Rabu, 9 April 2014

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


deqnoor.com: Ayam Ghantari Kini <b>di</b> Lokas Makana <b>Puchong</b>

Posted: 29 Mar 2014 09:55 PM PDT

Hari ini DN ingin berkongsi dengan kalian tempat makan yang telah DN kunjungi bersama beberapa rakan blogger lain pada hari Selasa yang lepas. Ia dikenali sebagai Ayam Ghantari.
- Sos Ayam Ghantari dibuat sendiri oleh tuannya tanpa bantuan pakar (try & error) sehingga berjaya menghasilkan rasa yang sama dengan sos asal.
- Terdapat 2 jenis sos iaitu sos ghantari dan sos taliwang. Sos ghantari berwarna hitam dan rasanya pedas-pedas manis manakala sos taliwang berwarna oren kemerahan dan rasanya pedas.
- Ayam yang digunakan adalah ayam kampung organik dan daging tulang rusuk juga sangat lembut.
- ayam dan daging diperap dengan sos ghantari sebelum dibakar. Adunan yang sudah meresap dan sebati di dalam daging ayam tersebut membuatkan rasanya sangat sedap.
 Ayam Ghantari bersama Nasi Kukus - RM7
Ayam kampung organik dibakar dengan bumbu istimewa dan dihidangkan dengan sos pedas manis bersama nasi kukus. Ia dilengkapkan dengan lalapan, kerepek tempe dan kerepek paru.
  Puyuh Ghantari bersama Nasi Kukus - RM7
Puyuh dibakar dengan bumbu istimewa dan dihidangkan dengan sos pedas manis bersama nasi kukus. Ia dilengkapkan dengan lalapan, kerepek tempe dan kerepek paru.
  Iga Ghantari bersama Nasi Kukus - RM12.90
Iga (tulang rusuk) dan ayam kampung organik dibakar dengan bumbu istimewa dan dihidangkan dengan sos pedas manis. Ia dilengkapkan dengan kentang goreng.
  Ayam Ghantari bersama Kentang Goreng - RM7
 Ayam kampung organik dibakar dengan bumbu istimewa dan dihidangkan dengan sos pedas manis. Ia dilengkapkan dengan kentang goreng.
Lihat sahaja makanan yang ditawarkan di atas, pasti membuka selera sesiapa yang meliihatnya. Harga juga sangat berpatutan dan berbaloi dengan rasanya yang sangat sedap. Melihatkan sambutan yang memberangsangkan di Lokas Makana Puchong ini, perniagaan Ayam Ghantari telah diluaskan ke Taiping, Kuala Terengganu dan Keramat. Mereka dalam usaha untuk membuka 2 lagi tapak di Putrajaya dan Damansara. Semoga usaha mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan Ayam Ghantari secara franchais akan berjaya.
 Kami juga turut dapat merasai menu terbaru mereka yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Jagung Ghantari ini dibakar dengan sos istimewa ghantari. Rasanya tetap pedas-pedas manis dan apabila dicampur dengan manis jagung, memang terbaik! Harga masih belum diketahui.
No 15A, Jln PU13/2, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
Locations Google Maps : 2.983927,101.609201.
Landmark : Carrefour Puchong Utama
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2014 07:22 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2014 07:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jan 2014 07:35 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jan 2014 07:45 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Dec 2013 07:32 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Umno-BN Monopoli Penggunaan Balairaya <b>Di Sungai Burong</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jun 2012 05:00 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]TANJONG KARANG, 10 JUN : Tujuan utama pembinaannya adalah untuk kegunaan semua pihak tetapi lain pula ceritanya di DUN Sungai Burong di sini apabila balairaya yang dibina dimonopoli pembangkang Umno-BN ...

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2014 07:46 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Dec 2013 07:32 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Dec 2013 07:23 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2013 07:40 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Nov 2013 07:13 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2013 07:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

ADUN <b>Sungai Burong</b> dilantik Ketua Pembangkang <b>di</b> Selangor <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2013 04:53 AM PDT

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dari Barisan Nasional (BN) diumum sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu, menggantikan Datuk Mohd Satim Diman.

Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pemilihan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, yang juga merupakan Pengerusi BN negeri ini.

Beliau berkata, Timbalan Ketua Pembangkang pula disandang ADUN Jeram, Datuk Amiruddin Setro.

"Pemilihan itu adalah berdasarkan persetujuan dan muafakat kesemua 12 ADUN BN," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Bernama

Kenali Calon PAS N08 <b>Sungai Burong</b> | PAS Tanjong Karang

Posted: 20 Apr 2013 11:06 AM PDT

580324_370349223041431_832248426_nLatar Belakang

Ustaz Mohamad Judi Sarjo, 57, dilahirkan pada 2 Julai 1955 di Kampung Batu 11 Tanjong Karang. Beliau merupakan anak ke-2 daripada dua orang adik-beradik seibu dan sebapa. Manakala adik beradik yang lain pula ialah, adik beradik seibu dan berlainan bapa seorang, manakala adik beradik sebapa berlainan ibu pula ialah  6 orang. Bapanya Sarjo Bin Ronoderio dan bekerja sendiri sebagai petani manakala ibunya, Siti Aminah Binti Paimin,  adalah merupakan seorang suri rumahtangga.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Burong pada tahun 1962 sehingga 1967. Manakala pada tahun 1968 sehingga tahun 1972 beliau telah belajar di Sekolah Arab  Sungai Burong sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Kelang (KIK) pada tahun 1973 sehingga 1974 dan telah mendapat Rabi' Thanawi di kolej tersebut.

Selepas itu beliau telah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) secara 20130312_113428persendirian sewaktu masih bekerja sebagai anggota polis pada tahun 1980., sebelum  menyambung pelajar di Maktab Perguruan Islam (MPI) Bangi, Selangor pada tahun 1987 dan berjaya memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1990.

Rumahtangga

Telah mendirikan rumahtangga dengan seorang pendidik Hamidah binti Idris pada tahun 1988 hasil perkongsian hidup selama 24 tahun, beliau telah dikurniakan  seramai 6 orang cahaya mata, iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan.

Kerjaya

Memulakan kerjaya sebagai konstabal polis sebaik sahaja menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Gerney, Kuala Lumpur pada tahun 1975 dan mula berkhidmat sebagai anggota keselamatan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut selama dua tahun sebelum ditukar ke Balai Polis Ulu Tembeling, Kuala Tembeling, Batu Balai dan Bandar Jengka sebelum meletakkan jawatan pada tahun 1982.

285264_428837020525984_1600178850_nManakala pada tahun 1983 beliau telah berkhidmat sebagai pendidik dan mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Batu 12 Sungai Burong sehingga tahun 1984. Selepas itu beliau telah berkhidmat sebagai guru di SRA Sungai Terap sehingga tahun 1997.

Beliau kemudiannya, telah dilantik sebagai Guru Besar di SRA Kampung Parit Serong mulai tahun 1997 sehingga tahun 2001, sebelum di pindahkan ke SRA Kampung Medan, Petaling Jaya, atas arahan politik sehingga tahun 2003.

Selepas itu, beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Guru Besar di SRA Batu Arang, Gombak pada tahun 2003 sehingga tahun 2004. Manakala pada tahun 2004 sehingga tahun 2007 beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan (GPK) 1 SRA Block S Sungai Burong. Dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Guru Besar di SRA Bukit Belimbing sebelum bersara pada tahun tahun 2007 selepas 28 tahun berkhidmat sebagai guru.

Mula Bergiat Aktif Dalam Politik

Mula bergiat aktif dengan PAS mulai tahun 1983 sebagai Setiausaha PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri sehingga tahun 1986. Selepas itu beliau telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2007 beliau telah diamanahkan sebagai Naib Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri524582_413364705406549_372661197_n dan pada tahun 2009 beliau diamanahkan pula sebagai Ketua PAS Cawangan sehingga tahun 2011.

Pernah telibat secara aktif dengan Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang dan telah diamanahkan sebagai AJK DPP Kawasan pada tahun 1984 sehingga tahun 1986. Kemudian beliau telah diamanahkan sebagai Naib Ketua DPP Kawasan pada tahun 1986 sehingga tahun 1989 sebelum dipilih sebagai Ketua DPP Kawasan pada tahun 1989 sehingga tahun 1991.

Manakala di peringkat kawasan pula beliau telah diamanahkan beberapa jawatan penting seperti Timbalan Pengerusi Tetap PAS Kawasan dan AJK PAS Kawasan, sebelum diamanahkan sebagai Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan pada tahun 2009 dan dilantik sebagai Pemangku YDP PAS Kawasan pada tahun 2010. Manakala pada tahun 2011 beliau telah diamanahkan sebagai YDP PAS Kawasan Tanjong Karang.

Sebaik sahaja PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah untuk menerajui Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008, beliau telah diamanahkan sebagai Bendahari Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong pada tahun 2008 dan Timbalan Pengarah JPD tahun 2009 sebelum dilantik sebagai sebagai Pegawai Penyelaras PKM DUN Sungai Burong pada tahun 2011 sehingga sekarang

Selain itu, beliau pernah diamanahkan oleh parti sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi sesi 2009 / 2010 P1020430selama sepenggal.

Aktiviti Masyarakat

Selain terlibat dengan parti, Ustaz Judi, juga terlibat secara aktif dengan masyarakat dan pernah dilantik sebagai Nazir Masjid pada tahun 2008 sehingga tahun 2011. Beliau juga telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka mulai tahun 2008.

Ustaz Judi juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama (SRA) Batu 11 pada tahun 2010 -2011 dan AJK PIBG Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (SATK) mulai tahun 2011 sehingga sekarang.

Penghargaan

Bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah banyak dicurahkan kepada parti dan kerajaan beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) sempena dengan hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada tahun ini

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jan 2014 07:55 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Dec 2013 07:16 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pakatan Tembus Kubu BN Tanjong Karang, Permatang, <b>Sungai</b> <b>...</b>

Posted: 01 May 2013 03:44 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]TANJONG KARANG 30 APRIL : Calon DUN Permatang Yahya Sahri yakin Pakatan Rakyat ada peluang cerah menawan Parlimen Tanjong Karang serta DUN Permatang dan DUN Sungai Burong. Katanya, keyakinan itu disandarkan ... "Saya minta satu undi daripada tuan dan puan di sini untuk memberikan sokongan kepada saya," kata Yahya semasa Program Minum Petang yang diadakan di Restoren Nasi Ambeng di sini. Katanya, berdasarkan laporan yang ...

hijau sawah: Serangan hawar daun bakteria <b>di Sungai Burong</b>

Posted: 20 Oct 2013 04:51 AM PDT

Hawar daun bakteria (BLB) adalah penyakit bawaan bakteria yang menjadi masalah yang boleh menyebabkan kerugian ekonomi kepada pesawah. Lebih awal serangan berlaku, lebih teruk kesan kerosakan dan kerugian yang akan dihadapi. BLB boleh mengakibatkan kerugian hasil sehingga 60 peratus. Serangan di peringkat pengisian padi akan menjejaskan kualiti padi kerana kecacatan pembentukan biji padi, mengurangkan berat biji dan menyebabkan banyak beras patah apabila dikilangkan. Jika serangan berlaku pada peringkat hampir masak, kehilangan hasil tidak begitu ketara. Kawalan yang disyorkan ialah menggunakan varieti padi yang resistan. Kawalan secara kimia menggunakan sebatian kuprum (tembaga) dan antibiotik tidak lagi berkesan. Bagi mengawal penyakit ini, kebersihan ladang amat penting. Rumpai, padi batat, tunggul padi dan benih padi yang berpenyakit perlu dihapuskan sebaik sahaja selesai menuai.

Gambar serangan BLB di Taliair 3 Sungai Burong (klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2014 03:36 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jan 2014 03:46 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jan 2014 03:42 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Dec 2013 03:36 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Dec 2013 03:25 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kaji semula penutupan JPN, imigresen <b>Sg Pelek</b> — KL-TODAY.COM

Posted: 05 Aug 2013 08:31 AM PDT

SEPANG: Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menuntut kerajaan mengkaji semula penutupan Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Sungai Pelek, di sini sejak 1 Ogos lalu. Menurutnya, tindakan penutupan itu telah menimbulkan kesusahan kepada penduduk untuk berurusan dalam perkara-perkara berkaitan seperti pembuatan atau pembaharuan passport, pendaftaran sijil kelahiran, sijil kematian, pendaftaran kad pengenalan dan sebagainya.

