Isnin, 15 April 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


ROAD SHOW ANAK ORENG PEBIEN (AOP) KE <b>KUALA</b> <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2013 03:05 AM PDT

ROAD SHOW AOP KE KUALA SELANGOR
Media: Kuduk-Kuduk Channels
Kuala Selangor- Warga masyarakat Bawean di Kuala Selangor jauh dari lokasi Kuala Lumpur yang kebanyakannya orang bawean. Perumahan warga Bawean di Kuala Selangor yang hanya lebih kurang belasan rumah sahaja kini telah menjadi satu perkampungan orang Bawean dimana kini telah semakin banyak.
Kawasan perkampungan terpencil di Bukit Belimbing ini menyaksikan kebanyakan telah menetap hampir lebih 20 tahun melampaui dua generasi. Kini lebih 20 keluarga menetap di perkampungan Bukit Belimbing, Kuala Selangor. Warga masyarakat bawean di kawasan itu walaupun tiada bas masuk ke kawasan itu tetapi amat bersyukur kerana masjid berada betul-betul di hadapan rumah mereka.
Pada 23-24 mach 2013(semalam) perkampungan Masyarakat Bawean di Bukit belimbing telah menjadi satu lokasi warga Anak Oreng Pebien (AOP) untuk julung kalinya. Kami membuat Road Show demi mengeratkan silaturrahim sesama Bangsa Bawean di Malaysia amnya. Road show Anak Oreng Pebiyen (AOP) itu telah di rasmikan pada malam harinya iaitu malam minggu dimana Presiden Persatuan Bawean Malaysia(PBM) Datuk Azez Satar  dan seorang lagi sahabatnya iaitu Cikgu telah sama-sama turun untuk mengunjungi masyarakat Bawean di sana untuk  merasmikan Road Show (AOP).

Perjalanan dari kuala lumpur pada jam 7.30 mlm dan kami sampai di sana pada jam  9.15 mlm lewat setengah jam kerana ada masalah yang tak dapat kami atasi sepanjang perjalanan. Sampai disana kami di sambut dengan meriah oleh masyarakat disana dengan memasang kemah bagai semata-mata untuk kedatangan kunjungan kami.
"Pada siangnya, iaitu hari ahad yang dinanti-nantikan dimana warga Anak Oreng Pebien (AOP) telah berkumpul di Stesen Minyak Petronas di Taman Metropolitan, Kepong. Perancangan kami, jam 9 pagi bergerak bagi memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor, tetapi kami telah terlewat lebih kurang sejam lebih kerana menunggu teman-teman lainnya sampai kelokasi tempat berkumpul.


 Sepanjang perjalanan kami kesana, banyak rintangan telah kami hadapi sepanjang perjalanan itu dimana setelah kami melalui jalan di selayang berhampiran Selayang Murni menuju kerawang mengalami kecelakaan kecil kerana ada lori telah berhenti secara mengejut dan menyebabkan kereta rakan kami berlanggar sesama sendiri dan bernasib baik tidak teruk hanya kemek sedikit sahaja.
Perjalanan kami mula sampai ke Lebuh Raya Latar dari Rawang menuju ke Kuala Selangor dan rombongan kami telah bergabung dengan rombongan bermotor yang datang dari arah Sungai Buloh.Tugas mereka ini untuk mengawal lalu lintas di setiap traffic light sepanjang kami di jalan menuju kedestinasi. Tidak sampai beberapa minit kami berjalan, ada di antara kereta rakan kami yang telah mengalami kerosakan menyebabkan perjalanan kami terbatas seketika. Kereta sahabat kami yang mengalami kerosakan itu tidak dapat kami perbaiki dan kami telah memanggil tukang tarik kereta untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Setengah jam dalam perjalanan dengan pelbagai cabaran kami telah tempuhi, maka rombongan kami telah sampai ke destinasi yang dituju. Ketibaan disana kami telah disambut oleh anak-anak muda (AOP) dan kami melihat mimik mukanya penuh dengan keceriaan kerana kami telah sampai kedestinasi yang dituju dengan selamat.
Perasaan gembira dan penuh teruja kami hadapi sepanjang berada disana kerana telah disambut dengan baik oleh masyarakat disana tidak dapat kami lupakan. Road Show kami disana telah dirasmikan oleh Ustaz Bulkaini dan Pengerusi Anak Oreng Pebiyen (AOP) saudara Azroy kita. 

Ustaz Bulkaini telah membuat bacaan doa sebagai bermulanya Road Show kami disana. Sebagai pengerusi (AOP), saudara Azroy juga tidak ketinggalan dan turut membuat taklimat ringkas sebagai bermulanya aktiviti yang akan berlangsung nantinya. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang kami berada disana iaitu seperti makan epal sampai habis dan makan telur paling cepat.


 Kemeriahan, gelak tawa dan leteran rakan-rakan  (AOP) sepanjang kami berada disana telah dikongsi bersama dengan warga masyarakat setempat untuk sama-sama berhibur dan beramah mesra.

Alhamdulillah tepat jam 3 petang program Road Show bersama masyarakat Bawean di sana telah habis dan kami semua warga Anak Oreng Pebiyen (AOP) mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kerjasamanya dan tidak lupa juga kepada hidangan-hidangan seperti ubi rebus, ikan kering, meehon goring dan banyak lagi yang enak-enak yang telah dihidangkan kepada kami semua.

Kepada rakan-rakan (AOP) terima kasih yang tak terhingga kerana dapat turut serta dalam Road Show ini. Kerana anda semua kami berjaya sampai kesan dan tidak lupa juga kepada Pengerusi Persatuan Bawean Malaysia (PBM) Datuk Azez Satar diatas kerja samanya.Sekian 
-Media Kuduk-Kuduk Channels

Konvoi Jelajah Anak Malaysia Kini <b>Di Kuala Selangor</b> | VyREC

Posted: 12 Feb 2013 09:55 PM PST

Konvoi Jelajah Anak Malaysia telah menjelajahi kawasan ke-19 di lapan buah negeri sejak dilancarkan di Putrajaya pada 31 Januari lalu.
Kini konvoi Anak Malaysia sedang menuju ke daerah Kuala Selangor dan menetap selama dua hari di daerah itu untuk berinteraksi bersama penduduk setempat. Persatuan Belia Jalan Suara telah merancang beberapa aktiviti bagi menyambut kedatangan Konvoi Jelajah Anak Malaysia di daerah itu

Antara aktiviti yang telah dirancang adalah seperti berikut:

1

2

Oleh itu kepada para belia di sekitar Kuala Selangor di Jemput untuk menyambut kedatangan Konvoi Jelajah Anak Malaysia dan memeriahkan program-program yang telah disediakan. Semua di jemput hadir.

Related posts:

Catatan Perjalanan Road Trip 2013 - <b>Kuala Selangor</b> - Sabak Bernam

Posted: 01 Apr 2013 12:02 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Untuk Road Trip 2013 ini, kami telah memilih untuk memulakan perjalanan kami dari Daerah Gombak ke Kuala Selangor ke Sabak Bernam ke Hilir Perak dan berakhir di Daerah Manjung. Perjalanan tidaklah jauh, bermakna ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads