Isnin, 8 Oktober 2012

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


Berpiknik <b>di Ulu Yam</b> - The-History-Of-My-Life

Posted: 05 Oct 2012 01:18 AM PDT

Hari ni agak lewat aku update sebab amik mood nak berblogging.
15 September lepas, aku dan FZ plan nak pergi berkelah di Ulu Yam.
Punyalah lama kisah, sekarang baru nak update yeee...
So, kitorang pergi Ulu Yam tu agak lewat... dalam kul 2 lebih.
Itupun aku takut-takut je kot-kot tak jadi sebab aku tengok cuaca cam mendung je.
Aku dah buat backup plan...
Kalau hujan, cancel pergi Ulu Yam tapi kitorang akan pergi window shopping.
Tetengah bulan ni manelah ada duit nak shopping bagai.
Window shopping pon jadik laa...
Kalau ada barang berkenan, telan air liur je la.. huhuu.....
Pegi time camtu, orang pon dah tak ramai.
Parking pun senang nak dapat.
Tempat strategik untuk letak tikar dan barang-barang pun ada.
Aku lebih suke duduk disebalik pokok besar.
Bukannya apa... senang sikit nak salin pakaian.
Aku tak suke salin pakaian kat tempat khas tu sebab kotor dan sesetengah perempuan salin pakaian macam kan dia tengah jahit pakaian... lama gilee....
Kali ni aku bawak baby Alya...
Ni pes time dia mandi sungai...
Siap melalak time aku letak kaki dia atas pasir sungai.
Pelampung angry bird ni aku beli kat situ jugak.
Suke la baby duk dalam pelampung tu.
Tapi dia cuak sikit... mungkin sebab tak biase.
Kemain seronok lagi main kejar-kejar.
Time tu aku ada ajar dia perkataan 'Lari'...
Pastu terkejut aku bila dia pandai sebut.
Asal FZ kejar dia je, mesti menggelupur kayu kaki sambil sebut "lari...lari..."
Comel jek suara dia sebut lari tu... hehehehe....

Kaki tercokeng kat situ.. hehehe...
Pelampung tu sekarang aku simpan kat kolam, tempat kije FZ.
Sebab mane lah tahu nanti nak gune time mandi kat kolam.
Masa ni air sungai tu memang sejuk gile.
Dah macam mandi dalam ais.

Eh, dah macam family pulak... ngeee....
Bila dah nak naik, baby nangis.
Aku dah agak dah... sebab biasenye memang semua budak-budak macam tu.

Aku masak mee goreng je...
Aku ni kalau masak mesti meriah.
Kalau buat mee goreng tu, dalam tu mesti ada ayam, fish ball, sayur sawi dan tomato.
Tak reti aku masak mee goreng kosong.

Keropok keping ganu mariii...
Wajib ada kalau makan mee goreng.
Aku ada jugak goreng ayamas drummet.
Pastu aku bawak jugak jajan yang ada kat rumah aku.
Pastu untuk baby aku bawak jelly.
Tapi lupe pulak nak snap.

Behave je dia sepanjang duk kat situ.
Takde pon nak usik barang-barang ke ape..

Aku : Baby, tolong amikkan tisu.
Aku : Baby, amikkan umi tuala...
Aku : Baby, amik henset umi dalam beg umi...
Atas kepala aku tu tuala...
Rambut tak kering lagi tapi aku malas nak kesat.
So biarkan berkelubung dalam towel.
Baby pulak dah start ngantuk.
Tapi macam biase la... bukannya dia nak tido.
Time nak balik tu, dia pun tolong angkut barang.
Dia tolong bawak pelampung yang kitorang beli tadi.

Dalam pukul 4.30 petang, kitorang balik.
Kang mandi lama-lama takut sejuk dada pulak.
Dalam kereta, macam biase la...
Bagi baby hisap susu... dan lepas tu dia pon selamat tido...

"liVEloVE": Berpicnic Sakan <b>di Ulu Yam</b>...

Posted: 01 Oct 2012 09:01 PM PDT

Sakan ye berendam. Sampai demam n amik MC..Huhuhuhuh. Bertahun dah tak pegi picnic. Hari sabtu lepas, budak-budak  seksyen kilang husband I buat family day gitu. So destinasi pilihan untuk picnic ULU YAM.  Korang penah pegi Ulu Yam tak? I memang tak penah pergi, tapi husband I kata dia dah dua kali pegi masa dia bujang dulu. Pegi naik motor je dulu katanya sebab nak layan corner kat Ulu Yam tu. Memang iye pun jalan untuk sampai ke tempat kami nak berpicnic tu memang  sangat lah mencabar. Berbukit-bukit  dan selekohnya sangat tajam. 
Kami keluar rumah awal pagi sabtu tu. Pukul 7.30 pagi dah gerak ke kilang husband I sebab semua kena berkumpul kat sana selewatnya kul 8.15 pagi. Sape lambat..Tinggal!!!. 15 biji  kete yang berkonvoi ke Ulu Yam. Dari Sham Alam nak ke Ulu Yam tu makan masa dua jam.  Jauh lah juga . Itu pun dari Shah Alam nak ke Batu Caves kami semua  ikut highway.
Lebih kurang pukul 10.30 pagi sampai 15 biji kete nih kat Ulu Yam. Fuhhh!! Memang nyaman udara kat sana. Sejuk n banyak angin. Bunyi deruan air terjun pulak buat hati lebih teruja nak berendam..Hahahahah…Anak bujang I memang tak boleh nak sabar bila nampak air. Tak tentu arah dia.
Bila dah jumpa tempat yang sesuai nak mandi, semua dok pakat bawak turun barang n makanan.  Kata potluck kan. Harus lah banyak makanan. I n husband buat ayam perap untuk BBQ. Jenuh lah balik dari keje hari jumaat tu duk memerap 8 ekor ayam.  Untuk makan 60 orang lah katakan.
I dengan Sirhan memang dah siap-siap pakai baju mandi. Settle letak barang I n Sirhan laju je turun mandi. Gggrrrrrkkk...Sejuk gile air dia.Sirhan pon mula-mula excited,  kena je air sejuk terus dia bangun. Terkejut agaknya..Hahahahahha..Padan muka, tulah sape suruh tak sabar. Ibu dah cakap kan suruh tunggu tengah hari skit. Tapi kejap je dia takut pas tu dia berendam semula. Kawan-kawan pulak ramai, lagi lah dia tak peduli sejuk tau suke jek.
Bila dah berendam dalam air, harus lah perut jadi lapar kan. Naik dulu kita makan. Ada nasi lemak, bihun goreng Singapore, sandwish, kek besday, ayam n daging BBQ, sosej n nugget, dessert, muffin, makanan ringan n kuih muih.  Alhamdullilah makanan tu berlebih-lebih. Siap masa nak balik tu tapau sorang skit. Husband I n kawan dia memang sibuk dok bakar ayam. Sume kata ayma perap kitaorg tu sedap..TQ semua!!Kami buat dengan ikhlas sebab tu sedap..Hahahhaa..Ceh poyo jek puji diri sendiri.Tak malu.
Tak sangka pulak orang-rang laki ni ada sediakan pertandingan untuk anak-anak dan kaum bapa sendiri. Tapi agak tak puas ati juga sebab pertandingan untuk kaum ibu taka de. Ini tidak adil.Kami semua penat masak tau. Kalau kami tak masak ha lapar lah korang semua  tak makan.Hehhehehe..Protes gitu kan. Tetibe Ketua cakap memang taka da pertandingan untuk ibu-ibu tapi kami dah sedia awal-awal dah adiah untuk para ibu.Hehehhehehe..Lebar senyum mak-mak ye. Tak payah bertanding terus dapat hadiah. Antara pentandingan yang diaorg buat tiup belon, rebut gula-gula, menyelam sape paling lama, berenang n paling best terjun bebas dari atas batu tinggi ala-ala Pandalela Rinong gitu.Tapi acara terjun bebas tu untuk kaum bapa je. Husband I tak menang sebab amik mase lama nak terjun.Dia dulu masa bujang dia berani je. Ni dah kawin dia kata ketaq lutut.Hahahahaha….
Tengok jam dah pukul 4.30 pm.Semua pon dah puas mandi. Hari pon dah petang. So kemas-kemas sume barang dan siap-siap tukar baju.  Nasib lah ada kawan husband I bawa khemah. Boleh lah tukar baju dalam tu. Toilet kat sini tak bersih. Memang tak selera nak masuk..Sebelum gerak balik kami amik gambar dulu.Tapi mase amik gambar tu dah ramai juga yang balik. Ada 5 biji kete termasuk kete I yang tak balik lagi masa tu. Ape pun aktiviti picnic hari tu memang best. Next year boleh lah buat lagi.Kita pegi jauh skit..Hhuhuhuhuhuu…


12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Kontraktor projek <b>di Meru</b> Tin tarik diri – Perak Today

Posted: 20 Jun 2011 09:06 AM PDT

Syarikat kontraktor, Saka Bumi Sdn Bhd akhirnya menarik diri dari projek pembangunan kawasan Meru Tin, Jelapang sebagai rancangan penempatan tersusun (RPT).

Keputusan itu disuarakan oleh Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Marsidi Ahmad Samri, setelah projek berkenaan tidak mendapat kerjasama oleh penduduk di kawasan berkenaan.

Menurut beliau lagi, syarikat berkenaan telah pun melaburkan lebih RM 300 ribu untuk kerja-kerja fasa pertama namun gagal meneruskan ke peringkat seterusnya disebabkan tidak sanggup menanggung risiko kerugian.

"Kita dah tak mampu nak tanggung kos pembangunan yang tinggi… sebelum ini kita telah mengeluarkan satu amaun yang tinggi untuk kerja-kerja meratakan tanah.

"Pihak kami dah gunakan hampir 3 bulan dalam fasa pertama itu… tapi kalau penduduk masih enggan untuk memberi kerjasama bagaimana kami nak teruskan kerja-kerja di peringkat seterusnya,"katanya kepada PerakToday.

Sebelum ini, pihak kontraktor telah membuat perjanjian bersama lebih 183 penduduk di kawasan berkenaan dimana setiap keluarga dikehendaki menjelaskan bayaran RM12,300 untuk membangunkan kawasan itu dengan projek perumahan tersusun.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, kesemua mereka masih enggan berpindah keluar hingga menjejaskan kerja pembersihan dan meratakan kawasan.

Lebuh teruk, penduduk berkenaan dikatakan tidak membayar kos tambahan sebanyak 30 peratus seperti yang dipohon syarikat kontraktor.

Berikutan dari tindakan penduduk terbabit, ia telah menyebabkan pemaju menanggung kos tambahan sejak setahun lalu, iaitu kira-kira RM4,000 bagi setiap lot.

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Ibu Tunggal Terima Kerusi Roda Daripada <b>...</b> - PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 12 Sep 2012 10:18 PM PDT

13 09 2012

Parit 3, 12 Sep    :    Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo hari ini telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Ibu Tunggal, Saniah Bakar, 56, yang mengidap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi sejak 30 tahun yang lalu dirumahnya di Parit 3 Ban 2 ½  Sungai Burong.

Beliau yang sebelum ini mengalami kesukaran untuk berjalan amat memerlukan kerusi roda berkenaan untuk bergerak kemana-mana terutamanya semasa mendapatkan rawatan di hospital.

Ibu kepada empat orang anak yang telah kematian suami sejak dua tahun yang lalu, bersyukur dengan pemberian sumbangan kerusi roda tersebut. Dengan adanya kerusi roda tersebut memudahkan makcik untuk bergerak kemana-mana selepas ini, katanya.

Beliau merupakan ibu kepada kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Shah Rizal Mohd Sabrah, yang juga bertugas sebagai Pembantu Pejabat di Pusat Khidmat Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) di Medan Seleras Tanjong Karang.

Beberapa minggu yang lalu kakitangan PKM DUN Sungai Burong yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Wanitanya, Norsidah Samat telah berkesempatan berkunjung kerumahnya untuk melihat keadaan kesihatannya yang sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital.

Turut mengiringi Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan tersebut ialah Pegawai PKM, Abd Malek Abdul Majid.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Selangor mahu pastikan Kelantan tersingkir <b>di Shah Alam</b> | Sokernet

Posted: 07 Oct 2012 11:40 PM PDT

You are here: Home / Piala Malaysia / Selangor mahu pastikan Kelantan tersingkir di Shah Alam

Irfan Bakti Jurulatih Selangor
Irfan Bakti, Jurulatih Selangor

JURULATIH Selangor, Irfan Bakti menasihatkan Kelantan – pasukan bimbingan Bojan Hodak, tidak memasang angan-angan boleh menempah tiket ke final Piala Malaysia musim ini.

Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, kemenangan Kelantan pada perlawanan pusingan pertama kelmarin tidak menjamin pasukan itu boleh mara ke final.

"Janganlah mereka bermimpi di siang hari untuk mara ke final.

"Perlawanan belum berakhir, dan apa yang boleh saya katakan mereka tidak boleh terlalu yakin kerana Selangor bersedia untuk memastikan mereka tersingkir di tempat lawan," kata Irfan kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keyakinan Kelantan untuk mara ke final setelah memperoleh kelebihan satu gol dalam aksi separuh akhir pertama di Kota Bharu.

Dalam pada itu, ketika ditanya peluang pasukannya yang dilihat semakin samar, Irfan bagaimanapun tetap bersikap realistik dan yakin The Red Giants masih berpeluang melangkah ke final.

"Harus diingat masih ada 90 minit lagi, bermain di Shah Alam.

"Kami akan cuba melakukan yang terbaik demi pasukan kerana misi perjuangan Piala Malaysia masih belum tamat.

"Dan saya akan ubah corak permainan dengan lebih tersusun serta membuat sesuatu untuk ke final," kata beliau lagi.

Perlawanan pusingan kedua separuh akan berlangsung Khamis dan Jumaat ini.

Sementara Selangor terima kunjungan Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia bertemu dengan Lions XII. — Sinar Harian

Related posts

coded by nessus

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Hot ! Pusat hiburan <b>di Kajang</b> jadi mini Hanoi ... | GENERASI <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 10:30 AM PDT


Sungguh pesat betul industri maksiat di Selangor ...kat Kajang je sudah ada puluhan GRO Vietnam yang menantikan pelanggan lelaki hidung belang untuk berhibur di sebuah pusat hiburan .

Entah berapa banyak lagi tempat lokasi panas GRO2 ini kat Selangor ...bertambahnya pusat2 hiburan ini sebab kerajaan negeri menerusi PBT yang meluluskan lesen perniagaan .

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


<b>Sungai</b> Rapat Online: Demokrasi sudah mati dalam DAP

Posted: 07 Oct 2012 09:30 PM PDT


Demokrasi sebenarnya sudah lama mati dalam DAP. Sesiapa sahaja yang menyertai DAP perlu akur dengan arahan pemimpin atasan walaupun arahan itu bercanggah dengan prinsip parti, kata salah seorang pemimpin bawahan parti DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek.

Berikutan itu jawatankuasa DAP Sepang membubarkan cawangan parti itu di Taman Sri Sungai Pelek dan menarik kembali permohonan enam cawangan baharu yang sepatutnya ditubuhkan ekoran tidak berpuas hati dengan sikap pucuk pimpinan tertinggi.

Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, enam cawangan baharu yang ditarik kem
bali permohonan adalah Taman Fermanagh, Teluk Manggis, Sepang Kecil, Taman Kedidi, Taman Sri Bayu dan Taman Sri Sungai Pelek (B) yang keseluruhannya dianggotai kira-kira 400 ahli.

Beliau berkata, pembubaran semua tujuh cawangan berkenaan sudah mendapat persetujuan jawatankuasa serta ahli DAP di kawasan Sepang yang kecewa dengan sikap tidak ambil peduli pucuk pimpinan negeri Selangor.

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


LAPOR DIRI <b>DI</b> KOMPLEKS HAJI <b>KELANA JAYA</b> ~ Blog Haji Saya

Posted: 14 Sep 2012 06:52 PM PDT

Stesen berlepas Jemaah Haji di Kompleks Haji Kelana Jaya telah disediakan beberapa kemudahan seperti Masjid, Kantin, Bilik Penginapan kepada bakal haji luar Lembah Kelang (tertakluk kepada kekosongan) dan Khemah untuk tempat berehat bakal haji. Kaunter TH urusan simpanan dan Bank Islam bagi urusan Penukaran wang Rial Saudi juga disediakan.
Kawasan ini tiada tempat letak kenderaan dan penghantar boleh mendapatkan tempat letak kenderaan di kawasan berhampiran. Jangan letak kenderaan di kawasan perumahan terutama di hadapan rumah. Kenderaan penghantar dibenarkan masuk dalam kawasan Kompleks Haji untuk menurunkan bakal haji dan beg-beg bakal haji. Kemudian kenderaan tersebut hendaklah keluar dari kawasan tersebut.
Penghantar dinasihatkan tidak telalu ramai kerana kawasan terhad.
Bakal haji dinasihatkan berada di Kawasan Kompleks Haji 2 jam lebih awal dari waktu Lapor Diri bagi melakukan urusan-urusan tertentu dengan Pihak TH.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Gambar Prevé R3 <b>di Sepang</b>

Posted: 07 Oct 2012 06:16 PM PDT

Tarikh 6 dan 7 Sept 2012, baru sahaja berlalu satu program anjuran Proton iaitu Proton Green Mobility Challenge yang berlangsung di Sepang.

Gambar Proton Preve R3

Pertandingan tersebut di sertai lebih kurang 10 buah universiti tempatan anjuran Proton dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang bertujuan memupuk budaya inovasi di kalangan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara bagi menepati kehendak industri dan kerajaan.

Namun, apa yang menarik di sini ialah pihak Proton R3 buat pertama kalinya memperkenalkan kenderaan lumba Proton Prevé R3 lengkap dengan skim warna rasmi mereka.

Sebelum ini terdapat juga gambar kereta Prevé R3 di pamerkan kepada umum, namun ianya masih belum di beri sentuhan warna lagi.

Secara logiknya, mungkin ini lah kereta yang bakal di gunakan secara rasmi oleh pihak R3 untuk Prevé menunjukkan keupayaannya dalam perlumbaan tempatan dan luar negara.

Klik gambar di bawah untuk melihat imej Proton Prevé R3 yang lain.

# Agak jauh berbeza dengan model konsep, Proton Sapphire, mungkinkah Preve Special Edition bakal di keluarkan juga satu hari nanti?

Info Riadah @ forblogger.net

Connect Facebook

5.0

Terpanas !!! DAP Tergugat Dengan Pembubaran 7 Cawangan <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 05:20 PM PDT


DAP semakin lemah di Sepang, Selangor apabila tujuh cawangan di bubarkan serta merta setelah 400 ahli parti berkenaan membuat keputusan keluar dari parti di sebabkan kecewa dengan sikap pemimpin yang hanya pandai menipu.

Pengumuman keluar dari parti DAP telah di ketuai oleh seorang Pengerusi DAP Cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat di dalam majlis penerangan yang di adakan di cawangan DAP Teluk Manggis , Sungai Pelek,Sepang.

Bagi Tuan Tat, DAP bukanlah satu parti yang demokrasi seperti mana yang di perkatakan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP kerana parti itu penuh dengan skandal-skandal dan budaya samseng. Selain itu DAP kini lebih suka mengamalkan amalan kronisme sejak menjadi peneraju di dalam Pakatan Haram, malahan amalan rasuah semakin menular di dalam parti berkenaan yang telah membuatkan ahli dari akar umbi semakin tidak percayakan pemimpin-pemimpin DAP.

Sikap Pemimpin DAP Selangor, Teresa Kok juga merupakan antara punca ahli DAP akar umbi kecewa apabila suara mereka di pinggirkan malahan mensyuarat langsung tidak pernah di jemput. Apabila mereka bersuara, samseng-samseng DAP akan di hantar untuk membuat kecoh.

Menurut Tuan Tat, walau pun mereka keluar dari parti DAP tidak bererti mereka akan tinggalkan politik, malahan di sebab kekecewaan mereka terhadap DAP akan membuatkan mereka turun kebawah untuk menerangkan salah laku pemimpin DAP dan penipuan yang telah di lakukan pada PRU12 yang lalu.

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Jalur Gemilang dari tempe dipamer <b>di Kuala Langat</b> esok | Oh Gitu Ke

Posted: 12 Sep 2012 09:14 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Jalur Gemilang yang diperbuat menggunakan 27,000 keping tempe akan dipamerkan kepada orang ramai di Kolej Komuniti Kuala Langat di sini dari pukul 9 pagi hingga 5 petang esok. More here: Jalur Gemilang dari tempe ...

Ahad, 7 Oktober 2012

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Horas...!: Wow! Ceramah Pakar Ekonomi PAS <b>Di Semenyih</b>...

Posted: 03 Oct 2012 06:51 AM PDT


Jangan main-main dengan kepakaran Mahfuz dalam bidang ekonomi.

Setakat perancangan belanjawan Perancis yang dipanggil 'Combat Budget'...ada dalam poket Mahfuz.

Mahfuz dah analisis ekonomi Perancis.
Mahfuz dah kaji belanjawan Perancis.
Mahfuz dah teliti bajet Perancis

Mahfuz tau Perancis sekarang tengah beri tumpuan kepada pengurangan hutang negara serta kos pinjaman yang kian meningkat dan pengurangan defisit perbelanjaan awam.

Kalau bajet Perancis Mahfuz boleh ulas dengan hebat...setakat bajet Malaysia apalah sangat.
Melopong lah ahlul PAS di Semenyih mendengar gorengan ekonomi Mahfuz nanti
Muahahahahhahhahahahhahahha.....!!!!!

Kalau mahu membaca kupasan hebat Mahfuz tentang bajet 2013 yang dibentangkan DS Najib baru-baru ini....rakan-rakan pembaca sekalian boleh klik disini.
credit foto pada Maklong Aziz

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Teratak Rohas: Jalan2 Cari Makan ~ <b>Port Klang</b>

Posted: 02 Oct 2012 10:54 PM PDT

Pada Sabtu lepas, kami 1 family keluar bersama2, biasa la ni acara
every month.Sessi jalan2 cari makan.
Kali ni kami menuju ke Port Klang.....mencari kedai Ikan Bakar Muara
di Tanjung Harapan, Port Klang. Itupun En. Hubby yang cadangkan
bila Rohas kata nak makan ikan bakar sambil jalan2.
 1st time Rohas sampai ke Port Klang sejak duduk di Kuala Lumpur ni....
so, kena ler amik gambarkan.....
Ini signboard Medan Ikan Bakar Muara Tanjung Harapan.
Kami sampai di Port Klang pukul 5.30, kedai makannya buka 6.30 ptg.
Sementara menunggu kedai buka, kitorang jalan2 di Tanjung Harapan.
Macam biasa.....sebelum acara makan2 posing dulu :d
Pilih2 makanan laut yg segar spt. ikan, udang, ketam, dll.
sebelum ditimbang & dimasak.
Menu di Medan Muara Ikan Bakar
Rohas pilih Ikan siakap masak 3 rasa, ikan pari bakar, sotong goreng tepung,
sayur campur, tahu bakar & otak2.
Tersenyum anak2 Rohas bila dah kekenyangan.

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Wayang <b>di Kuala Selangor</b> larang berpasangan, pisah jantina <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2012 05:59 AM PDT

Ditulis oleh: notakosong

Majlis Daerah Kuala Selangor menetapkan peraturan dimana, pasangan kekasih yang belum berkahwin, dilarang menonton wayang beresebalahan dan perlu duduk berasingan.

Satu-satunya wayang di daerah Kuala Selangor itu adalah pawagam panggung wayang LOTUS FIVE STAR di pusat membeli-belah 1 Plaza Kuala Selangor. Dan wujudnya tanda peringatan pada ruang pawagam itu untuk mengingatkan pasangan supaya duduk berasingan.

wayang kuala selangor Wayang di Kuala Selangor larang berpasangan, pisah jantina

Kerajaan Negeri Selangor kemudiannya mengarahkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menangguhkan arahan peraturan itu dari dikuatkuasakan.

Suara orang ramai sudah kedengaran dimana ramai yang mengatakan tindakan sedemikian adalah tindakan fanatik dan tidak menghormati orang lain, bangsa lain. Turut dipersoalkan adalah arahan itu dibuat tanpa perbincangan.

Berdasarkan peraturan yang dikeluarkan itu, panggung wayang di Kuala Selangor yang mahu memperbaharui lesen dimaklumkan perlu mematuhi peraturan pemisahan tempat duduk dalam panggung wayang mengikut jantina.

Apa pendapat anda? Ini berlaku di Kuala Selangor, dan ianya ditangguhkan sebelum berkemungkinan bakal dikuatkuasakan.

Sumber: TheStar

Related posts:

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2012 <b>di</b> Jabatan Kesihatan <b>Negeri Selangor</b> (JKNS)

Posted: 03 Oct 2012 07:49 PM PDT

Jawatan Kosong 2012 di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)

Jawatan Kosong 2012:Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merupakan ibupejabat perkhidmatan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Negeri Selangor dan dipertanggungjawabkan ke atas perkhidmatan perubatan dan kesihatan di peringkat negeri. JKNS diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri dan dibantu oleh enam (6) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri yang mengetuai bahagian masing-masing. Setiap bahagian bertanggungjawab ke atas perjalanan aktivti-aktiviti dalam program masing-masing.

Makmal Keselamatan Dan Kualiti Makanan Selangor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf sambilan harian seperti berikut :-

1. Juruteknik J17

CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang KKM.SM-1/99 Pin. 1/2001 yang boleh didapati di :-

MAKMAL KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN SELANGOR
BLOK C, JALAN LANGAT, BANDAR BOTANIK
41200 KLANG, SELANGOR.
TEL : 03 – 3323 7899
FAX : 03 – 3323 9287

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan bersama-sama resume, sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil – sijil kelayakan dan salinan dokumen sokongan lain yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah/ Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Penghulu.
(c) Atau membawa semua dokumen-dokumen yang dikehendaki di para 10(b) semasa menghadiri temuduga terbuka yang akan diadakan pada 8 Oktober 2012, (Isnin) jam 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari. Anda dinasihatkan menghubungi pihak makmal untuk mengesahkan kedatangan anda selewat-lewatnya sehari sebelum temuduga.

Klik sini untuk maklumat penuh dan syarat perjawatan bagi iklan jawatan kosong 2012 ini.

Jawatan Kosong 2012

You can leave a response, or trackback from your own site.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Menghadiri Undangan Kenduri Kahwin Penduduk | Saari Sungib <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2012 03:29 AM PDT

Hulu Kelang, 29 September 2012 – Saari dan Aliza memenuhi program hujung minggu dengan menghadiri undangan perkahwinan penduduk di DUN Hulu Kelang.

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Zakaria Abu Bakar & Jasiah Ramli yang telah berlangsung di Dewan MPAJ AU5 Lembah Keramat

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Yahya Yaakup & Jamaliah@Norliah Othman yang telah berlangsung di perkarangan Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Kapt (B) Mohamed Abdul Majid & Norma Syed Mohd Alsagoff yang telah berlangsung di Wisma LJT, Pusat Bandar Melawati

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Natiseh Sekam yang telah berlangsung di Dewan Abu Bakar Ali Basha, SRK Klang Gate

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Khalid Mohd Noor & Nur Rahmah Abdullah yang telah berlangsung di kediamanya Jalan 5, Kg Melayu Bt Caves

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Kereta Timb Menteri Hilang Di Johor Ditemui Terbakar <b>Di Kapar</b>

Posted: 18 Sep 2012 08:46 AM PDT

Klang - Kenderaan rasmi milik Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu anak Belum yang dilaporkan hilang di Seri Alam, Johor Bahru pada 2 Jun lalu, ditemui terbakar kurang 500 meter dari simpang Jalan Akob, Kapar di sini, Sabtu lalu.

Gambar: Anggota polis memeriksa kereta timbalan menteri yang terbakar di Kapar.

Kereta jenis Proton Perdana Executive itu ditemui oleh orang awam di tepi jalan kawasan terbabit kira-kira jam 7.30 malam, sebelum perkara itu dimaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk siasatan dan kereta yang terbakar sepenuhnya itu berjaya dipadamkan dengan bantuan pihak bomba.

Beliau berkata, siasatan awal gagal mengenal pasti nombor pendaftaran kereta terbabit kerana kenderaan itu musnah teruk.

"Setelah kita periksa nombor chasis serta enjin kereta tersebut mendapati ia adalah kenderaan rasmi yang digunakan oleh timbalan menteri berkenaan.

"Semakan juga menunjukkan kereta bernombor pendaftaran WRM 1146 itu dilaporkan dicuri di kawasan Seri Alam, Pasir Gudang kira-kira tiga bulan lalu," katanya ketika ditemui di Balai Polis Kapar di sini, hari ini.

Mohd Shukor berkata, kereta itu dibawa balik ke Balai Polis Kapar untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan jenayah bencana dengan api.

"Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan menjurus pelbagai aspek sedang dijalankan," katanya.

Menurutnya, bagi kes kehilangan kenderaan rasmi itu di Johor, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Sabak Bernam</b> (MDSB) |Kerja <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2012 04:56 PM PDT

mdsb

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, PBT bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga  Bandaran.

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Daerah Sabak Bernam / Selangor serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam.

1. PEMBANTU PENILAIAN, GRED W17

Klik sini untuk maklumat perjawatan dan iklan permohonan jawatan kosong.

Tarik tutup permohonan : 12 Sept 2012

You can leave a response, or trackback from your own site.

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


...puing-puing kehidupan: Air Mata <b>di Kelana Jaya</b>

Posted: 01 Oct 2012 08:02 AM PDT

CikMa sekeluarga menghantar bonda dan rombongannya ke Kompleks Tabung Haji ,Kelana Jaya Jumaat lalu. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat juga bonda berangkat menunaikan haji tahun ini walaupun sebenarnya beliau sudahpun mengerjakan haji ketika tahun 1985.( CikMa darjah 1 ketika itu)
Bonda sudah tua. Umurnya mencecah 68 tahun. Namun, dengan kasih sayang Allah SWT, masih lagi sihat dengan  cara hidup beliau yang rajin berjoging, bersenam, bercucuk tanam dan menjaga pemakanan.
Semua adik-beradik CikMa termasuk ipar -duai dan anak-anak buah, makcik pakcik, sepupu-sepapat , semuanya berkumpul. 
Sewaktu bersalaman, tiada air mata yang tidak tumpah. Menyimpan sejuta makna tersirat, di saat saling memohon kemaafan. Dada CikMa sarat dengan doa, semoga Allah senantiasa memelihara bonda, memudahkan urusannya agar dapat beribadat dengan sempurna. Pergi ke Tanah Suci dengan selamat, dan pulang ke tanah air dengan selamat bersama-sama haji yang mabrur. 
Amin ya Allah, hamba bermohon.
Ayah telah lama pulang ke pangkuan Ilahi. Kali ini, bonda mengupah haji untuk arwah ayahanda tercinta. Semoga amalan ibadat buatnya diterima. 
Di satu sudut, CikMa memerhati.
Jemaah yang berangkat kebanyakannya sudah berumur. Makin sebak dada CikMa apabila tangan yang terketar-ketar, menarik beg bagasi masing-masing. Ada yang teroleng-oleng ke kanan, teroleng-oleng ke kiri.
Mahu menolong, namun, lorong daftar masuk khas untuk jemaah sahaja, yang lain, dilarang masuk.
Ingatan CikMa terlayang kepada suatu pengalaman ketika di Mina. (CikMa berpeluang mengerjakan haji pada tahun 1998, Alhamdulillah)
Makcik-makcik yang sedang menunggu giliran masuk tandas, masing-masing sudah 'terkucil' kerana menunggu lama. Mujur mereka sudah memakai lampin pakai buang seawal mula. Subhanallah. Tak terbayang CikMa pelbagai  cabaran yang terpaksa dihadapi demi menyempurnakan tuntutan Rukun Islam kelima, tanda ketekunan ibadah hamba.
Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. 
CikMa menyeru kepada diri CikMa sendiri dan kepada rakan pembaca sekalian, marilah sematkan azam untuk menjadi tetamu Allah pada usia muda, dan mulalah menabung mulai sekarang.
 Sikit-sikit lama-lama jadi bukit! Insya-Allah

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

ads