Isnin, 10 Mac 2014

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Fantasi Itu Duniaku: Dua detik <b>di</b> Gold Coast Palm Tree, <b>Sepang</b>

Posted: 10 Feb 2014 06:32 AM PST

Aku rasa tak perlu memulakan entri kali ini dengan mukadimah panjang. Maklumlah, tarikhnya pun sudah agak ketinggalan. Nak mengisi tepat pada waktunya, memanglah mustahil. Bukan kerana aku malas, tetapi (ayat klise) terlalu banyak perkara yang perlu disudahkan terlebih dahulu. Antaranya, tugasan aku sebagai editor (2 majalah, alhamdulillah) dan penulis sampingan (manuskrip yang kian menimbun tanpa tarikh mati) serta pengendali (admin) untuk beberapa laman usahasama dengan teman-teman di ruangan sosial (FB, Google+ dan Twitter).

Kenapa perlu diriwayatkan semua aktiviti aku di pembukaan entri? Tidak. Niat aku bukan untuk riak mahupun bongkak tetapi sekadar untuk memberitahu kepada sekalian manusia di luar sana (khususnya mereka yang bermulut manis tetapi berbongkah-bongkah kutukan di dalam hati). Aku terpaksa ketepikan aktiviti yang memang tidak serasi dengan jiwa mahupun sanubari. Keutamaanku adalah keluarga dan sesekali kehendak diri sendiri. Selain dari itu, jika aku gagal mentafsirkan kepentingan sesuatu aktiviti dengan merisikokan wang, tenaga dan waktu maka bukan sukar untuk aku mengasingkan diri. Aku tak boleh memenuhkan kehendak dan permintaan setiap orang. Terserah juga kepada kalian sama ada boleh menerima dan menghormati keputusan aku (menerima dan menghormati ada banyak bezanya ya!) atau membenci. Jujurnya, aku tidak kisah!

Baiklah, berbalik kepada tujuan asal entri ini, ia bukanlah sesuatu yang dirancang sehari dua. Malah, penganjurnya (siapa lagi kalau bukan Along) telah mencanangkan idea ini sejak tahun lepas (sudah menjadi lumrah keluarga kami, rancang setahun lebih awal terutama sekali untuk tarikh-tarikh istimewa, kalau berniat mahu langgar dipersilakan dan jangan pula mengharap kami tunduk serta ya!) Kebetulan pula tarikh kelahiran puteri sulung yang juga anak bongsunya (buat waktu ini) Mysarah, hampir dengan beberapa ahli keluarga yang lain termasuklah aku.
Bagi memudahkan dan mengurangkan aktiviti keluarga tahun ini (ada penambahan aktiviti berbanding tahun-tahun lalu) hari lahir kami dilakukan sekaligus. Antara mereka yang terlibat semestinya Mysarah yang lahir pada 23 Januari, diikuti Ayuz pada 27 Januari, aku (kalian tahu-tahulah sendiri) dan abang iparku, Zamri yang lahir pada 11 Februari! Destinasi yang dirancangkan (termaktub dalam jadual tahun 2014 disediakan Shahaizah Azlin; Alonglah tu) pula adalah Gold Coast Palm Tree di Sepang.
Awalnya, umi dan aku kurang bersetuju kerana kami berdua memang masih lagi fobia dengan tragedi Tsunami yang pernah melanda Malaysia di satu ketika dahulu. Lebih membimbangkan apabila, terlalu banyak desas-desus dan khabar angin yang mengatakan kemungkinan peristiwa ini akan berulang dalam masa terdekat. Ya. Memang salah kami (aku dan umi) kerana terlalu banyak memikirkan perkara negatif. Dalam perasaan yang bercampur, diturutkan juga. Lagipun, bila masanya lagi akan dapat kami merasakan kehebatan Gold Coast Palm Tree (gabungan penyalinan semula penempatan mewah di Dubai; Jumeriah Palm dan kawasan peranginan Maldives Centara Grand Island Resort & Spa. Tambahan pula, Along ada mengatakan tempat penginapan kami bukanlah di bahagian dahan (tengah laut) sebaliknya di bahagian batangnya (persisiran).
Sebagaimana sambutan ulangtahun yang pernah diraikan keluarga kami, kali ini juga turut dimeriahkan lagi dengan tema khusus bersesuaian dengan Mysarah. Ya, tema yang dikenakan untuk sambutan ini pula adalah Alice In Wonderland. Demi memastikan semuanya berjalan dengan lancar, pelbagai persiapan diaturkan. Ini termasuklah gegelung tiara buatan tangan untuk dipakai para gadis (amboi), manakala jejaka pula cukuplah setakat berpakaian kemas ala-ala Inggeris.
Tiba hari dinantikan, masing-masing girang tanpa dapat digambarkan dengan kata-kata. Kegembiraan segera pudar dalam hati dua insan (aku dan umi) digantikan kerisauan yang bukan kepalang apabila mengetahui, rumah yang diduduki selama dua hari tersebut berlokasi di bahagian dahan (tengah-tengah laut). Aku pandang umi dan umi pandang aku. Jujurnya, aku tidaklah risau sangat tentang kedudukan sementara kami sebaliknya hati tertinggal di dalam perut Lolly kerana kecuaian meninggalkan Baby Boy (BlackBerry) di situ. Hahaha.
Nak bertapak semula ke pusat buggy memang tak larat. Maklumlah, aku agak malas nak berjalan. Jadi, dalam kegusaran aku memujuk hati agar Baby Boy baik-baik sahaja bersama Lolly tanpa disedari kehadirannya. Aku yakin para pekerja Gold Coast Avani ini amanah orang-orangnya. Ditambah pula diletakkan di bawah jagaan pihak Avani 24 jam, kurang juga risaunya.Cuma aku agak bersimpati dengan umi kerana murung. Setiap saat matanya pasti melirik ke luar jendela. Memerhati aras air laut sama ada sudah mencecah lantai atau ombak bergelora ganas. Along pula berduet bersama abah tidak henti-henti menyakat umi.
Oh ya, sekadar perkongsian info; penginap boleh menikmati kemudahan tempat letak kereta bersama perkhidmatan jockey di dalam kawasan Gold Coast Palm Tree ini dengan bayaran dikenakan sebanyak RM20.00. Sekiranya penginap mahu keluar bayaran RM10.00 dikenakan. Hari berikutnya, jika penginap membawa kereta keluar bayaran baru dikenakan. Selain itu, penginap juga boleh meletak kereta di kawasan luar dan perlu menunggu van khas yang membawa masuk penginap ke dalam kawasan ini.
Demi menghilangkan kegusaran, aku mula bertindak gila; tak diam setempat dan asyik melompat-lompat, terjun tiruk di atas katil yang empuk. Melihat aksi gila sawan aku itu, anak-anak buahku yang lain turut serta terutama sekali Miqhail dan Mierza serta diikuti si kecil Firzudeen Aqashah yang sesekali mengacau bonda (Ayuz) dan babanya (Firdaus) yang sibuk membuat persiapan hiasan untuk majlis malam nanti. Ya, sambutan ulangtahun kami. Biar sederhana dan hanya disambut ahli keluarga kami sahaja kerana yang penting; gembira dan bahagia!

Sebelum menunggu detik itu tiba, kami keluar sebentar meninggalkan Gold Coast Avani dan bergerak ke restoran yang sememangnya terkenal di kawasan ini; HM Sri Bagan Seafood Restaurant. Sementara menunggu makanan sedia terhidang, sempat juga menikmati pemandangan alam yang indah kurniaan Allah. Alhamdulillah. Walaupun sudah ada pembangunan tetapi keindahannya masih tidak tercela. Istimewanya restoran terapung ini selain berada di persisiran pantai, para pelanggan berpeluang memilih makanan laut yang segar-segar. Apa yang sudah dihajatkan di hati? Lampiaskan sagaja di sini. Sotong, ketam, udang, ikan-ikan laut masin dan macam-macam lagilah. Disebabkan itu juga, meja makan keluarga kami penuh malam itu. Bernafsu sungguh. Cuma yang tidak tersenarai dalam menu kami; kangkung belacan. Hahaha.

Selesai mengisi tangki perut masing-masing yang aku percaya masih mempunyai kapasiti berlebihan, bergeraklah semula kembali ke tempat penginapan kami tetapi sempat juga singgah di kedai runcit untuk membeli makanan ringan. Bekalan di waktu malam. Sebaik tiba di penginapan kami, hati tak berhenti memanjatkan syukur. Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur kerana berpeluang berehat sehari dua di sini. Sekurang-kurangnya, hilang segala rasa yang mendesak otak untuk berfikir. Bebas. Hari itu juga, dengan sengaja aku mematikan segala penerimaan data internet. Tidak mahu gangguan; penting atau tidak. Aku tidak mahu sebarang gangguan. Ini waktu untuk aku dan keluarga. Selain darinya, boleh tunggu. InsyaAllah.

Sampai di rumah (penginapan), masih ada beberapa jam sebelum diteruskan dengan aturcara seterusnya. Ketika inilah masing-masing bebas melakukan aktiviti yang terbuku dalam hati. Along dan abang Zamri memilih untuk ke gim, Ayuz dan Firdaus bersiar-siar bersama basikal di sepanjang Gold Coast ini. Aku? Memanjakan diri di dalam tab mandi sambil berhibur dengan lagu-lagu merasuk jiwa. Tak puas berendam, aku bermandi pancuran pula. Ah, bahagianya. Si anak-anak kecil? Ada yang sibuk melayan permainan komputer (iPad/tablet) ada pula yang mengikut ibu bapa masing-masing. Umi dan abah? Umi cuba menenangkan jiwa dengan tidur sejenak (cuba melupakan yang dia kini berada atas air), abah pula layan pemandangan. Hehehe. Tenang dan aman katanya.

Tepat pukul 10 malam (terpaksa dicepatkan sejam lebih awal, gara-gara Mysarah yang sudah hampir terlelap), maka kami pun bersedia dengan aturcara makan kek! Kalau diikutkan, aku mahu menyediakan pulut kuning sekali kerana tarikh 29 Januari merupakan ulangtahun pernikahan umi dan abah tetapi umi keberatan. Tidak mahu memadatkan aturcara yang sedia padat! Benar juga kata-kata umi itu dan aturcara makan kek pada malam itu ternyata sangat meriah dengan riuh rendah kegembiraan, hilai tawa kami sekeluarga. Macam yang aku katakan di awal tadi, bilangan tidak penting tetapi nilai kebahagiaan adalah segala-galanya. Ya, kami bahagia. Diharapkan kebahagiaan ini berkekalan dan diteruskan pula generasi selepas kami; Miqhail, Mierza, Firzudeen Aqashah, Mysarah dan yang seterusnya.
Sebaik sempat menyelesaikan aturacara terakhir, si anak-anak kecil terkulai di pangkuan. Barangkali keletihan sepanjang hari. Dengan terlelapnya mereka, golongan 'tua-tua' turut mencari bantal dan tilam masing-masing untuk beradu. Memandang atap dari rimbunan lalang, 1,2,3.... zzzzzzz.


Suara tangisan yang mengetuk gegendang, membuatkan aku terjaga. Siapakah yang menangis sayup-sayup pagi-pagi buta ini. Aku melihat skrin Baby Boy, sudah pukul 6 pagi. Tangisan itu semakin kuat dan kelihatan Along bergerak masuk ke dalam bilik; "Mysarah dah bangun!" Oh, tangisan Mysarah rupanya. Tangisan si Mysarah juga membuatkan aku sedar, umi tidak lelap tidur. Aduh, kasihan sungguh umi. Masih bimbang yang kami sedang beradu di atas air. Mata yang tadi kabur, kian menjadi jelas apabila melihat aras air menerusi jendela kaca. Pantas aku keluar, membuka pintu dan terus di sapa sinaran mentari pagi. Tanpa buang masa, tangan mencapai kamera (telefon bimbit) untuk mematrikan pemandangan yang indah ini semoga dapat dikongsi bersama.


Sementara aku sibuk bergambar sakan, mereka yang lain keluar melakukan aktiviti masing-masing. Along dan abang Zamri bersarapan bersama anak masing-masing (Mierza dan Mysarah) di kafe Avani. Manakala Ayuz dan Firdaus bersama Aqashah bersarapan dan bergambar di seluruh kawasan penginapan. Paling seronoknya, mereka ada yang berbasikal dan juga bersukan! Hahaha. Cuma Miqhail yang tidak mahu ikut, dia lebih selesa bersarapan di rumah bersama aku, wan dan juga atuknya. 

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi aku memang suka mengambil gambar. Bezanya, aku tidak memiliki sebarang kamera mahupun DSLR kerana ia masih lagi belum tersenarai dalam keperluan ataupun kehendak. Hahaha. Jadi, menumpang sahaja sesiapa yang ada sudah mencukupi. Apabila kamera DSLR kepunyaan Ayuz ditinggalkan, maka aku mula meroyan mengambil gambar-gambar umi dan abah dengan latar belakang 'romantika'. Comel juga melihat gaya umi dan abah bersama. Pantas teringat bibit-bibit awal pertemuan mereka berdua yang seringkali aku dengar dan tidak pernah jemu mendengarnya berkali-kali.
Malangnya, sangat pantas masa berlalu. Ya, kami bersiap-siap untuk pulang kembali ke habitat asal. Sebelum meninggalkan Gold Coast, sempat kami merakam kenangan. Hmm. Bilakah lagi agaknya dapat kaki terjejak di sini? InsyaAllah. Mungkin dengan si dia pula? Hahaha.

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


Gambar Rompakan RM3 Juta <b>Ijok</b>? - Berita Semasa

Posted: 27 Jan 2014 11:04 PM PST

Gambar Rompakan

Gambar Hiasan

Berita yang baru diterima Berita Semasa sebentar tadi daripada kalangan pembaca. Yang mana pada pukul 10 pagi sebuah van "Armour Security" dirompak dan telah di bawa lari ke dalam ladang kelapa sawit berdekatan IJOK Kuala Selangor. Tidak cukup dengan itu…

Tidak cukup dengan itu, van tersebut telah dibakar dan menyebabkan 2 cedera dan telah pun dihantar ke hospital. Jumlah rompakan cukup lumayan iaitu berjumlah RM3 juta…

Klik gambar-gambar sebenar kejadian di bawah ini….

Berita Semasa difahamkan kawasan van ini dibakar adalah agak sunyi tetapi kawasan Ijok cukup panas dengan kes rompakan bersenjata.

KLIK Butang LIKE & SHARE Berita Ini


Ahad, 9 Mac 2014

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


AL-KISAHNYE... Che Wann: MEMORI KURSUS GURAH <b>DI AMPANG</b>

Posted: 09 Feb 2014 11:20 PM PST


 Kursus Gurah kali ini telah berlangsung di Ampang di rumah Tuan Hj Nazarudin. Seramai 4 orang peserta telah hadir untuk mempelajari ilmu thobib gurah ini...tahniah di ucapkan kepada peserta2 yang hadir...semoga ilmu yang di pelajari ini dapatlah di manfaatkan kepada masyarakat yang memerlukan..

-Salah seorang peserta sedang di ajar cara membancuh herba gurah..


Setelah herba gurah di bancuh barulah sessi praktikal di jalankan... setiap peserta wajib merasa untuk di gurah... kalau tak nanti anda tak tau bagaimana rasanya rawatan gurah ni..









di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Sebarkan: Senarai lokasi Catuan air <b>di Negeri Selangor</b> <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2014 05:59 PM PST

WILAYAH HULU LANGAT
1. Bandar Tun Hussien Onn
2. Saujana Impian
JUMLAH PINTU RUMAH: 8,378
WILAYAH KUALA LANGAT
1. Batu 7 ijangkang
2. Batu 8 Sijangkang
3. Batu 9 Sijangkang
4. Batu 9 Kg Medan
5. Batu 9 Kebun Bharu
6. Taman Desa Sijangkang
7. Taman Rivera Perdana
8. Taman Permai Sijangkang
9. Taman Sijangkang Indah
10. Taman Medan Indah
11. Taman Perwira
12. Taman Sijangkang Jaya
13. Taman Seri Medan
JUMLAH PINTU RUMAH: 7,351
WILAYAH KUALA LUMPUR
1. Angsana Hilir
2. Ampang Hilir
3. Taman Pertama
4. Taman Bukit Pandan
5. Kg Pandan Luar
6. Kg Pandan Dalam
7. Taman Koperasi Polis
8. Taman Desa Baiduri
a. Jln Tenteram
b. Jln Yaakob Latif
9. Bandar Damai Perdana
10. Taman Damai Perdana
11. Taman Desa Cahaya
12. Taman Sri Bahagia
13. Taman Bukit Anggerik
14. Taman SPPK Bkt Cheras
15. Taman Orkid Desa
16. Taman Segar
a. Jalan Belimbing
17. Taman Billion
a. Jalan Setiabistari
18. Taman Supreme
a. Jalan Setiamurni 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12
19. Taman Cheras
a. Jalan Setiabudi
20. Taman Cheras Utama
a. Jalan Setiarasai
21. Taman Cheras Hartamas
a. Jalan Setiarayai
22. Taman Bkt Segar Jaya
a. Jalan Setiajaya
23. Bandar Baru Segar Utama
a. Jalan Medan Setia
24. Taman Damai Indah
a. Jalan Setiabakti
25. Taman Minang Ria
a. Jalan Setiakasih
26. Taman Bukit Angsana
a. Plaza Damansara
27. Taman Suria Jaya
a. Taman Seri Beringin
28. Taman Len Seng
29. Taman Desa Cheras
30. Taman Alam Damai
31. Taman Maluri
32. Taman Bukit Segar
33. Taman Bukit Segar Masera
34. Taman Tayton View
35. Taman Connaught
36. Pandan Prima
37. Taman Tenaga
38. Taman Ikan Emas
39. Sebahagian Bandar Tun Razak
a. Hospital UKM (HUKM)
40. Taman Midah
41. Taman Desa Aman
42. Taman Rajawali
43. Taman Cheras Makmur
44. Kg. Cheras Baru, Bukit A & B
45. Sebahagian Kawasan Damansara:
a. Jalan Segambir
JUMLAH PINTU RUMAH: 55,826
WILAYAH HULU PETALING
1. Puchong Jaya
2. Pusat Bandar Puchong
3. Taman Wawasan
4. Kawasan Perindustrian Bandar Puchong
5. Taman Bukit Kuchai
Pencemaran Ammonia Di Sungai Langat
Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu
rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat
masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air
(LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup
semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran
kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.
Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan
penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti
berikut:-
WILAYAH HULU LANGAT
1. Taman Setia, Balakong
2. Desa Karun Mas
3. Taman Cheras Jaya
4. Taman Bukit Emas
5. Taman Impian Indah
6. Taman Sejati
7. Taman Bukit Sungai Long
8. Taman Taming Indah
9. Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
10. Taman Sri Indah
11. Taman Impian Ehsan
12. Taman Suria
13. Taman Kasturi
14. Kampung Baru Balakong
15. Taman Seri Sungai Long
16. Taman Seri Kenangan
17. Batu 11, Jalan Cheras
18. Taman Balakong Jaya
JUMLAH PINTU RUMAH: 18,430
WILAYAH KUALA LANGAT
1. Kampung Olak Lempit
2. Kampung Bukit Changgang
3. Kampung Labohan Dagang
4. Taman Changgang Jaya
5. Kompleks Perabut Olak Lempit
6. Rtb Bukit Changgang
7. Bandar Seri Ehsan
8. Bandar Mahkota
9. Bandar Sungai Emas
10. Taman Arked
11. Taman Sri Dagang
12. Taman Ambar
13. Taman Langat Murni
14. Taman Langat Utama
15. Taman Murnimas
16. Taman Sri
17. Taman Sri Chedin
18. Sekolah Tamil Sungai Sedu
19. Selangor Dredging

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Jerebu Tidak Jejas Operasi <b>Di Pelabuhan Klang</b> - Tv3

Posted: 04 Mar 2014 06:01 AM PST

Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

4 Mar 2014, 10:01pm by mahirah shah



Jerebu yang melanda tidak menjejaskan operasi keluar masuk kapal serta kontena di pelabuhan-pelabuhan Klang.

Ikuti tinjauan Nurul Mardiana Abdul Alim.


12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Kawasan Perkelahan <b>Jeram</b> Tinggi, Jementah, Segamat

Posted: 07 Mar 2014 01:24 AM PST

Terletak berhampiran bandar Jementah di daerah Segamat Johor, kawasan perkelahan Jeram Tinggi merupakan salah satu air terjun yang terdapat di sekitar kawasan Taman Negara Johor Gunung Ledang selain Air Terjun Gunung Ledang di Sagil dan Air Terjun Asahan di Asahan, Johor. Namanya tak sepopular dua air terjun berkenaan yang lebih besar, tapi tempat ni juga tak kurang menariknya untuk dikunjungi bersama keluarga.
Walaupun mengalir dari Gunung Ledang di daerah Ledang, kawasan ini dikendalikan oleh Majlis Daerah Segamat (MDS). Tak seperti air terjun di Sagil, kawasan ini tak dikenakan sebarang bayaran kepada pengunjung. Kawasan perkelahan ni terletak betul-betul di sempadan Taman Negara Johor Gunung Ledang. Di sini juga merupakan titik permulaan bagi salah satu trek pendakian Gunung Ledang yang dipanggil Ledang via Jementah (LVJ).
Meredah hutan selama kira-kira 40 minit hingga satu jam (mengikut kemampuan) dari kawasan tempat letak kereta ini, pengunjung boleh menikmati keindahan Air Terjun Jeram Tinggi yang cantik dan masih belum terusik di tengah hutan simpan.
Tapi perlu diingat, air terjun ini terletak dalam kawasan Taman Negara Johor Gunung Ledang, dan pengunjung perlu mendapatkan kebenaran daripada Perbadanan Taman Negara Johor sebelum melakukan sebarang aktiviti trekking ke air terjun ni. Bagi yang berminat boleh hubungi nombor hotline PTNJ atau berjumpa dengan Encik Aziz yang selalu berada di kawasan ini. Beliau seorang yang baik hati dan sedia untuk membantu sekiranya ada kumpulan yang ingin ke sana. Kadar bayaran permit dan sebagainya boleh rujuk di laman blog Taman Negara Gunung Ledang.
Bagi yang sekadar nak bersantai di hujung minggu bersama keluarga, anda boleh mandi di jeram sekitar kawasan letak kereta ini. Kawasannya agak selesa dan bersih kerana tak begitu ramai pengunjung yang datang ke mari. Tapi air sungainya mungkin agak kurang memuaskan bagi orang dewasa kerana airnya yang tak sebegitu dalam. Sekurang-kurangnya, kawasan ini selamat bagi mereka yang nak bawa anak-anak kecil bermandi-manda, insyaAllah.
Disebabkan bilangan pengunjung yang tak sebegitu ramai, tak banyak kemudahan disediakan di kawasan ni. Antara kemudahan yang ada ialah wakaf rehat, laluan pejalan kaki ke air terjun, tempat letak kereta dan tandas awam. Tak ada kedai-kedai makanan, minuman ataupun cenderamata, tapi bagi saya, kemudahan yang ada ni pun dah mencukupi. Makanan dan minuman boleh dibawa sendiri dari rumah dan itu lebih menyeronokkan.

Panduan bagi mereka yang nak ke sini.

Kawasan ini terletak di kawasan Ulu Jementah. Untuk ke sini, pengunjung perlu melalui FT23 Jalan Muar-Segamat menuju pekan Jementah. Dari arah Tangkak, sebelum memasuki bandar Jementah, belok ke simpang di sebelah kiri (dari Segamat, selepas bandar, belok ke kanan) di Kampung Paya Jakas ke J45 Jalan Loji Air.

Jalan ni merupakan jalan dua lorong dua hala yang agak kecil, muat-muat untuk kereta lalu bagi setiap lorong.
Kira-kira 800 meter kemudian, anda akan nampak Loji Air Jementah di sebelah kanan.
Di hadapan sedikit, jalan terpecah dua. Ambil arah ke kanan. Bermula di sini, jala berubah kepada jalan kampung selorong. Jangan risau, papan tanda disediakan di sepanjang jalan. Ikut arah yang ditunjukkan papan tanda. Hati-hati semasa berselisih dengan kenderaan yang datang dari hadapan.
Semakin dalam, rumah penduduk makin kurang. Akhirnya jalan ni cuma menyusuri kebun-kebun buah-buahan dan kebun getah. Teruskan perjalanan lagi.

Kira-kira 3 kilometer menyusuri jalan kampung, anda akan tiba di selekoh yang curam ni.

Kalau anda tiba di sini, maksudnya anda dah tak jauh lagi. Menuruni bukit curam ni dan kemudian mendaki semula di sebelah sana kira-kira 300 meter, anda akan tiba di kawasan perkelahan tersebut. Sebagai panduan, sekiranya anda datang lebih dari seorang, lebih baik kalau salah seorang turun berjalan kaki dan tinjau kalau-kalau ada kereta yang datang dari depan terlebih dahulu sebab kat sini tak ada tempat untuk berselisih dan bukitnya curam.

Seperti biasa, kalau kunjungi kawasan air terjun seperti ini, pastikan semua sampah yang anda bawa tu dibawa pulang. Jangan tinggalkan sampah dan harapkan alam sekitar yang tak bersalah tu untuk bersihkan bagi pihak anda.

Jagalah alam sekitar kita.

12 di sungai buloh - Google Blog Search

di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Berhenti Kirim Wang Selepas Kerja <b>Di Sg Buloh</b> - MYNEWSHUB.MY <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2014 02:01 AM PST


26 Februari lalu, negara digemparkan dengan kejadian seorang pembantu rumah warga Indonesia mengelar mati anak majikannya berusia setahun enam bulan dan lima tahun sebelum membunuh diri dengan cara sama.

BACA: Dua Kanak-Kanak Lelaki Mati Dikelar, Pembantu Rumah Bunuh Diri

Bagaimanapun kini, ada cerita lain terbuka di sebalik kejadian tersebut apabila seseorang yang mengaku sebagai kakak pembantu rumah terlibat tampil memberitahu punca mengapa si mati yang dikenali sebagai Agnes tidak mempunyai permit sah untuk bekerja di sini.

Menurut konsulat di Kedutaan Indonesia, Dino Nurwahyudin kepada The Malay Mail, kakak pembantu rumah tersebut telah mengenalpasti mayat di Hospital Sungai Buloh kelmarin sebagai adiknya yang bernama Ernesta Uto.

Pihak polis telah mengambil sampel darah wanita berkenaan, Margareta Mau untuk mengesahkan pertalian mereka namun keputusan hanya diketahui selepas tiga minggu.

Margareta mendakwa, dia dan adiknya yang bertanggung jawab membunuh Koay Jia Hong, 5, dan Melvin Selvam Joseph, 18 bulan, memasuki negara ini secara sah pada 2008.

Ernesta dikatakan bekerja dengan dua majikan sebelum beralih kepada majikan terakhirnya di Sungai Buloh.

Menurut Margareta, Ernesta pulang ke kampung halamannya di Nusa Tenggara Timur, Lombok pada 2012 untuk menjenguk suami dan anak lelakinya di sana selama dua minggu sebelum kembali ke Malaysia dan bekerja dengan majikan baru di Sungai Buloh.

Majikan tersebut yang sepatutnya membuat permit kerja untuk Ernesta bagaimanapun didakwa gagal berbuat demikian.

Selain itu, adiknya yang sebelum ini sentiasa menghubungi keluarga dan mengirim belanja ke Indonesia juga didakwa Margareta berhenti berbuat demikian selepas bekerja di situ.

Justeru, pihak Kedutaan Indonesia menggesa Kerajaan Malaysia agar menjalankan siasatan jika hal ini ada kena mengena dengan punca kejadian pembunuhan kejam yang dilakukan Ernesta. – REM RAMZI

Sumber: MALAY MAIL ONLINE

Anda mungkin juga meminati:

'Berhenti Kirim Wang Selepas Kerja Di Sg Buloh'http://mynewshub.my/wp-content/uploads/MAJIKAN-565x3601.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/MAJIKAN-565x3601-150x150.jpgAuthor MNH JenayahTerkini,

26 Februari lalu, negara digemparkan dengan kejadian seorang pembantu rumah warga Indonesia mengelar mati anak majikannya berusia setahun enam bulan dan lima tahun sebelum membunuh diri dengan cara sama. BACA: Dua Kanak-Kanak Lelaki Mati Dikelar, Pembantu Rumah Bunuh Diri Bagaimanapun kini, ada cerita lain terbuka di sebalik kejadian tersebut apabila seseorang...

26 Februari lalu, negara digemparkan dengan kejadian seorang pembantu rumah warga Indonesia mengelar mati anak majikannya berusia setahun enam bulan dan lima tahun sebelum membunuh diri dengan cara sama. <a title="Dua Kanak-Kanak Lelaki Mati Dikelar, Pembantu Rumah Bunuh Diri" href="https://www.google.com/url?q=http://mynewshub.my/2014/02/26/dua-kanak-kanak-lelaki-mati-dikelar-pembantu-rumah-bunuh-diri/&sa=U&ei=XZUZU6rRMsnzoAT8u4H4Dw&ved=0CBEQFjAG&client=internal-uds-cse&usg=AFQjCNE0oWS44HF1fjk-DgR7CPg99Vw2tg" target="_blank">BACA: Dua Kanak-Kanak Lelaki Mati Dikelar, Pembantu Rumah Bunuh Diri</a> Bagaimanapun kini, ada cerita lain terbuka di sebalik kejadian tersebut apabila seseorang yang mengaku sebagai kakak pembantu rumah terlibat tampil memberitahu punca mengapa si mati yang dikenali sebagai Agnes tidak mempunyai permit sah untuk bekerja di sini. Menurut konsulat di Kedutaan Indonesia, Dino Nurwahyudin kepada The Malay Mail, kakak pembantu rumah tersebut telah mengenalpasti mayat di Hospital Sungai Buloh kelmarin sebagai adiknya yang bernama Ernesta Uto. Pihak polis telah mengambil sampel<a title=" 14 Bulan Minum Darah, Kencing" href="https://www.google.com/url?q=http://mynewshub.my/2014/02/04/14-bulan-minum-darah-kencing/&sa=U&ei=75YZU57lK4nmoAT9-oGYCw&ved=0CAwQFjAD&client=internal-uds-cse&usg=AFQjCNFbg8XZa_Uduzg1WhMFZWA_q4i5kg" target="_blank"> darah</a> wanita berkenaan, Margareta Mau untuk mengesahkan pertalian mereka namun keputusan hanya diketahui selepas tiga minggu. Margareta mendakwa, dia dan adiknya yang bertanggung jawab membunuh Koay Jia Hong, 5, dan Melvin Selvam Joseph, 18 bulan, memasuki negara ini secara sah pada 2008. Ernesta dikatakan bekerja dengan dua <a title=" 122 Majikan Kena Denda Gagal Carum KWSP" href="https://www.google.com/url?q=http://mynewshub.my/2014/02/10/122-majikan-kena-denda-gagal-carum-kwsp/&sa=U&ei=JpcZU5ivHIvroAScmIEY&ved=0CBEQFjAG&client=internal-uds-cse&usg=AFQjCNGfiu7MsnbiCmf82Yrta_Pgfl-8GA" target="_blank">majikan</a> sebelum beralih kepada majikan terakhirnya di Sungai Buloh. Menurut Margareta, Ernesta pulang ke kampung halamannya di Nusa Tenggara Timur, Lombok pada 2012 untuk menjenguk suami dan anak lelakinya di sana selama dua minggu sebelum kembali ke Malaysia dan bekerja dengan majikan baru di Sungai Buloh. Majikan tersebut yang sepatutnya membuat permit kerja untuk Ernesta bagaimanapun didakwa gagal berbuat demikian. Selain itu, adiknya yang sebelum ini sentiasa menghubungi keluarga dan mengirim belanja ke Indonesia juga didakwa Margareta berhenti berbuat demikian selepas bekerja di situ. Justeru, pihak Kedutaan Indonesia menggesa Kerajaan Malaysia agar menjalankan siasatan jika hal ini ada kena mengena dengan punca kejadian pembunuhan<a title="VIDEO: Pembantu Rumah Didera Kejam" href="https://www.google.com/url?q=http://mynewshub.my/2013/11/23/video-pembantu-rumah-didera-kejam/&sa=U&ei=XJcZU7j1HdG6oQSIwICoCQ&ved=0CBAQFjAG&client=internal-uds-cse&usg=AFQjCNEKATao78JzYea_tvc6URL_rT4DJw" target="_blank"> kejam</a> yang dilakukan Ernesta. - REM RAMZI <strong>Sumber: MALAY MAIL ONLINE</strong>

43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah DI Hulu Selangor Ditutup | Fuh!! Ramai tu, 43 orang kena histeria serentak. Difahamkan kejadian ini berlaku di sebuah sekolah yang terletak di Hulu Selangor. Ikuti berita penuh yang dipetik dari Sinar Harian.

43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah DI Hulu Selangor Ditutup

HULU SELANGOR – Sebuah sekolah menengah di daerah ini terpaksa ditutup serta-merta setelah seramai 43 pelajarnya diserang histeria, pagi semalam.

Menurut pengawal keselamatan yang enggan dikenali, kejadian itu berlaku ketika perhimpunan pagi sebelum sesi pembelajaran bermula.

"Disebabkan gangguan itu gagal dikawal, pihak sekolah memutuskan untuk merehatkan pelajar dan sekolah ditutup serta merta," katanya.

Katanya, hanya seorang pelajar lelaki yang terlibat dan selebihnya perempuan.

"Ini adalah kejadian terburuk yang pernah berlaku di sekolah itu dan melibatkan ramai pelajar.

"Dua bulan lalu ada berlaku histeria tetapi tidak melibatkan ramai pelajar dan sekolah tak ditutup," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azlina Mokhtar berkata, beliau turut menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Menurutnya, langkah penutupan sekolah diambil kerana bimbang kejadian sama berulang dan berlarutan.

"Difahamkan esok (hari ini) sekolah ganti tapi disebabkan insiden itu sekolah ditutup.

"Berdasarkan laporan diterima, kejadian tersebut berlaku pagi semalam dan seramai 43 pelajar terlibat," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tempoh penutupan sekolah dilakukan. – Sinar Harian

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Senarai Jadual Catuan Air SYABAS <b>di Selangor</b> 2014 - Berita Semasa

Posted: 25 Feb 2014 07:40 AM PST

catuan air

Senarai Jadual Catuan Air SYABAS di Selangor : Susulan daripada keadaan bekalan air yang terputus disebabkan penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi kerana pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat sejak 28 Januari 2014 yang lalu.

Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah meluluskan Pelan Pengagihan Air Berjadual dilaksanakan di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Pihak SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan perlaksanaan Pelan Pengagihan Air Berjadual tersebut dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd  (SYABAS).

Sehubungan itu, berikut adalah Pelan Pengagihan Air Berjadual untuk makluman semua pengguna terlibat:

Pelaksanaan notis senarai jadual catuan air di Selangor 2014 adalah sangat penting bagi memastikan pengguna melakukan persiapan lebih awal.

Pihak SYABAS menerusi kenyataan rasmi akan memulakan catuan air di Selangor yang akan dilaksanakan bermula (27 Februari 2014 sehingga 31 Mac 2014) melibatkan seluruh daerah di negeri Selangor. Antara tujuan utama catuan air ini adalah disebabkan musim kemarau dan panas yang berpanjangan sehingga menyebabkan air di empangan berkurangan.

KLIK Butang LIKE & SHARE Berita Ini


12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Avani <b>Sepang</b> Goldcoast Resort Dan Banghuris Homestay Destinasi <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2014 05:53 PM PST

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 2,876
Widget Aktif : 3,648
Banner Aktif : 5,123

Domain Dibenarkan: 8,771
Jumlah Artikel : 550,623

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Senarai Pengedar Shaklee <b>di Petaling Jaya</b>, Selangor

Posted: 24 Feb 2014 09:16 AM PST

ALAMAT : SECTION 14, PETALING JAYA, SELANGOR
NO TEL / SMS : 017 2247652
COD : SEKITAR SHAH ALAM DAN SECTION 14, PETALING JAYA

Berminat untuk sertai team kami?

Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja dan RHB Jalan Tun Razak.


ads