"Saya difahamkan penutupan kedua-dua pejabat Kerajaan itu dilakukan kerana isu penamatan sewaan. Saya difahamkan kedua-dua jabatan tersebut tidak dapat menyambung perjanjian pelanjutan penyewaan ruang pejabat kedua-dua jabatan berkenaan kerana tiada penyelesaian dapat dicapai berhubung perjanjian baru yang disediakan oleh jabatan-jabatan tersebut dan pihak Tuan Tanah.

"Saya berpendapat adalah tidak munasabah kedua-dua jabatan tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah teknikal dan remeh tersebut hingga mengakibatkan penutupan kedua-dua pejabat berkenaan yang sekaligus mendatangkan kesusahan yang amat besar kepada para penduduk. Penutupan ini adalah bertentangan dengan janji Barisan Nasional kononnya rakyat didahulukan.," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, beliau memohon pihak kerajaan mengkaji semula keputusan penutupan kedua-dua jabatan tersebut dan seterusnya membuka semula kedua-dua jabatan tersebut di lokasi yang sama bagi memudahkan para penduduk menjalankan urusan dengan kedua-dua jabatan sepertimana sebelumnya

"Sekiranya permintaan aduan penduduk tidak didengar pihak saya akan membawa perkara ini ke Parlimen dalam sidang Parimen pada bulan September ini", katanya.

Terlaris & Terhebat !!! Wangian Pheromones Berkuasa Untuk Memikat Wanita… KLIK SINI
Stor Rumahtangga Terhebat & Terbaik Untuk Suami Dan Isteri… KLIK SINI
Vimax Original MyIdaman Malaysia & Pillsexpert Canada. Gunakan Dengan Yakin… KLIK SINI

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Projek Iqra&#39; | Video Kelas Rakyat <b>di</b> Baitul Ehsan <b>Batu Caves</b> <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2014 03:45 AM PST

TERIMA KASIH SUKARELAWAN MINGGU INI:

  • Farah Hafizah Basri
  • Siti Amera Aminuddin
  • Maliq Fariz Mutalib
  • Abdul Wahab Anwar Tajuddin
  • Siti Sarah Md Zahari
  • Mohd Khairol Ghani
  • Wan Akmal Othman
  • Mursyidah Ab Ghani
  • Dalila Amir
  • Mohd Fikri Razali
  • Nuruhu-Ril Yusof
  • Nur Sabrina Nayan
  • Siti Aliah Kamaruddin
  • Muhammad Izzul Naim
  • Nur 'Atikah Md Radzi
  • M. Ekram Hussin
  • Fatimah Munirah Md Zaliki
  • Sharifah Najihah Syed Hamid
  • Nur Ayshah
  • Siti Nurdiyana Abd Wahab
  • Norliyana Kamarudin
  • Iswani Ismail
  • Nur Farah Aqilah Yusman
  • Nurfarahin Ridzuan Lee
  • Aniqah Zulfa Jamsari
  • Nurul Nadia
  • Nur Najihah
  • Nadirah Farhana Mohamed

KOORDINATOR:

  • Amir Haziq
  • Nur Syifa Mohd Hamzah
  • Mohammad Fahmi Ahmad Kashfi
Sukarelawan Kelas Rakyat

Sukarelawan Kelas Rakyat

Untuk menyertai sebagai sukarelawan Kelas Rakyat di asrama lelaki Baitul Ehsan di Batu Caves ini, sila email ke info@projekiqra.com

KELAS RAKYAT ini adalah program kerjasama Projek Iqra' dan Teach For The Needs dibiayai sepenuhnya oleh orang ramai.

Untuk menaja pelajar Kelas Rakyat, anda boleh menaja secara online di http://www.projekiqra.com/cs_cause/kelas-rakyat/

Sila hantarkan email ke info@projekiqra.com atau hubungi 019-2175597 (Suhaimi – Bendahari Projek Iqra')

Jom LIKE
www.facebook.com/projekiqra
www.facebook.com/teachfortheneeds

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Formula 1 <b>Sepang</b> sentiasa panas - Denaihati

Posted: 28 Mar 2014 05:32 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap tahun akhir bulan Mac pasti Sepang akan riuh dengan deruman kereta lumba Formula 1 sejak 1999. Litar lumba Sepang yang telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir meninggalkan banyak kenangan pahit manis dalam hidup aku. Aku pernah memandu kereta Proton Wira mengelilingi Sepang International Circuit (SIC) tapi bukan untuk berlumba saja test power. Bukan mudah memandu di litar walaupun nampak besar.

formula 1 petronas malaysia grand prix 2014

Di awal perlumbaan formula one banyak cemuhan yang diterima terutama daripada pihak pembangkang sehingga tidak banyak syarikat yang nak berkerjasama. Sekarang Formula One Sepang sudah menjadi satu nadi pembangunan industri motor di Malaysia. Alhamdulillah syarikat tempat aku berkerja telah mengambil kesempatan di permulaan formula one dengan mengambil kontrak menyediakan makanan untuk VIP, Media dan Marshal perlumbaan.

KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Practice 1 28/3/2014
  1. Lewis Hamilton Mercedes 1:40.691 19
  2. Kimi Räikkönen Ferrari 1:40.843 0.152 20
  3. Nico Rosberg Mercedes 1:41.028 0.337 19
  4. Jenson Button McLaren-Mercedes 1:41.111 0.420 20
  5. Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 1:41.274 0.583 18
  6. Jean-Eric Vergne STR-Renault 1:41.402 0.711 15
  7. Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:41.523 0.832 9
  8. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:41.642 0.951 19
  9. Felipe Massa Williams-Mercedes 1:41.686 0.995 23
  10. Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:41.830 1.139 2

KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Practice 2 28/3/2014

  1. Nico Rosberg Mercedes 1:39.909 30
  2. Kimi Räikkönen Ferrari 1:39.944 0.035 30
  3. Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:39.970 0.061 30
  4. Lewis Hamilton Mercedes 1:40.051 0.142 32
  5. Fernando Alonso Ferrari 1:40.103 0.194 29
  6. Felipe Massa Williams-Mercedes 1:40.112 0.203 34
  7. Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:40.276 0.367 29
  8. Jenson Button McLaren-Mercedes 1:40.628 0.719 28
  9. Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:40.638 0.729 35
  10. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:40.691 0.782 34

gambar formula 1 sepang 2014

Bukan mudah nak menyediakan makanan untuk perlumbaan bertaraf dunia dengan spesifikasi yang sangat tinggi. Selain daripada kualiti makanan yang paling penting adalah ketepatan jadual hidangan makanan yang tidak boleh lewat kerana akan menganggu jadual perlumbaan. Cabaran yang paling getir adalah kesesakan lalul lintas apabila litar lumba sepang dibanjiri kenderaan bukan sahaja peminat F1 dari Malaysia malah dari Singapore dan Thailand. Selain daripada itu pemeriksaan untuk masuk ke kawasan perlumbaan pun sangat ketat bukan boleh masuk sebarangan sahaja untuk mengelak perkara buruk berlaku kepada perlumba dan jentera formula one yang sangat mahal.

gambar pelanggaran formula 1 sepang

Menguruskan makanan dan logistik selama empat hari nampak mudah tetapi sangat mencabar. Semua pengurus, tukang masak, pembantu tukang masak, pekerja am dan pemandu bersengkang mata selagi perlumbaan belum tamat. Pernah berlaku bekalan makanan sampai lambat apalagi kami disergah oleh penganjur dan bayaran ditolak mengikut peratusan tertentu. Makan untuk perlumba dan pegawai pasukan disediakan oleh syarikat katering antarabangsa yang mendapat kontrak khas dan akan pergi kesemua litar lumba formula one sepanjang musim. Khabarnya mereka menyewa satu pesawat jumbo untuk membawa peralatan dan bahan masakan untuk perlumba dan pegawai pasukan.

KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Practice 3 29/3/2014
  1. Nico Rosberg Mercedes 1:39.008 13
  2. Lewis Hamilton Mercedes 1:39.240 0.232 13
  3. Kimi Räikkönen Ferrari 1:40.156 1.148 13
  4. Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:40.387 1.379 14
  5. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:40.523 1.515 15
  6. Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:40.686 1.678 14
  7. Fernando Alonso Ferrari 1:40.736 1.728 14
  8. Felipe Massa Williams-Mercedes 1:40.781 1.773 20
  9. Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:40.891 1.883 20
  10. Sergio Perez Force India-Mercedes 1:41.029 2.021 15

KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Kelayakan 29/3/2014

  1. Lewis Hamilton Mercedes 1:57.202 1:59.041 1:59.431 22
  2. Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:57.654 1:59.399 1:59.486 20
  3. Nico Rosberg Mercedes 1:57.183 1:59.445 2:00.050 23
  4. Fernando Alonso Ferrari 1:58.889 2:01.356 2:00.175 22
  5. Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:58.913 2:00.147 2:00.541 20
  6. Kimi Räikkönen Ferrari 1:59.257 2:01.532 2:01.218 21
  7. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:58.883 2:00.839 2:01.712 23
  8. Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 2:00.358 2:02.094 2:02.213 20
  9. Jean-Eric Vergne STR-Renault 2:01.689 2:02.096 2:03.078 23
  10. Jenson Button McLaren-Mercedes 2:00.889 2:01.810 2:04.053 22

gambar kereta formula one pasukan petronas

Ketika perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix sedang berlansung kami hanya mendengar deruman engine yang kuat tetapi tidak berkesempatan untuk menonton kerana sibuk menguruskan makanan. Sesekali sempat juga menjengok ke litar lumba untuk melihat perlumba mana yang bersaing panas dalam cuaca yang sangat panas tetapi yang nampak hanya kelibat kereta lumba yang dipandu sangat laju. Memang agak mustahil nak mengetahui perlumba mana yang mendahulu perlumba yang lain. Sesekali dapat juga melihat pelanggaran antara perlumba di skrin besar yang di pasang di beberapa lokasi di dalam litar.

KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014
  1. Lewis Hamilton Mercedes 56 1:40:25.974 1 25
  2. Nico Rosberg Mercedes 56 +17.3 secs 3 18
  3. Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 56 +24.5 secs 2 15
  4. Fernando Alonso Ferrari 56 +35.9 secs 4 12
  5. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 56 +47.1 secs 7 10
  6. Jenson Button McLaren-Mercedes 56 +83.6 secs 10 8
  7. Felipe Massa Williams-Mercedes 56 +85.0 secs 13 6
  8. Valtteri Bottas Williams-Mercedes 56 +85.5 secs 18 4
  9. Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 55 +1 Lap 8 2
  10. Daniil Kvyat STR-Renault 55 +1 Lap 11 1
  11. Romain Grosjean Lotus-Renault 55 +1 Lap 15
  12. Kimi Räikkönen Ferrari 55 +1 Lap 6
  13. Kamui Kobayashi Caterham-Renault 55 +1 Lap 20
  14. Marcus Ericsson Caterham-Renault 54 +2 Laps 22
  15. Max Chilton Marussia-Ferrari 54 +2 Laps 21
  16. Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 49 Retired 5
  17. Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari 35 Gearbox 12
  18. Adrian Sutil Sauber-Ferrari 32 Power unit 17
  19. Jean-Eric Vergne STR-Renault 18 Turbo 9
  20. Jules Bianchi Marussia-Ferrari 8 Accident damage 19
  21. Pastor Maldonado Lotus-Renault 7 Power unit 16
  22. Sergio Perez Force India-Mercedes 0 Gearbox 14

Gambar juara formula 1 sepang 2014

 

Tiga tahun kami menabur keringat di Litar Lumba Sepang membantu menjayakan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix ketika syarikat lain tidak berani membantu. Teringat kali terakhir aku menjejakkan kaki di Litar Lumba Sepang ketika itu pihak pengurusan sudah bersetuju mengambil syarikat kami untuk satu majlis. Ketika menghidangkan makanan untuk cuba rasa salah seorang pengurus SIC telah memaklumkan kepada aku big bos dia telah mengambil syarikat lain walaupun persetujuan telah diberi. Syarikat-syarikat lain yang dahulunya takut kini berlumba-lumba untuk masuk ke Litar Lumba Sepang dengan berbagai strategi walaupun dengan cara yang salah.

