12 di sabak bernam - Google Blog Search |
himbauan desa: ROSMILAH pembuat kerepek <b>di Sabak Bernam</b> Posted: 29 Mar 2013 07:23 AM PDT ORANG kampung sudah berubah! Dahulu asal namanya orang kampong ekonominya hanya dalam bidang pertanian, tidak ada yang mengusahakan produk hiliran hasil kampong. Malah perniagaan peraih hasil pertanian juga diusahakan oleh orang luar, yang akhirnya menjadi tauke besar di kampung. Rosmilah dan tetamu di hadapan homestay miliknya Dasar kerajaan yang menekankan pembangunan ekonomi desa ialah memastikan ekonomi desa tidak menjadi satu tanda aras kemiskinan. Oleh sebab itu melalui Jabatan Pertanian, usaha dilakukan untuk melahirkan usahawan desa, walaupun skala pengeluarannya kecil. Rosmilah melayan temubual murid-murid sekolah yang membuat lawatan Puan Rosmilah Mohd Nor, 56 tahun yang tinggal di Batu 4 Sepintas, Sabak Bernam Selangor telah lama menyahut seruan kerajaan agar masyarakat desa terlibat dalam bidang pengeluaran produk hiliran desa. Hari ini syarikat Reti Enterprise yang dimiliki oleh Rosmilah Mohd Nor merupakan salah satu contoh kejayaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Rosmilah hanya menjadikan ekonomi yang disebut 'ekonomi tradisional' menjana ekonomi desa lebih baik daripada dahulu. Rosmilah lebih terkenal sebagai pengeluar makanan ringan seperti kerepek. Membuat kerepek yang pelbagai jenis merupakan pengembangan ekonomi tradisional, yang pasarannya bersifat tempatan. Produk kerepek Rosmilah seperti kerepek bawang, ubi masin, ubi kuning dan termasuk beberapa jenis kerepek pisang menjadi kegemaran penduduk daerah Sabak Bernam hingga ke Teluk Intan. Pelbagai kerepek keluaran Reti Enterprise sebenarnya telah memenuhi selesa penduduk desa. Jika dahulu, ahli keluarga akan membuat sendiri kerepek untuk dimakan, hari ini sudah ada usahawan yang menjadikan pembuatan kerepek sebagai satu industri desa. Menurut wanita keturunan Jawa ini, kejayaan membuat dan menjual kerepek ini terhasil melalui bantuan Jabatan Pertanian. Begitu banyak bantuan dan khidmat nasihat jabatan itu, sehingga Rosmilah merasa malu untuk meminta apa-apa lagi bantuan daripada jabatan berkenaan. Namun pihak Jabatan Pertanian sentiasa memantau perkembangan usaha-usaha Rosmilah dalam mengembangkan ekonomi membuat kerepek. Menurut Rosmilah lagi, pasaran kerepeknya tidak pernah tepu. Malah sentiasa mendapat permintaan baru. Selain membuat kerepek, Rosmilah juga membuat kuih-kuih tradisional seperti bahulu. Syarikatnya tidak dapat memenuhi permintaan terutama apabila menghampiri ketibaan Hari Raya! Dengan bantuan 10 orang pekerja, kerja-kerja membuat kerepek dan bahulu terus berjalan tanpa henti. Ertinya, kejayaan Rosmilah telah memberi manfaat ekonomi kepada beberapa orang kampong, khasnya kaum wanita yang mendapat pendapatan sampingan. Rosmilah juga mengusahakan homestay di desanya. Baginya, ini merupakan pelengkap kejayaan dalam industri membuat kerepek. Orang luar akan datang, bukan sekadar menginap di homestay miliknya, malah mereka merupakan parasan baru semua produknya. Kepada yang berminat untuk mendapakan produk kerepek, bahulu dan perkhidmatan homestay di Kampung Batu 4 Sepintas, Sabak Bernam Selangor, boleh menghubungi beliau melalui nombor 03-32163385 atau 019-3766298. |
You are subscribed to email updates from di sabak bernam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan