Khamis, 2 Februari 2012

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


Agro Chips~Jamirah Food Industries <b>di Sungai Pelek</b>~Seronoknya <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2011 06:26 AM PDT

Seronoknya hari ni bila big bos ajak kite dan sorang lagi officemate,Mira pergi memborong kerepek.Mula2 nak pergi ke Banting tapi Mira kata baik pergi kat area kampung dia di Kg Bukit Bangkong,Sg Pelek,Sepang.Memang terkenal tempat tu.Maka gembiralah hati mak dara dan anak dara ikut bos nak shopping ^_*
Taraaaa......Inilah tempat yang kami tuju.Ini kali pertama kite dan bos ke sini,kecuali officemate;Mira sebab di sinilah kampung dia.Memang tiap kali ada kenduri kahwin,hari raya dan segala keraian,kilang kerepek ni menjadi tumpuan.

Aduhai molek2 je kerepek disusun...masa ni mata kitorang dah bersinar-sinar =.=
 Pekerja yang sibuk melayan pelanggan di dalam bilik khas untuk 'packaging'
Timbunan kerepek2 yang baru ditimbang.Di kawasan belakang inilah tempat pekerja menggoreng segala kerepek
Pelanggan kat sini bukan setakat beli untuk sendiri makan,tapi ada juga beli awal2 untuk keluarga di kampung,juga ada yang borong untuk dijual di luar.


 Sokong produk tempatan yehhhhh!
 Masa kitorang sampai tadi tak ramai.tup..tup toleh eh 'eh bila masa lak ramai ni?
 Agrochips mendapat liputan media massa
Antara kerepek yang ada di sini;

Kerepek Tempe ada Original dan Pedas..pergh dahlah nipis2 mesti rangup dan meletop!
 Ops ada jual air botol ala2 air gas gitu


 Hah nilah kerepek tempe pedas....memang sedap!

 Hahahaha memang yummy yummy.Benda wajib ada dalam balang kuih raya


 Hah Doodle Batang Buruk???
Tak dapat nak snap elok2 sebab whiteboard ni nun di atas,jenuh kite yang comel kecik ni nak snap huhu

 Ni pelanggan lain punya
Ni pun orang lain punya...


Hehehehe sampai 2 troli youuuuuuuu.Yelah satu untuk HQ kat Salak Tinggi,satu lagi untuk 'operation' di Subang Airport.

 Jenuh gak tunggu turn kat counter
Itulah bos kite yang pakai shirt Pagoda.Memang suka pakai Pagoda dengan vest 'Camel'.Kalau ada meeting kat Engineering MAS,barulah bos pakai smart.Huish bos kite tu nampak je simple tapi tuan tanah kedaung,owner tanah yang tak terkira banyak nun di Perak.Yang tudung pink tulah Mira,comel dan ramai peminat.Ada blog tapi tak reti nak type entri apa hehehehe.
Balik ke office,kite dengan Mira sibuk membahagikan kerepek2 dan best juga timbang2 ni.Bos siap beli timbang hijau lagi tau!
 Arghhh banyaknya kerepekyang tunggu giliran untuk di 'pack'
 Cukup suka sesi memasukkan kerepek dalam mulut.Opssss dalam plastik
 Taraaaa....erm jual kat bazar belakang office kitorang pun,sempoi ni
 Akhirnya berjaya juga!Ada 4 jenis kerepek dalam satu plastik.Dan paling best bos bagi free!
Hah cuba besarkan biji mata korang.MAK DARA?Gelaran kite kat office hehehehe...

Apalagi bagi korang yang nak beli secara borong atau nak kongsi duit beli kerepek dengan family/adik-beradik/jiran bolehlah ke;

Lot 815,Jalan Mempelam,Kg Bukit Bangkong,
43950 Sg Pelek,Sepang,Selangor
Korang sampai je di pekan Sg Pelek,cari signboard arah ke Homestay Banghuris.Memang dah dekat dah dengan Agrochips.Boleh juga  tanya penduduk kat situ,nanti diorang boleh tunjukkan jalan.Krup krap sedang kunyah kerepek ^-*
Full content generated by Get Full RSS.

Going Places : Restoran Bagan Lalang Seaview, Bagan Lalang <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 02:51 AM PST

 
Pada cuti CNY yang lepas, kami telahpun bersantai2 di Bagan Lalang.... Apa yang bestnyer Bagan Lalang ni?....huhuhu.....kalau sebut Bagan Lalang mestilah terbayang nak makan ikan bakar, makan seafood.....

Bagan Lalang ni adalah tempat perkhelahan yang sesuai untuk keluarga. Pantai Bagan Lalang ni sentiasa penuh dengan pengunjung....sambil2 mandi manda di pantai...bolehlah menjamu selera...
Pantai Bagan Lalang ni berhampiran dengan Sungai Pelek yang terletak di daerah Sepang iaitu kira2 60km daripada KL. Apa yang menarik di Bagan Lalang ini ialah di mana terletaknya Sepang Gold Coast yang merupakan projek penginapan mewah yang dibina di atas permukaan air pertama di Asia.

Okay....Bagan Lalang juga terkenal dengan seafood restaurant.....memang banyak sangat..pilih jer salah satu nak makan kat mana...tapi kalau time public holiday...korang dinasihatkan book dulu....kalau tidak jadilah macam kami yang datang konon2 walk in jer.......rupa2nya time public holiday memang ramai giler orang yang datang....akhirnya, selepas penat mencari, dapat jugak tempat duduk kat Restoran Bagan Lalang Seaview.

Kat sini, korang boleh pilih sendiri ikan segar, udang, sotong, lala, pepahat, kerang dan lain-lain. Nak masak apa terpulang..ikut selera masing2.....ramai punyer pasal, 2 jam baru dapat makan...huhuhu.....

Sebenarnya ada banyak lagi makanan yg kami makan tapi tak sempat nak amik gambar sebab dah lapar sangat kan..lagipun lauk yg  di order sampai asing2...so bedal dululah mana yang sampai dulu....huhuhuhu...anyway...memang sedap2... terutamanya pepahat masam manis...fuuhh......mmg sedap sgt2....rasa nak datang lagi jer.....

Sila copy artikel ini, untuk mendapat backlink ke blog ini


Full content generated by Get Full RSS.

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Kimmie: Jusco <b>di Rawang</b>

Posted: 27 Jan 2012 11:39 PM PST

Batu vs Kayu: Kepala babi ditemui di masjid <b>di Rawang</b>

Posted: 30 Jan 2012 10:16 PM PST

Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.
NONE
Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.
Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.
Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.
Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.
NONE
"Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah," katanya.
Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.
Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan.
Liu juga mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai provokatif tetapi bersyukur kerana semua pihak, khususnya jawatankuasa masjid berkenaan tidak bertindak sebarangan tetapi kekal tenang.
Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka.
Full content generated by Get Full RSS.

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


De&#39;NShima Bridal: Mini Pelamin Tunang <b>di Kelana Jaya</b>

Posted: 19 Jan 2012 04:33 AM PST


13A, Pusat Perdagangan Suri Puteri,
Seksyen 20, Persiaran Jubli Perak,
40300 Shah Alam, Selangor
untuk booking, sila bank in ke 30% deposit account
atas nama De NShima Bridal
Kami menerima Visa @ Master Card
"Penuhi Citarasa Anda Dengan Sentuhan De NShima Bridal"

Full content generated by Get Full RSS.

POLITIK HARIAN: PKR Tumbang <b>Di Kelana Jaya</b>! Nik Nazmi Bakal <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2012 06:00 PM PST


1,000 Lagi Meninggalkan PKR Sertai BN !

22hb Januari 2012, jam 8 malam, bertempat di Padang Permainan Blok 4/5 Desa Mentari DUN Seri Setia, Kelana Jaya, Nik Nazmi di kejutkan apabila 1,000 orang Ahli PKR beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

NGO Skuad Prihatin yang dipengerusikan oleh Dr Vikneswaran menyatakan bahawa beliau bersama 1,000 ahlinya yang kini telah meninggalkan PKR dan sertai BN !

Mereka telah membuat keputusan untuk bersama jentera BN di DUN Seri Setia Kelana Jaya untuk membantu BN memenangi PRU-13.

Berita penuh di sini...


Adakah Anwar Ibrahim masih mahu menyimpan terus Keldai ini atau akan memecat Keldai yang tak berguna ini dari terus menjadi liabiti dalam PKR...

PKR Parti Kian Rebah, Anwar semakin gelisah! Nik Nazmi hendak terus glamour dengan Wardina tak kesampaian.... Apa pun tak boleh!

Full content generated by Get Full RSS.

Jawatan kosong <b>di</b> Majlis Perbandaran <b>Petaling Jaya</b> Terkini 2012

Posted: 30 Nov 2011 12:00 AM PST

Closing date 30 November 2011

Petaling Jaya, salah satu yang baru, kota yang paling terbaik di Malaysia didirikan pada tahun 1952. 3.600 hektar tanah terutama disimpan untuk pengembangan kota baru. Ketika Petaling Jaya mulai menunjukkan kemajuan pesat dalam tahun 1954 melalui Ordonansi No 36, Petaling Jaya Authority (kemudian dikenal sebagai Petaling Jaya Development Corporation) didirikan dengan tujuan mengembangkan kota satelit.

Pada tanggal 1 Januari 1964, papan Town dengan 'otonomi keuangan' didirikan melalui Pemerintah Negara Selangor Lembaran GN No 2 / 1964 dalam rangka untuk mengelola kota Petaling Jaya. Statusnya diangkat sekali lagi pada 1 Januari 1977 menjadi bahwa Dewan Kota Petaling Jaya.

Petaling Jaya sekarang memiliki luas sekitar 97.2kmm persegi yang diperluas ke daerah investasi pusat & sektor industri serta pendidikan. Sekarang daerah industri dan perdagangan lebih dari 20%. Petaling Jaya terus mengembangkan dan menyediakan fasilitas untuk lebih dari 590 industri yang beroperasi.

Aplikasi diundang dari warga negara Malaysia yang kualifikasi dan tidak kurang dari 18 tahun di tanggal penutupan iklan untuk menerapkan posisi pekerjaan sebagai berikut. Prioritas kepada orang-orang bagian Selangor.

1. Enforcement Official N41
2. Environment Health Officer Assistant U29
3. Assistant Enforcement Officer N27
4. Administrative Assistant(clerical and operation) N17
5. Agriculture Assistant G17
6. Draughtsman J17
7. Craftsman K3(painter)R9

Iklan jawatan

Borang jawatan

Incoming search terms:

  • jawatan kosong majlis perbandaran petaling jaya 2012
  • kerja kosong di kelana jaya 2012
  • jawatan kosong petaling jaya 2012
  • jawatan kosong di petaling jaya 2012
  • Jawatan kosong di petaling jaya
  • jawatan kosong 2012 petaling jaya
  • kerja kosong di petaling jaya 2012
  • kerja kosong kelana jaya 2012
  • majlis perbandaran petaling jaya jawatan kosong 2012
  • jawatan kosong petaling jaya2012
Full content generated by Get Full RSS.

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


KIAI HAJI HUSAIN HAJI ABBAS – PENGASAS PONDOK <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2011 08:14 AM PST

Koleksi Karya: Allahyarham Ustaz Wan Mohd. Shaghir Abdullah
_______________________________

Tokoh ulama yang dibicarakan ini adalah hasil penyelidikan daripada salah seorang pembentang seminar, iaitu Ustaz Khafidz Soroni, merupakan pensyarah Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan diberi judul Kiai Haji Husain Bin Haji Abbas: Tokoh Ulama Masyarakat Jawa di Selangor.

Sumber penyelidikan terhadap ulama ini juga adalah berdasarkan temu bual pembentang kertas kerja dengan anak ketiga beliau iaitu Haji Muhammad Mahin Haji Husain yang juga pernah berguru dan menadah kitab dengan bapanya sendiri.

Antara perkara yang disentuh oleh pembentang dalam kertas kerjanya adalah mengenai nama, kelahiran, keturunan, pembelajaran dan guru-guru beliau, pondok pengajian, kebolehan beliau sebagai hafiz al-Quran, ahli Falak dan penulisan, sifat-sifat beliau, kisah-kisah karamah beliau, kewafatan dan rumah tangga beliau. Namun dalam ruangan ini hanya memetik beberapa perkara sahaja yang boleh dijadikan sebagai kajian awal mengenai ulama ini.

NAMA & KELAHIRAN

Nama beliau ialah Kiai Haji Husain bin Haji Abbas @ Abdullah Kafi bin Qaribun. Adakalanya beliau meletakkan nama jolokan (kunyah) 'Abu Bakar' di awal namanya kerana anak sulungnya adalah seorang perempuan, sebagaimana adat kebiasaan di kalangan orang-orang Arab, dan adakalanya diletakkan gelaran 'al-sijankani' di hujung namanya sebagai nisbah kepada kampung Sijangkang.

Beliau dianggarkan lahir pada tahun 1918 atau 1919, kerana beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 1981 dalam usia kira-kira 62 atau 63 tahun. Salasilah keturunan beliau tidak dapat dipastikan dengan jelas, kerana beliau tidak suka menceritakan tentang nasab atau asal-usul keturunannya.

Namun diriwayatkan bahawa makam datuknya iaitu Kiai Qaribun yang terletak di Yogjakarta, Indonesia adalah di kawasan perkuburan orang-orang besar dan kuburnya agak berlainan dengan kubur orang biasa kerana lebih besar dan mempunyai ukiran-ukiran yang indah.

GURU-GURU

Sejak kecilnya lagi beliau amat minat dalam menimba ilmu pengetahuan, sehingga menguasai pelbagai bidang ilmu agama. Selain belajar dengan bapanya, beliau juga belajar di beberapa buah pondok pesantren di Tanah Jawa, antaranya Pesantren Lirboyo, Kota Kediri.

Di pesantren tersebut, berkemungkinan beliau pernah mengaji dengan Kiai Haji Abdul Karim (1856-1954) iaitu pengasas pondok berkenaan, serta para penggantinya iaitu Kiai Haji Marzuqi Dahlan (1906-1975) dan Kiai Haji Mahrus Ali (1907-1985).

Beliau juga pernah belajar di Pesantren Termas dan Pesantren Tebuireng dan Pesantren Krapyak, Yogjakarta. Pesantren Krapyak atau Pesantren al-Munawwir diasaskan oleh Kiai Haji M. Moenawwir (1942) yang terkenal sebagai pakar al-Qur'an dan qiraat. Di pondok tersebut juga Kiai Husain tekun mempelajari al-Quran dengan gurunya Kiai Moenawwir dan menghayatinya sehinggalah beliau berjaya menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran serta menguasai seni qiraat.

MENDIRIKAN PENGAJIAN PONDOK

Kecintaan beliau terhadap ilmu agama yang sangat tinggi menyebabkan Kiai Husain membuka sebuah pondok pengajian sekitar tahun 1944. Pondok yang didirikan tersebut dikenali sebagai 'Pondok Kiai Haji Husain Sijangkang' atau disebut di kalangan masyarakat Jawa sebagai 'Pondok Kiai Kusin'.

Pondok ini juga disebut sebagai 'Asrama Haji Husain' dan 'Ma'ahad al-Talabah al-'Abbasiyah'. Dikatakan bahawa kegemilangan pengajian pondok Kiai Husain adalah antara tahun 60-an dan 70-an, namun kemudiannya pupus disebabkan tiada penyambung untuk meneruskannya.

Berkenaan pondok pengajian tersebut turut dibentangkan oleh pembentang lain, dengan judul Kiai Haji Hussin dan Pondok Ma'had al-Talabah al-Abbasiah: Analisis Penubuhan, Peranan dan Sumbangannya Kepada Masyarakat,. Ia merupakan hasil penyelidikan pensyarah-pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Prof. Madya Dr. Mohd. Nasran Mohammad dan Ahmad Dahlan Salleh.

Antara yang dibincangkan dalam kertas kerja tersebut adalah mengenai latar belakang pondok, biodata pengasas, perkembangan pondok dan matlamat penubuhan serta sistem pengajian, yang merangkumi sistem pelajaran, cara penyampaian, kitab-kitab yang dipelajari, waktu belajar, undang-undang pondok, sumber kewangan dan masalah pondok.

Namun disebabkan kepadatan ruangan ini, maka hanya beberapa perkara sahaja yang dibicarakan yang dipetik dari kertas kerja tersebut, iaitu:

SISTEM PELAJARAN

Sistem pembelajaran adalah sama seperti sistem pondok-pondok lain di Malaysia, iaitu tiada peperiksaan, tiada kelas tambahan dan tiada sijil dikeluarkan.

Ini kerana objektif penubuhannya adalah untuk melahirkan pelajar yang alim dan mahir dalam bahasa Arab, dengan harapan mereka dapat memimpin masyarakat setempatnya apabila pulang ke kampong masing-masing.

Sebagai pengasas pondok tersebut, maka beliau adalah ketua dalam segala hal. Disebabkan itu segala kitab yang dibaca, disiplin dan perkara yang berkaitan pondok ditentukan sendiri oleh Kiai Hussin.

KITAB-KITAB YANG DIBACA

Pada umumnya kitab yang dibaca dapat dibahagikan kepada dua. Pertama kitab bagi pelajar baru dan kedua bagi pelajar-pelajar lama. Di antara kitab-kitab yang pernah dibaca golongan pertama ialah Matn al-Jurumiyyah (Nahu), Matn al-Taqrib (Fiqh), Matn al-Safinah (Fiqh), Matn Sullam al-Tawfiq (Fiqh), Matn Bina' (Sorof), Matn al-Arba'in (Hadis), Matn al-'Izzi (sharaf) dan Muqaddam.

Berikut pula adalah kitab-kitab yang dibaca bagi gologan kedua, iaitu:

  1. Kitab-kitab Nahu, iaitu: Nizam al-'Umriti, Matn al-Fiyyah, Mutammimah, Syarh Ibn 'Aqil dan lain-lain lagi.
  2. Kitab-kitab Fiqh, iaitu: Syarh al-Bajuri, Fath al-Mu'in, I'anah al-Talibin, al-Iqna', Nihayah al-Zain, Fath al-Wahhab dan lain-lain lagi.
  3. Kitab-kitab tafsir, iaitu: Tafsir al-Jalalain, Tafsir al-Munir dan kitab-kitab tafsir lain.
  4. Kitab-kitab sharaf, iaitu: Matn al-Bina', Matn al-Izzi, Matn al-Maqsud dan lain-lain lagi.
  5. Kitab-kitab Hadis, iaitu: Matn al-Arba'in, Mukhtasar Ibn Abi Jumrah, Hadith Bukhari, Hadith Muslim, Mustalah al-Hadith dan lain-lain lagi.
  6. Kitab Akhlak, iaitu: Ta'alim al-Muta'alim.
  7. Kitab-kitab Tasauf, iaitu: Hidayah al-Salikin, Maraqi al-'Ubudiyyah dan Ihya' Ulum al-Din.

CARA PEMYAMPAIAN

Cara pertama dipanggil 'sorokgan' iaitu selepas guru mengajar, pelajar mestilah membaca seorang demi seorang di hadapannya dengan betul. Kadang-kadang dikehendaki menghafal kalimah tersebut. Cara ini digunakan biasanya kepada pelajar baru.

Cara kedua secara 'bandungan' iaitu pelajar dikehendaki memahami kitab yang dibaca oleh kiai dan mencatit makna kalimah. Cara ini digunakan kepada pelajar lama khasnya yang telah membaca kitab-kitab asas.

HAFIZ AL-QURAN

Kiai Husain adalah salah seorang ulama yang menghafal 30 juzuk al-Quran keseluruhannya pada zamannya. Beliau memiliki sebuah mushaf al-Quran kecil bersaiz poket dan sentiasa membawanya bagi mengingati ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya. Sebagai seorang hafiz al-Quran, beliau sering mengulang-ulang kelancaran hafalannya, terutama di bulan Ramadan, yang mana beliau akan mengkhatamkan al-Quran dalam solat tarawih.

Beliau juga memberikan ijazah khas al-Quran dengan qiraat Hafs 'an 'Asim yang disebut sebagai Syahadah al-Qurianiyyah kepada murid-muridnya yang telah khatam al-Quran dengan beliau.

AHLI FALAK

Kiai Haji Husain juga dikenali sebagai ahli dalam ilmu falak dan mengajarkan ilmu tersebut kepada murid-muridnya. Bahkan pondok yang diasaskan boleh beliau turut mengeluarkan sendiri kalendar tahunan yang mengandungi takwim hijrah yang disertakan dengan kalendar jawa dan waktu solat.

Kalendar tersebut dikeluarkan pada setiap tahun dan masih wujud sehinggalah kini dan masih digunapakai oleh masyarakat Jawa, khususnya di Selangor hingga ke selatan Perak.

PENULISAN

Sebagaimana ulama-ulama lain yang banyak menghasilkan karya dalam penulisan, Kiai Husain juga banyak menghabiskan masanya dengan menyalin kitab-kitab, termasuklah syair-syair, hadis-hadis sehinggalah kitab-kitab yang agak tebal. Bahkan dikatakan sehingga kini sebahagian kitab-kitab yang disalinnya masih tersimpan dengan baik.

Namun, tidak diketahui sebarang karya asli yang dihasilkan oleh beliau. Dalam kajian pembentang tersebut, hanya ditemui sebuah sahaja iaitu, terjemahan Matn Ajrumiyah ke dalam bahasa Jawa yang diselesaikan oleh beliau pada tahun 1348 H dan masih berbentuk tulisan tangan.

KEWAFATAN

Beliau kembali ke rahmatullah pada 11 Zulhijjah tahun 1401 H (1981 M) dan dikebumikan di Perkuburan Islam Simpang Lima, Klang. Beliau pernah menyatakan bahawa beliau tidak mahu melebihi umur NabI Muhammad SAW, dan ditakdirkan beliau menghembuskan nafas terakhir sekitar umur 62 tahun.

Di akhir-akhir hidupnya, beliau juga pernah menyuruh anaknyaMuhammad Mahin untuk membuatkan meja rendah, dengan alasan mudah untuk meletakkan makanan dan menjaganya agar tidak dihurung semut. Namun, beliau menyuruh agar dibuat lebih panjang sehingga ukuran seseorang dapat berbaring atasnya. Dengan takdirnya meja yang tersebut jugalah yang digunakan untuk meletakkan jenazah beliau.

Selain itu, terjadi juga sesuatu yang menghairankan semasa kematian beliau, di mana tarikh di kalendar bertukar menjadi warna hitam, walhal kalendar tersebut dicetak tidak menggunakan dakwat hitam. Namun apabila ditanya kepada pihak percetakan, mereka juga tidak dapat memberi jawapan tentang perkara tersebut.

KETURUNAN

Kiai Haji Husain mendirikan rumah tangga dengan anak perempuan seorang tokoh ulama Jawa yang terkenal di Selangor suatu masa dahulu iaitu Kiai Haji Dahlan bin Haji Hassan Isbath.

Hasil perkahwinan dengan Hajah Darwiyah tersebut, beliau dikurniakan lapan cahaya mata, iaitu Hajah Jamalah, Hajah Fauziah, Haji Muhammad Mahin, Haji Mujib, Hajah Aishah, Hajah Barirah, Hajah Munah dan Hajah Jumanah.

Advertisement

Full content generated by Get Full RSS.

Peniaga Melayu dianaktirikan <b>di</b> Pasar Malam <b>Sijangkang</b>, Kuala <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2011 05:03 AM PST

Saya mohon agar pihak atasan cuba selidik mengapa para peniaga Melayu dipinggirkan tetapi pihak peniaga pendatang dari Kemboja sentiasa dapat tapak hadapan sewaktu berniaga di Sijangkang ini?

Pelbagai aduan telah kami buat namun tiada tindakan diambil.  Jika perkara ini berlarutan, jangan salahkan kami jika kami akan membuat perubahan kembali apabila berlangsungnya PRU13 nanti kerana ketika itu segala-galanya telah terlewat.

Perkara ini telah berlarutan terlalu lama dan ada khabar angin mengatakan berlakunya "pemberian duit bawah meja" oleh mereka terhadap wakil PAS di sini namun kami tidak mahu mengiya atau menidakkan kerana sekiranya perkara ini berlarutan, kami cuma akan membuat pilihan ketika PRU13 nanti.

Harap mendapat perhatian dan tindakan segera.

By: Hamba Allah

Aduan yang berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


MPSJ Digesa Segera Baiki Infrustruktur <b>Di Subang Jaya</b> <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2011 06:52 PM PST

Oleh Afeeqa Afeera

SUBANG JAYA, 29 DISEMBER : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) digesa supaya segera mengambil tindakan terhadap penambahbaikan infrastruktur di sekitar kawasan USJ yang disifatkan penduduk sebagai kurang memuaskan sejak kebelakangan ini.

Gesaan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh kepada pemberita ketika membuat lawatan dan tinjauan di sekitar Subang Jaya berhubung masalah infrastruktur yang terpaksa dihadapi penduduk.

Menurut Hannah, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk baharu-baharu ini berhubung masalah jalan berlubang terutama di USJ 1, USJ 12, USJ 15, SS14, Persiaran Tujuan, Persiaran Kewajipan serta beberapa kawasan lain.

Katanya, masalah tersebut telah dirujuk kepada pihak MPSJ dan kerja-kerja penampalan telah mula dijalankan, namun menurutnya masih terdapat banyak jalan berlubang yang tidak diselenggara lagi.

"Saya berharap MPSJ segera mengambil tindakan berhubung perkara ini kerana lubang tersebut boleh menyebabkan berlakuknya kemalangan jalan raya. Saya amat berharap MPSJ tidak mengabaikan perkara ini dan boleh memberi perhatian untuk tindakan selanjutnya," tegasnya.

Selain itu, beliau turut menggesa pihak MPSJ untuk memasang lampu jalan di antara kawasan USJ 11 sehingga USJ 13 dan sepanjang laluan utama di Persiaran Tujuan bagi tujuan keselamatan.

Di samping itu, Hannah juga menyuarakan rungutan penduduk terhadap kegagalan kontraktor yang dilantik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melakukan kerja-kerja pengutipan sampah terutama di kawasan USJ 6.

Tegasnya, beliau mencadangkan kepada pihak MPSJ untuk segera mengambil tindakan terhadap kontraktor swasta yang gagal menyelenggara kutipan sampah dengan baik dengan menyenarai hitamkan mereka daripada mendapat tender.

"Saya dimaklumkan oleh penduduk di kawasan USJ 6 di mana hampir seminggu sampah tidak dikutip sehingga berulat. Bagaimanapun, MPSJ sudah mula mengambil tindakan dan saya menggesa penduduk supaya bekerjasama dengan memberi laporan sekiranya berlaku sebarang masalah.

Kontraktor juga perlu mengutip sampah mengikut jadual yang ditetapkan.Saya menggesa MPSJ supaya menyenarai hitamkan kontraktor yang gagal menyelenggara sampah dengan baik," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk boleh memberi kerjasama dengan membuat aduan secara terus kepada MPSJ supaya mereka boleh mengambil tindakan segera.

Dalam sidang media sama, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi memaklumkan, beberapa cadangan telah dibuat bagi menyelesaikan masalah trafik di sekitar Jalan SS 16/1 dan SS 16/2 yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Kesesakan Lalulintas pada 24 November lalu.

Katanya, antara cadangan yang dikemukakan adalah melibatkan Jalan Jengka antara Wisma Tractor dan Subang Parade dengan mengubah laluan sehala kepada dua hala dengan mengekalkan tiga fasa lampu isyarat iaitu membuat laluan "free flow" bagi membolehkan kenderaan membelok ke kiri sahaja.

"MPSJ juga akan mengubah jalan SS 16/1 dari jalan dua hala kepada jalan sehala daripada Carrefour sehingga sepanjang jalan.

Selain itu, ia turut melibatkan jalan antara SS 16/2 di antara Subang Parade dan Carrefour di mana kita akan kekalkan jalan itu sebagai dua hala tetapi akan kita akan memasang satu "island" bagi mengelakkan kenderaan membuat pusingan-U," katanya.

Tambahnya, pihak MPSJ juga turut mensyaratkan kepada pemaju Sime Darby Brunsfield Holding Sdn Bhd untuk membuat jalan raya di sekitar Jalan Sambung Antara Casa Tiara dengan Mesiniaga terlebih dahulu sebelum Jalan SS 16/1 boleh ditukar menjadi jalan sehala.

"Keseluruhan jalan sehala ini akan dibuka mulai 15 Januari 2012 dan kita akan memaklumkan kepada pemilik bangunan dan syarikat kenderaan seperti bas dan teksi untuk melaksanakan perkara berkenaan pada tarikh yang ditetapkan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

BE DA MAN !!!: Masalah Sampah <b>di Subang Jaya</b> Sabotaj kata YB <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2012 09:21 AM PST

Masalah kutipan sampah di Subang Jaya bermula apabila Alam Flora ditamatkan perkhidmatannya dan kerja-kerja kutipan samapah kini diuruskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) .  Kerja-kerja kutipan sampah yang dilakukan oleh MPSJ sebenarnya tak efektif dan menyebabkan masalah longgokan sampah ini berlaku.

Merujuk kepada ucapan YB Hannah Yeoh semasa ceramah di Kompleks 3K pada 6 Jan 2012 , masalah longgokan sampah berlaku akibat sabotaj dari 'pihak-pihak' tertentu . Sebagai salah seorang penduduk di Subang Jaya , saya tahu soal sabotaj tidak timbul langsung . Semuanya berpunca dari ketidak cekapan pengurusan sampah oleh MPSJ sendiri.

Masalah kutipan sampah ini turut dibincangkan dalam forum internet www.usj.com.my

Dari perbincangan dalam laman forum itu, kutipan sampah hanya pada hari-hari tertentu saja . Penduduk terpaksa 'menyimpan' sampah yang mereka kumpul hingga pada hari kutipan sampah. Ada diantara penduduk  terpaksa meletakkan saja sampah di luar rumah walaupun luar dari jadual kutipan sampah. Sampah-sampah yang terbiar tak dikutip ini sememangnya menyakitkan pandangan mata. 
Sepatutnya pihak MPSJ memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini , mungkin dengan menyediakan satu tong yang khas untuk penduduk membuang sampah di luar hari kutipan sampah. Agak pelik semasa pemerintahan kerajaan Selangor di bawah Barisan Nasional hal kutipan sampah ini tidak timbul .  Melucukan apabila hal sampah ini timbul di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat , mereka dengan mudah menunding jari menyatakan ada sabotaj dari pihak-pihak tertentu yang membuang sampah sesuka hati . Seperti yang dinyatakan dalam perbincangan forum di atas , 'sabotaj' itu sebenarnya dilakukan oleh penduduk sendiri . Mereka terpaksa kumpulkan sampah di hadapan rumah untuk dikutip oleh kontraktor yang diupah oleh MPSJ.  Jika 3 hari tiada lori sampah , bayangkan jumlah sampah terkumpul di hadapan rumah ? Adakah penduduk-penduduk ini ada alternatif lain ?
Full content generated by Get Full RSS.

REALLY GAMBAR CERAMAH ANWAR <b>DI SUBANG JAYA</b> | Really <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2012 06:05 PM PST

Padang Bola 3k Penuh Dengan Hadirin.

\

Sebahagian dari ucapan Anwar:

"Jika saya dihukum penjara, kita akan dapat lebih banyak sokongan. Anwar masuk atau tidak ke dalam penjara tiada masalah, pilihan raya akan datang kita mesti menang walau apa jua cara.

"Anda boleh tahan lelaki itu dalam penjara tetapi misi akan semakin kuat seperti biasa malah lebih kukuh," katanya. Anwar menuduh "musuh politiknya" memperbesarkan tuduhan terhadap dirinya dengan pelbagai tohmahan seperti pro-Kristian, pluralisme, ejen Yahudi dan homoseksual.

"Jangan ancam saya dengan hukuman penjara. Mereka pernah memukul saya, mereka pernah membogelkan saya.

"Tetapi jika mereka fikir dengan mengurung saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat di hujung tanduk maka mereka salah, kami telah bersedia sejak tiga tahun lalu," dakwanya menambah pemimpin Pakatan Rakyat bersedia menghadapi "sebarang kemungkinan" yang berlaku.

Bila Jumlah Hadirin Pun Dijadikan Bahan.

Jumlah bukan lah segala galanya, akan tetapi Really3line tertarik dengan satu Blog Pro UMNO ni, kerana mempertikai jumlah hadirin yang hadir, kalau betul takpe, tapi auta je lebih.

Dalam entry post dia ada mengatakan "ceramah Anwar telah gagal kerana menurutnya orang ramai telah diangkut dengan bas sekolah".

Blogger tu pun letak lah dua keping gambar… satu gambar ketika majlis ni belum bermula dan lagi satu blogger tersebut letakan sebijik bus persiaran. 

Ni gambar dari posting Blogger tersebut.

Gambar ketika Padang Masih Belum Penuh

Gambar sebuah Bas Persiaran, yang ditulis sebagai gambar bas sekolah yang diletakkan jauh dari padang.

INI ADALAH SEBAHAGIAN GAMBAR HADIRIN YANG HADIR PADA CERAMAH ANWAR DI SUBANG JAYA.

pssst.. Bukan guna Photoshop ye…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Full content generated by Get Full RSS.

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kuala Langat</b> <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 08:53 AM PST

[KLIK] KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA DI FACEBOOK

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri
Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
untuk mengisi jawatan-jawatan tetap seperti berikut:

1. Pegawai Penilaian (W1-1)

2. Juruaudit (W1-1)

3. Arkitek Lanskap (J1-1)

4. Pegawai Undang – Undang (L1-1)

5. Penolong Pegawai Tadbir (N3-1)

6. Penolong Juruukur Bahan (J2-1)

7. Juruteknik (JA3-1)

8. Juruteknik Perancangan Bandar dan Wilayah (JA3-1)

9. Pembantu Penilaian (W4-1)

10. Pembantu Tadbir (W4-1)

11. Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat

12. Pembantu Kemahiran (H4-1)

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Februari 2012

Full content generated by Get Full RSS.

jas salleh: MAT MASLAN SUNTK SEMANGAT KEMENANGAN <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 12:00 AM PST

Sejak kebelakangan ini Hamba sering menyeru UMNO Selangor agar bangkit dengan lebih bersemangat. Memandangkan UMNO Selangor mempunyai ramai pemimpin dan ahli yang berbakat besar dan lebih berpengalaman daripada ahli dan pemimpin Pakatan yang selalu tidur dalam mimpi. UMNO Selangor tidak boleh lagi mengharapkan 'Keajaiban' berlaku sebaliknya UMNO Selangor perlu berusaha memaksimumkan semua 'kolam bakat' bagi mencipta 'keajaiban' sendiri. Hamba bersyukur kerana Mat Maslan telah menyuntik semangat kemenangan kepada semua jentera UMNO Selangor dalam kawasan Parlimen Kuala Langat. 
Dalam gerak kerja Mat Maslan ke Parlimen Kuala Langat, beliau mengingatkan mengenai 4 faktor utama kemenangan Barisan Nasional di Selangor. Berikut adalh di petik daripada laman UMNO-online mengenainya;-
BANTING, 23 Jan – Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan menggariskan empat faktor yang akan menjadi tiket kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang termasuklah rekod pentadbiran sebelum ini yang baik dan kepelbagaian dasar yang diperkenalkan ketika ini.
Selain itu, beliau berkata dua faktor penentu lain ialah masa depan yang lebih terjamin di bawah pentadbiran BN dan pimpinan semua peringkat yang bersama-sama turun ke padang untuk membantu rakyat dari pucuk pimpinan tertinggi sehingga ke anggota Parlimen, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua bahagian.
"Ia (kemenangan BN) tidak bergantung pada sama ada Anwar Ibrahim (penasihat Parti Keadilan Rakyat) bebas atau tidak, salah atau tidak. Itu tidak penting dan ia tidak bergantung kepada sama ada pembangkang kuat atau tidak. Ia bergantung pada empat tunjang ini sendiri, ini tunjang kekuatan BN yang kita teruskan.
"Kekuatan kita ada jadi gunakan kekuatan itu, jangan anggap kita lemah dan jangan anggap kita pembangkang maka kita rasa tertekan. Kita mesti ada psikologi kemenangan dan dengan ada empat perkara itu kita boleh menang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Penerangan Perdana (MPP) peringkat Parlimen di Institut Latihan Perindustrian di Jugra di sini malam tadi.
Kira-kira 2,000 orang dari kawasan Parlimen Kuala Langat serta anggota Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan dan Ketua Umno bahagian Kuala Langat Datuk Sulaiman Karli hadir pada majlis itu.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut yakin BN berpeluang cerah memenangi PRU akan datang berdasarkan kepada rekod kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya Sarawak lepas dan kemenangan di beberapa pilihan raya kecil yang terbaru seperti di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang dan Kerdau.
"Anwar Ibrahim (Datuk Seri) sewaktu berceramah ke sana sini semasa pilihan raya kecil yang hujung-hujung itu tiada satupun dia menang dan kini ditambah dengan apa yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), pada pandangan saya kita punyai harapan cerah untuk menang.
"Sekarang Anwar Ibrahim mati akal bila segala dia sebut mengenai konspirasi tidak benar (mengenai kes liwatnya) dan ditambah dengan gerakan kira-kira lima juta jentera parti yang bersungguh-sunggih di semua peringkat, saya yakin kita boleh mencapai kemenangan," katanya.
Sementara itu, Ahmad berkata MPP peringkat Parlimen yang mendapat kerjasama enam kumpulan iaitu BN, Umno, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan golongan belia bertujuan memberi penjelasan terhadap rakyat berhubung isu semasa dan memberi semangat kepada jentera parti dalam menghadapi persiapan PRU akan datang.
Katanya, dalam masa yang sama beliau ingin menggerakkan jentera penerangan di peringkat bahagian dan cawangan bagi mempastikan semua komponen BN dan orang ramai turut terlibat dalam program itu yang akan dilaksanakan di semua kawasan Parlimen di seluruh negara.
 Kepada semua jentera UMNO Selangor lakukanlah can ciptakanlah Keajaiban untuk menawan kembali Selangor. Anda memang mampu melakukannya.
Full content generated by Get Full RSS.

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kuala Langat</b> |

Posted: 01 Feb 2012 08:53 AM PST

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan tetap seperti berikut: 1. Pegawai Penilaian (W1-1) 2. Juruaudit (W1-1) 3. Arkitek Lanskap (J1-1) …

Read more »

Artikel / berita lain berkaitan:
Full content generated by Get Full RSS.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Detikdaily - Aziz Bari Akan Tanding <b>Di Sabak Bernam</b>?

Posted: 25 Jan 2012 04:45 PM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar

Malam ini Anwar Ibrahim akan turun ke Sabak Bernam, Selangor dan akan bersama ceramah di mini stadium di sana. Katanya sempena ceramah itu juga Anwar akan mengumumkan bekas pensyrah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari bakal menjadi calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam

Dengan pengumuman itu nanti akan tamatlah desas desus mengenai masa depan Aziz Bari yang sebelum ini tidak jelas beliau akan memilih parti mana sebagai wadah baru dalam politik.

Pengumuman itu nanti sudah tentu akan disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Sabak Bernam. Abdul Aziz adalah anak jati Sabak Bernam.

Sebeum ini Pemuda Pas menjemput Aziz Bari menyertai parti berkenaan dan tawaran itu disambut baik oleh para pemimpin Pas termasuk dua Naib Presiden. Kerusi Sungai Besar katanya ditawarkan untuk Aziz Bari.

Terdengar juga khabar kononnya Abdul Aziz Bari akan dibawa bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu.

Tetapi dengan pengumuman bakal dibuat Anwar malam ini jelaslah Aziz Bari melilih PKR untuk meneruskan perjuangannya bukan Pas. Pengumuman itu juga menamatkan spekulasi pakar perlembagaan itu mengenai masa depannya.

Selamat berpolitik kepada Aziz Bari.

http://msomelayu.blogspot.com/

Full content generated by Get Full RSS.

Aziz Bari Mungkin Bertanding <b>di Sabak Bernam</b> | AIDC

Posted: 27 Dec 2011 05:25 PM PST

Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari mungkin bertanding di kawasan parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang, seandainya terdapat permintaan dan sokongan agar beliau bertanding di situ.

MerdekaReview dimaklumkan sumber bahawa ada tanda-tanda Aziz Bari bertanding di kawasan parlimen tersebut, melihat kepada kekerapan beliau kembali ke kampungnya di situ kebelakangan ini.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari enggan mengulas panjang, tetapi berkata, "Kalau ada sokongan, kena fikirkanlah juga, untuk perubahan…"

Dalam PRU 11 pada tahun 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari UMNO dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi. Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan sehingga 1,335 undi dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat 10,720 undi. Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25% adalah Melayu, 13.61% adalah Cina, 5.12% adalah India dan 0.02% lain-lain.

Menurut seorang sumber maklumat yang enggan mendedahkan identitinya, tinjauan mendapati kawasan Sabak Bernam mungkin ditembusi Pakatan Rakyat pada PRU akan datang. Sumber berkata, PKR sepatutnya telah menembusi kawasan itu dalam PRU 12 yang lalu, namun berlaku "politiking" dalaman sehingga calon PKR tewas tipis dengan perbezaan 1,335 undi.

Meskipun mengakui bahawa Badrul Amin juga seorang pemimpin yang baik, namun sumber tersebut mendakwa bahawa "politiking" yang berlaku di PKR Cabang Sabak Bernam menyebabkan akar umbi gagal disatu-padukan.

Menurut sumber lagi, seandainya Aziz Bari direstui pimpinan tertinggi PKR untuk bertanding di Sabak Bernam, beliau yakin bahawa kemunculan Aziz Bari mampu "meneutralkan" keadaan yang sedia ada.

Sumber yang dekat dengan parti komponen Pakatan Rakyat ini berkata, penampilan Aziz Bari mampu menyuntik keyakinan agar PR menawan kerusi Sabak Bernam.

Badrul Amin juga mantan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), terlibat dalam gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun, bersama Tian Chua, Hishamuddin Rais, Saari Sungib, Mohd.Ezam Mohd Nor dan lain-lain.

Aziz Bari mencetus kontroversi apabila mendakwa "tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim", ketika ditemuramah Malaysiakini.

Kenyataan pakar perlembagaan ini dibidas dalam Utusan Malaysia, malah ada yang membuat aduan polis terhadap Abdul Aziz Bari dan Malaysiakini. Ekoran daripada itu, Abdul Aziz Bari dan wartawan Malaysiakini disoal-siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 17 Oktober 2011.

Jawatan Aziz Bari digantung, dan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada UIAM pada 19 Oktober 2011. Siswa-siswi dan orang awam bangkit mempertahankan Aziz Bari, mengutuk tindakan mencabul kebebasan akademik. Keputusan penggantungan tersebut ditarik balik kemudian lantaran desakan umum, namun Aziz Bari akhirnya memilih untuk meletak jawatan – MerdekaReview

Full content generated by Get Full RSS.

Ceramah PR <b>di sabak bernam</b> : Memang benar tak ramai semalam <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 10:47 PM PST

Ini gambar aku sendiri. Ini pengalaman aku sendiri. Korang jangan spin larh weh puak2 pakatan pembangkang. Cubalah menjadi orang yang menerima hakikat dan realiti. Menipu tak menjadikan ko lebih baik daripada bn. Ramai ke tak ramai ke time orang berceramah bukan isu. 
Isu nya ialah sejauh mana apa yang disampaikan kepada para hadirin yang hadir ke ceramah malam tadi dapat disebarkan dan disampaikan secara meluas kepada rakyat kebanyakkan di malaysia. Ibarat facebook dan twitter yang ada button share dan retweet. Apakah manusia2 yang hadir ke ceramah semalam boleh share dan retweet balik apa yang disampaikan oleh penceramah2 malam tadi?
Hanya ada 3 penceramah yang bawa topik relevant bagi aku semalam. 
1. Yb dap Ng suee lim <-- dia memang lawak. Aku asyik tergelak2 je.. pernah tengok dia berceramah di youtube tapi rupanya depan2 dia lagi lawak.
2. Prof Aziz bari <-- penuh dengan fakta dan keterangan.
3. Yb zuraidah <-- memperincikan isu nfc.
Harus di ingat, relevant bagi aku bukan bererti relevant bagi ko. Begitu juga sebaliknya. Tidak relevant bagi aku bukan bererti tidak relevant bagi ko juga. Oleh kerana aku online 24 jam maka banyak berita2 yang aku lebih tahu berbanding dengan orang2 yang tak online.
Mereka ketinggalan banyak isu dan point2 yang penting. Jadi mungkin ini juga sebab nya ada di antara penceramah politik yang ulang balik apa yang aku dah tahu ketika berceramah. Ini berbeza setiap di antara kita disini.
Yang lain2 termasuk dsai sekalipun hanya bawa isu2 yang dah aku ketahui. Azmin ali haram nampak batang hidung walhal poster terpampang gambar dia. Kalau tak jadi datang bagitau larh. Minta maaf ka apa ka. Maybe gak jurucakap dah minta maaf masa aku merayau2 time ceramah tue.. tak pasti pula aku. Kalau dah minta maaf lupakan sahaja, kalau tak minta maaf memang suwey. Jangan buat poster tayang muka kalau takmo datang.
Bukanlah kehadiran dia penting sangat tapi bila dah tayang muka at least dia dah bagi hint bahawa dia nak hadir. Tak salah pun kalau dia ada hal dan taknak hadir tapi at least sebagai adat sopan santun, bagitau orang bahawa dia sekian2 neh ada hal sekian2 neh. 
Benda neh nampak kecik tapi dari sekecik2 neh larh.. ia boleh tawan ahti orang. Macam isu air. Nampak mudah dan murah tapi sekecik2 neh larh yang orang rasa dan nikmati secara bulanan dan akhirnya orang akan hargai.
PR kepada azmin elok belajar benda neh. Tiada istilah bodek dalam kamus rakyat macam aku. Sorry. Gambar2 ketika ceramah sedang berlangsung.
                               nota : gambar di atas neh di ambil pada jam tepat 9 malam.
Ya. Ini gambar dari belakang. Ketika tiga orang penceramah politik berceramah aku lepak belakang amek angin. Best. Stadium mini neh besar. Boleh memuatkan lebih ramai orang lagi. 
Ini pula pandangan dari sisi depan. Time neh aku pergi depan nak amek gambar. Time neh yb zuraidah tengah memberikan ceramah politik ;






                                                           Dsai hadir dengan paluan kompang.
Memang tak ramai. Sepatutnya boleh memuatkan lebih ramai orang lagi. 
Okey, kat depan memang ramai orang. Orang2 yang duduk kat kerusi stadium depan, tepi memang penuh. Yang duduk kat kerusi belakang tak penuh tapi orang masih ramai. Walaupun stadium tue boleh memuatkan lebih ramai orang tapi jumlah kehadiran pada malam semalam adalah amat baik. Kenapa?
1. Ia di anjurkan di negeri pr. So rakyat di sana sering berpeluang pergi ke ceramah2 pr. Walaupun demikian, ia masih mendapat sambutan orang ramai meskipun tidak memenuhkan stadium tetapi berjaya menyaratkan stadium dengan jumlah hadirin yang ramai.
2. Ia di anjurkan pada hari bekerja. Esoknya [hari neh] ramai orang bekerja. Tapi dorang sanggup datang dan dengar ceramah lepas isyak sampai ke 11.50 malam. Biasanya time neh tidur lagi bagus. Jumlah yang hadir semalam memang ramai. Macam aku cakap tadi. Ia tak memenuhi ruangan stadium tapi masih berjaya memadatkan stadium.  Macam esoknya cuti pula.
3. YB zuraidah cakap sabak bernam ialah kubu kuat umno. Aku macam pelik sikit bila dia cakap macam tue. Kalau benar sabak bernam kubu kuat umno apahal ramai yang datang semalam? Mana ada bas dari luar walaupun aku sendiri datang dari luar selangor [perak]. Kebanyakkan rakyat [focus disini] yang hadir berceramah adalah dari kawasan sekitar.

Kalau sungguh sabak bernam neh kubu kuat umno, jumlah hadirin semalam adalah lebih dari memberangsangkan. Pasal kalau ko berada di kawasan kubu kuat sesuatu parti, berjaya mengumpulkan orang tempatan sehingga memenuhi lebih daripada separuh kawasan stadium, ini memang baik. 
Apatah lagi suasana semalam tiada provoke memprovoke daripada geng2 umno. Maybe masih tersentak dengan insiden samseng jalan kebun kowt. Apa pun tanpa polis, kawalan yang bagus dari unit amal pas sentiasa no 1.
4. Banyak peniaga2 habis jualan nya terutamanya makanan dan minuman. Clear.  Minuman larh yang paling laris. Ini bukti orang memang ramai semalam walaupun tak berjaya memenuhi ruangan stadium tapi still berjaya memadatkan stadium. 
Aku tak reti anggar jumlah hadirin semalam. Tapi lebih dari separuh kawasan stadium [bukan kira jumlah kerusi] memang penuh dengan orang ramai. Apa yang perlu pr focus dalam setiap kempen2 neh, bila dah berjaya collect orang ramai macam neh di satu tempat, edarkanlah leaflet pasal penyelewengan. 
Kalau boleh collect derma, takan tak boleh edar risalah penyelewengan? Photostat baru berapa? Kejayaan datang dengan usaha. Aku buat blog neh pun zero2. Pembaca yang bagi duit bila klik iklan. No iklan, no money tapi blog still jalan sebab penyelewengan tak pernah berhenti.
Jadi, biarlah bersusah2 sedikit asalkan kita boleh banteras penyelewengan supaya sesama kita boleh sama2 senang kelak. Owh yer, sebelum aku terlupa. Tak silap aku ada orang umno yang isytiharkan sokong pr semalam di ceramah neh. Malahan dia akan bawa lebih ramai lagi ahli2 umno masuk ke pr selepas neh. Bai.
Ameno : Pas neh aku nak pergi ceramah najib arh pula.. muahaha.. agak2 ramai tak macam neh? Dengar citer hari neh di lumut..
Full content generated by Get Full RSS.

ads