12 di port klang - Google Blog Search |
Jom Mancing Bersama <b>Di Port Klang</b>: Trip 2 Jam Meninjau Lombong Posted: 18 Mar 2013 08:22 AM PDT Pada petang Jumaat 15/3 saya dan Eboi telah mengunjungi sebuah kawasan lombong tinggal di Jalan Kebun. Sempat juga kami menjerat Toman yang ada di situ. Walaupun hanya 2 jam, teknik Casting menggunakan Popper berjaya menjerat seekor toman bersaiz 2 kilogram. Dengan set ringan dan umpan tiruan, toman bersaiz begini sudah cukup memberikan kepuasan dan menghilangkan penat bekerja sepanjang hari.. Lepaskan semula dan beri peluang pada yang lain untuk mencuba.. Agak banyak jumlah Toman di sini jika dilihat dari sambaran dan ketika ia timbul dipermukaan. Rata-rata yang timbul di permukaan semuanya bersaiz besar. Lombong ini dulunya banyak ikan Tilapia yang mudah diperolehi hanya dengan umpan cacing dan joran Teleskopik. Namun saya rasakan kehadiran Toman di sini akan mengurangkan spesis ikan lain pada masa depan. Dari mana dan bagaimana ia masuk ke kawasan ini, masih menjadi tanda tanya. Kepada kaki-kaki casting boleh la mencuba di kawasan ini. |
Jom Mancing Bersama <b>Di Port Klang</b>: Trip 7/3 Meninjau Sungai Posted: 18 Mar 2013 09:02 AM PDT Pada hari ini, saya dan Jemik meninjau sungai berdekatan untuk memancing udang. Sambil memancing udang, umpan Patin juga di lempar bersama. Ketika kami mula menolak sampan ke air, beberapa penduduk dan rakan sekampung ada memberitahu tentang keadaan udang mabuk 2 minggu sebelumnya. Hmmm mabuk lagi, habis lah udang di sungai ni.. Sejak sampan dan enjin ini dibeli, saya masih belum menjejakkan kaki menaikinya. Inilah baru pertama kali bersama Jemik. Eboi dan Acid, sudah puas menaikkan ikan Patin pada musim yang lepas. Ada saya selitkan klip tersebut di sini.. Rupanya enjin 5hp ini kurang sesuai dengan sampan kecil ni. Seorang terpaksa duduk di depan manakala yang mengemudi terpaksa menggunakan paip pvc yang disambung ke pemulas minyak. ini dilakukan bagi mendapatkan kelajuan yang sesuai ketika sampan mendatar di atas air. Mata kail dan Berembang yang digunakan untuk menjerat Patin, kali ini gagal.. Lokasi seperti ini biasanya kawasan udang berehat, tetapi tidak berpenghuni.. Saiz beginilah yang kami dapat naikkan pada trip kali ini. Yang lebih kecil pun ada, kemungkinan kes udang mabuk sebelum ini telah menjejaskan ekosistem sungai ini. Walaupun beberapa spot cantik yang kami rasakan dihuni si udang, namun hanya 6 ekor udang yang berjaya dinaikkan. Saiznya juga tidak sebesar seperti dulu. Sepanjang sungai, terdapat juga bot kecil yang lain mengeluh mengenangkan keadaan ini. Di kawasan sungai lurus, kami menaikkan ikan Keli yang bersaiz besar dengan set joran udang kami. Walaupun tiada udang, sekurang-kurangnya terubat lah kecewa dihati. Kami pulang pada jam 6 petang ke pengkalan dan menarik sampan ke atas tebing... |
You are subscribed to email updates from di port klang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan