Isnin, 15 April 2013

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


himbauan desa: ROSMILAH pembuat kerepek <b>di Sabak Bernam</b>

Posted: 29 Mar 2013 07:23 AM PDT


ORANG kampung sudah  berubah!  Dahulu asal namanya orang kampong ekonominya hanya dalam bidang pertanian, tidak ada yang mengusahakan produk hiliran hasil kampong.  Malah perniagaan peraih hasil pertanian juga diusahakan oleh orang luar, yang akhirnya menjadi tauke besar di kampung.
Rosmilah dan tetamu di hadapan homestay miliknya
Dasar kerajaan yang menekankan pembangunan ekonomi desa ialah memastikan ekonomi desa tidak menjadi satu tanda aras kemiskinan.  Oleh sebab itu melalui Jabatan Pertanian, usaha dilakukan untuk melahirkan usahawan desa, walaupun skala pengeluarannya kecil.

Rosmilah melayan temubual murid-murid sekolah yang membuat lawatan
Puan Rosmilah Mohd Nor, 56 tahun yang tinggal di Batu 4 Sepintas, Sabak Bernam Selangor telah lama menyahut seruan kerajaan agar masyarakat desa terlibat dalam bidang pengeluaran produk hiliran desa.  Hari ini syarikat Reti Enterprise yang dimiliki oleh Rosmilah Mohd Nor merupakan salah satu contoh kejayaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).  Rosmilah hanya menjadikan ekonomi yang disebut 'ekonomi tradisional' menjana ekonomi desa lebih baik daripada dahulu.
Rosmilah lebih terkenal sebagai pengeluar makanan ringan seperti kerepek.  Membuat kerepek yang pelbagai jenis merupakan pengembangan ekonomi tradisional, yang pasarannya bersifat tempatan. Produk kerepek Rosmilah seperti kerepek bawang, ubi masin, ubi kuning dan termasuk beberapa jenis kerepek pisang menjadi kegemaran penduduk daerah Sabak Bernam hingga ke Teluk Intan.  Pelbagai kerepek keluaran Reti Enterprise sebenarnya telah memenuhi selesa penduduk desa.  Jika dahulu, ahli keluarga akan membuat sendiri kerepek untuk dimakan, hari ini sudah ada usahawan yang menjadikan pembuatan kerepek sebagai satu industri desa.
Menurut wanita keturunan Jawa ini, kejayaan membuat dan menjual kerepek ini terhasil melalui bantuan Jabatan Pertanian.  Begitu banyak bantuan dan khidmat nasihat jabatan itu, sehingga Rosmilah merasa malu untuk meminta apa-apa lagi bantuan daripada jabatan berkenaan.  Namun pihak Jabatan Pertanian sentiasa memantau perkembangan usaha-usaha Rosmilah dalam mengembangkan ekonomi membuat kerepek.
Menurut Rosmilah lagi, pasaran kerepeknya tidak pernah tepu. Malah sentiasa mendapat permintaan baru.  Selain membuat kerepek, Rosmilah juga membuat kuih-kuih tradisional seperti bahulu.  Syarikatnya tidak dapat memenuhi permintaan terutama apabila menghampiri ketibaan Hari Raya!  Dengan bantuan 10 orang pekerja, kerja-kerja membuat kerepek dan bahulu terus berjalan tanpa henti.  Ertinya, kejayaan Rosmilah telah memberi manfaat ekonomi kepada beberapa orang kampong, khasnya kaum wanita yang mendapat pendapatan sampingan.
Rosmilah juga mengusahakan homestay di desanya.  Baginya, ini merupakan pelengkap kejayaan dalam industri membuat kerepek.  Orang luar akan datang, bukan sekadar menginap di homestay miliknya, malah mereka merupakan parasan baru semua produknya.
Kepada yang berminat untuk mendapakan produk kerepek, bahulu dan perkhidmatan homestay di Kampung Batu 4 Sepintas, Sabak Bernam Selangor, boleh menghubungi beliau melalui nombor 03-32163385 atau 019-3766298.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


BERSAMA MAZIDUL: PELACURAN TIANG <b>DI PETALING JAYA</b>

Posted: 20 Feb 2013 10:32 PM PST

Jika diperhatikan, banyak tiang telefon dan elektrik juga pokok, kini menjadi mangsa kepada pengiklanan haram. 
Pelbagai perkhidmatan ditawarkan namun menggunakan ruang iklan tidak sah sekaligus melanggar peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Lihat tiang lampu trafik di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor ini.
Iklan haram ditampal secara semberono tanpa mempedulikan keselesaan masyarakat memandang.
Saya difahamkan, penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, berulang kali menanggalkan iklan terbabit tetapi kemudian ditampal dan diikatkan semula ke tiang.
Syarikat menjual kereta pula tidak terkecuali menggantung iklan di dahan pokok.
Kenderaan dijual berharga puluhan ribu ringgit tetapi masih ingin menggunakan kaedah pengiklanan haram kerana percuma.
[ Klik di sini untuk 'Makan Free' ] 
"Penggantung iklan datang menaiki lori pada siang hari kemudian menggunakan tangga untuk menampal iklan di tiang. Sebilangan mereka turut membuang papan iklan syarikat lain dan meletakkan iklan mereka di tempat paling tinggi sekali," lapor pengawal keselamatan.
Ternyata kini semakin banyak tiang dilacurkan.
Kepada penguatkuasa MBPJ bertanggungjawab, mohon tanggalkan semua iklan haram terbabit.
Saya telah membuat aduan melalui pesanan ringkas kepada pihak berkuasa tempatan itu pada jam 2.28 petang tadi.
Jangan iklan haram sampai ke puncak ...
Bimbang, nanti masyarakat setempat melihat kakitangan MBPJ tidak menjalankan tugas sepatutnya.
Usah menjadi seperti ADUN Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim, hanya mendiamkan diri, 5 soalan penting masih belum dijawab lagi, klik di sini.

Najib Dan Keluarga Makan Tengah Hari <b>Di</b> Little Penang Cafe <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2013 04:41 AM PDT

PETALING JAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga hari ini meluangkan masa di hujung minggu untuk menjamu selera bersama orang ramai di sebuah restoran di pusat beli belah di sini.

Najib, yang kelihatan santai dengan berbaju-t berwarna putih bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak-anak iaitu Norashman Razak dan Nooryana Najwa serta tunang Nooryana Najwa, Daniar Nazarbayev memilih kedai makan "Little Penang Cafe" yang menawarkan masakan asli penjaja Pulau Pinang untuk menjamu selera.

Antara pesanan makanan yang dibuat Perdana Menteri dan keluarganya ialah asam laksa, laksa kuah lemak Siam, "Aromatic Chicken Set" dan "Penang Hokkien Prawn Mee" berserta milo ais, cincau dan barli, dengan pencuci mulut rojak buah.

Kehadiran pemimpin nombor satu negara bersama keluarga di restoran itu telah menarik perhatian pengunjung ke pusat beli belah itu yang turut mengambil peluang beramah mesra dan bergambar bersama mereka.

Najib dan keluarga meluangkan masa kira-kira sejam di restoran itu.

Seorang kakitangan restoran yang mengambil pesanan makanan Perdana Menteri dan keluarga, Jumat Kasneh berkata beliau berasa teruja dan gembira dengan ketibaan perdana menteri bersama keluarga.

"Perdana Menteri sangat mesra dengan semua orang dan senang untuk berkomunikasi," katanya yang sudah bekerja di restoran itu selama 10 tahun.   – Bernama

Video Panas Serangan Di Ibupejabat PKR <b>Di Petaling Jaya</b> | Politik <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 05:00 PM PDT


 Sejak akhir-akhir ini Politik samseng telah mula melanda negara kita, seolah-olah negara kita ini tiada undang-undang untuk menghalang perkara gila ini dari terus berlaku. Sistem pencegahan yang tidak adil, jika perbuatan dari pihak pembangkang cepatnya di ambil tindakan tetapi jika di pihak kerajaan tiada tindakan diambil. 

Semakin hari aku tengok budaya menghasut telah disemat ke dalam dada orang melayu betapa jahatnya pembangkang terutama Anwar seolah-olah segala kejahatan di Malaysia ini adalah disebabkan oleh beliau, inilah terjadi apabila ada sifat bacul dan satu lagi isu Emosi adalah  Cina akan memerintah Malaysia jika diberi mandat. Permainan Emosi talah di canangkan berulang-ulang sehingga kaum Melayu yang buta maklumat akan marah dan terjadinya Politik Samseng seperti sekarang.

Kes Tian Chua, Fitnah terhadap Anwar Ibrahim di mainkan di media Massa Perdana saban hari. Adalah tidak adil apabila orang yang dituduh tidak diberikan hak untuk membuat pembelaaan, inikah ajaran yang diajar di dalam Islam.

Haish3........

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Siaran Langsung ceramah Pakatan Rakyat <b>di Kelana Jaya</b> <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 06:29 AM PST

JMKELANA JAYA 18 FEB: Ceramah Pakatan Rakyat menjelang PRU 13 yang berlangsung malam ini sehingga jam 12 tengah malam di Padang SS5D, Kelana Jaya, boleh diikuti secara langsung.

Antara penceramah utama ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman dan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Ketua Cabang KEADILAN Kelana Jaya, Senator Syed Shahir Syed Mohamud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, turut berucap.

Untuk tontok, KLIK INI.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45392

Program Latihan Mukmin Profesional 13 dan 14 April <b>di</b> Kompleks <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2013 06:22 PM PDT

Mukmin Pro 10

Makluman kepada peserta program yang telah mendaftar. Terima kasih kerana telah memilih program ini.

InsyaAllah, berjumpa nanti dihari program pada 13 dan 14 April 2013 di Kompleks Lembaga Tabung Haji Kelana Jaya, Jalan SS6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 019-378 3100 (En Ahmad)/ 016-393 3964 (Pn Saadah).

Tentatif Program.

Tarikh/ Masa

13 April (Sabtu)

14 April (Ahad)

8.30 pagi

 Pendaftaran Peserta

9.00 pagi

Ice Breaking

Ulangkaji Pembelajaran Hari Pertama

9.30 pagi

 Mukmin Profesional

 Peranan Niat Dalam Profesionalisme

10.45 pagi

Minum Pagi

Minum Pagi

11.15 pagi

Celik Mata Hati

(Kesedaran Untuk

Merubah Sikap)

 Pensejajaran Visi &

Misi Diri & Organisasi

 

1.17 ptg

Solat Zohor berjemaah

Solat Zohor berjemaah

1.45 ptg

Makan Tengahari

Makan Tengahari

2.30 ptg

 Penghalang-penghalang

Dalam Hidup

2.45 ptg

 Visi & Misi

Hidup Mukmin &

Kerja Sebagai Ibadah

 

3.30 ptg

Rumusan & Majlis Penutup

4.26 ptg

Solat Asar berjemaah & Bersurai

Solat Asar berjemaah &

Doa Penutup & Bersurai

Sarapan pagi hanya disediakan pada pukul 10.45 pagi.

Peserta diminta mengisi keperluan sarapan sendiri sebelum memasuki dewan.

kantoi!! rakaman panas nik nazmi <b>di kelana jaya</b>!! - Jawa Bernam

Posted: 07 Apr 2013 09:43 PM PDT



Berikut adalah rakaman semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis MBPJ. 
Video ini disiarkan untuk membuktikan kepada rakyat, terutama rakyat kawasan Seri Setia dan Kelana Jaya bagaimana sikap sebenar bekas ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Video ini diserahkan oleh salah seorang yang kecewa dengan sikap Nik Nazmi sepanjang tempoh beliau memegang kerusi ADUN.
Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:
1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan rakyat merana dengan bayaran tol.
2. Menghina agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".
3. Menghina rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.
Ini bukan soal parti, tetapi soal individu yang telah korup.
Berbakti kepada rakyat, berkhidmat kepada negara.
Jawa Bernam: Bukti telah jelas lagi nyata yang menunjukkan para pemimpin pembangkang ni semua perangai lebih kurang sama je. Rakaman ini membuktikan lagi yang penyelewangan banyak dilakukan oleh mereka. Tiada lagi istilah bekerja untuk rakyat. Yang mereka tahu hanya mengaut keuntungan berlipat kali ganda untuk isi poket sendiri.
Apa kata Nik Nazmi? Nak spin lagi rakaman ni? Nak cakap yang mempengerusikan majlis bukan dia?

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2013 01:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Feb 2013 01:22 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Geringsing Pecah: Pas pilihan <b>di Sijangkang</b>

Posted: 06 Feb 2013 09:09 PM PST

SELEPAS hampir sepenggal menawan kerusi Dun Sijangkang daripada Barisan Nasional, Pas cukup yakin mampu mempertahankan kembali kedudukannya di kawasan tersebut.

Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, calon Pas masih di hati penduduk dan tidak mustahil mereka akan tetap memilih pemimpin dari parti yang sama untuk terus berada di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Menurut beliau, tidak kira sama ada dirinya dicalonkan semula atau tidak, pengundi di Sijangkang dilihat cukup selesa berada di bawah pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat dan calon Pas tetap menjadi pilihan hati mereka.

" Bagi saya, biarlah pucuk pimpinan Pas dan PR membuat pemilihan calon dan jika ditakdirkan tidak menjadi calon di sini dalam PRU13 nanti, saya tidak kisah asalkan wakil PR terus mentadbir rakyat di sini seperti kemenangan yang dikecapi lima tahun lalu," katanya.

Dr Ahmad Yunus berpendapat, jika Pas dan PR mahu terus mengekalkan kemenangan itu, mereka perlu mendekati pengundi atas pagar kerana undi golongan tersebut memberi impak cukup besar pada PRU13 nanti.

"Kita kena akui bahawa undi golongan atas pagar adalah penentu kepada kemenangan, jadi kami perlu terus mendekat kelompok ini dalam memastikan terus kekal di Sijangkang.

"Selain memberi tumpuan kepada soal kebajikan rakyat, masa depan anak-anak bersekolah dan belia merupakan fokus utama yang diberikan bagi menentukan hala tuju golongan ini," katanya.

Kata beliau, dalam tempoh lima tahun ini, pelbagai masalah masyarakat berjaya diselesaikan oleh pihaknya, manakala perancangan masa depan telah dibuat kerana kawasan Sijangkang merupakan lokasi tumpuan kerana berhampiran dengan Lembah Klang.

"Tidak mustahil Dun Sijangkang masih boleh dikekalkan memandangkan pada pilihan raya lepas kita hanya tewas kepada satu kerusi sahaja iaitu di Dun Morib.

"Tetapi, dengan perancangan yang dibuat melalui pelbagai latihan simulasi dan aktiviti turun padang memberi impak kepada dua kawasan tumpuan, iaitu Dun Morib dan Dun Sijangkang sebagai pilihan pimpinan Pas yang bakal menerajui kepimpinan pada PRU nanti," katanya.

"Sebagai wakil rakyat yang sudah menerajui pimpinan di Dun Sijangkang dan menjadi Exco Selangor, saya yakin pimpinan PR  yang berganti sekalipun mampu menunjukkan prestasi yang baik dan mempertahankan kerusi yang dimenangi," katanya.

Ahad, 14 April 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2013 11:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Feb 2013 11:34 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

ZAKRI ALI: Altantuya dibunuh <b>di</b> tanah <b>Bukit Raja</b> Deepak-Ropiah <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2013 04:45 AM PST


Satu maklumat yang mengejutkan berkaitan pembunuhan kejam Altantuya Shaaribu ialah ia telah dikaitkan dengan isu perjanjian RM 160 juta Boustead Holdings Bhd, di mana firma senaraian awam itu dipercayai telah membantu dengan membeli 223 ekar tanah di Bukit Raja, Selangor untuk mendiamkan rentetan pendedahan rasuah yang dilemparkan oleh sekutu bertukar musuh Deepak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Adakah penterjemah Mongolia yang cantik berusia 28 tahun itu didakwa pernah menjadi perempuan simpanan Najib pada suatu ketika dahulu, dibunuh di atas tanah tersebut oleh dua bekas pengawal peribadinya pada tahun 2006 - ditembak sebanyak dua kali dan badannya kemudian dibom sehingga berkecai dengan menggunakan bahan letupan gred C4 untuk mencegah dari dikenalpasti?

Ini adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli pada sidang akhbar yang diadakan pada hari Rabu untuk menyelidiki ke dalam intipati perjanjian Boustead, yang juga melibatkan ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah.

"Saya tidak pasti akan perkara itu. Ia tidak pernah terlintas dalam fikiran kami tetapi kami akan selidik," kata Rafizi kepada wartawan.

Hantu Altantuya- lebih dari khabar angin?


Menurut kertas pertuduhan, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar telah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, sebuah daerah kecil di negeri Selangor, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat dibawah pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua bekas polis itu telah dijatuhkan hukuman gantung pada 2009 selepas perbicaraan mahkamah yang menarik minat seluruh negara. Kedua-dua mereka merupakan sebahagian daripada pasukan keselamatan yang mengawal Najib dan isterinya Rosmah. 

Mereka telah mengemukakan rayuan bagi hukuman itu dan sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati kerana tarikh pendengaran semula rayuan dikatakan sengaja ditangguh sehingga pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun sebelum berakhirnya tahun ini.

Semasa penyiasatan yang membawa kepada perbicaraan itu, mereka telah membawa polis ke tempat kejadian. Polis menemui serpihan tulang, yang kemudiannya disahkan sebagai milik Altantuya, dalam tanah hutan berhampiran Empangan Subang di Puncak Alam, Shah Alam.

Sehingga hari ini, tidak diketahui jika Altantuya benar-benar berada di kawasan Bukit Raja yang sekarang menjadi isu perbalahan dalam perjanjian Deepak-Ropiaah-Boustead.

Jika benar, apakah kaitan semua ini? Adakah ia dilihat sebagai sebab kenapa Najib kelihatan tergesa-gesa untuk memuaskan hati Deepak dan mementerai perjanjian penswastaan tanah kementerian Pertahanan kepada Ropiaah? Dan mengapa?

Jawapan kepada soalan-soalan ini masih lagi kabur sehingga lebih banyak maklumat didedahkan. Walau bagaimanapun, kepada wartawan yang sedang mengikuti kes kedua-dua perjanjian Boustead dan dakwaan Deepak, ia mungkin lebih daripada satu kebetulan terutama sekali apabila Deepak telah berkali-kali berikrar dia tidak akan berhenti membuat pendedahan sehingga "roh Altantuya mendapat keadilan". Setakat ini, Deepak yang telah dipanggil 'anak ikan' Rosmah tidak memberi penjelasan mengapa.

Ironinya, timbalan pengerusi Boustead Holdings yang juga pengarah urusan kumpulan Lodin Wok Kamaruddin juga telah dituduh sebagai seorang individu penting terlibat dalam penjejakan wang haram sejumlah RM 570 juta yang dibayar sebagai komisyen oleh firma kelengkapan tentera laut Perancis DCNS kepada Najib dan rakannya Razak Baginda untuk membolehkan pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3bil oleh kerajaan Malaysia.

Najib mesti memuaskan rakan-rakan dalam Umno atau parti akan berpecah


Deepak yang berusia 40 tahun telah mendapat 'mangsa' pertamanya. Najib dikhabarkan telah mengalami strok kecil kerana tekanan dan desakan terutama dari rakan-rakan Umno untuk menjawab kepada dakwaan rasuah yang dilemparkan kepada dirinya dan isteri.

PM yang berusia 59 tahun itu telah menangkis khabar angin itu dengan menegaskan bahawa dirinya 'sihat'. Namun masih terdapat keraguan terhadap dirinya kerana penafiannya tidak bersifat mutlak.

"Bagi kami, keadaan kesihatan Najib tidak menjejaskan persiapan kami untuk PRU ke-13 dan bagaimana kita mentadbir urus Malaysia. Najib hanya perlu menjawab kepada Umno dan memuaskan hati mereka sahaja. 

Jika dia tidak berbuat demikian, Umno akan berpecah. Jika rakan-rakannya dalam Umno tidak berpuas hati atau merasa dia tidak layak dari segi kesihatan untuk memimpin mereka semasa PRU ke-13, mereka pasti akan mengambil kesempatan atas cerita keuzuran Najib," Rafizi memberitahu Malaysia Chronicle di luar persidangan akhbar.

Pemimpin PKR itu telah mengesahkan bahawa dia juga ada mendengar khabar bahawa Najib telah mengalami strok kecil dan PM sedang berada di Singapura untuk 'berehat'.

 IS HE REALLY ILL? Najib must clarify rumors he had a stroke & was resting in S'pore - Rafizi

Arahan berdiam diri Dr M berikutan isu 'kelemahan' Najib: "Jatuhkannya" kemudian


Penganalisis Umno telah memberi amaran akan berlaku perebutan kuasa dalaman, yang mereka jangkakan dimana kemuncaknya akan menyaksikan Najib berundur sebelum pilihan raya umum berlangsung, menyerahkan tampuk pimpinan kepada Muhyiddin Yassin, timbalannya dengan menyatakan kesihatan yang kurang baik sebagai alasan.

Tidak hairanlah jika Muhyiddin dan bekas PM Mahathir Mohamad telah dituduh sebagai dalang disebalik pendedahan Deepak. NEW PM FOR MALAYSIA? Najib to be forced to step down on 'health reasons'? OPPORTUNITY KNOCKS AT MUHYIDDIN'S DOOR: No direct denial from Najib, only 'healthy' claim

Mahathir, yang masih dianggap sebagai lelaki yang paling berkuasa dalam Umno, baru-baru ini dilaporkan memberitahu ahli-ahli Umno secara sulit tentang kontroversi yang melibatkan Najib, Presiden Umno sekarang.

Mahathir yang berusia 87 tahun itu menasihatkan ahli-ahli parti tidak mengadu atau membincangkan kelemahan Najib sehingga pilihan raya umum sudah tamat.

"Apabila BN memenangi pilihan raya umum ke-13, barulah kita boleh membetulkan kesilapan dan salah laku untuk kepentingan semua …Apabila masa itu tiba, kita boleh menegur dan menjatuhkannya," Mahathir dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional Bernama.

Malaysia Chronicle

Tanah <b>di Bukit Raja</b> Diambil Untuk Kepentingan Awam, Bukan <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 02:47 AM PST

BANGI, 6 JAN : Tanah 200 ekar yang diambil di Bukit Raja oleh Kerajaan Selangor adalah untuk kepentingan awam, iaitu untuk membina kem tentera, dan adalah tidak adil jika ia digunakan untuk tujuan komersial.

Oleh itu, Kerajaan Selangor tetap dengan berpendirian bahawa sebarang pembangunan komersial di tanah tersebut tidak akan diluluskan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor mengambil tanah tersebut daripada pemilik estet untuk diberi kepada Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan awam.

"Kerajaan Negeri membuat surat mengambil alihan tanah itu. Surat pengambilan tanah ini adalah untuk kegunaan awam. Dalam surat itu kita sebut tentang penggunaannya.

"Jadi apabila kita beli tanah daripada tuan tanah, ia dijual mengikut kegunaan awam.

"Tetapi apabila ia ingin digunakan bagi tujuan komersial, tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah berbeza," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat dan Lawatan Tapak di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sungai Tangkas, di sini hari ini.

Tambah Abdul Khalid, Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk mendengar sebarang cadangan daripada Kerajaan Persekutuan, namun menyarankan agar Kerajaan Persekutuan melaksanakan apa yang telah dirancang.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memutuskan agar tidak membenarkan sebarang pembangunan komersial di atas tanah tersebut yang diambil pada tahun 1980-an untuk pembinaan kem tentera 8 Briged.

Sebelum ini dilaporkan bahawa status dan kegunaan tanah seluas 200 ekar di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang itu muncul di dalam skandal yang membabitkan syarikat Ketua Wanita Umno Selangor dan saudagar karpet Deepak Jaikishan.

Minggu lepas, akhbar Selangorkini melaporkan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual tanah tersebut kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad.

Boustead adalah unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menyimpan caruman dari potongan gaji anggota tentera.

Syarikat yang berusaha untuk menjual tanah tersebut adalah Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Akan tetapi, Kerajaan PR Selangor mempertikaikan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campur tangan pihak yang benar-benar berkuasa.

Pendapat Anda

Pendapat

Selangor Selesaikan Projek Perumahan Pekerja Ladang <b>Bukit Raja</b>

Posted: 21 Mar 2013 03:58 AM PDT

KLANG 21 MAC : Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan projek perumahan bermasalah untuk 76 bekas pekerja ladang di Bandar Bukit Raja di sini dengan pembinaan rumah teres bernilai RM 77,000 di satu kawasan berhampiran.

Pembinaan projek perumahan itu dijayakan dengan kerjasama pemilik hartanah, Sime Darby Property Berhad (Sime Darby) dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata persetujuan dicapai antara Kerajaan Negeri dan Sime Darby bagi pembinaan projek perumahan ini.

Sebelum ini, 76 bekas pekerja tersebut memnuntut rumah teres daripada majikan mereka kerana rumah asal yang dijanjikan kepada mereka tidak sesuai.

Kumpulan itu akhirnya terpaksa membawa kes mereka ke mahkamah.

"Rumah ini dijual kepada bekas pekerja ladang dengan harga RM 70,000 iaitu diskaun RM 7,000 dari harga asal RM 77,000. Untuk makluman harga pasaran sebenarnya ialah RM 250,000.

"Biarpun ada masalah pada awalnya termasuk kes mahkamah tetapi ia dapat diselesaikan dan semua 76 bekas pekerja ladang ini akan memiliki rumah mereka.

"Semua mereka juga sudah memilih nombor lot rumah untuk diduduki," katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan di Bandar Bukit Raja di sini hari ini.

Bagi bekas pekerja ladang yang lanjut usia, beliau menambah, Kerajaan Negeri membolehkan mereka menamakan pewaris di dalam dokumen perjanjian bagi mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan.

Katanya, projek itu juga adalah salah satu dari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dari Sime Darby.

"Sime Darby turut menyediakan kawasan bagi padang permainan dan dewan di kawasan ini.

"Dalam lima tahun ini kita telah selesaikan banyak kes seperti ini di beberapa kawasan lain seperti di Semenyih dan Kajang," katanya.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

ads