UiTM Shah Alam).

Walaupun baru pertama kali membuka meja pameran dalam bertemakan kesihatan pergigian, meja pameran I-Medik tidak sunyi dengan pendaftaran beberapa belia sebagai ahli Kelab I-medik. Semoga dengan aktviti seperti ini sedikit sebanyak dapat member peluang kepada ahli I-Medik dan ahli Kelab I-medik untuk menyumbang bakti kepada masyarakat setempat.

Di sediakan oleh

Mohd Hazwan Ab Halim

Media I-Medik

Sumber: I-Medik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kelas Belajar Blogspot <b>Di Shah Alam</b> - Personal atau Group <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 11:25 AM PDT

Salam sejahtera,

Baru-baru ini, saya telah menerima beberapa email bertanyakan bila saya boleh adakan kelas belajar blog menggunakan blogspot di area Shah Alam. Buat masa ini, saya masih tidak bercadang untuk mengadakan bengkel belajar blog dalam masa terdekat.

Menjadi speaker blog semasa Seminar Usahawan Internet Pantai Timur di Kota Bharu

Walaubagaimanapun, saya ingin membuka kelas belajar blogspot khas untuk area Shah Alam dan sekitarnya secara personal coaching atau group coaching. Cuma satu perkara yang saya fikir, manakah tempat yang sesuai untuk saya adakan kelas belajar blog ini? Kalau nak sewa dewan seminar, kosnya agak mahal. Tak pasal2 tanggung kos tinggi plak. Nak buat kat rumah, kurang sesuai plak sebab rumah saya tinggal sekarang adalah rumah keluarga dan ade budak kecik plak =)

Nak buat kat kedai makan, cam bising plak... Huhuhu, so takde idea nak buat kat mane... Jadi, kalau kengkawan ada idea, saya amat mengalu-alukan cadangan anda agar kelas belajar blogspot ini boleh diadakan.

Ni plak sesi group coaching yang diadakan di Kuala Terengganu

Tentang caj plak, mungkin saya caj RM30 - RM50 per peserta bergantung kepada jumlah peserta kot. Lagi bagus kalau anda boleh sediakan tempat serta peralatan seperti kerusi, meja, projektor dan akses internet.


Serius saya cakap, sebelum ini, saya caj RM200 untuk bengkel belajar blogspot. Kalau tak percaya, cuba tengok laman web BengkelVideoBlog.com . Bengkel ni saya adakan bersama sahabat saya. Beliau berkongsi ilmu berkenaan pembikinan video. Untuk bengkel seperti ini, saya dan sahabat saya akan cuba adakan dalam masa akan datang. Cuma masalahnya jika tak cukup kuota, jadi tak berbaloi untuk sahabat saya datang dari Terengganu untuk adakan bengkel.

Oklah, apa2pun, sekiranya anda berminat untuk menyertai Kelas Belajar Blogspot Di Shah Alam samaada secara personal coaching atau group coaching, sila emailkan saya di admin@faizalsyukri.com .

Isnin, 2 April 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa PRU-13,PDM <b>Teluk Datok</b>

Posted: 20 Mar 2012 06:52 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]FACEBOOK. Pemuda Umno Telok Datok · Reka Lencana Anda ... YAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, masuk syurga hanya dijanjikan oleh ALLAH swt kepada manusia yang beriman .

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Terima Kasih Kerajaan <b>Negeri Selangor Di</b> Bawah Pakatan Rakyat <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 07:29 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Hari ini dalam sejarah hidup aku dapat duit bantuan banjir dari Kerajaan Negeri Selangor. Kalau sebelum ni aku memang tak layak terima sebab syarat dapat…

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Gambar Majlis Pertunangan Irma Hasmie Dan Rezza <b>Di Sungai Buloh</b>

Posted: 24 Mar 2012 02:27 AM PDT

Share

Gambar sekitar Majlis Pertunangan Irma Hasmie dan Rezza. Irma Hasmie Ibrahim, 30, telah mengikat tali pertunangan pada 24 Mac 2012. Majlis pertunangan berlangsung secara sederhana di rumah keluarga Irma sendiri di Sungai Buloh, Selangor.

Incoming search terms:

  • irma hasnie bertunang (7)
  • tunang irma (5)
  • tunang irma hasmie (5)
  • majlis pertunangan irma (4)
  • Irma tunang (4)
  • pertunangan irma hasmie (4)
  • pertunangan irma (3)
  • tunang irma hasnie (3)
  • gambar tunang irma (2)
  • irma hasmie tunang (2)

Teruskan Membaca:

  1. Irma Hasmie Akan Bertunang Pada 27 Mac 2012
  2. Gambar Majlis Pertunangan Dira Abu Zahar
  3. Gambar Majlis Pertunangan Khairul Fahmi dan Elia
  4. Gambar Pertunangan Ashraf Muslim
  5. Gambar Majlis Cukur Jambul Anak Jimmy Shanley & Suhaila
  6. Khairul Fahmi Akan Pulang Cincin Pertunangan Ikut Adat

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


(Video) Ribuan Hadir Ceramah Anwar Ibrahim <b>Di Bangi</b> Malam Tadi <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2012 08:26 PM PDT


Ceramah Anwar Ibrahim malam tadi di Bangi di hadiri ribuan orang. ini menunjukkan momentum Pakatan Rakyat makin kuat untuk menghadapi PRU 13 yang bakal tiba.

Dengan serangan bertubi-tubi oleh Umno terhadap pimpinan Pakatan rakyat di Selangor tidak mengurangkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Ini adalah isyarat yang Umno BN bakal berkubur di Selangor dan di serata negara.

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


KaKi JaLaN: #DRaMa : MiSi SuCi <b>Di SeKiNcHaN</b>

Posted: 01 Apr 2012 11:52 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]#DRaMa : MiSi SuCi Di SeKiNcHaN · TeaSeR : MiSi SuCi ke EHeM. ► March (5). INDia PaRT 2 : PLaCe To VisiT iN DeLHi ~ QuTuB MiN... INDia PaRT 1 : WaY To NeW DeLHi n ARRiVaL · UPDaTes FRoM AGRa, INDia ...

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Jumlah Peserta Jom Shopping Meningkat « PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 09 Mar 2012 08:13 PM PST

10 03 2012

Alam Jaya, 10 Mac    : Program jom Shopping yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor terus mendapat sambutan daripada masyarakat. Berbanding program sebelum ini, jumlah peserta yang menyertai program jom shopping telah meningkat seramai 200 orang.

Melalui program seumpama ini, warga emas di Negeri Selangor yang berusia 60 tahun keatas dan telah mendaftar melalui Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diberikan baucer sebanyak RM100.00 untuk mereka membeli belah di pasaraya econsave.

Menurut Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, program ini terus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga emas. Jika sebelum ini jumlah peserta yang dibawa setiap program ialah seramai 100 orang, namun atas permintaan ramai, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk menambah jumlah bilangan peserta.

Mereka melahirkan rasa gembira dengan langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor dibawah PR, yang begitu prihatin dengan golongan warga emas. Ia juga secara tidak langsung telah dapat memberikan mereka peluang untuk membeli belah barangan keprluan harian serta dapat mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Hadir sama dalam program tersebut ialah, Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Block COJ, Haji Sujak Arshad dan Pengerusi JKKK Kampung Sungai Tengi Kanan Baroh, Haji Juhari Satiran.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Ibu Negara, Petaling Dan <b>Hulu Selangor</b> <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 04:38 AM PDT

- Apr 2, 2012 19:38:26.

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan sementara bekalan air bermula 10 hingga 13 April ini.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor ASdn Bhd (SYABAS) Abdul Halem Mat Som berkata gangguan itu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan oleh kontraktor mereka.

Antara kawasan yang terlibat di wilayah Petaling termasuk di Desa Tun Razak iaitu di Jalan 1/118C hingga Jalan 11/118C dan Taman Desa Tasik, manakala di Kuala Lumpur iaitu di TUDM Sungai Besi, JKME dan Kuarters JKR, Jalan Sungai Besi Batu 4 1/2, Taman Taynton View, Taman Mutiara, Taman Supreme Jaya dan Taman Bukit Hijau.

Dalam kenyataan di sini, Isnin, Abdul Halem berkata gangguan itu dijangka bermula pukul 8 malam pada 10 April hingga pukul 5 pagi keesokannya.

Katanya, gangguan adalah disebabkan kerja penggantian dua unit Injap Kupu-kupu 800mm diameter berdekatan dengan Kolam Air Sungai Midah.

"Manakala gangguan bekalan air dijangka berlaku di seluruh kawasan Jalan Anggerik, Jalan Seroja, Jalan Kemboja, Jalan Bakawali dan Jalan Telipot di wilayah Hulu Selangor bermula pukul 10 malam pada 11 April ini hingga ke 6 pagi keesokan harinya.

"Ini disebabkan kerja-kerja penggantian satu unit Injap kupu-kupu 600mm diameter pada Paip Outlet Kolam Air Menara (A) Bukit Sentosa 2, Hulu Selangor yang menjejaskan bekalan air di kawasan itu," katanya.

Menurut Halem, gangguan bekalan air turut dijangka berlaku di beberapa kawasan lain di ibu negara bermula pukul 9 malam pada 13 April (Jumaat) hingga 5 pagi keesokan harinya.

Antara kawasan yang terlibat iaitu di Taman Sri Delima, Taman Batu, Taman Lawa, Taman Sejahtera, Kampung Pasir, Kampung Segambut Permai, Kampung Segambut Luar, Taman City, Taman Kok Lian, Kem Batu Ketomen, Taman Impian, Taman Eastern, Taman Rainbow, Jalan St. Thomas, Jalan Khalsa, Taman Pelangi, Kampung Muthiah, Kampung Shak Mah, Kampung Bandar Dalam, Kampung Chubadak Dalam, Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Chubadak Tengah; Kampung Chubadak Jaya, Kampung Chempedak, Kampung Chempedak Hilir; Kampung Puah; Kampung Puah Seberang dan Kampung Puah Bahagia.

"Manakala turut mengalami gangguan iaitu di Taman Sentul Jaya, Taman Sentul Endah, Taman Sentul Bahagia, Taman Sentul Permai, Taman Dato Senu, Taman Sentul Pasar, Taman Bamboo, Taman Kaya, Kawasan Perindustrian Segambut, Taman Segambut Indah, Kampung Batu, Kampung Batu 5, Kampung Seri Batu, Kampung Delima, Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5, Jalan Cenderuh, Jalan Kuala Kangar, Jalan Vethavanam dan Kampung Kovil Hilir," katanya.

Katanya, gangguan di kawasan tersebut disebabkan kerja-kerja penggantian dua unit injap kupu-kupu 600mm diameter di Jalan Kucing dan Jalan Jambu Mawar di ibu negara.

Abdul Halem menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

Menurutnya pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan> dan hantar kepada 39222.Katanya, maklumat mengenai situasi bekalan air berkenaan juga boleh diperolehi dari laman sesawang Syabas di http://www.syabas.com.my, www.syabas.com.my, http://www.twitter.com/puspel, www.twitter.com/puspel atau Facebook dengan menaip puspel atau puspel syabas.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


MPP Online: Acara bogel beramai-ramai <b>di Shah Alam</b> 13 April 2012..

Posted: 19 Mar 2012 09:00 PM PDT

Selepas dorang tak berjaya 'berbogel' di Kuantan Pahang, kini puak-puak Pakatan bercadang nak menganjurkan satu pesta bogel beramai-ramai di Shah Alam pulak..

Gua pun confius.., dorang tu semua nak bantah apa sebenarnya? Kalau nak bantah Lynas, kenapa buat di Shah Alam? Kat situ bukan ada Lynas pun..

Yang gua tahu, cuma terdapat sebuah kilang "rare earth" di Shah Alam, Selangor. Lokasi lebih tepat lagi ialah di Seksyen 26, berdekatan dengan kilang Proton Shah Alam.

So.., mungkin dorang tu semua nak protes kilang tu agaknya ye.. Lepas tu, bolehlah beramai-ramai turun ke Penang pulak..

Kita boleh buat demo di tapak kilang pembuatan panel solar di Batu Kawan.. Bogel untuk demonstrasi tak salah kalau ikut kitab Pakatan.., jangan bogelkan bini orang sudah laa... Hahahaha...

Kisahnya.., Solidariti Semalaysia Himpunan Hijau merancang satu himpunan besar-besaran di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak bagi membantah projek memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang, 13 April ini.

Himpunan yang diadakan secara serentak itu akan bermula selepas solat Jumaat, mengikut lokasi-lokasi yang akan ditetapkan kelak.

Namun, himpunan utamanya akan diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, di mana sebelum itu para peserta akan berarak dari Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, berkata tujuan himpunan itu diadakan bagi menunjukkan komitmen rakyat di seluruh negara bahawa isu Lynas bukan merupakan isu rakyat Pahang semata-mata. - Baca Selanjutnya DISINI..

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: Awang Hitam merusuh <b>di Kajang</b>.. bawalah <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2012 10:36 PM PDT

KAJANG: Berlagak samseng seolah-olah berada di negara sendiri, kira-kira 100 'Awang Hitam' merusuh dengan memecahkan pondok keselamatan di Kondominium Venice Hill, Batu 9, di sini, tengah hari semalam, selepas marah seorang daripada rakan mereka mati dipercayai dibelasah anggota Rela. Warga Afrika yang menghuni kawasan kediaman berkenaan bukan saja memecahkan pondok pengawal, malah merosakkan pejabat pengurusan serta mencederakan empat pengawal keselamatan.

Lelaki Nigeria yang mati itu, dipercayai dibelasah anggota Rela selepas seorang tukang cuci wanita yang membersihkan satu daripada blok kondominium, mengadu diganggu dan dicabul lelaki berkenaan.

Difahamkan, kondominium berkenaan layak digelar 'Mini Afrika' berikutan hampir ratusan warga dari benua itu menyewa di premis terbabit.

Menurut tukang cuci warga tempatan berusia 40-an itu, lelaki Nigeria terbabit beberapa kali mengganggunya.

Semalam dia tidak dapat tahan lagi selepas lelaki berkenaan bertindak melampau dengan menunjukkan kemaluan.

"Sudah beberapa kali lelaki warga asing itu mengganggu saya ketika saya bekerja dan jam 11 pagi tadi (semalam), tiba-tiba saya dipeluk dari belakang.

"Saya cuba melepaskan diri dengan meronta dan menyiku lelaki berkenaan, sebaik dapat melepaskan diri daripada pelukan, saya memarahinya, tetapi terkejut apabila lelaki berkenaan membuka seluar serta menunjukkan kemaluannya.

"Saya lari dan mengadu kejadian itu kepada anggota Rela yang bertugas mengawal kawasan kondominium," katanya yang ditemui di lokasi kejadian semalam.

Katanya, anggota Rela terbabit kemudian mencari lelaki Nigeria berkenaan, namun dia tidak pasti berapa ramai anggota Rela pergi mencari lelaki itu.

"Tak sangka perkara macam ini yang terjadi pula, saya difahamkan warga Nigeria terbabit dibelasah hingga mati selepas berlaku pertengkaran dengan anggota Rela. Saya kini bimbangkan keselamatan diri serta takut rakan lelaki itu mencari saya pula," katanya.

Sehubungan kejadian itu, lebih 100 penghuni kulit hitam kemudian bertindak merusuh kerana marah dan bilangan mereka semakin ramai selepas polis tiba serta turut cuba menyerang polis yang ingin menyuraikan mereka.

Kira-kira jam 6 petang, selepas bilangan polis ditambah barulah kumpulan yang merusuh itu bersurai.

Difahamkan, warga Nigeria yang dipercayai dibelasah itu maut di tempat kejadian di kaki lima berhampiran lif Blok 3 kondominium terbabit dan anggota Rela yang terbabit dalam kejadian berkenaan turut ditahan polis.

myMetro

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


2 Wanita Mangsa Simbah Asid <b>Di Rawang</b> | Putera Gahara Gagah <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 12:15 PM PDT


KUALA LUMPUR 28 Mac 2012 - Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.

Beliau berkata, suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.

"Semasa melarikan diri, seorang daripada suspek itu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah wanita itu yang turut mengenai mangsa kedua menyebabkan belakang badannya melecur," katanya dalam satu sistem pesanan ringkas malam ini.

Abdul Rahim berkata Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang manakala Rani, yang cedera di muka, leher, tangan serta dada, masih dirawat di hospital sama.

"Mangsa tidak dapat mengecam identiti kedua-dua suspek kerana semasa kejadian, keadaan gelap dan perlakuan suspek terlalu pantas," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Bernama [SUMBER]

Penyerang Asid Jalanan Yang Berbahaya


Mangsa Simbahan Asid Di Serata Dunia






p/s : Penjenayah simbahan asid memang sangat zalim dan kejam, kebanyakkan mangsa totally hidup mereka musnah hingga ke akhir hayat. Hukuman berat mesti dijatuhkan kepada sipelakunya dan bahan cecair asid mestilah dikawal penggunaannya selain sukar untuk diperolehi seperti senjata api jugak. Tidak ada kompromi.PGGP

Polis Selesai Kes Simbah Asid <b>Di Rawang</b> | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 01 Apr 2012 08:00 PM PDT

- Apr 2, 2012 11:00:03.

Kejadian simbah asid Rawang

Mangsa simbah asid di Rawang

SHAH ALAM: Siasatan kes simbah asid melibatkan seorang guru dan pelajar di hentian bas Batu 17, Rawang 27 Mac lepas telah selesai dengan tangkapan seorang lagi lelaki Jumaat lepas, kata polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Bandar, Rawang pada pukul 5 petang Jumaat lepas.

"Ia adalah tangkapan kedua melibatkan kes simbah asid di Rawang selepas suspek pertama ditahan pada pukul 1 pagi hari yang sama di Kuala Kubu Baharu.

"Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek itu, kami percaya kes ini telah selesai," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, Ahad.

Pada 27 Mac lepas, seorang pelajar perempuan dan seorang guru wanita cedera selepas kedua-duanya disimbah cecair dipercayai asid ketika sedang menunggu bas untuk ke sekolah di perhentian bas Batu 17, Rawang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Nuraqilah Osman, 14, dan S. Rani, 46, difahamkan dihampiri dua lelaki tidak dikenali.

Kedua-dua suspek kemudiannya dipercayai meragut seutas rantai emas guru sekolah itu sebelum menyimbah cecair berkenaan ke arah mangsa serta pelajar itu lalu melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah dalam sidang akhbar sehari selepas kejadian berkata kes simbah asid itu tidak mempunyai kaitan dengan kejadian simbahan asid berangkai yang berlaku di sekitar Lembah Klang sebelum ini.

Sebaliknya kata beliau, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan kedua-dua mangsa itu bermotifkan jenayah ragut.

Kejadian simbah asid Rawang

Mangsa menunjukkan kesan simbahan asid. Beliau disimbah asid kerana melawan ketika peragut cuba meragut rantai leher yang dipakai ketika menunggu bas kesekolah pada jam 7 pagi 27 Mac lalu.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


30000 Penuhkan Future Music Festival Asia <b>Di Sepang</b>, Hari Ini <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2012 11:54 PM PDT


Dijangkakan 30 – 40 ribu peminat muzik daripada seluruh dunia memeriahkan acara terbesar Malaysia iaitu Future Music Festival Asia yang bermula sekitar 2 petang – 3 pagi di Litar Sepang, hari ini. Persembahan yang melibatkan 4 pentas serta lebih 60 penghibur bertaraf antarabangsa seperti The Chemical Brothers, Flo Rida, Tinie Tempah, The Wombats dan Grandmaster Flash akan melandakan demam keseronokan kepada semua pengunjung.

12 jam berparti sakan, tapi jangan lupa buat persediaan sebelum ke sana. Berikut adalah panduan khas untuk anda :

  1. Hadir awal untuk mengelakkan kesesakan, serta mudah mendapat parking. Krew OHBULAN! pernah parking sejauh 2 kilometer sebab terlambat sampai.
  2. Penuhkan boot kereta anda dengan minuman tenaga, mineral dan makanan. Percayalah, makanan & minuman di sana akan jadi mahal.
  3. Pakaian kena selesa, serap peluh. Bro, ini bukan konsert Mawi ye!
  4. Berhati-hati dengan barangan berharga, kalau boleh bawa barang yang perlu sahaja.

Dan, ini adalah jadual set persembahan sebagai panduan :

Flamingo Stage:

2.30PM Free Deserters

3.00PM Bittersweet

3.30PM They Will Kill Us All

4.00PM Oh Chentaku

4.30PM Great Spy Experiment

5.00PM Inquisitive

5.45PM Joe Flizzow

6.15PM GrandMaster Flash

7.30PM Project E.A.R.

8.00PM Kid Sister

9.00PM Twilight Action Girl

9.45PM Goodnight Electric

10.15PM Agrikulture

10.45PM Holy Ghost!

12.15AM Azari & III

1.15AM Hercules & Love Affair

Future Stage:

2.45PM Stafford Brothers feat. Timmy Trumpet

3.45PM Potbelleez

5.15PM Flo Rida

6.30PM Nikhil Chinapa

7.30PM Eddie Halliwell

8.30PM Pendulum

10.30PM Nathan Detroit

11.00PM The Chemical Brothers

2.00AM Cosmic Gate

Las Venus Stage:

2.45PM Enterprise

3.15PM Sandwich

3.45PM Pet Conspiracy

4.15PM Kyoto Protocol

4.45PM Ruby Rose

5.45PM Dex Pistols

6.30PM Jalabee Cartel

7.30PM Sneaky Sound System

8.30PM Chase & Status

9.30PM Blink & Goldfish

10.30PM Tinie Tempah

11.30PM Alex Metric

1.00AM The Wombats

Gnome Stage:

3.15PM Budculture

4.00PM Mini Compo

4.45PM Darkroom Tale

5.30PM Victor G

6.15PM Andy Murphy

7.30PM Terrence C

8.15PM K-Natz

9.15PM Pearl

10.00PM Fono

10.45PM Super 8 & Tab

11.45PM John 00 Fleming

12.45AM Bass Agents

ads