Isnin, 15 April 2013

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Analisis Undi Rakyat 2013 : Parlimen <b>Tanjung Karang</b> ABN News | BM

Posted: 11 Apr 2013 10:07 PM PDT

Oleh Sri Sharinnie (sharinnie@abnxcess.com)

TANJUNG KARANG — Terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Kuala Selangor, Tanjung Karang menjadi tempat tumpuan ABN News untuk meninjau sentimen masyarakat tempatan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijadual 5 Mei depan.

Kawasan yang terkenal dengan tanaman padi dan aktiviti perikanan ini menyaksikan pembangunan berperingkat, sesuai dengan kehidupan penduduk.

Pada 2008, terdapat 36,391 pengundi berdaftar dengan 72% daripadanya adalah pengundi Melayu, diikuti 11% Cina dan selebihnya India serta lain-lain kaum.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar adalah penyandang bagi kerusi Parlimen Tanjung Karang setelah menang dengan majoriti 3,820 undi ke atas calon PAS, Mohamed Hanipa Maidin.

Ia adalah penggal keempat berturut-turut bagi Noh mengekalkan kerusi Parlimen yang dimenanginya sejak 1995.

Namun jika diamati pada 2008, Noh turut berdepan gelombang tsunami politik di Tanjung Karang kerana majoriti undi yang dimenanginya menyusut 5,188 undi sekaligus menimbulkan persoalan mampukah Noh mengekalkan kawasannya jika dipilih untuk terus bertanding di sini.

Krew ABN News turun ke Tanjung Karang menemui masyarakat tempatan, rata-rata berpuas hati dengan khidmat yang telah ditabur Noh di kawasan itu.Ng Tiong Ken, Penduduk Tanjung Karang

Menurut Ng Tiong Ken yang bekerja sendiri, beliau menyokong apa yang dibuat oleh kerajaan."Sebab dia anak tempatan sini itu pasal kita mesti mau sokong sama dia (Noh)," kata Tiong Ken.

Ini pula respon Suriati Musa, Penduduk Tanjung Karang.

Suriati Musa, Penduduk Tanjung Karang

Suriati Musa,
Penduduk Tanjung Karang

"Setakat ni dia pegang 4 penggal, Alhamdulillah segala bantuan yg dia bagi pada fakir miskin orang susah dan sebagainya semuanya berpuas hati dengan adanya BR1M, BL1M, Kedai Rakyat 1 Malaysia baru-baru ni kami terima baucer karisma hati RM200, dia membantu kepada nasib yang tak terbela kitaorang bersyukur sgt dapat menteri sebegini," katanya ketika ditemui ABN News.

Baginya Pakatan Rakyat gagal melaksanakan janji yang ditabur sebelum ini.

"Tak Nampak apa yang perjanjian demi perjanjian taka da memang saya marah betul bukan minta utk diri sendiri minta untuk anak tapi tak nampak apa yang dibantu."

Sementara itu Siti Aminah Tuallu pula enggan diperintah oleh Pakatan Rakyat pada penggal akan datang.

"Kita orang tak nak pembangkang memerintah selama 5 tahun kita dah serik sangat sebab macam PKR ini banyak menaburkan janji masa manifesto janji-janji kepada rakyat dan kami bagi kepercayaan dah 5 tahun kita orang tunggu dan pandang tetapi apa yang kita dapat hanya pembohongan semualah". Ini pula reaksi Ahmad Suhaimi Abdul Rahman.

Ahmad Suhaimi Abdul Rahman, Penduduk Tanjung Karang

Ahmad Suhaimi Abdul Rahman, Penduduk Tanjung Karang

"Saya minta BN lah menang kenapa sebab BN ni memuaskan sebab apa yang dia janji semua yang dikota tak macam pakatan ni banyak sangat janji"

Namun pada masa sama Suhaimi turut berpendapat jika PR menang juga tidak mengapa.

"Kalau dia menang pun tak kisah juga kalau kata dia menang pun ok sebab kita nak tengok juga pentadbiran dia, 5 tahun bagi dia tak memuaskan lah," katanya.

Tidak banyak isu lokal yang bakal mengganggu sentimen penduduk Tanjung Karang, namun pemilihan dilihat lebih terarah kepada siapakah calon BN mahupun PR yang akan diletakkan di kawasan itu.

Terdapat ura-ura mahupun khabar angin dilaman maya mengatakan Noh tidak akan bertanding pada PRU ke-13, namun ia masih belum disahkan.

Jika benar, siapakah anak watan Tanjung Karang yang mampu meneruskan legasi kepimpinan Noh yang telah dibina sejak empat penggal yang lalu? Apakah UMNO telah mempunyai pemimpin pelapis?

"Anak Watan" dilihat faktor penting di Tanjung Karang kerana penduduknya lebih selesa berurusan dengan anak kampungnya sendiri berbanding "calon import" atau calon terjun.

Semuanya bakal terjawab apabila Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan senarai calonnya yang dijangka hujung minggu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads