di negeri selangor - Google Blog Search |
- Isu Ciptaan Padamkan Kisah TALAM Dan Curi Pasir <b>Di Negeri</b> <b>...</b>
- Exco <b>Negeri Selangor</b> Sombong Punca Air Tak Ada <b>Di</b> <b>...</b> - Keris 7 Lok
- Penipuan Besar-Besaran Umno Dan SPR <b>Di Negeri Selangor</b> ~ MB <b>...</b>
Isu Ciptaan Padamkan Kisah TALAM Dan Curi Pasir <b>Di Negeri</b> <b>...</b> Posted: 19 Mar 2013 09:25 PM PDT Sama ada sengaja atau tidak sengaja , di rancang atau pun tidak tetapi yang pasti nya ada lah isu wang rakyat Selangor yang di guna kan secara licik melalui "bailout" kepada Syarikat TALAM dan juga isu mencuri pasir yang giat berlaku di negeri Selangor yang terpadam begitu sahaja oleh isu isu nasional dan isu ciptaan sebagai alihan. Isu isu ciptaan yang melibat kan pelbagai watak yang bukan dari kalangan ahli politik juga di seret ke dalam kancah politik untuk mengkabui kerja licik oleh talibarut anak syarikat negeri Selangor. Kisah membunuh diri dengan terjun dari bangunan SPRM oleh pekerja DAP ia itu Teoh Beng Hock juga menjadi kan Pakatan Rakyat dari pihak yang berada di kedudukan bertahan menjadi pihak yang membuat serangan dengan mengambil kesempatan dari kematian nya. Maka dengan hal hal dan perkara sebegini maka perhatian rakyat khusus nya negeri Selangor teralih kepada isu isu yang di cipta kan sama ada dengan sengaja atau pun tidak.Sedang kegiatan mencuri pasir begitu pesat, keseluruhan tumpuan rakyat teralih kepada isu isu yang menyebab kan kerajaan BN dan UMNO berada di dalam posisi menjawap dan bertahan. Pernah juga di ada kan perbicaraan oleh SELCAT untuk hal pasir ini dengan tuduhan rasuah pada kakitangan di dalam anak syarikat negeri Selangor tetapi tidak lansung mendatang kan impak kepada masyarakat.Ia berlalu tanpa apa apa kesan yang besar dan mati begitu sahaja. Wang rakyat Selangor yang menjadi wang pembela kepada hutang TALAM tidak menjadi penting berbanding dengan kes peribadi yang di kena kan kepada mantan MB Selangor Datuk Khir Toyo.Pembangkang dengan bantuan media nya berjaya menjadi kan isu peribadi Datuk Khir Toyo sebagai lebih penting dari alihan wang membela syarikat kroni bukan melayu. Isu isu seperti perilaku Datuk Hassan Ali dengan perjuangan anti-murtad nya juga membenam kan hal hal lain nya di negeri Selangor.Rakyat tertumpu sebentar kepada isu ini. Ada kah isu air juga isu ciptaan oleh pihak Pakatan Rakyat di negeri Selangor kerana di penghujung isu ,kerajaan negeri Selangor menawar kan untuk membeli syarikat konsensi air atas alasan yang telah di sedia kan setelah sekian lama bermain catur dengan masalah air. Selain itu hal hal sampah yang begitu kecoh di negeri Selangor yang konon nya di selesai kan dengan wakil DAP Ronnie Liu mendapat kuasa membeli kompaktus atau lori sampah bagi pihak kerajaan negeri dari negeri China. Ini semua menyebab kan kes membabit kan kepentingan rakyat teralih, apabila tumpuan teralih maka kes kecurian pasir terpadam begitu sahaja sedang ketika di tulis ini ia nya masih giat di lakukan , tambahan kerajaan Pakatan Selangor berada di ambang sore atau pun di saat saat akhir pemerintahan nya. Saiapa kah rakyat negeri Selangor yang masih bercerita tentang pencuri pasir di waktu ini? Siapa pula yang mahu bercerita tentang wang 1 billion negeri Selangor yang lesap menguna kan kebijaksanaan pengalaman koperat Khalid Ibrahim dan seorang lagi anak Ibrahim bergaji RM1 sebagai penasihat ? Semua rakyat sedang sebuk melayani isu isu yang tercipta sebagai isu alihan.Begitu lah licik nya kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat membuat silap mata di siang hari. |
Exco <b>Negeri Selangor</b> Sombong Punca Air Tak Ada <b>Di</b> <b>...</b> - Keris 7 Lok Posted: 27 Mar 2013 11:11 PM PDT Umum tahu masalah air di Selangor semakin hari semakin serius namun ia ditenggelami dengan isu pencerobohan yang sedang berlaku di Sabah. Namun rakyat Selangor tidak akan melupakan saat tiada bekalan air. Malahan di beberapa kawasan kebelakangan ini seperti Ampang, Pandan dan terkini pelajar UiTM kampus Puncak Perdana telah mengalami gangguan bekalan air akan penurunan paras air di kolam kerana permintaan yang meningkat. Eh itu Puncak Perdana tu berhampiran dengan pejabat Menteri Besar Selangor kan? tak datang pun jumpa penduduk. Kini Keris sendiri mendengar rungutan rakyat Selangor tentang gangguan bekalan air yang dijangka berlaku tidak lama lagi. Ini yang Xavier kata cukup air? Apa yang Khalid arahkan kepada Xavier sebenarnya? Ini masalah jika beri kepada ADUN yang suka tidur dalam Sidang Negeri! Kerajaan Selangor dengan selamba hadapnya tolak tawaran Kerajaan Negeri Sembilan yang bersedia untuk membantu dengan membekalkan air terawat kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur. Tetapi malangnya Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar kata "Selangor boleh jaga diri sendiri, oleb itu Negeri Sembilan tidak perlulah susah-susah. Haha! Jaga apanya kalau isu air yang bertahun dah tapi tak selesai-selesai pun. MB Negeri Sembilan pulak yang dituduh nak jadi hero walhal mereka tahu mereka dah tak boleh jadi hero jika MB Selangor terima tawaran bantuan MB Negeri Sembilan! Xavier dengan berlagak sombongnya tolak walhal ketika gangguan air berlaku secara mengejut di Selangor dan Kuala Lumpur akibat kerosakan pam di rumah pam air Wangsa Maju dan Pudu Hulu akibat 'overdue usage', siapa yang hantar bantuan air? Negeri Sembilan adalah antara kerajaan negeri yang menghantar berlori-lori tangki air dengan kapisiti air terawat bagi memastikan rakyat Selangor dapat bantuan air yang bersih. Bukan macam Kerajaan Negeri Selangor sendiri yang tak habis-habis mempolitikkan isu air. Keris masih ingat lagi yang Kerajaan Negeri Selangor nak beli keempat-empat syarikat konsesi air Selangor dan menggunakan alasan demi rakyat Selangor, tetapi ironinya mengapa mereka tolak bantuan air daripada Negeri Sembilan sedangkan itu boleh membantu rakyat Selangor? Ada satu benda lagi Keris nak tanya. Apakah Xavier ini memang seorang yang beradab ataupun sesiapa yang menjadi pemimpin PKR memang diajar untuk berlaku biadap? Sekalipun nak tolak tawaran bantuan dari Negeri Sembilan, tak boleh ke cakap elok-elok? Atas dasar politik yang mana MB Negeri Sembilan orang UMNO maka niat murninya dibalas dengan perkataan-perkataan biadap? Rasanya tak perlu kurang ajar kot. Nak perli kata Negeri Sembilan nak jadi hero? Halloooooo Xavier! Negeri Sembilan tak ada masalah air macam di Selangor! Kira untunglah jugak ada orang nak bantu. Jangan nak berlagak kata tahu urus diri sendiri bagai kalau rakyat ada yang dua tiga minggu masak dan mandi pakai air mineral yang dibeli daripada pasaraya. Ada tu tangan dah jadi keras sebab kena angkut badi air naik tingkat 4 dan 5. Kena beli baldi banyak-banyak, pakai pun berdikit-dikit. Kesian kalau dengar cerita mereka. Jadi adakah ini kejayaan Kerajaan Negeri Selangor menguruskan air sendiri sampai sombong sangat taknak bantuan? Jangan lupa yang Xavier dan Khalid ada 'berhutang' dengan rakyat Selangor. Nak beli konsesi-konsesi air lah, penstrukturan semula airlah, nak baiki loji lama lah, nak buat Langat 2 selepas 100 tahun lah, macam-macamlah! Tetapi jika Keris tengok dengan teliti. Rasanya Khalid dan Xavier dah tahu yang kuasa mereka tinggal beberapa hari sahaja lagi kerana bibit-bibit kekalahan Pakatan telah mula nampak di Selangor. Sebab itu rakyat kena sedar yang mereka ini hanya datang dengan gula-gula tetapi bila dimakan rasanya kelat. K7L : PRU13 – Tolak Pakatan dari Selangor! |
Penipuan Besar-Besaran Umno Dan SPR <b>Di Negeri Selangor</b> ~ MB <b>...</b> Posted: 01 Feb 2013 06:53 PM PST KUALA LUMPUR: Seramai 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri Selangor, dedah Laporan Projek Pendemokrasian. Selangorku melaporkan, jumlah itu mewakili kira-kira 28 peratus daripada jumlah 497,084 pemilih baru yang didaftarkan. Sebagai rekod sehingga kini jumlah pengundi di negeri itu mencecah 1,924,281 orang. Semakan daftar pemilih bagi jumlah itu berdasarkan daftar pemilih induk (DPI) suku ke empat 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta dilaksanakan mengikut 56 DUN yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis, kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Mengikut laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) itu mencatatkan DUN Sri Serdang mengalami bilangan pengundi tidak dikenali yang paling ramai iaitu lebih 9,000 orang. Ia diikuti dengan DUN Subang Jaya 8,000 orang, Hulu Kelang 5,500 orang dan Sri Muda 5,000 orang. Daripada jumlah keseluruhan pemilih baru itu, sebanyak 51 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun. Manakala bagi pemilih yang tidak dikenal pasti iaitu seramai 134,675 orang itu, sebanyak 44 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun. Manakala, bagi kajian pemilih yang tidak dikenal pasti pasti turut mendapati 51 peratus adalah lelaki dan 49 peratus wanita. Mengikut aspek bangsa pula, bangsa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 49 peratus, diikuti Cina sebanyak 34 peratus dan India sebanyak 13 peratus daripada keseluruhan jumlah pemilih berdasarkan DPI suku ke empat tahun 2011. Bagi pemilih baru, ia menunjukkan 55 peratus daripada bangsa Melayu merupakan pemilih baru manakala 45 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dilakukan. Manakala bagi India, sebanyak 11 peratus pemilih baru dan 13 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dijalankan. Sementara itu, lain-lain sebanyak 8,561 pemilih baru yang terdiri antaranya Orang Asli Semenanjung, Punjabi, Eurasian, Jawa, Pakistan, Sri Lanka dan Hakka. Laporan terbabit juga memaklumkan penambahan pemilih baru pada setiap suku tahun iaitu bermula suku ke empat 2011 hingga suku tahun ke tiga 2012 mendapati mengalami peningkatan. Hal itu dibuktikan seramai 497,084 orang dengan peratusan 32 peratus pada suku ke empat 2011 ; 563,471 orang dengan peratusan 36 peratus pada suku pertama 2012 ; 600,406 orang dengan peratusan 38 peratus pada suku kedua 2012 dan meningkat kepada 625,210 orang dengan peratusan 40 peratus bagi suku ke empat 2012. Jumlah pemilih berdasar suku ke tiga 2012 (belum digazetkan) seramai 2,025,153 orang serta daripada jumlah itu seramai 513,074 pemilih baru yang mencatatkan 51 peratus lelaki dan 49 peratus wanita. Laporan Projek Pendemokrasian diserahkan kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam dan diedarkan kepada Adun. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan dalam satu sidang media, laporan itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebaik sidang Dewan Negeri Selangor berakhir. |
You are subscribed to email updates from di negeri selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan