KUALA LANGAT – Hasrat Ketua Wanita UMNO cawangan Jenjarom untuk membuat pemeriksaan darah di Klinik Kesihatan Jenjarom di sini tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah motosikal lain kelmarin.
Nor Asmah (kanan) bergambar bersama menantu dan cucunya, pada hari berkempen sempena pilihan raya lalu di Kampung Jenjarom, Banting. Foto -BH
Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi di hadapan Klinik Kesihatan Jenjarom itu, Nor Asmah Paniti, 52, yang menunggang motosikal Modenas seorang diri dilanggar dari belakang oleh motosikal jenis EX5.
Penunggang motosikal EX5 ialah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Nor Asmah mahu membelok ke kanan untuk masuk ke kawasan klinik kesihatan.
Akibat rempuhan kuat, Nor Asmah terjatuh daripada motosikal menyebabkan kepalanya cedera parah manakala kaki dan tangan kanannya patah menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) selepas 14 jam menerima rawatan.
Remaja terbabit pula patah tangan kiri selain mengalami luka-luka di badan dan dirawat di Hospital Banting.-kosmo
Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua.. Sebut pasal warigh, teringat aku lagu rapper Negeri Sembilan tu... (Aku tukar sikit liriknya) Melayu Telok..where you at? Jawa Sijangkang...where you at?, Melayu/ Jawa Kg. Medan...where you at?, Jawa Kebun Baharu...where you at? Jawa Jenjarom...Where you at? Sakai Telok Gonjeng...where you at? Semua ada berapa? Beribu-ribu. (Hahaha...Amekkau!) Sebut pasal Telok Panglima Garang, sebenarnya kita bercakap pasal kampung dan mukim menggunakan nama yang sama. Mukim Telok ini terletak dalam daerah Kuala Langat. Di dalamnya ada banyak kampung tradisional, kampung baru dan taman-taman perumahan yang sedang rancak naik macam cendawan lepas hujan. Aku sengaja masukkan dalam entri ini sejarah kg. Jenjarom.Walaupun Jenjarom berada dalam mukim yang lain ( Mukim Tanjong Dua Belas), namun hubungan erat penduduk telah terjalin sejak sekian lama. Dulu klinik kerajaan, dewan orang ramai, ,balai polis, pejabat pos hanya ada di Sg. Jarom. Jadi, Jenjarom penting bagi orang-orang di Telok. Korang tengok jer peta di bawah ni, korang akan get the picture, kata cikgu omputeh aku dulu.
Jadi, hari ini, aku nak bawa tuan-tuan, puan-puan, adik kakak ke mukim kami yang tercinta ini. Bukan citer pasal lanskapnya, tapi sejarah gemilangnya. Semoga anak-anak dapat belajar asal usul tempat tumpah darah datuk nenek , ayah emak kamu sekalian. Begini ceritanya..... Kampung Telok Panglima Garang Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli. Disebabkan kedudukannya yang strategik, ramai pedagang-pedagang Aceh datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan tersebut dipanggil Beting Pak Aceh. Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri ke Bukit Tampoi di Dengkil. Di sepanjang perjalanan Orang Asli yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata : "JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG" Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli di Bukit Tampoi, Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa mereka berasal dari Telok dan menetap di sini setelah dihalau oleh pedagang Aceh yang amat handal dan garang. Begitulah asal-usul nama Kampung Telok Panglima Garang manakala lambang harimau diambil di atas keberanian dan sifat pedagang Aceh
Kampung Sijangkang Kampung Sijangkang merupakan salah satu kampung yang terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Kampung Sijangkang terletak lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat. Pusatnya pekan Sijangkang.Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri. Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.
Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut 'si'. Maka timbul nama 'Si Jangkang' yang akhirnya bertukar menjadi 'SIJANGKANG'.
Adalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907. ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka seperti Kampung Beting Tengah dan Kampung Pendamar. Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari pengkalan-pengkalan kecil yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.
Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid lama dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk menambah pembiayaan menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925, ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah. Pada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina menghubungkan satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar) Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di Batu 8 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat, selepas orang-orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru, Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu 1. Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.
Pulau Carey Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting. Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat diantara keduanya. Pulau Carey mendapat nama dari seorang pegawai British yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Carey, beliau dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang telah digunakan melebihi 100 tahun. Pulau Carey juga pernah dikenali dengan nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng. Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia. Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli yang wujud di Malaysia. Jarak Pulau Carey dengan bandaraya Kuala Lumpur ialah sekitar 50 kilometer. Di sini terdapat enam buah penempatan masyarakat Mahmeri iaitu di Kampung Sungai Judah, Kampung Bumbun, Kampung Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, Kampung Sungai Jugra dan Kampung Sungai Kurau (Shaiful Bahri Md. Radzi, 2002a). Komuniti Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang, yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka kayu dan topeng. Kampung Jenjarom Menurut catatan sejarah, Kampung Jenjarom mula diterokai oleh sekumpulan orang Melayu pada tahun 1926 bersamaan 1346 Hijrah dalam Kalendar Islam. Kumpulan peneroka kebun ini diketuai oleh Tuan Haji Masrek Haji Narang yang juga berketurunan Banjar. Pada asalnya, tanah di Kampung Jenjarom hanya diusahakan sebagai kawasan perkebunan. Antara tanaman yang mereka usahakan ialah nanas, pisang, ubi kayu dan banyak lagi. Setelah selesai berkebun, kumpulan peneroka ini akan pulang ke rumah masing-masing yang terletak berhampiran Kampung Jenjarom seperti di Sungai Jarom, Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang. Jenjarom dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Sungai Jarom dan Kampung Jenjarom. Nama Kampung Jenjarom berasal dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Rumput Purun. Pada masa dahulu, rumput ini banyak tumbuh di sekitar kawasan Kampung Jenjarom. Bentuknya yang tirus, tajam dan tersusun seperti jarum memberi ilham kepada peneroka kampung untuk menamakan kampung ini sebagai Kampung Jenjarom. Ia dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu, bermula dari Kawasan Satu hingga Kawasan 12. Setiap kawasan ditandakan dengan sebuah papan tanda.
Mood RAYA semakin menjadi-jadi kebelakangan ni ! Dalam duk layanz lagu raya, tiba2 terjumpa videoklip lagu baru dari artis baru seperti iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris. Yang SPECIAL nyer video ni dibuat di KAMPUNG JENJAROM tau. Kampung En. Arep tu ! Tiap2 minggu Cikgu Norazimah balik kampung, tak tahu lak ada artis wat videoklip. Tup..tup..kuar kt youtube ! Tu pon anak sedara yang tag kan video tu, kalau tak, memang tak tahu ler..hehe
Cikgu Norazimah tertanya-tanya gak, nape le dorang tak wat shooting kt umah mak mertua yer, lagi old skul tau umah mak mertua Cikgu Norazimah ni. Kalau tak, boleh ler glamer kejab ! Ahaks...
~ Rumah klasik dibuka untuk shooting drama/filem ! Sila PM Cikgu Norazimah yer..hahahaha ~
[p/s: pengsan kalau bapak mertua baca entry ni.. nth paper menantu sorang ni ! wink ]
[unable to retrieve full-text content]1- Tanjung Sepat jadi kawasan pelancongan baru di Selangor. 2- Caruman Wanita Selangor bantu sedia cabaran kewangan masa depan. 3- MAPMAS siasat rumah kebajikan guna kanak-kanak kutip derma. 4- RM500,000 ...
KLANG – Mayat seorang wanita dengan kesan lubang di atas kepalanya ditemui di sebalik timbunan daun serta atap asbestos di tempat pembuangan sampah di Batu 10 (Kilometer 16), Kapar hari ini.
Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukur Sulong berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an dan memakai baju tidur itu ditemui dalam keadaan terlentang.
"Polis percaya mangsa mungkin rakyat asing kerana tiada kesan suntikan BCG pada bahu kirinya. Bagaimanapun siasatan masih dilakukan untuk mengetahui identitinya," katanya ketika ditemui hari ini.
Mohd. Shukur berkata, siasatan pihaknya juga percaya mangsa mati antara tiga hingga empat hari lalu berdasarkan keadaan fizikal dan bau mayat.
Tambah beliau, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, katanya.
Yb Meru memberi tazkirah dan khutbah Jumaat di Masjid At Taqwa Kg Bukit Kapar. Tazkirah mengenai salah gambaran tentang Islam dan pelbagai tohmahan yg dihadapi pejuang Islam sejak dari zaman Rasulullah saw sehingga ke hari ini. Benarlah kata2 Imam Ghazali bahawa Islam yg sebenarnya cantik tetapi di cemari dgn perangai2 buruk dan keji penganut2 agama itu sendiri seperti mengambil rasuah, menipu, menyeleweng dan memungkiri janji.
Sejak saya mengetahui Beranang, sebuah daerah di dalam Negeri Selangor dan juga pintu masuk di sebelah utara Negeri Sembilan, ada dua mitos mengenai Beranang yang pernah hidup subur dalam tanggapan saya.
Salah satu di antaranya baharu sahaja dapat dicerahkan. Mitos kedua sebenarnya telah lama saya nyahkan tetapi perlu juga dinyatakan sebagai rekod.
