Sabtu, 12 Mei 2012

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


apa - apa aje lah.......: Beli Jagung <b>Di Sekinchan</b>

Posted: 04 May 2012 05:56 PM PDT

Apa khabar? Aku dan keluarga sihat-sihat aje. Maaf sebab aku dah lama tak 'update' blog ini kerana agak sibuk sedikit dengan tugas dan tanggungjawab samada di rumah atau di pejabat.
Semalam aku ke Sitiawan, Perak kerana ada kerja nak buat.
Aku teringat pada kampung halaman yang dah lama aku tak singgah. Apa khabar agaknya orang - orang di sana? Aku harap mereka juga sihat dan sentiasa dimurahkan rezeki. Yelah... 12 tahun dah aku tak balik kampung.
Dalam pada itu, aku singgah di salah sebuah gerai yang terdapat di tepi jalan dekat Pekan Sekinchan.
Aku cuba cari benda apa yang sesuai untuk aku bawa balik ke rumah. Di gerai itu ada menjual mangga, jambu air, keladi, sukun dan jagung. Tengok punya tengok, aku ternampak beberapa longgok jagung. 
Jadi aku mula memilih nak pilih longgok yang mana satu sebab semuanya menarik. Akhirnya aku membeli selonggok jagung mentah dan beberapa ketul jagung rebus. Harganya lebih kurang RM 15.00 aje.
Selain menjual jagung rebus dan jagung cawan, di gerai itu juga ada menjual benih jagung.
 Jagung rebus dan jagung cawan. Sedap oooooiiiiii.......
 Makcik ini dibantu oleh anak-anaknya untuk menjalankan perniagaan
Buah sukun sedap digoreng garing. Begitu juga dengan keladi, tetapi aku tak berapa gemar makan keladi. Buah timun laut tu aku tak tahu cara nak makan. Itulah kali pertama aku tengok buah timun laut tu.
Di hadapan gerai itu, kelihatan deretan pokok kelapa dengan satu lagi pemandangan indah di waktu petang. 
Dalam memandu menuju ke rumah selepas itu, aku pun makanlah jagung rebus yang aku beli tadi. Aku puas hati membelinya kerana rasa isi jagung tu tak terlalu manis.
Akhirnya aku tiba di rumah sekitar jam 8 malam selepas mengharungi perjalanan yang lancar cuma ada sedikit kesesakan di plaza tol kerana masih banyak kenderaan yang baru pulang kerja agaknya...

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Temui saya <b>di Shah Alam</b> Hujung bulan ini « Bersama Uncang <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 02:38 AM PDT

Temui saya di Shah Alam Hujung bulan ini

Kepada rakan semua, Saya akan berada di Shah Alam pada 28.4.2012 hingga 01.5.2012. kepada yang nak tambah atau nak tahu tentang emas boleh buat appointment dengan saya.Jika anda dari KLang, Kuala selangor, Tanjong Karang lagi mudah nak bertemu saya kerana mertua saya tinggal di Kuala Selangor. Untuk 28.4.2012( Sabtu ) dah full. hubungi 010-7945969. Jumpa anda di sana..byeeee

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


<b>Kelana Jaya</b> dan Subang Jaya <b>di</b>&#39;biru&#39;kan dengan program BN <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 09:37 AM PDT

Program Puteri UMNO bahagian Kelana Jaya hari ni (24/3/2012) betul-betul meriah . Ramai yang hadir termasuk ahli-ahli parti komponen BN dari MCA. MIC dan PPP . Program ini dibuat untuk mendekatkan BN dengan anak2 muda di sekitar Parlimen Kelana Jaya. Boleh dikatakan program ini berjaya dengan penyertaan konvoi bermotor dan berkereta yang melebihi dari jangkaan . Boleh dikatakan hampir setiap kawasan-kawasan strategik di sekitar Kelana Jaya dan Subang Jaya dilalui konvoi. Program ini dirasmikan oleh Datuk Haji Yahya . 

Program konvoi Puteri ini bermula dari Pejabat UMNO/Barisan Nasional Kelana Jaya melalui Subang Parade, Maideen USJ dan seterusnya berhenti di PDM Angsana untuk program bersama kanak2 di  Dewan Masyarakat Angsana, USJ1 Subang. Persinggahan konvoi di PDM Angsana juga disambut meriah, lebih ramai yang menunggu kedatangan konvoi melebihi jangkaan awal. 
Selesai aktiviti di PDM Angsana, konvoi bergerak melalui Desa Menteri , seterusnya ke Padang Kelana Jaya, berhampiran 7 Eleven dan menamatkan konvoi di Pejabat UMNO/BN Kelana Jaya . Boleh dikatakan program Puteri UMNO Kelana Jaya hari ni berjaya mem'biru'kan sekitar Kelana Jaya dan Subang Jaya yang dikuasai oleh PR. Kehadiran mereka di tempat-tempat ini memberi isyarat bahawa BN di Kelana Jaya dan Subang Jaya masih 'hidup' dan akan sentiasa bersedia bersama rakyat di kawasan-kawasan ini tanpa mempedulikan tohmahan-tohmahan oleh pemimpin-pemimpin PR Selangor.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Citer WiFe MaT NaVY: Jalan2 <b>di Sabak Bernam</b>

Posted: 11 May 2012 01:03 AM PDT

Kejadian : 7 - 8 April 2012
Kali pertama berjalan2 sekitar Sabak Bernam..
Selama ini.. cuma lalu je..
untuk ke Lumut selalunya..
Anakanda suka sangat tengok sekitarnya seperti
Air River, Air Longkang (Parit = Tali Air sebenarnya..)
Pokok Nasi (Sawah padi) 
Hangin tau.. dengan hubby nyer statement..
Dah dah jgn dok perasan body dah kecik !!!
niat asal cuma nak baca Citer Sabak Bernam ni time free)
SUNGAI SELANGOR ke.. SUNGAI SABAK BERNAM
Makan tengahari di Medan apa ntah tak ingat
Puas sangat dapat makan Masak Lemak Cili Padi Udang 
(besar2 udangnya.. dan sangatlah manis)
dan kami minum petang dengan 
Tauhu Goreng cicah kuah kacang serta Char Kuay Teow kat sini..
perut kenyang tapi masih juga nak try pau dan cendol kat gerai depan restoran Kuala Kurau tu
bawak balik ke HOMESTAY.. (memang sedap lah..)
(alamak tak amik gambar kat home stay la.. memang gile murah.. 
Rumah 2 bilik boleh kata hampir lengkap baru RM140/malam)
Tu la.. WN memang selalu lupa nak amik gambar kalo gi jalan2..
Sebab Hubby ku tak suka sangat agenda bergambar nih..

Jumaat, 11 Mei 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Gempar! Paus terdampar <b>di</b> Kelanang - LAMAN BLOG <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 07:37 AM PDT


Perghh..malam tadi kat kelanang,heboh,gamat serta kecoh!apasal,lihat sahaja foto di atas....sampaikan yb parlimen kuala langat,takut nak keluar..,

Pemuda UMNO Telok Datok

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


BULETIN RAKYAT: BANJIR KILAT <b>DI BATANG KALI</b>.....

Posted: 08 May 2012 02:15 AM PDT


Dilaporkan seramai lebih 250 orang terlibat dalam banjir kilat itu, membabitkan 70 keluarga yang menetap di Kampung Genting Malik, Kampung Sentosa, Taman Sekolah dan Taman Seri Cahaya.

"Jalan utama di Kilometer 48 hanya dibuka satu laluan dan setakat ini keadaan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam tadi.
Dilaporkan juga kira-kira 15 anggota keselamatan termasuk anggota polis trafik, serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Batang Kali, terlibat dalam mengawal keadaan.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat turut membuat tinjauan ke kawasan itu dan bersedia menghulurkan bantuan segera untuk mangsa-mangsa banjir," katanya.
Sementara itu, lebih 50 buah rumah di beberapa buah kampung di daerah ini naiki air akibat hujan lebat sejak malam tadi.

Kejadian banjir dilaporkan juga berlaku melibatkan beberapa kawasan di Batang Kali lain bermula awal pagi Isnin . Operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir sedang dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Kampong-kampong terlibat termasuk lah :-

1)KG ULU KALONG,ULU YAM

2)KG GENTING MALEK,BATANG KALI

3)KG MASJID, BATANG KALI

4)LORONG HJ NORDIN,ULU YAM

5)KG BATU 30,ULU YAM LAMA

6)KG TENGAH

7)KG SG MANIS, BATANG KALI

8)KG SEKOLAH, BATANG KALI

9)KG SERI CAHAYA, BATANG KALI

10)KG ULU YAM BARU, BATANG KALI

11)JALAN KG KUANTAN, KG GENTING

12)NO 1566, JALAN BATANG KALI

13)KUARTERS PUSAT HAIWAN

14)KG SENTOSA, BATANG KALI
 
Nota: Mesej dari ketua PKR adalah untuk datang ke mesyuarat hantar senarai pengundi yang menyokong beliau.... aparaaa.... turunlah wahai penyelaras dan ketua cabang...jangan disebabkan bukan penyokong anda....mangsa banjir di sisihkan...ini rakyat selangor....
 
sumber : JKKK Kg Kuantan, JKKK Taman Seri

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


I&#39;m Waiting For The Begining: <b>Sungai</b> Terpanjang <b>Di</b> Dunia

Posted: 01 May 2012 09:58 AM PDT

Haaa... korang semua tau tak sungai yang terpanjang di dunia adalah Sungai Nil...? Hmm.. mungkin ada antara kita tak tau lagi fakta ni.. tapi, dengan kepanjangan lebih kurang 6,650 km, sungai ini menjadi sungai yang terpanjang di dunia. Entry kali ni bukan je nak bagitau pasal sungai Nil, tapi nk share2 dgn korang Top 10 sungai terpanjang di dunia.
  • Sungai Lena mempunyai panjang 4400 kmberhulu di Tasik Baikal yang terletak di sebelah barat pergunungan Siberia
  • Sungai ini mengalir ke utara merentasi Rusia dan bermuara di Laut Artik
  • Disebabkan daerah Artik merupakan tempat yg sejuk, Sungai Lena membeku lebih kurang selama 7 bulan setiap tahun semasa musim sejuk dan boleh mencapai ketebalan lebih dari 30 kaki, sekitar 90 - 100 cm.
  • Daerah aliran Sungai Lena kaya dgn mineral sehingga banyak syarikat perlombongan beroperasi di kawasan tersebut.


  • Di tangga ke-9 dengan panjang 4444 km, Sungai Amur juga dikenali sebagai Heilong Jiang dan mempunyai hulu di Mongolia yang memasuki wilayah China (di sebelah utara China terdapat republik Mongolia). 
  • Sungai amur mengalir dari sempada Rusia-China ke Siberia, kemudian menyusuri wilayah Timur Laut Rusia dan bermuara di Selat Tatar.
  • Dalam bahasa Inggeris, Heilong Jiang disebut Black Dragon River dan di Rusia disebut Amur.
  • Penamaan Heilong Jiang dilakukan oleh penguasa Chinadari Dinasti Qing yang berkuasa pada tahun 1644-1911.
  • Sungai amur merupakan simbol dan faktor geopolitik penting dalam hubungan China-Rusia dan sangat penting semasatempoh perpecahan Sino-Soviet pada tahun 1960-an.


  • Sungai Kongo juga dikenali sebagai Sungai Zaïre dan merupakan sungai terbesar di bahagian barat Afrika Tengah dengan panjang 4700 km.
  • Sungai Kongo berhulu di Zambia dan di tempat asalnya sungai ini bernama Sungai Chambeshi. Sungai ini juga bermuara di Lautan Atlantik setelah melalui wilayah Kongo.
  • Fakta daripada  United States Geological Survey (USGS) mengatakan bahawa isipadu Sungai Kongo adalah  10 kali lebih besar berbanding Niagara Falls (air terjun Niagara).
  • Fakta ini menjadikan Sungai Kongo adalah sungai terdalam di dunia dengan mencapai kedalaman 755 kaki (230 m).
  • Untuk pengetahuan semua, lebih dari 700 spesies ikan yang masih tidak diketahui umum tinggal di Sungai Kongo.
  • Salah satunya adalah spesis "raksasa" ikan air tawar bertaring seperti Goliath Tiger Fish.

  • Sungai Ob - Irtysh adalah salah satu sungai yang terletak di Rusia bahagian selatan dan mempunyai kepanjangan 5410 km.
  • Sungai ini mengalir merentasi  Benua Eropah dan Asia dan berhulu di Pegunungan Altai.
  • Bermuara di tiga negara seperti RRC, Kazakhstan dan Rusia, sungai ini merupakan sumber air bersih di negara tersebut.
  • Sungai ini membeku pada bulan November hingga March.


  • Sungai Huang-ho atau Sungai Kuning terletak di wilayah China.
  • Sungai sepanjang 5464 km ini dinamakan Sungai Kuning kerana endapan sedimen yang dibawanya membuatkan sungai keruh kekuningan. 
  • Sungai ini menjadi salah satu pusat peradaban dan kebudayaan tertua di China. Tembok Besar Cina adalah salah satu karya monumental yang lahir daripada kebudayaan Sungai Kuning.
  • Namun disebalik gelaran sebagai salah satu sungai terpanjang didunia, Sungai Kuning juga memiliki gelar " China's Sorrow " atau "Petaka China" kerana sungai ini sering menjadi penyebab banjir besar yang meragut banyak nyawa dan harta benda.


5. Sungai Yenisei-Angara-Selenga

  • Sungai yang mempunyai kepanjangan 5539 km ini  merupakan sistem sungai terbesar yang mengalir ke Lautan Artik. 
  • Ia adalah pusat tiga sungai yang besar di Siberia yang mengalir ke Lautan Artik (dua yang lain adalah Sungai Ob dan Sungai Lena).



  • Sungai sepanjang 6275 km ini terletak di Amerika Syarikat.
  • Perkataan Mississippi bererti Bapa Air diambil dari bahasa penduduk asli Amerika.
  • Mata air Mississippi ialah di negara Minnesota, dekat dengan Kanada. Mississippi mengalir dari selatan melintasi tengah AS dan melewati negara bahagian Wisconsin, IowaIllinois, Missouri, Kentucky, Tennessee, Arkansas, dan Mississippi.
  • Muara Mississippi ialah di negara bahagian Louisiana, selatan kota New Orleans di Teluk Mexico.
  • Mississippi memiliki banyak anak sungai besar seperti Sungai Missouri, Sungai Illinois, dan lain-lain. Boleh dikatakan Sungai Mississippi dan sistem anak sungainya mendominasi kehidupan negara Amerika Syarikat.


  • Sungai Panjang atau Sungai Yangtze adalah sungai terpanjang di China dan di Asia. Panjang sungai ini adalah 6300 km.
  • Sungai ke-3 terpanjang di dunia ini menjadi batas selatan kebudayaan kuno China yang berada di antara Sungai Kuning di utara dan Sungai Panjang/Yangtze di selatan.
  • Nama Sungai Yangtze pada mulanya hanya merujuk kepada bagian hilir Sungai Panjang. Namun kerana nama ini yang pertama didengar oleh orang Barat, maka nama Sungai Yangtze digunakan untuk mewakili seluruh Sungai Panjang.


  • Sungai Amazon adalah sungai di Amerika Selatan yang merupakan sungai ke-2 terpanjang di dunia dengan panjangnya 6400 km.
  • Walaupun Sunga Nil adalah sungai terpanjang di dunia, namun Sungai Amazon dianggap sungai "terkuat" di  dunia jika dilihat dari aliran air per saat.
  • Jumlah air tawar yg mengalir ke Lautan Atlantik sangat besar, iaitu sekitar 184,000 m³ per saat ketika musim hujan.
  •  Aliran Sungai Amazon merupakan 1/5 dari jumlah seluruh air tawar yang masuk ke laut di seluruh dunia.
  • Oleh sebab itu air laut yang berada dekat dengan muara sungai ini memiliki kadar garam yang rendah sehingga beratus mil jauhnya.


  • Sebut sahaja Sungai Nil,mesti ramai yang membayangkan Mesir. Namun, sungai terpanjang di dunia ini (6690 km) berhulu di Gunung Kilimanjaro, Tanzania.
  • Sungai ini menyara jutaan manusia dari berbagai wilayah, peradaban dan masa.
  • Di tanah Afrika yang tandus, kewujudan sungai ini memang sangat diperlukan. Itulah sebabnya beberapa negara di Afrika merebut hak pengurusan sungai ini.






12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


khirnya Adik Nayati Shamelin ditemui selamat <b>di Rawang</b>

Posted: 02 May 2012 10:31 PM PDT

Nayati Shamelin Moodliar dipeluk anggota keluarganya selepas ditemui
selamat pagi tadi.

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, warganegara Belanda yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini di kawasan Hentian Rehat & Rawat Sungai Buloh, Rawang.

Polis mengesahkan Nayati ditemui kira-kira 7.55 pagi.

Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata:

"Kami gembira untuk memberitahu bahawa Nayati sudah pulang ke rumah dan meskipun ia detik yang sangat traumatik bagi dirinya, dia kelihatan berada dalam keadaan baik."

Dalam pada itu, Facebook Polis Diraja Malaysia menyebut, "kanak-kanak lelaki yang dilapor hilang dipercayai diculik minggu lepas, Nayati Shamelin Moodliar, dijumpai di Rawang hari ini."

"Pengesahan berita tersebut dibuat oleh Datuk Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur," kata kenyataan ringkas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak 27 April lalu di hadapan Mount Kiara International School, telah ditemui di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh.

"Kanak-kanak tersebut kini berada dalam keadaan selamat bersama keluarganya dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak polis masih lagi meneruskan siasatan lanjut berkaitan kes ini," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh kerana penculikan Nayati tertakluk kepada siasatan yang dijalankan, keluarganya berkata, pihaknya tidak berhak untuk mendedahkan sebarang maklumat berkaitan.

Keluarganya juga berkata akan mengadakan satu sidang media khas esok.

Keluarga itu berkata, mereka gembira dan menghargai sokongan padu yang diterima daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur dan seluruh dunia.

"Tiada kata-kata yang boleh digambarkan bagi menunjukkan tanda terima kasih dan kami tidak akan melupakan segala sokongan mereka.

"Kami juga sangat menghargai sokongan moral dan kerjasama yang diterima daripada Kedutaan Belanda melalui wakilnya iaitu Paul Bekkers," kata keluarga itu sambil menambah, "dengan bantuan yang diberi ini, kami mampu menangani sedikit masalah teknikal."

"Kami juga ingin berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia terutamanya kepada Polis Diraja Malaysia.

"Keutamaan yang mereka berikan dari mula hingga selamat kembali Nayati dan juga penjagaan yang rapi tidak memberi apa-apa yang boleh menjejaskan keselamatannya. Kami sangat gembira dan akan terus tinggal di negara yang harmoni ini," kata keluarga.


Kalau suka like jer,jangan lupa komen yer

Khamis, 10 Mei 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


MB: <b>Selangor</b> Hargai Golongan Pekerja

Posted: 30 Apr 2012 10:29 PM PDT

SHAH ALAM 1 MEI : Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha menghargai sumbangan pekerja, kerana tanpa golongan ini perumbuhan ekonomi yang pesat tidak mungkin akan tercapai.

Dalam perutusan sempena hari pekerja hari ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyedari tentang hubungan baik di antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja di negeri ini khususnya.

Jelasnya, hubungan ini mampu mengimbangi daya saing serta serta kesejahteraan  hidup individu dan masyarakat.

"Bagi memastikan aspek ini berjalan lancar, Kerajaan Negeri Selangor mengadakan dialog, membentuk dasar dan menjalankan program yang sesuai dengannya. Tumpuan diberikan secara tidak langsung kepada khalayak pekerja melalui pelbagai bantuan kebajikan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

"Program khusus kepada pekerja pula dibuat melalui kumpulan sasar di peringkat kemampuan pelaksanaan oleh kerajaan negeri iaitu bantuan kepada pekerja ladang, penubuhan Institut Produktiviti & Perhubungan Perusahaan Selangor (InPPP) dan pengenalan dasar gaji minima di peringkat syarikat milik kerajaan negeri," katanya.

Menteri Besar juga melahirkan keyakinan bahawa banyak lagi hal yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan dan keperluan khusus golongan pekerja.

"Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga pekerja di Malaysia, khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan,"katanya.

Tahun ini merupakan kali ke-33 negara menyambut hari pekerja sejak diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman selaku mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Selain disambut sebagai hari kelepasan am di Malaysia ia turut disambut dibeberapa negara lain yang mengiktiraf Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization/ILO) seperti Argentina, Austria, Belgium, Jerman, Norway, Itali, Korea Selatan Perancis, Singapura, Sepanyol, Sweden, Thailand, dan Vietnam.

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


Lisa Dan Yusri Jadi Cikgu <b>Di Pandamaran</b> Klang | Neelofa&#39;s Info

Posted: 16 Apr 2012 09:55 PM PDT

Pengalaman sebagai guru sandaran mengajar aktres Lisa Surihani untuk mendidik para pelajar tingkatan 1 Usaha, SMK Pendamaran Jaya bersempena program "Teach for Malaysia" pada Isnin. – Foto oleh AZMAN GHANI

PELABUHAN KLANG: Pelakon Lisa Surihani mengakui kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan cabaran berganda jika dibandingkan dengan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru sandaran, sembilan tahun lepas.

Beliau dan suaminya, penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program 'Teach For Malaysia (TFM) Week' di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini, Isnin.

Lisa berkata pengalamannya mengajar di sekolah itu membuatkan beliau lebih menghormati profesion guru.

"Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar.

"Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam berada di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris.

Lisa dan suaminya Yusry meluangkan masa bersama pelajar Tingkatan 1 Usaha SMK Pendamaran Jaya, Nurul Syafiqah Mohd Nizam (duduk, kanan) dan Kristy Ann.

Selain kedua-dua artis itu, mereka yang mengambil bahagian dalam program anjuran TFM yang bermula hari ini sehingga 20 April ini mewakili sektor perniagaan, kewangan, perkhidmatan awam, pendidikan dan hiburan.

Mereka dijadualkan mengajar di sekolah kawasan Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling Perdana dan Hulu Langat di Selangor; Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur; dan Tampin, Jelebu serta Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

TFM adalah sebuah badan bebas bukan mencari keuntungan yang menyenaraikan bakal pemimpin masa depan Malaysia paling menyerlah dalam misinya untuk menghapuskan keadaan tidak saksama dalam bidang pendidikan.

Sejak Januari 2012, kohort pertamanya yang terdiri daripada 50 felo, menjadi pengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

TFM sedang mencari 70 lagi felo untuk kohort barunya bagi 2013. – BERNAMA

. "xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ"

Rabu, 9 Mei 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


mencari rumah sewa <b>di</b> shah alam/<b>bukit raja</b>/bandar botanic <b>...</b>

Posted: 06 May 2012 03:44 AM PDT

Publish date: May 6, 2012 10:44 am
Contact Name: yus
Price: RM500
Region: Selangor
Phone: 0123067606

saya mencari rumah untuk disewa sekitar shah alam/bukit raja/bandar botanic klang…sewaan antara rm400 – rm550.kemasukan segera jun 2012…

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Contact Ad Owner

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


THE FLYING KICK: PATUT SAMPAH BERLAMBAK <b>DI AMPANG</b> <b>...</b>

Posted: 02 May 2012 11:35 PM PDT



Semalam, banjir kilat melanda sebahagian daerah Ampang. Dan sebenarnya bukan setakat Ampang sahaja yang banjir kilat, sebahagian besar Lembah Kelang juga menghadapi masalah yang sama.
Namun, pendedahan yang dibuat oleh Sahabat Blogger, KUKUKAKI membuatkan penulis tersenyum kambing, apatah lagi mengingatkan pegawai yang sama jugalah yang menafikan tarian tiang di Pandan Perdana kerana katanya, tidak ada aduan dan laporan dari penduduk setempat walaupun daripada apa yang diketahui, laporan dan aduan telah berpuluh-puluh kali dibuat.

Mungkin bagi kebanyakan orang di Selangor, masih tidak mengetahui bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah MEMANSUHKAN PERJANJIAN dengan Alam Flora Sdn. Bhd. dalam hal pengurusan sampah dan sisa pepejal. Mungkin pegawai berkenaan cuba untuk memberi gambaran kononnya Alam Flora Sdn. Bhd. tidak buat kerja sehingga menyebabkan sampah tidak diangkat dan longkang tidak dibersihkan.

Kalau dah nama Pakatan Rakyat, sememangnya puak-puak ini penuh dengan taik dan najis dalam kepala otak mereka.

Bayangkan bagaimana tanpa malu dan tanpa segan, puak-puak Pakatan danrakan subahat mereka boleh menipu secara terang-teangan. Tugas mengangkut sampah dan membuat pembersihan longkang di seluruh Selangor bukan lagi tanggungjawab Alam Flora Sdn. Bhd. Sebaliknya yang bertanggungjawab menjaga sampah dan longkang adalah KRONI-KRONI KHALID IBRAHIM, ZURAIDAH KAMARUDDIN dan AZMIN ALI.

Kalau dalam hal BERSIH 3.0 yang dipersalahkan adalah POLIS. Dalam hal gamba erotik dan lucah Azmin Ali, yang dipersalahkan adalah UMNO dan terkini, dalam hal sampah dan longkang, tidak pula dipersalahkan kontraktor kroni sebaliknya Alam Flora Sdn. Bhd yang tiada kena -mengena dengan sampah danmpembersihan di Selangor lagi.

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Sahabat-Gunung: Banjir Besar <b>Di Batang Kali</b>, Khalid Ibrahim Pasti <b>...</b>

Posted: 06 May 2012 06:57 PM PDT


Banjir Besar di Batang Kali, Hulu Selangor…. Teruk, jalan utama yang menghubungkan Batang Kali ke Rawang, terputus terus….. Kalau korang nak kerja kat Rawang, korang naik bot ajerlah hari nie …
Khabarnya selepas 20 tahun, inilah bencana terbesar yang dialami penduduk Batang Kali.
Berita selanjutnya, selepas ini.

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Kembara MeNcaR! ReDHa ILaH!... : Berhujung minggu <b>di Morib</b>

Posted: 05 May 2012 05:26 AM PDT

Alhamdulillah c'jai dan keluarga sedang berhujung minggu di Pantai Morib....Dah lama teringin nak tengok sendiri sunset...
Selalunya hanya tengok gambar-gambar yang pakcik google punya jer.
Alhamdulillah Allah izinkan..
Subhanallah....cantiknya memandang matahari yang perlahan-lahan terbenam untuk beradu kala siang melabuhkan tirainya...bersama hembusan angin laut yang menyegarkan......
Sungguh terpesona.....
Selamat bercuti pada semua dan buat warga Pahang yang berada di bumi Pahang tentunya cuti kita bersambung lagi hingga ke Hari Isnin...Jumpa lagi next entri....
Tungguuuuuuu...

✿ Akhir Kalam, Salam Ukhuwah...*Sesiapa yg nak kongsi silakan.Klik butang 'SHARE' jika sudi, moga ada manfaatnya ~ Terima Kasih Baca dan Komen di SINI..Datang Lagi ✿ _♥ ummuainries ♥

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Amboi... Rumah Untuk Di Sewa <b>Di Rawang</b> - Sebuah unit aparment <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2012 12:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Rumah Untuk Di Sewa Di Rawang, Sebuah unit aparment ingin di sewa di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Kemasukan bulan Mei 2012. Untuk maklumat lanjut, sila call/sms 012-9720 989 (zul) atau email ke ...

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Rakaman video ceramah Anwar Ibrahim <b>di Batu Caves</b>: Sambutan <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 10:22 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Rakaman video ceramah Anwar Ibrahim di Batu Caves: Sambutan baik pasca BERSIH 3.0 terhadap PR & di bawah presiden baru Perancis, kes rasuah Scorpene – jibby Altantuya pasti hangat…

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Ibu Dera Anak <b>Di Sepang</b> (Video) ~ Media Cyber

Posted: 08 May 2012 11:48 PM PDT

Tolong la benda ni jadi kat Sepang mmg nak sangat2 aku lempang2 k. Bangang ke pe? X sanggup tgk sampai abis. Dpt kat mane abg Aqeeb. Yg rakam tu pon Bongok gak g tgk je. Menyirap darah tgk. Rs nk lempang2 pon gile ni. Dua ekor babi.satu yang amik gambar, satu lagi babi pukul anak sendiri. tolong mana kawan DPP kalau dpt kes ni. sebarkan sapa mak dia ni.aku nak sendiri pegi court ludah mak budak. 
DAH REPORT PDRM TP PDRM BLS MSG KATA DORNG DPT BYK VIDEO NI TP DORNG X THU MAKLUMAT UNTK CARI PPUAN NI.

Serius... ni dah tahap.... gila!

Video Ibu Dera Anak <b>di Sepang</b>

Posted: 09 May 2012 01:00 AM PDT

Panas di laman sosial atas penyebaran video "Ibu dera anak di Sepang". Saya yakin Ibu terbabit mempunyai masalah keluarga iaitu masalah bersama suami mungkin dan anak menjadi mangsa. Sedih dengan sikap ibu seperti ini. Kerana suami anak menjadi mangsa. ;(

Video Ibu Dera Anak di Sepang



ads