Itulah kali terakhir aku menjejaki kaki di Litar Lumba Sepang. Tahun lepas sempat aku menyaksikan perlumbaan Formula 1 di Singapore. Agaknya apa KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 yang berlansung pada 28 – 30/3/2014. Mungkinkah dua pasukan Malaysia Petronas-Mercedes dan Caterham-Renault mampu bersaing untuk menaiki podium SIC. Pernahkan rakan blogger menonton Formula 1 secara live di litar?

Gambar Petronas Formula 1 Malaysia Grand Prix

gambar litar lumba sepang

gambar perlumba team petronas-mercedes

TERKINI FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 @ Twitter


12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sabak bernam</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2014 01:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rakan Basikal Di Facebook Akhirnya Bertemu <b>Di Sabak Bernam</b>!

Posted: 20 Feb 2014 05:30 PM PST

Saya mengenali seorang teman di FB yang bernama Miskam Marimun sejak bulan Jun 2012 kerana minat yang sama dalam aktiviti basikal. Perkenalan terhad di alam maya sahaja kerana beliau tinggal di Sabak Bernam sementara saya tinggal di Setiawangsa. Walaupun berada di dalam negeri yang sama iaitu Selangor (saya di sempadan Selangor - KL), jarak antara kami adalah 116 kilometer! Beberapa kali beliau mengajak saya mengayuh di Sabak Bernam, namun saya juga telah beberapa kali 'gagal' untuk memenuhi pelawaan tersebut kerana faktor jarak.
 Saya dan Bang Miskam Marimun di sebuah kedai basikal Jepun di Sabak Bernam
Pembukaan sebuah kedai basikal Jepun di Sabak Bernam telah menemukan saya dan Miskam Marimun. Pagi tadi, selepas menghantar isteri saya ke tempat kerjanya, dengan tidak semena-mena hati saya meronta hendak ke Sabak Bernam untuk melihat kedai basikal yang dipromosikan dengan giat oleh Miskam. Sehingga saya 'terbawa balik' sebuah basikal yang tidak saya ketahui jenamanya melainkan tertulis di frem tersebut jenama DAMSON.
Terima kasih Bang Miskam kerana 'menyebabkan' saya datang ke Bandar Sabak Bernam untuk pertama kali dalam hidup saya. Sepanjang perjalanan melalui Kuala Selangor, Sekinchan dan akhirnya Sabak Bernam, terlalu banyak tempat yang indah saya lalui. Tidak tersangka negeri Selangor yang amat maju ini, masih ada kawasan yang indah seperti di Sekinchan dan Sabak Bernam. Kawasan sawah padi yang biasanya dikaitkan dengan negeri jelapang padi iaitu Kedah, juga terdapat di kawasan Selangor.
In sha Allah, pada satu hari nanti saya akan ke Sabak Bernam lagi.. :)

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sabak bernam</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2014 01:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Program Koyoworld <b>Di</b> Sungai Besar, <b>Sabak Bernam</b>, Selangor

Posted: 07 Mar 2014 08:07 AM PST

Sungai Besar, 07 Mac 2014: Satu program promosi dan penerangan Koyoworld Malaysia telah diadakan di Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor yang dikendalikan oleh En. Rizal, Pegawai Pemasaran Koyoworld Malaysia. Program tersebut berjaya menarik minat dan perhatian penduduk di sekitar kawasan tersebut. Semenjak wujudnya beberapa testimoni hebat Koyo Chitosan yang terhasil di Sabak Bernam membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa itu Koyoworld? dan apa itu Koyo Chitosan?. Sebagai menghargai penduduk sekitar Sabak Bernam khususnya di Sungai Besar, pasukan Koyoworld yang diketuai oleh En. Rizal disokong oleh beberapa 'leader' membolehkan program tersebut berjaya dilaksanakan dengan maklum balas yang amat positif.

Koyo Chitosan, Koyoworld bukan sekadar makanan tambahan biasa yang banyak terdapat di pasaran. Koyo Chitosan yang dihasilkan daripada kaki ketam merah lautan Jepun dari kedalaman 1000 meter adalah merupakan makanan tambahan yang hebat, berkualiti serta mempunyai kesan yang mujarab untuk kesihatan tubuh badan.

Sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada anda telah membolehkan Koyoworld masih gagah mengharungi persaingan yang semakin sengit. Koyoworld sentiasa berusaha memberikan anda sesuatu yang terbaik dan memastikan kualiti adalah di tahap tertinggi. Sokongan hebat anda itu telah berjaya menghasilkan testimoni yang hebat bukan hanya setakat 1 atau 2 jenis masalah kesihatan yang berjaya dibantu, malah pelbagai.


Program sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan menyasarkan seluruh masyarakat Malaysia akan tahu dan kenal Koyoworld malaysia serta Koyo Chitosan merupakan makanan kesihatan terbaik dan bermutu tinggi yang sesuai untuk semua peringkat umur, matlamat Koyoworld adalah mudah "Kesihatan Anda Adalah Keutamaan"


Koyoworld malaysia mengalu-alukan anda semua untuk merebut peluang perniagaan yang tersedia dengan menjadi 'ahli Koyoworld'. Mungkin anda berminat samada untuk mengetahui lebih lanjut atau ingin menyertai kami di Koyoworld, sila hadir dan luangkan masa berharga anda ke program-program kami yang telah dirancang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat, produk kesihatan yang ditawarkan serta pelan pemasaran terhebat kami. Maklumat program akan dimaklumkan dalam portal ini. Kami ingin berkongsi kegembiraan bersama anda, bertindaklah sekarang.
Pesanan Khidmat Masyarakat Daripada Koyoworld Malaysia.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


<b>Petaling Jaya</b> Tangga Ke-5 Bandar Paling Selfie <b>Di</b> Dunia | Blog Buruk

Posted: 05 Apr 2014 11:11 AM PDT

Petaling Jaya menjadi bandar teratas dari Malaysia dengan kedudukan ke-5 dalam senarai "The Selfiest Cities in the World" yang dikeluarkan oleh sebuah laman web. Di kedudukan pertama bukanlah dimiliki bandar dari benua Amerika ataupun Eropah tetapi milik kepada bandar Makati dan Pasig, Filipina, manakala Georgetown berada di kedudukan ke-10.

10 bandar paling selfie di dunia berdasarkan senarai yang dikeluarkan ini:

1. Makati & Pasig, Filipina (258 selfie-takers per 100,000 people)

2. Manhattan, New York, Amerika Syarikat (202 selfie-takers per 100,000 people)

3. Miami, Florida, Amerika Syarikat (155 selfie-takers per 100,000 people)

4. Anaheim & Santa Ana, California, Amerika Syarikat (147 selfie-takers per 100,000 people)


6. Tel Aviv, Israel (139 selfie-takers per 100,000 people)

7. Manchester, England (114 selfie-takers per 100,000 people)

8. Milan, Itali (108 selfie-takers per 100,000 people)

9. Cebu, Filipina (99 selfie-takers per 100,000 people)


TIME (time.com), laman web yang mengeluarkan senarai bandar-bandar paling selfie di dunia ini menggunakan beberapa kaedah tertentu dalam menentukan kedudukan setiap bandar dari seluruh dunia. Keputusan yang dibuat mereka berdasarkan kepada gambar-gambar Instagram yang bertanda "selfie" (#selfie) dan disertakan koordinat geografi gambar tersebut diambil. Beberapa bandar lain dari Malaysia turut tersenarai dalam senarai tersebut. Rujuk keratan-keratan gambar di di bawah.

Pihak TIME telah memuat turun gambar-gambar dari Instagram API sebanyak 2 kali iaitu pada 28.01.2014 - 02.02.2014 dan 03.03.2013 - 07.03.2014. Selama tempoh yang dinyatakan, 402,197 gambar bertanda "selfie" yang mempunyai koordinat geografi. Jumlah itu hanya pecahan kecil daripada keseluruhan selfie dalam tempoh tersebut memandangkan kebanyakan gambar tidak disertakan dengan maklumat lokasi.

Dalam pada itu, bukan semua gambar yang ditandakan "selfie" adalah selfie. Untuk mengetahui lebih lanjut kaedah yang digunakan, sila ke TIME. Malaysia Boleh!

ads