Rabu, 23 Januari 2013

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Perhimpunan Pertahanan Awam 2012 <b>di Kuala Kubu</b> Baru, Selangor

Posted: 17 Nov 2012 01:00 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Perhimpunan Pertahanan Awam 2012 di Kuala Kubu Baru, Selangor. Posted by JPAM at 01:00 · Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook. No comments: Post a Comment. Newer Post Older Post Home ...

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


King Of Goblok: Himpunan Kebangkitan Rosmah <b>di Semenyih</b> <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2013 11:12 PM PST



Pasca #KL 112: Himpunan Kebangkitan Rakyat lwn Himpunan Merebut Beras
500 atau 700 ribu orang yang hadhir di KL112, bukan lagi isu besar. Yang penting ialah rakyat pelbagai bangsa disatukan oleh azam menumbangkan UMNO/BN yang korap dan menzalimi rakyat. UMNO dan Najib tidak ada jawapan kepada kebangkitan rakyat. Yang boleh mereka lakukan ialah bermain2 dengan angka jumlah himpunan.

Ratusan Ribu berhimpun di Stadium Merdeka untuk membaskan diri dari kerajaan yang korap, dan rasuah. Pada masa yang sama, Najib menghimpunkan kaum India di Semenyih merasuah mereka dengan sekampit beras dan ole2. Najib pun bangga melihat kekuatan mereka yang menghulurkan tangan dan berebut rebutan.


Himpunan Kebangkitan Rakyat! 
Hanya 20 ribu orang sahaja!

Orang Cina bergaul dengan orang Melayu dan mendapati orang Melayu juga manusia seperti mereka- ada perasaan takut dan ada harapan menggunung inginkan kerajaan yang baik. Orang Melayu bergaul dengan Cina dan India dan dapati mereka juga manusia biasa. Ada rasa takut dan ada harapan. Mereka saling faham memahami. Setiap yang hadir memberi kekuatan kepada satu sama lain. Kekuatan inilah yang akan menumbangkan kerajaan yang
angkuh.


Tidak ada masaalah seperti yang selama ini digambarkan oleh UMNO. Kenapa pemimpin UMNO berniaga dengan orang Cina tapi orang Melayu kebanyakan diajar untuk benci dan kelahi dengan orang Cina? Tiu Nia Seng!


20 ribu orang berarak ke stadium Merdeka!


Ratusan Ribu manusia 
menghulur tangan mahukan beras!



Orang India dan Cina hairan mengapa UMNO hilang akal. Jika PR memerintah, yang jadi PM tetap orang Melayu. Tatap ba!. Bukan Guan Eng atau Kit Siang. Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi. Ugama Islam tetap agama rasmi dan tetap dianuti oleh orang Melayu. Kesemua kepentingan Melayu ini tidak diancam pun. India dan Cina tidak mahu mengubah ini semua.Mereka tidak boleh ubah pun.

Raja2 Melayu tetap Raja Melayu bukan Raja Cina atau India. Mereka tetap muslim yang baik, menjaga kesucian agama Islam dengan menjadikan diri mereka ummatan wasatho- umat pertengahan yang jadi contoh teladan. Mereka manusia teladan yang tidak berzina dan tidak minum arak.

Yang diubah ialah UMNO disingkirkan digantikan dengan orang Melayu lain. Kalau UMNO lawan PAS, UMNO kalah, orang Melayu jugak yang menang. Kalau PAS menang, UMNO kalah, orang Melayu jugak yang menang. Kalau saya menang PRU13, saya kalahkan seorang Cina MCA. Yang menang ialah Melayu. Melayu saya tidak kurang dari Melayu orang UMNO.

Jadi apa masaalah? Yang berdepan dengan masaalah ialah pemimpin Melayu dari UMNO yang rasuah dan korap yang sudah menyamun harta benda rakyat. Mereka yang takut dan cemas. Yang rasa takut ialah Shahrizat Jalil, Raja Ropiaah, Zahid Hamidi, Syed Mokhtar Bukhari, ketua2 bahagian UMNO yang rasuah dan sapu tanah rakyat. Yang takut ialah Najib bila kita kemukakan Deepak Jaikishan dan suruh menyanyi macam burung kenari. Yang takut ialah tauke2 Cina yang bersekongkol dengan pemimpin UMNO untuk samun negara ini. Tauke India juga.

Apa yang perlu nya majoriti orang Melayu ratapkan apabila segelintir kaki busuk bangsa Melayu ini ditumpaskan? Rakyat Melayu yang menang!

Najib kata dia gembira melihat ramai manusia datang bertemu dengan nya di Tesco Semenyih. Memang itu perasaan orang feudal yang melhat hamba abdi berpusu pusu dan bersyusyun syusyun menadah tangan mendapatkan ole2 yang dibawa nya.

Ribuan kaum India dikerah oleh IPF untuk bertemu dengan Najib. Mereka diangkut dengan bas dan dijanjikan akan mendapat ole2 dari Najib. Najib bilang, terus sokong dia, maka banyak masaalah kaum India akan selesai. Kamu ada 55 tahun tak dapat selesai maka sekarang dalam masa 5 tahun, pasti beres?
Saya setuju. Kaum India mesti terus beri Najib nambikei mereka dan apa apa lagi yang mahu diberi. Berikan Najib tairu, apom dan tosei. Najib akan terus memperlakukan kaum India terutama yang susah sebagai peminta sedekah. Keadaan jadi kelam kabut apaila orang ramai berpusu pusu mendapatkan kampit hamper yang disediakan sebagai penarik kehadiran kaum India. Penyibar nombor wahid propaganda dan pembohongan UMNO merasakan lebih wajar menyiarkan himpunan merebut beras daripada himpunan kebangkitan rakyat. Bersedialah kamu mencari perkerjaan baru. Mengikut kiraan Rais Yatim, lebih 50,000 datang. Tesco hampir habis semua barangan mereka. Bil akan dihantar ke JPM untuk mendapat bayaran.
Inlah yang boleh UMNO tawarkan. Jangan tanya apa UMNO boleh buat, tanya apa kamu boleh buat pada UMNO. Maklum sahaja, UMNO itu penaung dan kita yang dinaungi. UMNO penjaga keselamatan dan kebajikan. Orang Melayu yang beragama Islam sia2 mengistiharkan solat dan ibadat mereka, hidup mereka dan mati mereka kerana Allah- sebab sebaik sahaja keluar pintu, pemberi rezeki ialah UMNO.

Tanya apa yang kamu boleh buat kuntuk UMNO kerana UMNO itu tuan dan UMNO itu penaung kepada kamu.

55 tahun diperlakukan sebagai hamba abdi, ini kalilah kita bangkit mengistiharkan merdeka dan penjajahan UMNO. Kaum India! Bersatulah dan singkirkan UMNO yang memperhambakan kamu! Nilai kamu bukan sekampit beras! ~ RM
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Gempar!! 10 ribu Pemuda BN Demo <b>di Ampang</b> Bantah Nurul Izzah <b>...</b>

Posted: 13 Nov 2012 10:47 AM PST


Kuala Lumpur - by @tiewnama
demo membantah Nurul Izzah yang di katakan telah menyentuh institusi agama islam telah
di lakukan oleh pemuda Barisan Nasional hari ini di ampang, dalam demo itu di anggarkan
sebanyak 10 ribu anak muda dari penyokong Barisan Nasional telah berkumpul di tepi
jalanraya sambil melaungkan hidup melayu, jangan ganggu kesucian melayu islam.

demonstrasi besar besaran ini bagi menunjukan kekecewaan pemuda umno dan barisan 
nasional terhadap nurul izzah yang di dapati telah di sokong oleh hampir 80% generasi
anak muda malaysia masakini,

pendemo juga menunjukkan kemaluan mereka yang sangat memukau kerana umum tahu bahawa
umno dan porno tidak dapat di pisahkan, ianya bagaikan isi dan kulit, mereka belajar dari
pemimpin pemimpin Barisan Nasional yang mengalami pelbagai skandal dan bloger bloger
lucah tajaan Barisan Nasional yang di bayar rm 3-4 ribu sebulan serta media propaganda utusan,

mereka membantah ucapan penuh nurul izzah dalam menyentuh isu mengenai melayu itu
islam dan islam itu melayu, pemuda Barisan Nasional yang bermazhab ahlul punnah wal ranah ini 
telah menyebabkan kesesakan lalulintas sepanjang lebih 40 kilometer dari lingkaran tengah
dua hingga ke air terjun bukit belacan.

