Selasa, 29 Mei 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


UMNO Online - <b>Negeri Selangor</b> Tapak Kebangkitan Gelombang <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 08:46 PM PDT

Kategori Berita Pilihan

Negeri Selangor Tapak Kebangkitan Gelombang Merah UMNO, BN

Oleh : Azman Abas

SHAH ALAM 10 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi percaya Selangor akan menjadi tapak kebangkitan semula UMNO dan BN menerusi gelombang merah yang diwujudkan oleh Presiden Parti, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau dengan gelombang merah yang telah bertebaran di seluruh negara dan kini berada di Selangor, tentunya akan memberi impak yang besar kepada kebangkitan semangat ahli parti.

"Aura gelombang merah ini telah tersebar ke serata pelusuk negara dan kita yakin seluruh ahli-ahli UMNO Selangor akan berarak ke Bukit Jalil dengan satu semangat baru, di mana kita akan menjadikan Selangor sebagai tapak kebangkitan semula UMNO dan BN untuk merampas kembali pemerintahan negeri Selangor.

"Justeru itu, kita mesti ketepikan segala masalah kita jika ada. Ini perlu dilakukan demi agama, demi UMNO, demi rakyat di negeri Selangor dan demi negara. UMNO Selangor mesti berazam dan berikrar untuk berusaha menjamin kemenangan UMNO dan BN di Selangor ini dengan izin Allah.

"Semangat yang ada ini  harus kita semarakkan sentiasa. Rakyat Selangor beruntung kerana Datuk Seri Najib Razak menjadi Pengerusi Perhubungan dan kemenangan BN di Selangor nanti merupakan satu hadiah yang cukup bermakna kepada Perdana Menteri.

"Oleh yang demikian, semangat ini harus berkobar dan dijulang dengan cara kita mestilah memberikan perhatian dan tanggungjawab sepenuhya kepada rakyat, memahami kehendak akar umbi dan selesaikan masalah mereka. Insyallah BN boleh mencapai kemenangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan bendera oleh Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Nawawi Ahmad.

Larian bendera UMNO sempena ulangtahun UMNO ke-66 tiba daripada Selatan menerusi Beranang semalam, manakala bagi zon utara, larian itu memasuki Hulu Bernam dan pada hari yang sama juga UMNO Selangor turut menyambut larian bendera daripada Sabah yang tiba di KLIA.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar pula menyifatkan larian berkenaan yang bermula serentak di seluruh negara melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli UMNO di seluruh negara.

"Inilah yang dikatakan perpaduan UMNO. Bermula daripada utara, selatan, timur dan barat akhirnya kita akan berkumpul di Stadium Bukit Jalil menterjemahkan perpaduan dan kekuatan kita pada Jumaat ini. Malam ini kita sambut bendera Sang Saka Bangsa bendera keramat UMNO dengan pentas silat, pakaian Melayu, dengan dikir barat dan sebagainya lagi sebagai satu simbolik semangat kemelayuan kita,"

"Dan inilah mengingatkan kita 66 tahun yang lepas bagaimana keadaan datuk nenek kita yang pada waktu itu  hidup dalam keadaan susah, semangat berpuak-puak kenegerian yang cukup kuat dan sebagainya lagi. Tetapi  dengan semangat perpaduan yang dibawa Datuk Onn ketika itu dan UMNO ditubuhkan akhirnya kita berjaya menyatukan umat Melayu dan UMNO menerusi rakan-rakan kita dalam BN telah berjaya mengemudi negara ini sejak dulu hingga ke hari ini," katanya.

Datuk Noh seterusnya menambah UMNO Selangor kini telah belajar daripada kesilapan dan akan mengambil iktibar memperbaiki kesilapan dengan membawa semangat juang yang baru bersama BN.

"Walaupun kami pembangkang, amanah bendera Sang Saka Bangsa kami tetap pertahankan….apa pun berlalu, apa pun berlaku walaupun kami jatuh tertiarap  hingga misai mencecah tanah, namun bendera UMNO ini tetap akan kita pertahankan.

"Itu janji kami. Kami akan belajar daripada kesilapan dan kami insaf, kami akan mara ke depan dengan semangat juang bersama BN, insyaallah UMNO selangor akan terus mara," katanya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 10 May 2012 (3 Minggu Lalu) Pada 11:46 AM

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Gubuk Kecil Kembara Jalanan: <b>Jeram Di</b> Kalumpang, Hulu Selangor

Posted: 06 May 2012 11:00 AM PDT

Sebelum itu, kebanyakan gambar-gambar di sini menggunakan teknik HDR yang ilhamnya datang dari blog cikgu Naman.  Cikgu itu sekarang ini sedang bercerita tentang teknik HDR (naman0807.blogspot.com/ eksperimen-editing-gambar-hdr.html). 

Untuk melihat gambar ini dengan baik, kengkawan kena beranjak sedikit jauh daripada skrin. Barulah nampak kesan HDR nya.. heheheh, selamat mencuba. (Psst: kalau tak jadi gak, anggap ajelah tonton wayang gambar 3D gitew. oppss.. lalalala)


Sabtu (05.05 2012) - maza mengambil inisiatif untuk  merehatkan badan setelah bertelungkus lumus dengan kuliah dan kerja di pejabat. Mau pitam sudah rasanya. Tengok dan badan-badan mulai rasa sengal.

Kali ini maza pergi bersama-sama dengan dua orang sahabat iaitu Hisyam dan Ashraf. Kami mengembara hingga ke jeram Kalumpang di Hulu Selangor. 
Dari pusat bandar Kuala Lumpur, kami menuju ke Hulu Selangor melalui Ulu Yam. Misi kali ini hendak merakam keindahan alam ciptaan Tuhan. 
Tengah hari yang panas itu kami bertolak menuju ke lokasi. Sampai di Kalumpang sudah jam 4.00 petang. 
Kawasan Kalumpang ini di kelilingi oleh kampung-kampung Melayu tradisi. Sepanjang pemandangan dari Ulu Yam ke Daerah Hulu Selangor begitu mengasyikan. Suasana kampung terasa sungguh. Rumah-rumah tradisi di kiri kanan jalan. 
Kami dapati lokasi tersebut amat sesuai untuk berkelah. Jika mahu bermalam tapak perkhemahan ada disediakan. Cuma kenalah bayar. Tentang harga, maza kurang periksa pula.
Sepanjang pemerhatian kami, kawasan ini dipenuhi oleh resort dan pusat latihan seperti JPA. Resort terkenal di sini ialah Resort Kalumpang. Anda boleh menyewa kemudahan-kemudahan yang disediakan di situ seperti bilik seminar dan sebagainya. 
Kalumpang juga menyediakan 'home stay'. Penginapan seperti ini bukan sahaja diperuntukan untuk pelancong asing, pelancong domestik juga digalakkan. Bukan semua rakyat Malaysia mengetahui budaya setempat, jadinya inilah tempat dan peluang untuk mengenali lebih dekat lagi budaya warisan kita. 
Sebaik kami sampai, kami terus memilih salah satu sudut di tepi sungai Kalumpang. Airnya sejuk dan dingin sekali. Sesuai benar untuk menyegarkan badan setelah mengharungi panas terik berjalan.

Rata-rata kawasan ini berbatu-batu besar. Sesetengah tempat laluan airnya agak deras. Untuk orang dewasa, 'kolam-kolam' sungai itu banyak sekali. Tak perlu berebut. 

Sepekara yang maza ingin berkongsi ialah kawasannya terjaga, sampah sarap kemas diuruskan. 
Anda boleh memilih kawasan Kalumpang berbayar dan ada kawasan yang tidak berbayar. Di sesetengah tempat atau resort mengenakan bayaran RM6.00 seorang. Apa-apa hal pun selamat datang ke Hulu Selangor!

Selangor sebenarnya menawarkan banyak tempat pelancongan, cuma harus dicungkil dan diterokai satu persatu.
Selamat berjuang kengkawan...

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


meriahceria: Inno Sains Angkasa (Kg. <b>Jenjarom</b>)

Posted: 28 Feb 2012 12:19 PM PST

 Madrasah ini terletak di Kampung Jenjarum, di jalan Haji Ibrahim di Banting. Personally, saya tidak pernah pergi sana lagi, daripada seorang kenalan, saya share video ini yang di mana mereka membuat pengenalan kepada sains angkasa melalui ilmu al quran. More infos can check at
Program Innovology Sains Siri
 



MeriaCeria is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


SK <b>Padang Jawa</b>: Pelajar maut disambar petir

Posted: 03 Apr 2012 05:06 PM PDT

Nurfarhana Abd Manan
3 April 2012
SERDANG – Seorang pelajar yang menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop,  masing-masing berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing-masing.
Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yang turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru.
"Ketika kejadian, salah seorang guru memberitahu keretanya bergegar sebelum didatangi pelajar yang memberitahu dua pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam itu dipanah petir.
"Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang, namun salah seorang daripadanya, Muhamad Mustaqim dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya.
Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke rumahnya di Padang Jawa, Klang sebelum dikebumikan di kampung ibunya di Felda Jengka Pahang.
"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Kes disiasat sebagai mati mengejut," katanya lagi kepada Sinar Harian.

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


myBancik: Laksa Beras Sungai Bakau Kini <b>Di Sungai Buloh</b>

Posted: 12 Apr 2012 06:19 AM PDT

21 Jamadilawal 1433

Penulis hari ini telah tersempak dengan sebuah gerai laksa di Sungai Buloh, berdekatan Masjid Bandar Baru. Mulanya penulis rasa macam kenal aje kelibat salah seorang peniaga berkenaan. Rasanya macam Pak Teh Azmi, adik kepada Ak'(Pak Ishak, Imam yang menjual laksa beras di Sungai Bakau , di Kampung Penulis).Penulis agak was-was pada mulanya kerana imej beliau sekarang semakin warak berbanding semasa penulis kecil dahulu, ditambah dengan jambangnya yang tebal, ala-ala orang tabligh.

Bila pergi dekat gerai berkenaan, bau kuah laksapun mula tertusuk dihidung , macam kenal aje baunya dan ianya  meyebabkan penulis semakin yakin. Mulanya beliau tidak kenal penulis. Apabila penulis memperkenalkan, penulis ini siapa , anak siapa dan asal dari mana, barulah Pak Teh kenal.Maklumlah dah lama beliau merantau di sini berbanding dengan penulis.Selepas itu barulah beliau kenal  sebab abang ipar penulis mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau.

Penulis begitu teruja lantaran kerana dah lama tak pekena kuah laksa dari Sungai Bakau. Imam Ishak pun khabarnya dah tak meniaga lagi di sana. Patutlah setiap kali pulang ke kampung , penulis sudah tidak nampak lagi kelibat gerai bermotosikal yang menjual laksa beras di sana.

Namun alhamdulillah, kalau nak lepas gian selera laksa berkenaan lepas ni, penulis tak perlu balik kampung lagi. Kat Sungai Buloh pun ada ..Hu..Hu..

Wallahualam

p/s : penulis siap dapat free lagi cucoq udang  mee rebus dari Pak Teh untuk diletak dalam laksa. Pak Teh kata, orang kat sini tak makan laksa dengan cucoq.Itu sebab dia tak letak. he.he.. Hidup cucoq...cucoq forever, dulu ,kini dan selamanya..

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


NORZAILINA&#39;s PONDERINGS: Demo Masakan <b>di Klang</b>

Posted: 22 May 2012 11:58 PM PDT

Jika ada waktu terluang, bolehlah ikuti Demo Masakan yang saya kendalikan dengan kerjasama majalah Keluarga-Seri Dewi. Ada jualan buku masakan dan novel terbaru '3 Kata Hati'. Juga ada kuiz dengan hadiah istimewa daripada saya...!! Resipi turut diagihkan kepada semua. Jom sama-sama meriahkan. 


Tarikh : 25 Mei 2012 (Jumaat)
Masa : 9 pagi - 12 tghari
Tempat : Dewan Hamzah Klang
Demo : Beriani Harum & Ayam Semerbak


Foto ayam ehsan mas-dapurmas.blogspot.com

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Masjid Al Husna, <b>Bandar Sunway</b> - Bila Imam bersuara! - Mahaguru58

Posted: 20 May 2012 07:50 AM PDT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!


Saudara saudari pembaca blog Mahaguru58 yang dihormati sekelian.


Jumaat nan lalu @ 18hb Mei 2012, saya berkesempatan menunaikan Fardhu Jumaat saya buat pertama kalinya di Masjid Jamek Al-Husna, Bandar Sunway, Selangor Darul Ehsan.


Alhamdulillah. Satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan berdasarkan beberapa fakta!


Sudah sekian lamanya saya belum lagi berpeluang mengikuti khutbah yang disampaikan oleh para khatib dan imam masjid secara terus dari minda mereka sendiri tanpa merujuk kepada teks khutbah yang disediakan oleh pihak berkuasa agama negeri atau negara!


Nah! Di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, saya dapat mengikuti khutbah yang terbit terus dari hati khatib dan imam masjid berkenaan iaitu Yang Berbahagia Ustaz Haji Abdul Hadi bin Bakri.


Beliau menyampaikan isi khutbah yang berkisar tentang keadaan jawatankuasa pengurusan masjid yang melantik orang yang bukan ahli agama untuk menjadi pengerusi dan pentadbir masjid berkenaan.


Ustaz Haji Hadi begitu bersederhana didalam cara berkhutbah nya mengenai satu perkara yang memang mengganggu dan mengusik fikiran dirinya sebagai imam di masjid berkenaan tetapi terkilan sebab ada pihak2 tertentu yang melantik seseorang yang tidak sepatutnya menjadi pengerusi dan pentadbir urusan masjid berkenaan.


Saya melihat para jamaah masjid bersebelahan saya yang pada awalnya sudah bersedia untuk mengeruh berdengkur menyangkakan isi khutbah pada Jumaat itu akan serupa sahaja dengan pengisian khutbah 'run of the mill' yang disediakan oleh JAIS tetapi mula bersengkang mata mengikuti setiap bait perkataan yang terbit dari mulut sang imam!


Memang lain dari yang lain kali ini! 


Terasa sayu dan sedih mendengar khutbah dari imam muda yang bersaiz badan serupa ahli gusti sumo Jepun! Lembut tutur katanya dan amat berhemah sekali ia menyampaikan khutbah yang berkisar tentang sesuatu yang bersifat sebegitu peribadi kerana ianya menyentuh keharmonian masjid itu sendiri.
Bila urusan masjid dipegang oleh mereka yang bukan ahlinya, maka ada kemungkinan kariah tempatan akan menghadapi masaalah diberikan nasihat agama yang tidak berasaskan syarie tetapi lebih kepada pendapat peribadi sipolan yang tidak menjadi ahli didalam urusan agama yang diberikan kepada nya?


Panjang lebar diceritakan Ustaz Haji Abdul Hadi tentang permasaalahan pihak dirinya dan juga ahli ahli jawatankuasa masjid yang lain bila mereka terpaksa menahan sabar diletakkan dibawah arahan seseorang yang tidak pakar didalam bab bab urusan agama Islam dan Syariah.


Saya tidak sempat merakam video khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Abdul Hadi Bakri tetapi sebaik selesai saya beribadah dan kemudiannya berbual bicara dengan dua orang pemuda Arab dari Oman tentang mazhab 'Ibadi' yang diamalkan mereka, saya bingkas pergi bersalam dan bertanya khabar dengan Imam Ustaz Haji Abdul Hadi Bakri akan keadaan sebenarnya yang disampaikan beliau didalam khutbah tadi?


Beliau mengaku bahawa pihak dirinya dan beberapa ahli jawatankuasa Masjid Jamek Al Husna Bandar Sunway sememangnya tidak bersetuju dengan cara pihak yang meletakkan seseorang yang tidak begitu ahli didalam urusan syariah dan Agama Islam dilantik dan diberikan kuasa menentukan arah tuju dan cara pengurusan masjid berkenaan!


Beliau meminta saya terbitkan tentang perkara ini didalam blog saya ini dan berharap ianya akan mendapat perhatian pihak yang berwajib terutamanya JAIS!


Saya bersetuju dengan pendapat Ustaz Haji Abdul Hadi Bakri bahawa bab bab pengurusan masjid elok lah dikendalikan dan ditadbir oleh seseorang yang berilmu pengetahuan agama yang layak dan bukannya diserahkan begitu sahaja kepada sembarangan orang apatah lagi kepada orang yang bukan kaki masjid?


Macam kereta kita rosak tetapi kita nak serahkan pada sembarangan orang saja untuk membaikinya? Mahu terbakar dan hancur enjin kereta dibuatnya nanti? Mana mungkin kita pergi menyerahkan sesuatu urusan sepenting pentadbiran masjid kepada mana mana orang sahaja? 


Asalkan kroni pihak yang berkenaan itu sahaja terus dilantik sipolan itu dan ini untuk menjadi penentu hal ehwal masjid? Mana boleh gitu?


Inilah diantara luahan Tok Imam Masjid Jamek Al Husna Bandar Sunway tersebut!


Beliau boleh dihubungi melalui talian 0194449378 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemelut ini. Beliau juga boleh dihubungi melalui emel peribadi beliau iaitu di ustazabdulhadibakri @ yahoo.com. 


Mudah2an masaalah salah lantik orang jadi pengerusi dan pentadbir masjid berkenaan akan diberikan perhatian oleh pihak JAIS dengan kadar segera. Amin.


Menunaikan amanah Tok Imam Ustaz Abdul Hadi Bakri,



12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


"tukanglawan": Laluan Mudah Pakatan Menang <b>Di Hulu Selangor</b>

Posted: 28 May 2012 10:33 PM PDT

NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Umno Hulu selangor bergolak lagi, nampaknya sayap pemuda umno hulu selangor sudah hampir lumpuh bila Naib Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor Yusri Ishak mengisytiharkan keluar parti.
Beliau membuat pengisytiharan di hadapan penyokongnya
Yusri Ishak berkata, beliau keluar parti kerana mahu menumpukan perniagaan dan keluarga. Namun apakah hanya itu punca beliau keluar meninggalkan Umno.
Dalam keadaan kritikal dimana PRU13 dijangka akan diadakan bila-bila masa sahaja lagi, mengapakah beliau melakukan tindakan paling mengejutkan tersebut.

Apakah beliau sendiri sudah rimas dengan politik kotor dan samseng yang dibawakan umno?

Yusri Ishak dalam sidang media dihadapan penyokongnya juga telah meminta pihak media tidak membuat spekulasi buruk berkenaan tindakannya itu.
Namun apa sebenarnya yang terjadi sehingga beliau bertindak demikian masih menjadi rahsia.
Apakah beliau sudah terlalu kecewa dengan BN atau sudah hilang kepercayaan kepada Umno, sesuatu yang misteri sedang berlaku. namun yang pasti ramai lagi pengikutnya ikut serta keluar Umno.

Kalamanathan sudah pening kepala, Mungkin dia akan turun memujuk ahli umno ini untuk terus menyokongnya dengan menjanjikan pelbagai jenis ganjaran.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Isnin, 28 Mei 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Mudah Iklan: Rumah Utk Sewa <b>di Cheras</b> Utama - Mudah Iklan

Posted: 06 May 2012 09:14 PM PDT

Kategori*:Properties
Negeri:Kuala Lumpur
Web Site:http://
No.Tel:0193097161
Email:badariahm@gmail.com
Price:RM830.00
Tajuk Iklan*:Rumah Utk Sewa di Cheras Utama
Isi/Kandungan Iklan*:Rumah Sewa 1 1/2 tkt 3 bilik & 2 bilik Air di Taman Cheras Utama. Melayu sahaja. Masuk 1 Jun 2012. Sewa RM830 sebulan. (deposit 2 + 1, Api + air RM250.00). Berdekatan Supermarket GIANT. Ada tambahan parking lot.
Contact: 0193097161 Badariah
Gambar:
:
:

Visitor IP: 202.46.114.42

Powered by EmailMeForm

13 kawasan <b>di Cheras</b> terputus bekalan air | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 06 May 2012 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: 07 Mei – Tiga belas kawasan di sekitar Cheras mengalami gangguan bekalan air berikutan kejadian paip inlet yang membekalkan air ke kolam Pudu Hulu pecah.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Abdul Halem Mat Som, berkata syarikat itu telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau di SYABAS Kuala Lumpur pada jam 11 malam kelmarin ekoran kejadian berkenaan.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata kerja membaik pulih paip pecah itu sudah pun siap sepenuhnya pada jam 2 pagi semalam dan bekalan air akan pulih secara berperingkat sehingga selewat-lewatnya Selasa malam (8 Mei).

Kawasan terbabit ialah Kampung Cheras Baru, Jalan Kuari, Taman Midah, Taman Cheras, Taman Supreme, Taman Desa Aman, Taman Sri Bahtera, Taman Permata, Taman Rajawali, Taman Gemilang, Taman Mutiara Timur, Taman Bukit Ria dan Batu 5 Cheras.

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Permohonan Nikah <b>di Negeri Selangor</b> | MOMENT OF TRUTH

Posted: 23 May 2012 11:01 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Permohonan Nikah di Negeri Selangor. Tarikh 20 Januari 2012 merupakan tarikh pernikahan saya dengan suami Mohd Fadhil bin Mohamed. Tetapi untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah memang saya terpaksa ...

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Pecah Palak Mikir: Kerajaan Selangor Sabotaj Warga Felda Kerana <b>...</b>

Posted: 22 May 2012 10:55 PM PDT

Apa kejadah dengan Kerajaan Selangor sengaja menunjukan perasaan iri hati kepada warga Felda Selangor. Inilah penyakit Kerajaan Selangor yang tidak habis menyusahkan rakyat sendiri kerana politik.
Udah leee masalah sampah membawa penyakit membunuh! Udah kerana tamak Selangor berlubang sana sini! Udah le janji air hutang sana sini dah macam perompak! Sekarang dah datang penyakit baru menghalang usaha kerajaan membantu rakyat warga Felda pulak?
Sampai bila lah kerajaan Selangor hendak jadi perompak di negeri sendiri. Tak cukup ke merompak kayakan kroni, sudah melarat menyusahkan rakyat pula. 
Ini bukan tokoh pemimpin tetapi tokoh penyagak lagi ada le! Lihat sini Kerajaan Selangor Sabotaj Warga Felda Kerana Iri Hati
Kerajaan Selangor zalimi warga Felda 
SUNGAI TENGGI: Kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang dianggap zalim kerana mahu menyekat usaha Felda membina 268 unit kediaman baru bagi generasi kedua di empat tanah rancangan itu di Hulu Selangor. 
Felda berkenaan adalah Felda Tengi, Felda Tenggi Selatan, Felda Gedangsa dan Felda Soeharto. 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ahmad Maslan, berkata tindakan Kerajaan Selangor itu tidak boleh dimaafkan warga Felda di sini kerana ia menganiaya rakyat. 
"Jika mereka tidak memberi kelulusan, bermakna mereka menganiaya rakyat. Pada prinsipnya, tanah rancangan Felda sebenarnya sudah diwartakan untuk digunakan sama ada untuk Felda atau peneroka. 
"Jika mereka tidak luluskan untuk membina 268 perumahan generasi Felda, ini bermakna mereka menzalimi (warga Felda) seperti mereka lakukan tindakan sama menghalang pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Promosi e-pemasaran Homestay di Felda Sungai Tenggi di sini, semalam. Pelancaran dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Sementara itu, katanya, Felda komited memaju dan membantu empat Felda di sini yang terpisah daripada entiti Pusat itu selama 10 tahun sejak 1995 kerana terbabit dalam inisiatif pihak swasta. 
Ahmad berkata, Felda menyedia peruntukan RM36.9 juta bagi memulih dan menebus kembali tanah rancangan Felda yang terbiar serta digadai peneroka ketika terpisah daripada Felda. 
Beliau berkata, keempat-empat Felda ini menyertai semula Felda pada 2005 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika itu mengambil alih semula urusan pentadbiran Felda. 
"Peruntukan itu digunakan untuk kerja menanam semula, menebang pokok, menabur baja dan menebus tanah yang digadai peneroka. 
"Saya yakin, mereka tidak akan tinggalkan kerajaan Barisan Nasional dan patut bersyukur kerana Felda berusaha menyelesaikan permasalahan mereka," katanya. Sumber Berita Harian

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


WiFi Percuma <b>di Dengkil</b> | theSkop

Posted: 16 Apr 2012 01:41 AM PDT

Dalam usaha menarik pelbagai golongan menjadi celik IT, Dewan Kampung Ampar Tenang kini menyediakan sebuah Pusat Teknologi Maklumat kepada semua lapisan masyarakat di kampung terbabit selain membantu meringankan beban penduduk.

Pusat Teknologi Maklumat itu akan dibuka Mei depan dan beroperasi Isnin hingga Jumaat pada sebelah malam bermula 7.30 malam hingga 9.30 malam dan pada Sabtu dan ahad bermula 1 tengah hari hingga 7 petang.

Penduduk boleh menggunakan kemudahan internet secara percuma di dewan itu.

Penyelaras Dun Dengkil, Borhan Aman Shah berkata penubuhan pusat itu hasil perbincangan bersama penduduk akhir tahun lalu bagi mengatasi masalah masyarakat.

Katanya, pihaknya memberi peruntukkan sebanyak RM15,000 bagi menyediakan peralatan untuk disediakan di pusat terbabit manakala selebihnya daripada Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kerajaan Prihatin, Xavier Jayakumar.

"Kami sentiasa berbincang dengan penduduk, kami mahu jadikan dewan ini sebagai pusat untuk pelbagai golongan berkumpul dan berbincang dalam masa yang sama dapat menambahkan ilmu pengetahuan," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata penduduk boleh menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi dan setakat ini, pihaknya akan menyediakan 11 buah komputer serta dijangka akan bertambah pada masa akan datang.

Tambah Borhan, sebelah pusat itu juga terdapat sebuah mini perpustakaan yang juga akan dibuka bulan depan.

Sementara itu, Ketua Komuniti Kaum India Kampung terbabit, M.Sunmugam, 44, berkata dengan adanya pusat itu, penduduk khususnya pelajar sudah tidak perlu menghabiskan duit di cyber cafe.

"Selain meringankan beban, pelajar dapat meningkatkan minda dan kemahiran pelajar serta kebolehan menguasai IT dengan baik danberkesan akan dapat membantu mereka mengakses maklumat berkaitan dengan pelajaran secara cepat.

"Pembukaan pusat itu secara percuma, ia perlu dimanfaatkan bagi melahirkan lebih ramai pelajar daerah ini yang celik IT dan berjaya dalam pelajaran," katanya.

Borhan berkata, pembukaan pusat IT dan mini perpustakaan itu secara tidak langsung dapat mengelakkan pelajar berpeleseran dan menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

"Kami berharap penduduk di Kampung ini terutamanya pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang sudah disediakan ini," katanya.  – Selangorku

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Jawatan Kosong Sebagai Pesyarah (sambilan) <b>di</b> Kolej Profesional <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2012 10:45 PM PST

sumber : http://www2.kpm.edu.my/beranang/

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


apa - apa aje lah.......: Beli Jagung <b>Di Sekinchan</b>

Posted: 04 May 2012 05:56 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Beli Jagung Di Sekinchan. Salam buat semua... Apa khabar? Aku dan keluarga sihat-sihat aje. Maaf sebab aku dah lama tak 'update' blog ini kerana agak sibuk sedikit dengan tugas dan tanggungjawab samada di rumah ...

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


arifnasir: rumah <b>di paya jaras</b>

Posted: 14 Mar 2012 02:23 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]rumah di paya jaras. Posted by arifnasir at 02:23 · Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook ... Blog Archive. ▼ 2012 (2). ▼ March (2). rumah di paya jaras · rumah di paya jaras ...

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Banjir <b>di selayang</b> | Talk-Serious: BATUCAVES.com

Posted: 19 May 2012 02:24 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Banjir di selayang . Posted on 19/05/2012 by azrisafwan. Original post: Banjir di selayang | Talk-Serious. Tags: azrisafwan, banjir, blockquote-cite, function-wdgpo, life, previous-next, refresh-image, riding-on-bumpy, search, selayang, ...

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Mencari rumah sewa <b>di Balakong</b>, Bangi, Serdang, Kajang. | Portal <b>...</b>

Posted: 23 May 2012 04:21 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]saya ingin mencari rumah sewa di kawasan balakong, bangi, kajang, serdang.. dalam range rm500-rm700.. tak kisah apartment/flat atau rumah teres.. sesiapa ada maklumat boleh hubungi saya di 0124377593. kemasukan ...

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Papa Hebat: 4 Ultraman kafankan 2 khalid <b>di Shah Alam</b>, malam ini.

Posted: 22 May 2012 09:47 PM PDT

Jom lepak ceramah.

Pasti panas. Shah Alam medan perang pilihanraya kali ini !

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ads