Isnin, 15 April 2013

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Apr 2013 07:50 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jan 2013 07:53 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Program Pecutan Terakhir PTRS 2012 « PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 14 Oct 2012 12:00 AM PDT

16 10 2012

Shah Alam, 14 Okt    :     Seramai 97 orang pelajar dalam Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong yang telah menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini telah menghadiri program pecutan akhir SPM Perdana 2012 di Dewan Auditorium & Banquet, Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah (SSAAS) hari ini.

Program yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajah Halimah Ali, telah Berjaya mengumpulkan seramai lebih 3,000 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dari seluruh Selangor, kata Pegawai PTRS DUN Sungai Burong, Norsidah Samat.

Di dalam program berkenaan, katanya, para peserta dibahagi kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan untuk diberikan motivasi bagi memberi semangat kepada para pelajar yang bakal mengambil peperiksaan dalam dua tajuk iaitu motivasi kecemerlangan dan Strategi Menghadapi Peperiksaan.

Pada tahun ini seramai 189 orang pelajar di DUN Sungai Burong telah menyertai program PTRS sepanjang tahun 2012 yang diadakan di Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (SAMTK) sejak bulan Mac tahun ini, katanya lagi yang juga Ketua Nisa' Tanjong Karang

Sementara itu, Dr Halimah di dalam ucapannya, mengharapkan agar semua pelajar yang bakal menduduki SPM benar-benar mengulangkaji pelajaran supaya dapat menjawab soalan peperiksaan nanti, kerana SPM merupakan pepeiksaan penting yang menentukan masa depan pelajar.

Bekas Bendahari PAS Tanjong Karang Kembali Kerahmatullah <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2013 12:22 AM PDT

Parit 3, 8 Apr    :    Bekas Bendahari PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Ramli Pembekal, 75, ajk-ramli pembekal01telah meninggal dunia malam tadi dirumahnya, di Parit 3 Sungai Burong selepas beberapa minggu menjalani pembedahan bisul  di Hospital Sungai Buloh jam 11.00 malam.

Allahyarham, yang sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Kampung Parit 3 Sungai Burong pada tahun 1977 sehingga tahun 1983, telah menyertai PAS pada tahun 1984 di Cawangan Sungai Tengi Kiri sebelum menubuhkan PAS Cawangan Parit 3 Sungai Burong pada tahun 1995 dan dilantik Sebagai Ketua PAS Cawangan berkenaan sehingga sekarang.

Allahyarham juga bergiat aktif dengan PAS Kawasan Tanjong Karang dan telah diamanahkan pelagai jawatan antaranya sebagai Bendahari PAS Kawasan, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Sungai Burong dan sebagainya.

Semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 8 pada tahun 1990, Allahyarham pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong menggunakan tiket Parti Melayu Semangat 46 (S46) dan menentang calon Barisan Nasional (Bn), Dato' Abd Aziz Desa.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hajah Hamisah Haji Ahmad dan 9 orang anak, yang terdiri dari enam lelaki dan tiga 20130408_110846perempuan serta 34 orang cucu, itu memegang jawatan terakhir sebagai AJK PAS Tanjong Karang pada tahun 2007.

Salah seorang anaknya, Esa Ramli, telah mengikut jejak langkahnya dalam politik dan kini telah diamanahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit 4 sejak tahun 2008 yang lalu dan merupakan AJK PAS Tanjong Karang serta Ketua PAS Cawangan Parit 4.

Menurut Esa, Allahyarham bapanya, meninggal dunia dipercayai akibat daripada penyakit kencing manis, selepas menjalani pembedahan beberapa minggu yang lalu. Bagi pihak ahli keluarga saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota masyarakat yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan dirumahnya dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Sungai Burong.

Hadir memberi penghormatan terakhir ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi, Yang Dipertua PAS (YDP) Sungai Besar, Ustaz Mohd Fadzlin Taslimin, Bekas YDP  dan Setiausaha PAS Tanjong Karang, Ustaz Haji Musa Mohamad, Haji Mohd Saad Ibrahim dan pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang dan Sungai Besar. Al-Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads