12 di shah alam - Google Blog Search |
- Siaran langsung 'Forum Lahad Datu, Rakyat Berhak Tahu' <b>di Shah</b> <b>...</b>
- PECAH BERITA! Siapa Lawan Khalid Samad <b>Di Shah Alam</b>?
- 8 aktivis mahasiswa ditahan <b>di</b> UiTM <b>Shah Alam</b> - KeadilanDaily.com
Siaran langsung 'Forum Lahad Datu, Rakyat Berhak Tahu' <b>di Shah</b> <b>...</b> Posted: 31 Mar 2013 06:54 AM PDT SHAH ALAM 31 MAC: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung 'Forum Lahad Datu, Rakyat Berhak Tahu' dari Stadium Melawati Shah Alam malam ini melalui rangkaian internet. Panelis forum ialah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari, Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid. Forum dikendali oleh moderator, ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. Untuk menonton secara langsung sila KLIK Ubah.TV, Ehsan TV dan TV Selangor. Selamat menonton! Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48816 |
PECAH BERITA! Siapa Lawan Khalid Samad <b>Di Shah Alam</b>? Posted: 28 Mar 2013 01:56 AM PDT Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yakin undi Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan tergugat sekiranya Presiden Jalur Tiga, Hasan Ali berhasrat untuk bertanding di kawasan itu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti. Katanya, pihaknya tidak ada masalah menerima kedatangan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu sebagai calon melawan PAS merebut kerusi Parlimen Shah Alam. "Saya mengalu-alukan kedatangan beliau tapi saya yakin orang Shah Alam pun tak begitu berminat dengan dia. "Pengundi dah nampak perwatakan dia yang melanggar disiplin dan mengkhianati keputusan kepimpinan PAS ketika dulu," katanya di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam hari ini. Hasan Ali semalam dalam kenyataannya semalam berkata dirinya sedang meneliti kemungkinan sama ada mahu bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dan mencuba nasib Parlimen Shah Alam. Katanya, ini berikutan wujud permintaan beberapa pihak yang mahu beliau terus bertanding PRU13 termasuk daripada beberapa pemimpin Ulama PAS sendiri. Khalid dalam responnya bagaimanapun berkata, hasrat bekas Exco Selangor itu jelas mahu memecahkan undi yang majoritinya masyarakat Melayu yang bakal menyaksikan perebutan kerusi tiga penjuru. "Saya yakin Barisan Nasional (BN) tak mungkin akan membenarkan Hasan Ali menggunakan logo BN kerana mereka sudah ada calon sendiri yang lebih wibawa. "Nak tahu prestasi dia macamana, kena tanya orang Gombak Setia," katanya yang berhasrat untuk mempertahankan kerusi Shah Alam buat penggal kedua. Munajat Selamatkan Malaysia Sementara itu, dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul mengumumkan satu program Munajat Selamatkan Malaysia dan Forum Lahad Datu: Rakyat berhak tahu di Stadium Malawati Shah Alam Selangor pada Ahad ini. Progran anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat itu menurut Johari diadakan bagi mengemukakan jawapan serta respon berhubung isu Lahad Datu yang selama ini dimanipulasi media arus perdana untuk menyerang Pakatan Rakyat menjelang PRU13. Antara ahli panel forum ialah beberapa bekas pemimpin tertinggi anggota keselamatan; Leftenan Jeneral (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brigedier Jeneral (B) Abdul Hadi Abdul Khatab, Laksama Pertama (B) Imram Abdul Hamid, serta bekas ketua Cawangan Khas Sabah ACP (B) Mohd Yusoff Babjee. Beberapa pemimpin Pakatan akan turut hadir berucap antaranya Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali serta bekas Ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke Siew Fook. SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 28 Mac 2013) Sembrong - Onn Abu Bakar SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 28 Mac 2013) SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 28 Mac 2013) Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang) |
8 aktivis mahasiswa ditahan <b>di</b> UiTM <b>Shah Alam</b> - KeadilanDaily.com Posted: 18 Mar 2013 08:34 PM PDT SHAH ALAM 19 MAC: Sekurang-kurangnya lapan aktivis mahasiswa ditahan Polis Bantuan UiTM Shah Alam sebelum sempat berpidato pada program Jelajah Sudut Pidato Mahasiswa di Speakers Corner, Dataran Cendekia dalam kampus berkenaan. Seorang aktivis mahasiswa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang turut ditahan berkata, mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM kira-kira jam 9.15 malam tadi. "Sebab sebenar penahanan belum jelas. Mula-mula kata kerana orang luar dilarang masuk ke kampus. "Tetapi Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath yang belajar di kampus ini, turut ditahan," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau berkata, tujuan mereka hadir ke program itu ialah untuk menyampaikan pidato berhubung polisi pengajian tinggi di negara ini. "Kami ditahan sebelum sempat berucap. Selain saya dan Khalid Ismath, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang turut ditahan," katanya. Penahanan itu mengulangi kejadian 9 Disember 2011 apabila enam aktivis mahasiswa ditangkap ketika mengadakan program di Speakers Corner UiTM Shah Alam. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47756 |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan