Isnin, 28 Mei 2012

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Nayati Shamelin ditemui selamat <b>di Rawang</b> | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 02 May 2012 07:37 PM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini.
Nayati Shamelin ditemui di Rawang jam 7.30 pagi tadi.
Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata:
"Kami gembira untuk memberitahu bahawa Nayati sudah pulang ke rumah dan meskipun ia detik yang sangat traumatik bagi dirinya, dia kelihatan berada dalam keadaan baik."
Keluarganya juga berkata akan mengadakan satu sidang media khas esok.

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Vandalisme <b>Di Kuala Langat</b> Semakin Menular

Posted: 24 May 2012 04:23 AM PDT

KUALA LANGAT 24 MEI : Gambar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sekitar Banting dan Morib sekali lagi diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ini merupakan kejadian kali ketiga yang berlaku di kawasan itu dalam masa dua bulan.

Pemangku Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Muhammad Hafiz Shaari berkata sebelum ini dua kali papan iklan diconteng dan disimbah cat.

"Tidak sampai sebulan MDKL menggantikan beberapa papan iklan yang disimbah cat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kali ini ianya diconteng pula," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata perilaku vandalisme itu merugikan harta benda awam serta mencacatkan persekitaran.

Hafiz yang kesal dengan perbuatan vandalisme yang dilakukan kerana pihaknya terpaksa menukar papan iklan itu dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Bagaimanapun MDKL sudah merancang menggantikan papan tanda berkenaan kepada papan tanda lain selewat-lewatnya minggu depan.

"Kami perlu menggantikan papan iklan sedia ada kepada papan iklan 'Visit Kuala Langat' minggu depan tetapi tidak sangka semalam kejadian yang sama berulang semula.

"Masyarakat perlu tahu papan iklan yang diganti semula memerlukan perbelanjaan yang besar, jadi kerjasama daripada semua pihak untuk menjaga harta awam perlu digiatkan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang kecewa dengan tindakan berulang kali itu menggesa pihak yang bertanggungjawab agar datang bersemuka jika tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pakatan.

"Lebih menyedihkan bulan ini merupakan bulan melawat Kuala Langat dan kejadian ini memberi kesan kepada tanggapan pengunjung terhadap daerah ini," katanya.

Abdullah Sani berkata, baginya tindakan memangkah gambar pemimpin PR merupakan tindakan sabotaj selain menakutkan orang ramai untuk memilih PR dalam pilihan raya akan datang.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Sabak Bernam</b> Terkini

Posted: 08 May 2012 09:20 PM PDT

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, PBT bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga Bandaran.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Daerah Sabak Bernam/Selangor serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong:
1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN, GRED U29
2. JURUTEKNIK LANDSKAP, GRED J17
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N17
Tarikh Tutup Permohonan: 15 Mei 2012

Ahad, 27 Mei 2012

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bakal Beli Rumah <b>Di</b> Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> - <b>SalakTinggi</b>.Com

Posted: 06 Apr 2012 12:22 AM PDT

Apartment untuk di jual-kota warisan sepang.Full details:-
1) Tingkat 1,rumah tepi
2) Lokasi yg strategik-dekat KLIA,Nilai,Banting,Bndr Enstek,Putrajaya/Cyberjaya,Sepang F1.
3) Kemudahan asas yg lengkap & Parking Lot yg senang
4) 3 Bilik Tidur & 2 Bilik Mandi.
5) Free aircond,master bedroom cabinet,cooking cabinet & full art painting(dinding)
6) Rumah dlm keadaan baik & baru.
7) 720 sqft
8) RM 160,000( boleh di runding)
9) Contact : 019-2391208

Kota Warisan(an airport city)superb inlocation next to Salak Tinggi ERL transit station.10 minutes to Cyberjaya,Putrajaya,international school and other amenities.easy to major highway..

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


mencari rumah sewa <b>di dengkil</b> – 1637th Edition | Portal Rumah <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2012 07:08 PM PDT

© 2012 Portal Rumah Sewa . Com – Portal sewa rumah terbaik di Malaysia | rumah untuk disewa | sewa rumah | cari rumah sewa | mencari rumah sewa | iklan rumah sewa percuma. All Rights Reserved.

Best Theme Ever | Powered by WordPress

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Gempar!! Kuda Polis <b>di Puchong</b> waktu tengahari | blogr.my

Posted: 23 May 2012 12:09 AM PDT

5 hari lepas oleh shakiddo

Kejadian berlaku ketika aku dan rakan sekerja sedang menikmati makan tengahari di sebuah restoran di Puchong.   Ape perasaan korang bila tengah makan tiba-tiba ada kuda lalu depan. kat tengah bandar puchong nih. hehe. syabas...

Baca selanjutnya »

Kehidupan shakiddo.com 7 pelawat

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


1 MALAYSIA: VIDEO CERAMAH TIBAI <b>DI SHAH ALAM</b> <b>...</b>

Posted: 26 May 2012 09:06 PM PDT

Ucapan Musyil Am TIBAI

Ucapan Ezam Md Nor Ucapan Zul Kulim

1 MALAYSIA: CERAMAH SAYANGI SELANGOR <b>DI SHAH ALAM</b> <b>...</b>

Posted: 22 May 2012 10:15 PM PDT

Sila di jemputan beramai ramai ke Shah Alam untuk belasah PAKATAN RAKYAT terutama sekali Khalid Samad....

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Minda Lutfi: PAS Selangor abai kerusi Melayu?

Posted: 27 May 2012 06:25 AM PDT

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Khamis 1 Mac, saya, isteri dan wartawan Harakah Selangor, Saidah Hairan ke Tanjong Karang dan kawasan sekitarnya, sehingga melewati kawasan Sunhttp://4.bp.blogspot.com/_-mTunDgIsg4/TROcmY8BAtI/AAAAAAAACiE/FZwUFko2kJ0/s1600/jata%2Bselangor.jpggai Besar. Meskipun agak kerap ke sana menziarahi keluarga sebelah 'orang rumah', namun kunjungan kali ini lebih kepada tinjauan rambang Harakah terhadap situasi politik Selangor, negeri yang menjadi idaman Najib Razak.

Setiap kali melewati pekan Tanjong Karang, Sekinchan dan Sungai Panjang, ia  mengingatkan saya peristiwa lebih sepuluh tahun lalu, tentang pendedahan salahguna kuasa dan rasuah membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.


Bersama rakan-rakan yang pernah mengusahakan penerbitan tabloid politik tanpa permit, kami waktu itu mengutip maklumat dan menjejak bukti, termasuk untuk menyiapkan laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (sekarang Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Tidak cukup dengan itu, saya bersama Dinsman dan pengarah Nasir Jani turut merakamkan pengambaran video di sekitar Tanjong Karang -- termasuk rumah sewa Khir di Sekinchan, jalan termahal merentasi bendang dan juga mencari reban ayam --  bagi memperkukuhkan dakwaan kami bahawa Khir terbabit dengan pelbagai bentuk penyelewengan dan korupsi.

Seingat saya, Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dr Hasan Ali, yang juga Adun Sungai Burong 1999-2004, terbabit sama. Beliau turut membuat aduan rasuah Khir di Ibu Pejabat BPR, di Putrajaya.

Kini, ketika banyak pihak ghairah berbicara (dan berteka-teki) dengan kecenderungan politik pengundi Melayu, bagi saya, kerusi-kerusi yang ditandingi PAS di empat kawasan Parlimen, iaitu Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam, perlu didekati dengan lebih rapat.

Selepas tsunami politik empat tahun lalu, ramai beranggapan pengaruh PAS masih tersekat di kawasan majoriti pengundi Melayu dan kampung-kampung tradisi tertentu. Justeru, saya kira Harakah sebagai lidah rasmi parti wajar menjadikan kerusi-kerusi seumpama itu, termasuk di Selangor, sebagai kawasan fokus.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008, di kawasan berkenaan, PAS bertanding lima kerusi Dun: Jeram, Sungai Burong, Sungai Panjang, Sabak dan Sungai Air Tawar. Manakala bagi kerusi Parlimen, PAS diberi kepercayaan untuk menyaingi BN di Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sungai Besar.

Bagaimanapun PAS hanya menang di Kuala Selangor, melalui wakilnya, Dr Dzulkefly Ahmad, dengan majoriti 862 undi, tetapi tewas di semua kerusi lainnya.

"Kita perlu menunjukkan prestasi yang baik dalam PRU13 di lima kerusi Dun yang diserahkan kepada PAS itu. Selain memperkukuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, kita juga dapat menangkis tohmahan bahawa PAS hanya menang dengan sokongan pengundi bukan Melayu," kata seorang aktivis PAS yang saya temui.


Jadual 1 menunjukkan peratusan pengundi Melayu dan majoriti kemenangan calon BN untuk lima kerusi Dun berkenaan.

Kerusi                % Melayu  Majoriti BN
Sungai Air Tawar  83.6        123
Sabak                79.7         117
Sungai Panjang    85.4       5,828
Sungai Burong     86.1       2,710
Jeram                73.1       1,476

Pertemuan pertama diatur bersama Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sungai Burong.

Beliau yang mudah diajak bersembang menekankan keyakinannya bahawa jentera parti akar umbi sudah bersedia berdepan misi getir menghadapi PRU13, khusus bagi memenangi kembali Dun Sungai Burong, sekali gus memberikan cabaran sengit kepada Noh Omar, Timbalan Pengerusi Umno Negeri dan menteri kabinet, di Parlimen Tanjong Karang.

Namun begitu, Ustaz Judi mengakui, ia bukan tugas mudah, apatah lagi untuk berdepan pelbagai taktik dan strategi licik BN, termasuk penggunaan politik wang. Noh sebagai ahli Parlimen dan pembantu Najib di Selangor pastinya akan memperalatkan apa sahaja untuk mempertahankan kerusinya.

Jika Noh tewas di kampung halaman sendiri, bermakna operasi tawan Selangor berkecai dengan begitu mudah. Justeru, Ustaz Judi mengakui tanggungjawab besarnya, terutama untuk menggembleng setiap potensi kekuatan PAS Kawasan. Saya perhatikan, semangatnya untuk mencipta sejarah cukup tinggi.

Semasa makan tengahari dengan Dr Mohd Yusof Abd Wahab di sebuah restoran berdekatan kliniknya, di pekan Tanjong Karang, bekas calon PAS yang pernah menentang Noh pada 1999 ini, turut menaruh keyakinan bahawa perubahan boleh dicatatkan pada PRU13.

Saya mengenali Dr Yusof lebih sepuluh tahun lalu; kes berkaitan rasuah Khir Toyo yang menemukan kami. Seperti lazimnya, beliau agak kritikal terhadap persiapan jentera parti. Dr Yusof membayangkan program Umno ada kalanya lebih rancak dan berterusan berbanding PAS.

"Umno bukan saja anjurkan karaoke dan acara sukan tetapi juga kuliah-kuliah agama. Kita harus lebih ke depan jika mahu memberi cabaran sengit. Apa pun, saya yakin, jika segalanya direncanakan dengan baik, terutama dengan sokongan pengundi muda yang lebih celik politik, kita boleh menang," ujarnya.

Hasrat saya untuk menemui Ustaz  Mohd Fadzlin  Taslimin, Yang Dipertua PAS Sungai Besar tidak kesampaian. Aturcara programnya hari itu agak padat sehingga jam 4 petang. Saya pula terpaksa berkejar pulang kerana ada temujanji lain sebelum Maghrib.

Ustaz Fadzlin hampir dapat menewaskan Khir Toyo pada pilihan raya 1999 di Dun Sungai Panjang, apabila hanya ketinggalan 165 undi. Bagaimanapun, pada PRU 2008, majoriti Khir, ketika itu MB Selangor, meningkat kepada 5,828 undi.

Di Markas PAS Sungai Besar, saya menemui orang kuat Ustaz Fadzlin, Setiausaha Kawasan, Samsuri Abdul Karim. Beliau yang kaya dengan pengalaman ternyata tidak memandang ringan cabaran Umno setempat meskipun Khir mungkin tidak dicalonkan lagi berikutan keputusan mahkamah baru-baru ini.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri, Ustaz Sallehen Mukhyi, yang turut merancakkan perbualan kami, melontarkan pelbagai input menarik, khusus untuk menangani kawasan-kawasan luar bandar bermajoriti Melayu.

Sallehen juga saya kenali semasa era reformasi ketika beliau menjadi Adun dan Ketua Pemuda Negeri; seperti Dr Yusof, isu Khir Toyo tambah mendekatkan kami.  Dalam PRU12, beliau hanya kalah 117 undi kepada calon BN di Dun Sabak, Warno Dogol.

Meskipun Umno Sabak Bernam berdepan problem dalaman dan dilihat sukar menampilkan calon berwibawa, Sallehen tetap merendah diri. "Kita mesti fikirkan pendekatan lebih baik untuk golongan muda. Saya kira kita ada masalah dalam hal ini," katanya.

Beliau mengakui pimpinan PAS perlu lebih menumpukan usaha di kawasan Melayu secara sistematik, dan bukan sekadar berpuas hati melancarkan program. "Tidak mudah menyusun aktiviti di kampung-kampung. Masyarakat juga tidak begitu terdedah dengan isu-isu mutakhir. Anak-anak muda juga satu cabaran besar," tambahnya.

Untuk kawasan luar bandar yang menjadi gelanggang aktivitinya, Sallehin kelihatan agak bimbang dengan tindakan agresif kerajaan BN yang menyalurkan pelbagai bantuan 'one-off'. Dan saya kira kerisauannya itu, berdasarkan faktor sosio-ekonomi di Sabak Bernam, adalah berasas. Namun tentulah segalanya ada jalan keluar, 'kan?

Sementara itu, dalam konteks keseluruhan Selangor, ada beberapa kerusi Dun yang dilihat berpotensi untuk dimenangi PAS, merujuk keputusan PRU12, seperti ditunjukkan dalam

Jadual 2

Kerusi %           Melayu  Majoriti BN
Seri Serdang      52.1      45
Morib                61.0     286
Taman Templer   55.1     613
Paya Jaras         60.0     642


12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


PKR <b>HULU SELANGOR</b>: BUAT KECUH <b>DI</b> BUKIT AMAN, TAHAN <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 04:38 AM PDT

Tindakan kumpulan Umno-BN menimbulkan kekecohan di
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tempoh hari menyerlahkan sikap parti itu
sebagai politik lama lagi tua yang gagal berhujah, kata Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.
Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, keputusannya
menyerahkan memorandum yang mewakili 29 pertubuhan lain kepada polis adalah
bagi mendesak mereka menahan anggota yang melakukan rusuhan ke atas orang
awam semasa perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


Ocean&#39;s 13: Mungkin LGBT saja suka Khalid <b>di Ijok</b>

Posted: 13 May 2012 11:00 PM PDT


Semalam Mei 13, 2012 merupakan satu hari perpaduan buat penduduk Ijok. Penduduk Ijok dari ketiga-tiga kaum - Melayu, CIna dan India - sama-sama berkumpul di belakang Taman Sejati Ijok membuat bantahan terhadap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketiga-tiga kaum di situ membantah tindakan Menteri Besar yang terlalu ghairah memaksa perpindahan untuk membangunkan hartanah.

Menteri Besar yang pernah tergila-gila mahu bangunkan dengan segera tanah ladang menjadi hartanah ketika mengetuai Guthrie hingga menjerumuksn syarikat itu ke masaalah kewangan tidak boleh membuang tabiat lama.


Di Ijok, dia mahu memindahkan sekali gus padang bola, tempat rehat, kuil dan tanah wakaf untuk Masjid Kg Ijok.

Ini pasti ada pembangunan hartanah yang diusahakan.
3
Kira-kira 130 penduduk penduduk pelbagai kaum menyertai tunjuk perasaan ini yang diketuai oleh Tee Bok Weng, Timbalan Pengerusi PIBG SJKC Ijok.

Dengan tiga-tiga kaum bersatu padu tidak lagi mahu Khalid menjadi MB mewakili rakyat kampungnya sendiri, entah siapa lagi yang masih mahu menyokong Khalid. Mungkin LGBT kot, kalau ada LGBT di Ijok.

Sumber : The Unspinner

Sabtu, 26 Mei 2012

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pemuda melecur 80 peratus akibat dibakar

Posted: 27 Feb 2012 03:11 PM PST

PETALING JAYA 27 Feb. – Seorang pemuda terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan diri apabila dibakar hidup-hidup selepas dirompak sekumpulan lelaki di ladang kelapa sawit di Kampung Sepakat, Sungai Tenggi, Bukit Tagar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 20, cedera hampir 80 peratus dari paras paha ke atas selepas dipercayai dibakar dengan menggunakan minyak petrol.

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Selvakodi, lingkungan 50-an, dia sempat membantu pemuda itu yang tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya.

Katanya, mangsa juga sempat menceritakan kejadian yang berlaku sebelum dia dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut.

"Remaja lelaki itu datang dalam keadaan terbakar dan berseluar dalam. Saya segera membawanya masuk dan menyelimutinya dengan kain sebelum menghubungi talian kecemasan 999.

"Sementara menunggu ambulans datang, dia sempat bercerita tiga lelaki merompaknya sebelum dia dibakar dengan minyak petrol.

"Mangsa turut memberitahu, dia sempat terjun ke dalam longkang untuk memadamkan api yang membakar tubuhnya," kata Selvakodi ketika ditemui di Felda Gedangsa di sini hari ini.

Selvakodi memberitahu, pemuda itu sempat meminta air dan makanan kerana terlalu lapar sebelum dia diberikan air soya dan roti yang terpaksa disuap sendiri oleh cucu lelaki yang berusia 11 tahun.

Sementara itu, bapa kepada mangsa, Mohd. Shauki Dahlan ketika ditemui di Wad Kecemasan HSB berkata, dia sempat menerima panggilan daripada anak bongsunya itu sebelum dia koma dan dirawat di hospital.

"Saya menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan selepas menjawab, Muhammad Syahirudin berkata, 'ayah, saya kena bakar' dan kemudian talian terputus.

"Saya yang terkejut telah mendail kembali nombor itu sebelum diberitahu anak saya telah dibawa ambulans dan dikejarkan ke hospital," katanya.

Kakak mangsa, Sri Wahyuni, 25, berkata, adik lelaki tunggalnya itu keluar dari rumah kira-kira pukul 12 tengah malam semalam selepas meminta kebenaran daripada ibunya.

"Adik saya sangat aktif dan mempunyai ramai kawan di kawasan tempat tinggal kami di Kota Damansara. Dia sepatutnya menghadiri temuduga untuk bekerja di Jusco One Utama, Bandar Utama semalam.

"Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku kerana tidak tahu dengan siapa adik saya keluar semalam. Malah, saya yakin dia tidak pernah melakukan sebarang pekerjaan yang tidak baik," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, siasatan awal mendapati, mangsa telah dipukul dan dibawa dari Kota Damansara pada awal pagi sebelum dia dibakar.

Dipetik dari Utusan Malaysia

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Rakaman Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim <b>Di Dengkil</b>,Selangor <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2012 10:20 PM PST

[unable to retrieve full-text content]2005 - 2012. Tahun 2005 · Tahun 2006 · Tahun 2007 · Tahun 2008 · Tahun 2009 · Tahun 2010 · Tahun 2011 · Tahun 2012 · Langgan Newsletter. Rakaman Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim Di Dengkil,Selangor 27/01/2012 ...

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Minta RM10 juta: MP <b>Kapar</b> cabar Khir Toyo dedah bukti <b>...</b>

Posted: 22 May 2012 02:29 AM PDT

(Oleh Norutul Ilham)

SUBANG JAYA 22 Mei: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mahu mantan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo mendedahkan bukti berhubung dakwaan tawaran RM10 juta.

Katanya, jika Khir berani, beliau sepatutnya tampil mendedahkan bukti, bukannya sengaja memburukkan namanya.

"Dia boleh cakap dia ada bukti, tunjukkan kepada saya, buktikan bahawa saya yang panggil dia untuk jumpa. Buktikan!

"Tapi kenapa lepas empat tahun, dia (Khir) cakap dalam akhbar Sinar Harian (17 Mei lalu), bahawa BN tidak mengamalkan cara begini.

"Kalau betul, kenapa tak buat laporan ke atas saya. Kamu (Khir) boleh lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya pada sidang media di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di sini hari ini.

Hadir sama, Gwo Burne dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Tegas Manikavasagam, bagi membuktikan laporan itu berniat jahat, beliau akan membuat laporan polis dan memanjangkannya bagi menyaman penyebar berita itu.

"Dalam kes ini, saya akan buat laporan polis berdasarkan laporan bertajuk 'MP Kapar Minta RM10 Juta Dari Khir Toyo Untuk Keluar PKR' ditulis oleh M Zakrul Adam daripada blog Sel13.com.

"Kemudian saya akan lantik peguam bagi menyaman mereka, saya sudah rancang untuk memfailkan saman itu dalam masa terdekat," katanya.

Mengimbas kembali kejadian yang didakwa beliau bertemu dengan Khir untuk meminta wang RM10 juta, Manikavasagam memberitahu, beliau sendiri terkejut dengan tawaran tersebut.

"Dia (Khir) yang cakap dengan saya begini: YB, jika kamu tidak gembira, datanglah kepada kami, kami akan jaga kamu. Kami akan beri kamu duit RM10 juta.

"Bukan dari mulut saya, semuanya dari mulut dia. Kemudian saya cakap, tengoklah…tidak sampai lima minit, dia (Khir) terus jalan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pujukan dan tawaran untuk keluar parti turut dialaminya sejak beberapa tahun dahulu tetapi pendiriannya tetap utuh bersama Pakatan Rakyat.

"Sejak 2008, saya sudah senaraikan beberapa orang yang mahu saya keluar parti, sehingga sanggup menunggu berjam-jam di luar rumah saya. Mereka letak kereta di depan rumah saya.

"Hari ini, Exco Kerajaan Negeri Perak seorang wanita, saya tidak mahu beritahu namanya, tapi jika dia cabar saya, saya akan sebut semua nama dalam senarai saya yang datang ke rumah dan pejabat saya di Kapar. Semua saya ada," jelas beliau lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30772

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


VIVAnews - Heboh Ikan Patin Raksasa <b>di Sungai</b> Cisadane

Posted: 24 May 2012 05:04 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Heboh Ikan Patin Raksasa di Sungai Cisadane. Patin yang dipancing Suharnis memiliki panjang 1 meter dan berat 47 kilogram. Jum'at, 25 Mei 2012, 07:04 WIB. Elin Yunita Kristanti, Muhammad Iyus (Tangerang). Follow @vivanews ...

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


TERKINI!!SEBUAH VAN TERBAKAR <b>DI SEKINCHAN</b>!!

Posted: 23 May 2012 11:07 PM PDT

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


&#39;Sembang, Duduk, Bantah&#39; 21 April <b>di Shah Alam</b>

Posted: 10 Apr 2012 01:32 AM PDT

SHAH ALAM, 10 April: Sebuah NGO, Prorakyat Selangor hari ini menyatakan satu pra Himpunan Bersih 3.0 akan diadakan di Dataran Shah Alam pada 21 April jam 3 petang.

Himpunan yang bertemakan 'Sembang-sembang, Duduk-duduk, Bantah-bantah' itu bertujuan untuk menaikkan semangat rakyat dalam membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enggan melaksanakan pilihan raya bersih dan telus.

Presidennya, Khairul Anuar Othman memberitahu Prorakyat juga turut mengambil ketetapan untuk bersama-sama 84 buah NGO dalam menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April nanti.

"Selain daripada penganjuran pra himpunan pada 21 April nanti, Prorakyat juga akan turut serta untuk bersama-sama berada di Dataran Merdeka pada 28 April sebagai menyatakan sokongan terhadap pilihan raya bersih dan adil kepada semua parti-parti politik dalam negara ini.

"Kita melihat sistem pilihanraya di Malaysia ini perlu direformasikan kerana terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam SPR pada masa kini," jelasnya pada sidang media di Shah Alam.

Tambahnya lagi, SPR dilihat lebih mengikut telunjuk pemerintah sedangkan ia adalah sebuah badan yang bebas dari cengkaman kuasa eksekutif dalam negara ini.

"Kewujudan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menambahbaik sistem pilihan raya juga dilihat gagal meyakinkan rakyat seluruh negara apabila tiada penyelesaian kukuh bagaimana daftar pengundi yang meragukan boleh dibersihkan," sambungnya lagi.

Setiausaha Agungnya, Mohd Naquib Carmeil Roseli menyatakan pra himpunan pada 21 April tidak memerlukan permit perhimpunan.

"Himpunan ini adalah himpunan yang aman bersesuaian dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan setiap warganegara berhimpun secara aman tanpa senjata dan tidak mengancam keselamatan negara dan orang awam.

"Matlamat utama himpunan pra Bersih 3.0 ini adalah untuk menunjukkan sokongan rakyat untuk melihat sebuah pilihanraya yang bersih dan adil tertegak di negara kita yang tercinta," katanya.

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Geng pecah rumah <b>di Kajang</b> tumpas | Info Gallery

Posted: 06 Mar 2012 05:00 PM PST



KAJANG — Geng pecah rumah di sekitar daerah ini, yang aktif sejak awal tahun, tumpas apabila polis menahan tiga anggotanya selepas mereka memecah masuk rumah pembantu khas anggota Dewan Undangan Negeri Balakong Yap Lum Chin di Taman Mahkota Cheras, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek yang berusia lingkungan 23 dan 30 tahun, diberkas pada hari sama selepas memecah masuk rumah serta melarikan kereta pembantu khas itu pada kira-kira 7 pagi.

Suspek pertama ditangkap di Dataran Cheras empat jam selepas itu dan polis menemui sebuah kereta lain yang dipercayai dicuri di Seri Kembangan awal tahun ini.

Suspek kedua pula ditahan di sebuah rumah di Balakong dan polis turut merampas sebuah kereta yang dilaporkan dicuri dari sebuah rumah di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi pada 1 Mac lepas, selain beberapa unit TV LCD, barangan elektrik dan kelengkapan memecah rumah.

Suspek ketiga ditangkap di sebuah hotel di Cheras dan polis menemui kereta milik pembantu khas Yap.

Semua barangan yang dirampas ketika semua suspek ditahan dianggarkan bernilai RM350,000.

Pada sidang akhbar hari ini, Abdul Rashid berkata, modus operandi kumpulan itu ialah mereka melakukan kegiatan pecah rumah pada waktu pagi bagi memastikan semua penghuni keluar bekerja

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Lega sedikit apabila mendengar berita penangkapan geng ini

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


afasz.com: Paradigm Mall VS Giant <b>Kelana Jaya</b>

Posted: 25 May 2012 11:32 AM PDT

Paradigm Mall merupakan sebuah shopping complex yang baru dibuka bermula Rabu , 23 Mei 2012. Bangunan yang cukup besar bagi aku. Paradigm Mall terletak di SS7 Kelana Jaya. Bersebelahan dengan LDP. Kalau dari rumah sewa aku , kena lalu ikut laluan bawah tanah terus ke parking Paradigm Mall. Aku masih belum berkesempatan untuk datang ke Paradigm Mall. 
Aku snap dari Giant Kelana Jaya.

Tesco VS Giant - Mana pilihan korang kalau nak shopping?
Aku jarang shopping di Kelana Jaya sebab tiap-tiap minggu aku balik rumah family aku di Bandar Baru Bangi. Sekali sekala je beli barang dari Giant Kelana Jaya ni. Sekarang dah buka pula satu shopping complex baru yang sangat besar. Ada TESCO pula tu. Bersaing la Tesco & Giant. Sebelah-sebelah plak tu, 
Sabtu ni, 26 Mei 2012 ada Faizal Tahir akan buat persembahan di Paradigm Mall. Bagi peminat Faizal Tahir, boleh la terjah sini.
Shila Amzah pula akan berada di Paradigm Mall pada 27 May 2012 , Ahad.  


ads