Saya juga yakin bahawa itulah juga persepsi yang menguasai kebanyakkan Orang Negeri Sembilan dan penduduk Melaka di sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah terhadap Beranang.
Pertamanya, saya beranggapan bahawa semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli - keturunan generasi baru Minangkabau dari Tanah Minangkabau yang berhijrah ke Malaysia berabad-abad selepas gelombang kedatangan pertama Orang Minangkabau ke Negeri Sembilan pada sekitar tahun 1500-an. Komuniti Minangkabau asli di Beranang ini masih bercakap dalam dialek Minang asli dan masih berhubungan dengan saudara mereka di Tanah Minangkabau.
Saya cuma mengetahui bahawa bukan semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli lebih kurang dua bulan yang lalu. Ceritanya bermula apabila saya bertanya kepada seorang rakan seorganisasi yang berasal dari Beranang mengenai dialek percakapannya adalah dialek Negeri Sembilan ( bukannya dialek Minang asli).
Dia menjelaskan, " Aku (dia tidak membahasakan dirinya Eden) bukannya orang Minangkabau. Aku adalah 'Orang Negeri Sembilan' . Kedudukkan geografi kampung aku (Beranang) yang bersempadan dengan Negeri Sembilan terletak di dalam Negeri Selangor."
Melaluinya saya baru mengetahui bahawa komuniti Minangkabau asli di Beranang cuma didapati di sebuah kampung sahaja. Selainnya adalah komuniti ' Orang Negeri Sembilan' yang dipisahkan dengan 'saudara kandung' mereka di Negeri Sembilan oleh kanun geografi. Melaluinya saya mengetahui bahawa dialek Negeri Sembilan adalah dialek dominan di kalangan penduduk Beranang.
Saya sebenarnya berat hati hendak menyatakan mitos kedua kerana mungkin boleh mengguris hati rakan-rakan yang berasal dari Beranang. Ketika berulang alik dari Kuala Lumpur - Rembau dan Rembau-Kuala Lumpur (balik bercuti di kampung) pada zaman remaja, saya diingatkan supaya jangan sekali-kali singgah makan atau minum di Beranang. Kononnya, penduduk Beranang suka bermain santau. Saya patuh sepenuhnya!
Tanggapan kononnya penduduk Beranang suka bermain santau adalah satu tanggapan di tahap ' fenomena' di kalangan penduduk Negeri Sembilan/Melaka (Alor Gajah,Masjid Tanah) suatu ketika dahulu. Mitos ini sama makamnya dengan keyakinan " Orang luar yang berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan akan tinggal sehelai sepinggang jika berlaku perkara yang tidak diingini ".
Saya akui baharu sahaja mengetahui ' pengaruh Negeri Sembilan' terutamanya dialek percakapan begitu dominan di Beranang, Selangor. Namun, mitos mengenai santau sebenarnya telah lama tidak saya yakini lagi. Saya dan keluarga selalu singgah makan di warung-warung di sekitar Pekan Beranang ketika dalam perjalanan balik ke kampung atau ketika balik semula ke Ampang, Selangor. Saya juga mempunyai ramai rakan-rakan anak jati Beranang yang saya kenali hati budi mereka.
[unable to retrieve full-text content]Majoriti yang PAS dapat di Paya Jaras adalah sekitar 5500 undi. Undi kaum India boleh dikatakan membentuk kesemua dari majoriti yang memenangkan PAS di DUN Paya Jaras. Dengan kata lain, tanpa usaha gigih PKR ...
Nampaknya hasrat besar Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar mau menjadikan isu kalimah Allah sebagai senjata ampuh meraih sokongan umat Islam terutamanya Bani Melayu di negeri Selangor menyokong UMNO/BN nampaknya tidak mendapat sambutan langsung.
Jelas taktik lapuk usang purba ketinggalan masa pupus tarikh itu gagal menarik rakyat Selangor untuk menyokong UMNO/BN... Ini dibuktikan dengan roadshow Kalimah Allah yang diadakan di Padang Tadika Kemas, Seksyen 24 Permai, Seksyen 24 Shah Alam, Selangor anjuran UMNO Bahagian Shah Alam yang berketuakan Ketua UMNO Bahagian yang baru malam tadi 17hb Januari 2014 mulai jam 8.30 malam.
Anak-anak muda boleh dikatakan tidak kelihatan langsung... Sedangkan para penganalisis politik sama ada yang pro UMNO atau pun pro PR hatta atas pagar sependapat bahawa PRU 14 ialah PRU anak muda dan PRU pengundi pertama.
Dari kiriman beberapa gambar kepada Omak Kau nampaknya jumlah yang hadir tidak sampai 150 orang kebanyakkannya ialah kaum wanita.
Kalau difikirkan secara logik ahli UMNO Shah Alam sendiri tidak turun untuk berikan sokongan mendengar celoteh jual minyak atar Noh Omar.
Rakyat Selangor sedar bahawa isu Kalimah Allah yang cuba dimainkan oleh UMNO ini hanyalah suatu taktik jika diberikan sokongan akan merugikan negara.
Jika gambaran ini mau dijadikan kayu ukur sokongan rakyat kepada UMNO maka jawapnya harapan UMNO Selangor dibawah pimpinan Noh Omar mau merampas Selangor dari Pakatan Rakyat amatlah tipis sekali.
Nasihat ikhlas suci murni Omak Kau kepada Noh Omar dan mereka yang sewaktu dengannya dalam Perhubungan UMNO Selangor agar lupakan saja hasrat mau mengadakan roadshow seluruh Selangor isu Kalimah Allah ini .. Rakyat beragama Islam dan Melayu dah cerdik pandai belaka... Jangan nak buang masa buat kerja yang tidak mendatangkan faedah dan menambah sokongan rakyat kepada UMNO .. Ini semua kerja sia-sia dari pemimpin yang berakal kangkung!!!!!
IDEA menghias kereta dengan pelbagai aksesori yang mahal harganya sememangnya menjadi minat sebahagian besar pengguna kereta di negara ini.
Biarpun mencecah ribuan ringgit, demi minat dan supaya kereta nampak menawan ketika meluncur di jalan raya adalah keutamaan mereka.
Aksesori dari segi lampu, cat dan rim tayar sememangnya popular dengan pelbagai hasil yang kreatif.
Jika anda tinggal di sekitar Rawang, pastinya anda pernah terserempak dengan kereta ini yang lengkap dihiasi dengan pelbagai jenis aksesori yang hanya diperbuat daripada barang terbuang.
Bagaimanapun, aksesori yang digunakan oleh pemilik kereta ini tidaklah mahal dan mungkin percuma kerana ia menggunakan tin-tin aluminium yang kosong untuk menjadi penghias keretanya.
Gambar ini dikongsikan seorang rakan Facebook yang merakamkan foto berkenaan ketika beliau berada di Rawang.
Penulis agak, pemilik kereta ini mencari rezeki dengan mengutip tin-tin aluminium kosong sebelum dijual di pusat kitar semula.
Jangan pandang rendah, golongan yang mengutip tin ini kerana rezeki mereka biasanya lebih tinggi daripada golongan bekerja tetap seperti kita.. Silap-silap di rumah, siap ada Mercedez. – IBNU K/Mynewshub.my
IDEA menghias kereta dengan pelbagai aksesori yang mahal harganya sememangnya menjadi minat sebahagian besar pengguna kereta di negara ini.
Biarpun mencecah ribuan ringgit, demi minat dan supaya kereta nampak menawan ketika meluncur di jalan raya adalah keutamaan mereka.
Aksesori dari segi lampu, cat dan rim tayar sememangnya popular dengan pelbagai hasil...
IDEA menghias kereta dengan pelbagai aksesori yang mahal harganya sememangnya menjadi minat sebahagian besar pengguna kereta di negara ini.
Biarpun mencecah ribuan ringgit, demi minat dan supaya kereta nampak menawan ketika meluncur di jalan raya adalah keutamaan mereka.
Aksesori dari segi lampu, cat dan rim tayar sememangnya popular dengan pelbagai hasil yang kreatif.
Jika anda tinggal di sekitar Rawang, pastinya anda pernah terserempak dengan kereta ini yang lengkap dihiasi dengan pelbagai jenis aksesori yang hanya diperbuat daripada barang terbuang.
<strong>Bagaimanapun, aksesori yang digunakan oleh pemilik kereta ini tidaklah mahal dan mungkin percuma kerana ia menggunakan tin-tin aluminium yang kosong untuk menjadi penghias keretanya.</strong>
<strong>Gambar ini dikongsikan seorang rakan Facebook yang merakamkan foto berkenaan ketika beliau berada di Rawang.</strong>
Penulis agak, pemilik kereta ini mencari rezeki dengan mengutip tin-tin aluminium kosong sebelum dijual di pusat kitar semula.
Jangan pandang rendah, golongan yang mengutip tin ini kerana rezeki mereka biasanya lebih tinggi daripada golongan bekerja tetap seperti kita.. Silap-silap di rumah, siap ada Mercedez. - <strong>IBNU K</strong>/<strong>Mynewshub.my</strong>