Rabu, 6 Mac 2013

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Pancaroba: KEMATIAN TERKEJUT <b>DI</b> KLINIK KESIHATAN <b>KAPAR</b>

Posted: 05 Feb 2013 09:07 AM PST

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


SALAMBANGI: Breakfast in Bangi / sarapan pagi <b>di Bangi</b>

Posted: 28 Jan 2013 12:11 AM PST

Skipping breakfast is not a good habit to practice  But many people tend to skip this important meal especially among students at tertiary institutions. Most of the time, these students wake up really late in the morning  to have breakfast but sometimes they tend to skip breakfast because its one way for them to save money. Money is every thing for them.They must not spend much more than RM 10 a day as  a student. Occasionally , they jump straight to taking lunch at 11.30 am. Dinner for them is around 6-7 pm. Not having breakfast will result in one having a heavier lunch and it's always better to have a good breakfast and just have slices of fruits for lunch. In Bandar Baru Bangi , there are a number of nice places or restaurants to have breakfast. The restaurants below are the best places to have your breakfast in Bangi.
The top restaurant to have breakfast in Bangi is at La Rizz restaurant (Food 4.5 * Service 3,5 * Cleanliness 4 * Cost 3 *)  in Sungai Merab. Just in case you might not know where the place is , its just opposite the Maktab Perguruan Islam Bangi. You have to pass through the road to Hitachi and Sony Malaysia and take the underpass that goes to Sungai Merab. Even though the locality is in Sepang, the distance to that restaurant is so near that people in Bangi consider it as  part of this academic town. The best breakfast to have there is Bubur Ayam (RM 5.5) The porridge is served in a plate complete with "Pergedil" and half of a salted egg. Other condiments  associated with porridge such as spring onion and anchovies  are served as well. However, the portion given is rather small. Normally , I would have ' Roti Jala' (RM 2) plus gravy that is charged if its served with meat (RM 3-5 ). The Roti Canai served at the restaurant is not very memorable as the curry is bit on the tasteless side and served in a really  flat plate . The roti also is not very fluffy. One thing not nice about the restaurant is the service. You have to pay for the food first before consuming it  and cold drinks are served in a plastic container. Food wise, it is a nice place to have breakfast but I have to warn you to come early around 8 am because they start serving lunch at 9 am ! The Malay traditional 'kueh' and assortment of pastries would have gone by 9.30 am.
The second best restaurant to have breakfast  is Tepian Bangi restoran (Food 4. * Service 3 * Cleanliness 4 * Cost 3.5 *) in Seksyen 4. I have to admit that I have been recommending this place for lunch and dinner too in my other write ups. I have to tell you that I have no share in the restaurant but I do know that the owner is quite young and hard working and drives the latest version of the Toyota Camry. This is the best place to have 'Roti bakar' and Roti Canai. The roti Canai (RM 1) is quite large. The best part of the Roti Canai is that it is served with very tasty Myanmar style  "Kuah Dhal" basted with hot and sweet sambal. The roti canai used to be very fluffy but now its a bit thick because of too great of  demand and the need to serve the customer fast. The "goreng goreng" type noodles such as 'beehoon' and 'mee goreng' are nicely prepared. I have to also recommend the 'bubur Ayam' ( RM 3) served at the restaurant. If you have flu or and do not have the appetite to eat, I would suggest that your other half 'tau pau' the Bubur Ayam. It very much better that the Bubur ayam at  MacDonald's.
The next best place (Food 4 * Service 2.5 * Cleanliness 3 * Cost 3.5 *) to have breakfast in Bandar Baru Bangi is at a stall that has no name or probably the signboard is not prominently placed. The restaurant or more of a stall  is just next to the public toilet in Seksyen 1 of Bangi town. The stall is in front of the Satay Samuri  Restaurant in Bangi and also not far from the Singer Shop. The best breakfast to have there is 'Mee Bandung Muar' (RM 4.5). The mee Bandung there is really heaven and topped with lots of peanuts.The gravy is quite tasty and thicken with dried shrimps which gives the 'kuah' a kick. The gravy has enough sweetness of the shrimps and the potatoes. When ordering just make sure that either the father or the brothers that prepare the mee bandung. Otherwise, you will get mee bandung that is quite tasteless. My son also likes  roti canai served at the place especially the Dhal gravy. But I would have the roti with 'sambal tumis ikan bilis with cili padi Negeri sembilan' style. It's really spicy and you would need to have two pieces of roti for the extra hot 'sambal cili padi berdengung'.
Another  best restaurant to have breakfast is Restoran @atas Bukit (Food 4 * Service 2. * Cleanliness 2 * Cost 3 *) The owner is a DKK or 'Darah Keturunan Keling' or a 'Mamak'. The place is always crowded with customers lining up near the place. You will see national made and expensive imported cars overflowing to the main road. If you want to go to the place , it's in front of the Shell station on the way to Putrajaya. from Bandar Baru bangi, The place is nice to have Roti canai (RM 1). The best part is that  the gravy  has the aromatic smell of "Kuah Kambing". If you have the roti canai you have to have it with 'kuah kambing' (RM 3). The kuah daging kambing  is really out of this world  The service however is a bit slow despite having quite a lot of helpers because the customers come in  by the dozens at a time. I would advise that you come early in the morning,. The best way to go there is by taking your 'kapchai' or your superbike. Parking is a big problem at the restaurant . Food wise, I have no complaint.
So these are the best places to have breakfast in Bandar Baru Bangi.  Breakfast would be very nice if you have it with your family. Have it a bit more on breakfast as it will not make you fat. Just make sure that you cut down on the sugar intake which is the main culprit for obesity. Have a nice breakfast with your family and friends.

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Addin: Panas!! Lagi Cawangan <b>Sekinchan</b> Ikan Bakar <b>Di</b> Tutup

Posted: 19 Jan 2013 06:43 AM PST


Lagi restoran Sekinchan Ikan Bakar di tutup.. kali ini di cawangan Ayer Keroh, Melaka. Gambar ni di ambil oleh pembaca blog Addin. 
Menurut sumber restoran ini baru sahaja ditutup. Sekarang berlaku kerja-kerja pemunggahan barang-barang di kedai tersebut.
Sebelum ini Addin ada mendedahkan beberapa cawangan restoran Sekinchan Ikan Bakar di tutup.. baca di sini dan di sini.

Mungkin inilah akibatnya apabila melawan arus kebangkitan rakyat.. waallahualam..

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


MalaysiaDaily: Aziz Bari Bertanding <b>Di Sabak Bernam</b> Atas Tiket PKR

Posted: 01 Nov 2012 09:01 AM PDT

PKR yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas mengumumkan calon baru bagi kerusi tersebut iaitu bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari.

Difahamkan, sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon dicalonkan bertanding bagi kerusi itu.

Abdul Aziz berkata, pemilihannya sebagai calon bagi kerusi berkenaan adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.

"Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam.

"Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR," katanya.

Abdul Aziz berkata, menerusi ceramah-ceramah yang dijalankan di sekitar daerah ini, jelas menunjukkan rakyat semakin matang dalam memilih pemimpin bersih serta mahukan pucuk pimpinan amanah.

Beliau berkata, ia dapat dibuktikan dengan sesi ceramah yang diadakan di Bagan Terap di mana rakyat sudah bijak dalam menilai sesebuah parti politik dengan turut sama turun padang memberi sokongan ketika program dijalankan.

"Bagan Terap merupakan kawasan hitam satu masa dulu memandangkan PKR pernah kalah teruk pada 2008, namun menerusi beberapa ceramah yang dijalankan kini, jelas menunjukkan penglibatan daripada ramai penduduk yang turut turun bagi memberi sokongan," katanya.

Menurutnya, disebabkan faktor itu, Umno semakin takut menghadapi PRU13 memandangkan sokongan dilihat semakin tipis.

Katanya, kajian dijalankannya sejak 2004 jelas menunjukkan kadar peningkatan sokongan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat memandangkan pucuk pimpinan yang dianggap telus dalam membantu mendapatkan hak rakyat.

"Saya yakin PKR akan menang berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan pertambahan sokongan bagi parti ini," katanya.

Menurutnya, pada PRU13 nanti PKR mungkin akan kalah dalam beberapa kerusi namun peratusan undian penduduk dijangka akan meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap peti undi.

Katanya, pada PRU lalu, kebanyakan disuarakan PKR dilihat retorik namun kini parti berkenaan dapat membuktikan ia menjadi realiti di samping membuka mata rakyat.

"Ini merupakan salah satu kekuatan kita dalam memastikan kerusi Parlimen berkenaan dapat dirampas," katanya.

Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, sebelum ini, beliau turut menerima pelawaan daripada Pas dan DAP yang memintanya untuk bertanding di beberapa kawasan lain.

Katanya, bagaimanapun pelawaan tersebut ditolaknya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik di kampung halamannya.

"Saya berasal dari sini dan saya mahukan perubahan terhadap pucuk pimpinan di samping memberi perkhidmatan adil kepada penduduk setempat," katanya.

Beliau berharap rakyat dapat memberi peluang kepada PKR membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan daerah tersebut.

Sementara itu, Badrolamin enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


BIRTHDAY <b>DI</b> WILLIAM CORNER <b>KELANA JAYA</b> – CERITA AKU <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2012 06:58 AM PST

image

Yeah. . Happy Birthday to ME. Agak janggal sebenarnya untuk ingat hari lahir sendiri hihi. Gigih nak makan di William Corner Kelana Jaya. Semata mata nak makan Roti Cheese Naan yang super sedap.
Jalan agak sesak rupanya. Lupa, 11 Disember kan cuti umum bagi Selangor. Aku berkongsi tarikh lahir dengan Sultan Selangor :)

Apapun, aku order Air Mangga ( campuran mangga,laici dan tembika), Air Laici + peach, Roti Naan Cheese ( mozarela ) dan Butter Chicken ahaks. Nyum nyum

image

Sangat sedap ok butter chicken tu. Cuma aku tak boleh blah sangat dengan rasa mozarela ( cheese yang diperbuat daripada susu kerbau ). Memang betul mozarela. . . Rasa kerbaunya betul betul original. Hahaha. . . Aku prefer cheese yang diperbuat daripada susu lembu kot ahaks. Layankan je. . .

image

image

Makan disini betul betul puas hati. Berbaloi. . .

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) danGoogle +

Selasa, 5 Mac 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Hangit Blog: Altantuya dibunuh <b>di</b> tanah <b>Bukit Raja</b> Deepak-Ropiah <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2013 07:40 AM PST


Satu maklumat yang mengejutkan berkaitan pembunuhan kejam Altantuya Shaaribu ialah ia telah dikaitkan dengan isu perjanjian RM 160 juta Boustead Holdings Bhd, di mana firma senaraian awam itu dipercayai telah membantu dengan membeli 223 ekar tanah di Bukit Raja, Selangor untuk mendiamkan rentetan pendedahan rasuah yang dilemparkan oleh sekutu bertukar musuh Deepak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Adakah penterjemah Mongolia yang cantik berusia 28 tahun itu didakwa pernah menjadi perempuan simpanan Najib pada suatu ketika dahulu, dibunuh di atas tanah tersebut oleh dua bekas pengawal peribadinya pada tahun 2006 - ditembak sebanyak dua kali dan badannya kemudian dibom sehingga berkecai dengan menggunakan bahan letupan gred C4 untuk mencegah dari dikenalpasti?

Ini adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli pada sidang akhbar yang diadakan pada hari Rabu untuk menyelidiki ke dalam intipati perjanjian Boustead, yang juga melibatkan ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah.

"Saya tidak pasti akan perkara itu. Ia tidak pernah terlintas dalam fikiran kami tetapi kami akan selidik," kata Rafizi kepada wartawan.

Hantu Altantuya- lebih dari khabar angin?


Menurut kertas pertuduhan, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar telah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, sebuah daerah kecil di negeri Selangor, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat dibawah pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua bekas polis itu telah dijatuhkan hukuman gantung pada 2009 selepas perbicaraan mahkamah yang menarik minat seluruh negara. Kedua-dua mereka merupakan sebahagian daripada pasukan keselamatan yang mengawal Najib dan isterinya Rosmah. Mereka telah mengemukakan rayuan bagi hukuman itu dan sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati kerana tarikh pendengaran semula rayuan dikatakan sengaja ditangguh sehingga pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun sebelum berakhirnya tahun ini.

Semasa penyiasatan yang membawa kepada perbicaraan itu, mereka telah membawa polis ke tempat kejadian. Polis menemui serpihan tulang, yang kemudiannya disahkan sebagai milik Altantuya, dalam tanah hutan berhampiran Empangan Subang di Puncak Alam, Shah Alam.

Sehingga hari ini, tidak diketahui jika Altantuya benar-benar berada di kawasan Bukit Raja yang sekarang menjadi isu perbalahan dalam perjanjian Deepak-Ropiaah-Boustead.

Jika benar, apakah kaitan semua ini? Adakah ia dilihat sebagai sebab kenapa Najib kelihatan tergesa-gesa untuk memuaskan hati Deepak dan mementerai perjanjian penswastaan tanah kementerian Pertahanan kepada Ropiaah? Dan mengapa?

Jawapan kepada soalan-soalan ini masih lagi kabur sehingga lebih banyak maklumat didedahkan. Walau bagaimanapun, kepada wartawan yang sedang mengikuti kes kedua-dua perjanjian Boustead dan dakwaan Deepak, ia mungkin lebih daripada satu kebetulan terutama sekali apabila Deepak telah berkali-kali berikrar dia tidak akan berhenti membuat pendedahan sehingga "roh Altantuya mendapat keadilan". Setakat ini, Deepak yang telah dipanggil 'anak ikan' Rosmah tidak memberi penjelasan mengapa.

Ironinya, timbalan pengerusi Boustead Holdings yang juga pengarah urusan kumpulan Lodin Wok Kamaruddin juga telah dituduh sebagai seorang individu penting terlibat dalam penjejakan wang haram sejumlah RM 570 juta yang dibayar sebagai komisyen oleh firma kelengkapan tentera laut Perancis DCNS kepada Najib dan rakannya Razak Baginda untuk membolehkan pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3bil oleh kerajaan Malaysia.

Najib mesti memuaskan rakan-rakan dalam Umno atau parti akan berpecah


Deepak yang berusia 40 tahun telah mendapat 'mangsa' pertamanya. Najib dikhabarkan telah mengalami strok kecil kerana tekanan dan desakan terutama dari rakan-rakan Umno untuk menjawab kepada dakwaan rasuah yang dilemparkan kepada dirinya dan isteri.

PM yang berusia 59 tahun itu telah menangkis khabar angin itu dengan menegaskan bahawa dirinya 'sihat'. Namun masih terdapat keraguan terhadap dirinya kerana penafiannya tidak bersifat mutlak.

"Bagi kami, keadaan kesihatan Najib tidak menjejaskan persiapan kami untuk PRU ke-13 dan bagaimana kita mentadbir urus Malaysia. Najib hanya perlu menjawab kepada Umno dan memuaskan hati mereka sahaja. Jika dia tidak berbuat demikian, Umno akan berpecah. Jika rakan-rakannya dalam Umno tidak berpuas hati atau merasa dia tidak layak dari segi kesihatan untuk memimpin mereka semasa PRU ke-13, mereka pasti akan mengambil kesempatan atas cerita keuzuran Najib," Rafizi memberitahu Malaysia Chronicle di luar persidangan akhbar.

Pemimpin PKR itu telah mengesahkan bahawa dia juga ada mendengar khabar bahawa Najib telah mengalami strok kecil dan PM sedang berada di Singapura untuk 'berehat'. IS HE REALLY ILL? Najib must clarify rumors he had a stroke & was resting in S'pore - Rafizi

Arahan berdiam diri Dr M berikutan isu 'kelemahan' Najib: "Jatuhkannya" kemudian


Penganalisis Umno telah memberi amaran akan berlaku perebutan kuasa dalaman, yang mereka jangkakan dimana kemuncaknya akan menyaksikan Najib berundur sebelum pilihan raya umum berlangsung, menyerahkan tampuk pimpinan kepada Muhyiddin Yassin, timbalannya dengan menyatakan kesihatan yang kurang baik sebagai alasan.

Tidak hairanlah jika Muhyiddin dan bekas PM Mahathir Mohamad telah dituduh sebagai dalang disebalik pendedahan Deepak. NEW PM FOR MALAYSIA? Najib to be forced to step down on 'health reasons'?OPPORTUNITY KNOCKS AT MUHYIDDIN'S DOOR: No direct denial from Najib, only 'healthy' claim
Mahathir, yang masih dianggap sebagai lelaki yang paling berkuasa dalam Umno, baru-baru ini dilaporkan memberitahu ahli-ahli Umno secara sulit tentang kontroversi yang melibatkan Najib, Presiden Umno sekarang.

Mahathir yang berusia 87 tahun itu menasihatkan ahli-ahli parti tidak mengadu atau membincangkan kelemahan Najib sehingga pilihan raya umum sudah tamat.

"Apabila BN memenangi pilihan raya umum ke-13, barulah kita boleh membetulkan kesilapan dan salah laku untuk kepentingan semua …Apabila masa itu tiba, kita boleh menegur dan menjatuhkannya," Mahathir dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional Bernama.

Malaysia Chronicle

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


LIVE : Jelajah Merdeka Rakyat <b>Di</b> Tasik Tambahan, <b>Ampang</b> <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2013 05:49 AM PST

LIVE : Jelajah Merdeka Rakyat Di Tasik Tambahan, Ampang Sedang Berlangsung Ketika Ini. Antara Pencaramah Adalah DS Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali, YB Zuraida Kamaruddin, YB Khalid Samad, YB Jenice Lee, YB Khassim Abdul Aziz, Brig. Jeneral (B) Dato Abdul Hadi Khatab, YBhg Dr Surendren & Pengerusi Majlis, Dayangku Intan. Selamat Menonton!!!

LINK : http://new.livestream.com/accounts/1706262/events/1929110

KOPI HERBA TERLARIS DIPASARAN MESTI MAU CUBA





12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Salam Monash: Dari Sini Ke Sana

Posted: 05 Mar 2013 07:38 AM PST

Sudah lebih sebulan blog ini kaku tanpa entri baru. Bermakna selama itu juga mungkin ada yang tertunggu-tunggu khabar beritanya. Itu pun jika ada yang berminat untuk mengikutinya. Dan mungkin ramai juga yang tidak kisah pun.... Apa-apa pun maaf dipinta....
Dalam jarak waktu berkenaan kami agak sibuk dengan kehidupan yang terkejar-kejar ke sana sini hinggakan masa senggang yang ada dirasakan amat singkat sekali.
Dari Kota Putra ke Serting
Dimaklumi, Nur Solehah baru sebulan setengah mendaftar masuk ke Tingkatan 1 di MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu. Perhatian yang lebih perlu diberikan bagi meredakan kerinduannya terhadap keluarga (homesick) serta tekanan pengajian terutama hafazan yang amat baru baginya.
Ketika cuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Tahun Baru Cina, kami sekeluarga pulang ke kampung halaman di Kuala Terengganu. Solehah menunggu di sana setelah dijemput oleh Ummi Na dari asrama sehari dua sebelumnya.

Selepas menghantar Solehah pulang ke asrama, kami bergegas pula pulang untuk menghantar abangnya, Izzuddin ke MRSM Serting, Negeri Sembilan pula. 

Penatnya amat terasa tetapi itulah pergorbanan dan sebagai tanda sokongan kami kepada anak-anak. Berbanyak terima kasih kepada Ummi Na dan Bakhtiar-Suraya yang banyak membantu.
Dari Ulu Kelang ke Puchong
Akhir Januari baru-baru ini kami berpindah lagi dari rumah sewa di AU5, Lembah Keramat, Kuala Lumpur ke rumah emak-abah di Ulu Kelang. Baru setahun kami mendiami rumah tersebut, tiba-tiba sahaja ianya dijual dan tuan rumah baru ingin menetap di situ. Ada hikmahnya.
Insya Allah selepas ini kami akan berpindah pula ke rumah kami di Saujana Puchong, Selangor. Rumah teres 2 tingkat yang dibeli lebih 10 tahun lalu kini didiami oleh adik. 
Sejak awal tahun lagi kerja-kerja pengubahsuaian giat dijalankan dan kini telah pun siap. Tidak banyak yang dilakukan, sekadar memberi keselesaan untuk didiami.

Itulah antara hikmahnya. Setelah lebih 10 tahun ditinggalkan usang, sekarang tampak lebih ceria dan berseri.

Bila akan berpindah? Bergantung kepada keadaan. Tambahan pula Hanisah bakal menduduki PMR di suku ketiga tahun ini. Mungkin ditangguhkan dahulu buat sementara waktu.

Kini ianya menjadi rumah singgahan/ rumah rehat kami di hujung minggu.

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


Klinik Kesihatan <b>Padang Jawa</b> Daif, Kerajaan Selangor Hulur Bantuan

Posted: 04 Mar 2013 09:51 PM PST

SHAH ALAM 5 MAC : Prihatin dengan keselamatan pesakit, Kerajaan Negeri terpaksa mengambil tanggungjawab Kementerian Kesihatan dalam menyediakan kemudahan asas sebuah klinik kesihatan di sini.

Klinik Kesihatan Padang Jawa dibina kira-kira 50 tahun itu berada dalam keadaan uzur dan daif, manakala kemudahan asas seperti peti ais untuk menyimpan ubat sudah tidak boleh digunakan lagi.

Selain itu, menurut Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi Dan Kebudayaan, Rodziah Ismail, pusat kesihatan ini perlu dibaiki segera kerana ia merupakan keperluan rakyat setempat untuk mendapatkan rawatan disamping isu keselamatan perlu dititik beratkan.

Katanya, rakyat berhak untuk menikmati kemudahan dan keselesaan semasa berurusan atau mendapatkan perkhidmatan di klinik terbabit.

"Klinik ini merupakan satu-satunya klinik di kampung ini, pengunjungnya ramai wanita mengandung dan kanak-kanak.

"Ia kini sudah uzur, saya terima banyak aduan dari Ketua Kampung dan minggu lalu serta hari ini saya lihat sendiri.

"Saya akan menulis surat kepada Kementerian Kesihatan supaya menaik taraf klinik ini supaya keadaannya lebih kondusif, walaupun berada di kampung, tetapi klinik ini di kawasan Bandaraya Shah Alam, jadi sampai masa ia patut di naik taraf," katanya ketika ditemui.

Rodziah menambah Kerajaan Negeri sedia berbincang dengan Kementerian Kesihatan sekiranya mahu membina sebuah klinik yang baru dan selesa.

"Kita mungkin boleh berbincang untuk menyediakan tapak baru, bagi saya perkara yang berkenaan kemudahan rakyat kita tidak boleh memilih kawasan untuk diberi perhatian.

"Sementara ini, saya cuba bantu mana yang termampu dalam ruang lingkup saya, cuma kalau membina bangunan baru ia perlukan satu peruntukkan khas," katanya.

Dalam lawatan itu, Rodziah turut memberi sumbangan berupa sebuah peti ais dan satu set komputer untuk kegunaan kakitangan klinik itu.

Tinjauan di klinik terbabit mendapati lantai dan dinding klinik itu sudah usang, kemudahan tempat duduk yang disediakan di bahagian luar juga semakin uzur, selain tidak selesa dijadikan sebagai tempat menunggu kerana kawasannya terdedah kepada pancaran cahaya matahari.

Sementara itu, Ketua Kampung, Saian Asmari, 62, berkata penduduk mahukan supaya sebuah klinik kesihatan yang lebih selesa dibina.

"Penduduk di kampung ini, ada sekurang-kurangnya 30,000 orang. Kalau boleh mahu klinik yang lebih selesa. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yb Rodziah kerana prihatin dan sudi melawat masalah kami," katanya.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Meniti Hari...: Pengalaman menjadi cikgu <b>di Tanjung Sepat</b>, Kuala <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2009 11:55 PM PDT

ni entry yg aku hutang.. :D
last weekend aku g carik duit lbh kat Hulu Langat.. kat Banting.. g jd cikgu.. g main cikgu2 ngan warga emas ekekeke.. pengalaman yg menarik n manis.. nak berulang jauh.. so wat decision tdo je umah kak fieda.. dia org banting so dr umah dia ke tmpt ngaja dlm 25 minit mcm tu je.. kalo dr shah alam dkt sejam lbh, nanti nak kena gerak awl2 lak ari ahad tu.. penat kn.. ari sabtu pagi mmg dr umah.. tumpg kete kak fieda.. hubby hanta.. so hubby tgl umah sesorg la.. sian dia boring..

mcm ane leh terjebak jd cikgu ni?? mcm ni kisahnye... pihak SUK Selangor de buat program FESSTIS singkatan dari Festival Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Selangor 2009. Tujuaannye nak bg pendedahan kepada penduduk selangor ttg IT.. so mcm2 la prgram dorg buat.. so salah satu program nye adalah mengajar penduduk2 selangor terutamanya Ketua Kampung, JKK, pastu wakil2 masjid n mcm2 la.. so kebanyakan nye org2 berumur.. dorg bg e-mail sape nak volunteer.. so aku pon dlu kn hubby keje x tentu masa weeknd xde umah so aku decide ngan beberapa geng kat opis leh la join.. skali dia pgl lmbt daaaa... hubby pon dh brenti keje lama n masuk gov so dia cuti sabtu ahad hihihi.. tp dh register kn.. g je ar.. memula mcm berat gak ati.. tp bila dh g ase seronok :D

setiap kawasan di tempatkan 2 org tenaga pengajar... aku n kak fieda kena kat Hulu Langat.. jauh tu.. de geng2 lain dpt kat selayang n merata la.. sib bek kak fieda mmg org banting so sng la carik tmpt..

Masa masuk je kawasan Kg. Tanjung Sepat tu kan.. ase blk kg.. byk sgt kelapa n kelapa sawit pastu parit.. best tau.. :D kg. aku kat melaka pon dh x rupa kg.. pastu umah kak fieda pon mmg kg btol la.. dpn umah de pokok rambutan.. leh petik je bila nak mkn.. best2 pastu bilik air kat lua.. ekeke.. sronok.. tp mcm bese la mak buyung kn ske je nak g toilet byk2 kali.. bile time mlm aku dh riso.. alamak mcm ane ni mlm2 nak g toilet huhuhu.. mmg btol.. mlm tu sejuk.. aku pk byk kali nak g toilet, tp sbb dh x tahan redah je.. sib bek umah dia mmg pasang lmpu tgh umah.. trang skit... aku trun tangga raba2 ekekke klaka je bila ingt blk :D nak kejut kak fieda segan.. x nak kaco dia..

Mengaja org2 berumur ni kena saba.. sbb budak2 mmg ske IT ni.. org tua lain dia cepat buhsan hehehe.. so kena pandai tackle.. aja ape?? SUK dh sediakan silibus so kitrg ikut je.. aku aja pasal e-mail n blog.. kebetulan aku mmg kaki blog kn ekekeke.. so sng la.. kak fieda lak aja seme online servis yg de kat web SUK Selangor.. tp yg aku nmpk selama 2 hari kelas.. dorg ske bab e-mail n blog.. siap de yg nak buat jual kerepek online ekekek klaka tau pakcik2 n makcik2 ni.. sebaya mak aku ni de yg dkt umo atok ku.. dia ketua kg.. hehehe..

ade yg x bape mahir pgg mouse so kena la slow2 aja.. pastu x leh direct nanti dorg buhsan.. pastu kena la aja selit2 yg lain skit mcm.. aja nak baca online paper.. pastu carik resepi.. so dorg ase la terhibur kn xde la buhsan.. ari 1st group lain.. 2nd day group lain.. silibus sama.. yg aku xleh lupa.. de cikgu yg dh nak pencen la.. dia memula buhsan sgt tau.. bila aja blog dia ase seronok.. ayat dia "terima kasih cikgu... sbb dh buka minda saya.. saya ase seronok sgt IT ni.. sblm ni gelap je pemandangan pasal komputer.. pasni leh la saya curahkan isi ati n guna blog ni bila buhsan dh pencen nanti" bestkn.. bila kita aja org, pastu dorg gunakann hargai.. :D pastu de yg lepas klas kobar2.. siap seme nak aja anak2 buah kat kg n soh buat klas lagi.. aku ckp, kitrg ni hanya fasililator je.. nak klas lagi kena tanye SUK hehehe lg best masa aja buat e-mail pastu leh lak dorg balas-balas e-mail ajak lepak kedai kopi padahal sebelah-sebelah muahahaha klaka tau pakcik2 ni.. umo de yg 60 lbh..








haa.. ni la jln masuk dewan tu.. dlm kg kn... kalo x tau mmg sesat.. line tepon pon x bape nak clear.. ni baru cabaran :D
ni sijil nye.. pengajaran kami di iktiraf tau...
Pihak SUK de sediakan borang penilaian la.. utk peserta jwb.. kebanyakkannye bg markah terbaik utk fasilitator ekekeke bangga.. :D ase ilang penat ngaja.. moga ilmu kitrg curahkan ni di gunakan n d praktikkan.. bukn sngkn jd cikgu.. baru tau hihihi
Hari Ahad,lepas asar trus blk umah.. kak fieda hanta kat umah mak pastu hubby jemput.. bila smp umah ase mcm wah!!! sgt hepi sbbye.. lantai umah dh bersih.. hubby mop 1 umah pastu dedua toilet dh cuci sgt bersih.. tq sayang.. dia buhsan kat umah pastu kemas umah dh licin.. ngan ayat dia ' tgk la lantai dh mcm cermin' ekekeke yela last week blk ganu ngan g klas antenatal.. mgu ni lak ngaja x sempat nak mop umah.. kemas2 mcm tu je.. sib bek dpt suami yg rajin (tp tu pon dh pesan.. ingtkn x buat sbb dia kata x nak la sbb umah seme bersih lagi...dia buat suprise la tu..) pasni leh la g lagi sbb nanti de org kemaskn umah :D

ads