mereka telah membawa sepanduk, bendera barisan nasional dan juga membawa seluar pendek
yang mengikut mazhab ahlul punnah wal ranah mereka adalah 1 daripada kewajipan pandang
ke timur, berbalik kepada demonstrasi besar besaran dari pemuda Barisan Nasional ini,
BBC, CNN, Washington post dan juga media prima tv3 telah membuat liputan meluas ke 
seluruh dunia secara langsung.

menurut saksi di tempat kejadian, rm 50 telah di sediakan untuk setiap pendemo dan juga 
makan tengahari serta minyak motor dan baju Barisan Nasional, juga tidak lupa mereka
di bekalkan dengan seorang penyeri dari puteri umno malaysia yang berambut perang.

anda boleh lihat sendiri gambar gambar yang sempat di ambil oleh tim era pasca di tempat
demonstrasi terbesar dalam sejarah malaysia ini.



Demonstrasi besar besar ini di serikan lagi dengan

kehadiran PUTERI UMNO yang bermazhab ahlul punnah wal ranah.


by @tiewnama - lampu jalan di kawasan demonstrasi lebih ramai dari pendemonstrasi. 
kahkahkahkah

ucapan penuh nurul izzah boleh klik SiNi
fatwa ustazah mashitah boleh klik SiNi 
jika mahu baca artikel artikel terNow boleh klik Era Pasca Pemecah Berita
------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<--

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Gambar <b>di</b> Sekolah Kebangsaan Sg. Judah Pulau Carey Selangor <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2012 08:31 PM PST

Menu. Skip to content. Prakata.

Read more from the original source:
Gambar di Sekolah Kebangsaan Sg. Judah Pulau Carey Selangor …

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


SetiaKekalAbadi *SKA*: Bercuti <b>di</b> Gold Coast <b>Morib</b> Resort part 2

Posted: 13 Jan 2013 08:01 PM PST

seperti yang dijanjikan daku sambung part 2 pasal hari kedua dan  mandi manda di sini pulak..tapi gambor tak ler banyak  sebab tuan rumah syok mandi sampai lupa nak bergambor

pagi kedua breakfast dulu..
breakfast mula dari pukul 7pg hingga pukul 10pagi, 
kat cafe yang sama

lepas kenyang makan kami terus ke Water Theme Park,
pagi2 orang tak ramai lagi





tapi kalau jenis yang berani memang seronok sangatlah main kat sini..macam daku nie gayat dan penakut sikit..jadi lebih main tempat budak2 dan berendam ajerlah..tapi tetap juga masih seronok..
memang kami plan nak datang lagi ke mari sebab tak puas..huhuhu

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


[SNIPPETS] YB MABUK POPULAR DENGAN KARTUNNYA <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 09:15 AM PST

[SNIPPETS] YB MABUK POPULAR DENGAN KARTUNNYA DI SEKINCHAN



BEBERAPA hari yang lepas satu risalah karikatur yang menunjukkan perkara sebenar YB Sekinchan, Ng Suee Lim telah diedarkan di Taman Ria, Sekinchan. Karikatur yang memperlihatkan telatah Celeng Sekinchan ini di kawasan adalah sebagai satu amaran kepada ADUN DAP ini dari penduduk sekitar.

Aku pun tak tau siapa yang buat ni tapi yang pasti buku kecil ini mendapat perhatian ramai dan telah menjadi buah mulut penduduk sekitar di Sekinchan. Ada kebenaran yang diceritakan dalam buku tersebut. Rumah urut, janji rakyat, cukai dan billboard menjadi topik perbualan sehari-hari di sini.

Entah siapa punya kerja tapi aku nak ucapkan tahniah kepada mereka. Bongkar terus bongkar.

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


INANI CRAFT & DESIGN: Expo Pengantin <b>di Selayang</b> Mall (10 <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 12:00 AM PST

SELAYANG MALL, 12 FEB 2012 - Inani Craft telah menyertai expo pengantin di Selayang Mall pada 10 - 12 Feb 2012. Ini adalah penyertaan expo pertama Inani Craft pada tahun 2012. Expo pengantin ini telah dikelolakan oleh Kahwin FC. Berikut adalah beberapa gambar di expo:
Pelbagai produk Inani craft kami tawarkan pada hari itu dengan harga serendah RM 1.00. Berkotak-kotak stok yang kami bawa berjaya dijual habis. Selain itu, kami juga menawarkan aktiviti mewarna produk Plaster of Paris (POP) di booth kami. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan Inani Craft & Design kerana sanggup datang dari jauh untuk melawat booth kami di expo tersebut.

Jumpa kami lagi di expo akan datang, tidak lama lagi. Insya Allah.
www.facebook.com/inanicraftdesign

Ingin lihat galeri produk Inani Craft & Design? Jom!
www.cenderahatimalaysia.com

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Bilik untuk disewa <b>di Balakong</b> | Rumah Sewa

Posted: 18 Nov 2012 09:13 PM PST

Publish date: November 19, 2012 5:14 am
Contact Name: Suhaili Yahya
Price: RM270
Region: Selangor
Location: Seri Kembangan
Phone: 017-3323837
Tags:

-Bilik sederhana besar untuk disewa.
-Untuk wanita sahaja.
-Berdekatan dengan Jusco Cheras Selatan, Mines, Bukit
Jalil dan 15 minit ke UPM.
-Sewa sebulan RM270.00 termasuk api & air.
-Deposit 1+1 (RM540.00)
-Rumah lengkap seperti peti ais, mesin basuh, dapur dan
Astro.
-Kemasukan Nov 2012.
-Sila hubungi 0173323837(olie)

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


BBQ <b>Di</b> Sungai Inki, Kalumpang <b>Hulu Selangor</b> | Tinta Wan Anie ©

Posted: 13 Dec 2012 12:26 AM PST

Status rakan-rakan blog dan fb berkisar tentang percutian keluarga, maklum sahaja cuti sekolah, bercuti dan berjalan-jalan itu menjadi agenda wajib. Ibu sekeluarga bercuti juga Ahad baru ni, kami ke Sungai Inki yang terletak di Kampung Pasir Putih, Kalumpang di daerah Hulu Selangor. Tidak jauh pun dari rumah kami ni :) dalam 30 minit perjalanan sudah sampai.

Perancangan asal hendak berehat di Janda Baik, namun hasrat tidak kesampaian chalet semua penuh (yang ibu call) jadi malam itu ibu google, dan akhirnya keputusan untuk ke Sungai Inki yang belum pernah kami jejaki. Persiapan dibuat sehari sebelum, ibu beli kepak ayam dan perap untuk acara BBQ, sudah lama tidak berkelah begini, ibu teruja! Kepak ayam perap dengan lada hitam, lada sulah, sedikit garam, bawang, halia, serai dan tepung magik.


Jam 7 pagi kami sudah turun, singgah isi minyak dan beli kuih untuk alas perut sementara acara makan-makan di sungai nanti. Alhamdulillah perjalanan pagi itu sungguh lancar, dan tenang. Cuaca cerah memang seolah merestui perjalanan kami untuk bergembira dan menikmati keindahan alam semulajadi.

Sungai Inki tidak jauh dari Bandar Tanjung Malim, bagi kalian yang datang dari lebuhraya PLUS, boleh exit di Tanjung Malim dan tuju ke Kuala Kubu Bharu. Lepas UPSI perhatikan signboard Kalumpang Resort sebelah kiri jalan, masuk simpang kiri. Dalam tu ada petunjuk jalan, ikut sahaja signboard ke Kalumpang Resort, sampai di Kalumpang jangan masuk situ :) terus ke depan sedikit ada kawasan sungai perkelahan sebelah kanan, itulah dia Sungai Inki.

Suasana sungai jam 8 pagi ;)
Nampak air macam cetek kan? tepi tu je yang cetek, ke tengah sedikit agak dalam adalah paras pinggang ke dada, sesuai untuk dewasa yang kepingin nak berenang dalam sungai.
Kami mencari port yang sesuai, oh ya datang ke sini mesti awal nanti parking penuh, kena jalan jauh....
Port kami dengan bag comel anak-anak :)

Anak-anak awal lagi sudah masuk air, air di tepian sahaja, ibu tidak benarkan anak-anak main di bahagian tengah, arus air agak deras pagi tu, di tengahnya disediakan tali.

Bila anak-anak sudah masuk air, ibu dan abah tidak sabar-sabar nak bakar kepak ayam. Skill menghidupkan unggun api masih ada, mujur ada pengalaman masuk hutan zaman remaja dulu-dulu kan? Ok lah mari lihat chicken wing dan sosej panggang ini :)


Seronok sangat anak-anak, kami sudah lama tidak bawa mereka bermain air sungai... anak mana yang tidak sukakan air? Dari jam 8 pagi sampai jam 1 tengahari pun masih tak mahu balik, walaupun sudah menggigil.

Agenda main air dan makan sahaja..... bihun goreng yang ibu masak pagi tadi nampaknya kurang diminati, maklumlah ada kepak dan sosej kan?

Jam 1.30 kami paksa juga anak-anak naik dan kami bergerak pulang, singgah di Masjid berdekatan jalan besar untuk solat zohor dan ibu tukar pakaian di sana. Hujan turun dalam perjalanan kami pulang ke rumah, aktiviti memancing terpaksa dibatalkan.

Banyak lokasi perkelahan yang menarik di Hulu Selangor ini, ibu teringin juga hendak pergi ke Santuary Kelah di Sungai Chiling, jika diizinkan Allah kami akan sampai nanti.

Mana destinasi cuti-cuti Malaysia ibu-ibu dan keluarga cuti sekolah ini? Mari kongsi dengan ibu, boleh kami rancang percutian yang lebih menarik di lain masa.

Sampai di rumah, kami beli rambutan 4 kilo RM10, sekali hadap je, kami semua memang sukakan buah rambutan. Petang itu, habis jua bihun goreng ibu dimakan anak-anak :) Alhamdulillah tiada yang membazir.

P/s: Ibu menang 2 hadiah, 1 dari blog ElissMie dapat FM dan 1 lagi dapat Buku Ustaz Azhar Idrus, nanti ibu kongsikan di entry yang lain......

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Prevé R3 <b>di Sepang</b>

Posted: 19 Oct 2012 03:26 AM PDT

Prevé R3 di Sepang ! Hari tu masa ipaq aku ajak pi aku tak mau, bukannya duduk kat grandstand atau K1 atau C2/3. Tapi duduk kat Pit Stop...ada aircond, makan free....Alih-alih bila aku tengok ada gambar Prevé R3 ni kat laman2 web, rasa menyesal la pulak...ha3x!!! padan muka hang......

Aku tak tau la nak kata cun atau idaknya keta nih, tapi bagi peminat Proton Prevé R3, aku rasa kira okey la kot. Nampak garang, tapi still masih ada kureng lagi sikit. Bak kata orang tua, kurang umphhh laa.

Satu lagi yang aku rasa kureng ialah design kaler dia...kalau bagi kaler yang lebih garang baru la nampak ngam sikit. Prevé R3, ni depa buat show masa geng2 universiti buat race kereta eletrik kat Sepang. 
Aku memang malas nak pergi, rasanya sekarang dah kurang sikit kot dengan race2 nih...kecuali motogp jek.


Btw, layan je la gambar2 yang ada nih. Nak citer lebih2 pun aku bukan pakar dalam bidang motorsport nih. Tapi aku nak tengok juga Prevé R3 ni masuk race satu hari nanti.

Rasanya bukan aku je yang nak tengok, orang lain pun nak tengok juga kemampuan Prevé R3 dalam kelasnya nanti. Harap2 memberangsangkan laa....



Selasa, 22 Januari 2013

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Remaja hilang <b>di Cheras</b>, jumpa di Melaka – Perak Today

Posted: 14 Dec 2012 11:28 PM PST

Rahim (tiga, kanan) menunjukkan belukar tempat anaknya didakwa 'disembunyikan' kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Kiat (kanan).

KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga kebingungan apabila anak lelaki mereka yang didakwa hilang sejak tiga hari lalu selepas masuk ke kawasan belukar di belakang rumahnya di Flat Taman Bukit Segar 1, Cheras akhirnya ditemui di sebuah surau di Melaka.

Mangsa Mohd Shukri Rahim, 15, menghubungi keluarganya menerusi telefon bimbit kira-kira jam 11 pagi semalam selepas pelbagai ikhtiar dilakukan untuk menjejaki remaja malang itu.

Remaja itu sebelum ini disedari tiada di rumah pada jam 6.30 pagi, Rabu lalu.

Bapa mangsa Rahim Jamuri, 40, berkata, dia mengesyaki sesuatu yang tidak baik berlaku kerana anaknya itu sebelum ini tidak pernah langsung keluar rumah tanpa memberitahunya apatah lagi keluar senyap-senyap pada awal pagi.

Menurutnya tambah memelikkan apabila seliparnya tidak terusik malah dia turut mengunci pagar rumah dengan mangga tetapi kuncinya dibawa sekali.

"Dia hanya memakai baju t dan berseluar pendek, puas saya bertanyakan rakan-rakannya yang tinggal di kawasan ini tetapi masing-masing tidak tahu di mana anak saya berada," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Menurutnya, telefon bimbit cuba dihubungi banyak kali namun gagal menyebabkan dia terpaksa membuat laporan polis selepas usaha menjejakinya gagal.

"Saya diberitahu oleh beberapa ustaz yang mengatakan anak saya masih berada berhampiran kawasan rumah iaitu di belukar berhampiran blok A3 menyebabkan pasukan bomba dan Gerakan Am dipanggil untuk membantu mengesan anak saya," katanya.

Difahamkan anggota bomba terpaksa menjalankan operasi mencari menggunakan khidmat anjing pengesan namun gagal menemui sebarang petunjuk menyebabkan operasi dihentikan pada hari kedua.

"Kami sekeluarga tidak pernah berselisih faham dengan Mohd Shukri dan apa yang berlaku memang di luar dugaan. Saya sendiri tidak sangka perkara seperti ini boleh berlaku," katanya.

Sembahyang hajat tepi belukar

USAHA berterusan dilakukan termasuk mengadakan sembahyang hajat dan bacaan Yasin oleh kariah Surau Yusof Al-Amin telah dilakukan beramai-ramai di satu kawasan lapang berhampiran kawasan belukar yang dikatakan menjadi laluan terakhir remaja itu sebelum hilang.

Pengerusi Suraunya Mahmud Abas berkata usaha yang dibuat bagi memohon kepada ALLAH SWT memberikan petunjuk terakhir selain usaha mencari mangsa terus dilakukan.

"Penempatan ini dahulunya bersambung dengan hutan simpan, jadi kami di sini memang akui lokasi ini agak keras kerana ada penduduk pernah terserempak dengan lembaga wanita menakutkan melintas di blok A 2 minggu lalu," katanya

Tambahnya lagi, kejadian kehilangan yang berlaku sedikit sebanyak ada kena mengena dengan beberapa insiden pelik yang berlaku ketika pembinaan kawasan itu dijalankan.

"Ketika pembinaan rumah ini dahulu ada enam kes buruh binaan tergelincir jatuh dan ke semuanya menemui ajal," katanya.

Dijaga harimau putih

SEMENTARA ibu remaja berkenaan Sharifah Rahimah Syed Sharif,40, berkata, melalui perbualan telefon Mohd Shukri ada memberitahu dia seperti mahu mencari seseorang dalam kawasan belukar tetapi tidak ingat siapa.

"Dia juga terdengar bunyi suara orang memanggil namanya berkali-kali berserta dengan laungan azan namun cubaannya melarikan diri dihalang sebelum dijaga seekor harimau putih.

"Sekarang dia berada di sebuah surau di Melaka, kami tidak tahu di mana tetapi kami akan ke sana mengambilnya dalam waktu terdekat," katanya.

- SINAR HARIAN

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Majlis Perkahwinan Yana <b>di Ampang</b> Jaya - Makeup Sweet & Sis <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 11:34 PM PST






Makeup by Intan Makeup Sweet (SIS)
Pelamin Mini by Sis Wedding Planner - RM 999.00

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


MAJLIS PERASMIAN PAKUA <b>NEGERI SELANGOR DI</b> DEWAN <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 05:25 PM PST

MAJLIS PERASMIAN PAKUA NEGERI SELANGOR DI DEWAN JUGRA TABUNG HAJI KELANA JAYA PADA 30.3.2012

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Keropok Losong <b>Tanjung Karang</b> Selangor | ladfeamir.com

Posted: 12 Jan 2013 06:47 AM PST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar korang semua? Semoga korang semua sihat waafiat.

Aku dah lama nak tulis entri ini, tetapi masa yang agak terbatas menyebabkannya tertangguh.

Keropok Losong Tanjung Karang Selangor

Selepas makan Cendol Bakar di Kuala Selangor, kami terpaksa mengharungi jalan Jem yang agak teruk.

Isteri aku ternampak signboard Keropok Losong sebelum sampai ke Bandar Tanjung Karang. Kami kemudiannya singgah di Restoran Keropok Losong tersebut yang terletak sebelah kanan jalan jika korang dari Klang.

Restoran Keropok Losong ini kecil sahaja. Menu rasminya adalah keropok losong yang digoreng panas-panas selepas di order. Tak silap aku harganya RM1 = 4 keping.

Kami tidak singgah, cuma sekadar beli Keropok Losong  mentah untuk dibawa balik ke Sungai Besar. Satu bungkus RM5.

Di rumah mertua di Sungai Besar, Farris cukup suka dengan Keropok Losong ini. Semua orang di rumah mertua aku pun turut suka. Rasanya tiada berbeza dengan Keropok Losong dari negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ada lebih isi ikan daripada tepung.

Apabila kami pulang semula ke Lembah Klang sehabis cuti sekolah, kami singgah lagi di Restoran Keropok Losong ini. Jika dari arah Sabak Bernam atau Sungai Besar, korang kena lepasi Bandar Tanjung Karang. Restoran ini terletak di sebelah kiri pula.

Ok layan gambar pula

Kedainya nampak kecil sahaja. Owner berasal dari Kelantan. Ada Laksam,Sagun serta Madu lebah.

Sos berharga RM5 sebotol.

image

Keropok Losong mentah sudah siap dibungkus

image

image

Pada plastik ada tertera alamat dan no telefon untuk korang hubungi nika korang berminat ingin membeli keropok losong ini.

image

sampai di rumah terus snap gambar. Aku beli sampai 4 bungkus dan sebotol sos. Sos nya agak manis tetapi sedap.

image

Mula-mula aku nak letakkan gambar di bawah sebagai salah satu soalan Contest Cikai. Tetapi tidak adil pula aku rasakan kerana bukan semua orang berkesempatan untuk pergi ke Tanjung Karang untuk membeli Keropok Losong.
image

Jika korang berkesempatan atau mengidam. Bolehlah korang beli Keropok Losong Tanjung Karang ini sebagai ganti kepada Keropok Losong Negeri Pantai Timur.

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


tanah <b>di batang kali</b> 3 ekar - Semua iklan

Posted: 21 Jan 2013 07:44 AM PST

Diiklankan pada 21 Jan 2013 | Hit : 11

Lokasi:   Selangor

Kawasan:   Hulu Selangor

Jenis Iklan:   Sedang Menawarkan

Tanah di Batang Kali Untuk dijual
Keluasan 3 ekar
Tanah Rezab Melayu Kekal
Masih Tanah Pertanian
Tanah Cantik
Sila Hubungi:-
Talian H/P : 012 2020207
E.Mail : mrham5757@gmail.com
Https : www.pakarhartanahmalaysia2u.blogspot.com
Https : www.pakarhartanah.blogspot.com
Https : www.buahmahkotadewa2u.blogspot.com

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Sassy MP » Blog Archive » Polis Kelihatan Menyusahkan Penganjur <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 12:05 AM PST

Ceramah banner_17 jan

Kenyataan akhbar Teresa Kok, ADUN Kinrara dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Pada 16 Januari 2013 di Shah Alam

Saya merasa hairan cara polis menangani permohonan ceramah politik yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Kinrara pada 17 Januari 2013 malam di Jalan Helang 13, Bandar Puchong Jaya.

Pada asalnya ceramah politik tersebut diadakan pada 8 Januari 2013 di tempat yang sama, tetapi polis menolak permohonan kami dengan alasan tempoh pemberitahuan oleh pihak kami kepada polis hanya 8 hari manakala pihak penganjur sepatutnya memberitahu kepada polis 10 hari sebelum program diadakan sebagaimana termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.

Selepas penganjur menunda tarikh ceramah ke 17 Januari 2013 dan memberitahu polis notis sebanyak 10 hari, pihak polis pula mencetak 1,500 naskah notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah tersebut yang menggalakkan orang ramai membantah.

Dua hari yang lepas, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd. Razak Bin Elias mengeluarkan "syarat-syarat kepada penganjur" ceramah politik tersebut dengan menyenaraikan 25 syarat. Di antaranya, beberapa syarat yang terkandung dalam surat tersebut adalah amat tidak munasabah, iaitu:

(r) Unit Amal PAS tidak dibenarkan sama sekali mengawal kenderaan lalu-lintas kerana ini akan dan boleh membangkitkan perasaan provaksi kepada masyarakat awam yang tidak terlibat dengan perhimpunan tersebut;

(s) Penganjur telah menytakan jangkaan kehadiran peserta seramai 500 orang di dalam borang di bawah jadual keempat (seksyen 10) Pemberitahun Di Bawah Subseksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), sekiranya kehadiran peserta melebihi dari jangkaan dan berada di luar kawasan yang dibenarkan, Ketua Polis Daerah mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan di bawah Seksyen 21(1)(a) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

(v) Penganjur hendaklah memastikan peserta atau hadirin tidak meminum minuman keras atau mengambil dadah semasa menghadiri ceramah ini untuk mengelak tingkah laku yang agresif di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Syarat-syarat yang dikenakan oleh Balai Polis Serdang itu telah mendatangkan banyak ketidaksenangan pada pihak penganjur, kerana:

i)                   Bagi syarat ( r ), Ceramah politik diadakan di tempat ruang di tepi jalan dan di hadapan restoran, sekiranya anggota Unit Amal PAS tidak dibenarkan untuk mengarah trafik, ia kemungkinan akan menyebabkan kesesakan lalu-lintas di tempat berkenaan;

ii)                 Bagi syarat (s), kami tidak dapat memastikan bilangan peserta yang datang menghadiri ceramah kurang daripada 500 orang. Bagi polis untuk menyuraikan peserta sekiranya kehadiran melebihi dari jangkaan adalah tidak munasabah.  

iii)               Bagi syarat (v), tapak ceramah diadakan di hadapan restoran yang mana pelanggannya juga makan dan minum di tapak di luar restoran. Kami memang tidak boleh menghalang pelanggan restoran untuk minum di tapak di luar restoran. Jadi syarat yang dikenakan adalah sukar dipatuhi.

Saya dan pembantu saya mendapati bahawa polis kelihatan mengenakan syarat yang lebih ketat terhadap pihak penganjur ceramah berbanding dengan sebelum adanya Akta Perhimpunan Aman.

Sebelum adanya Akta Perhimpunan Aman, polis selalu meluluskan permohonan program kami malah dengan notis beberapa hari sahaja, tetapi sekarang pihak polis menolak permohonan kami dengan alasan kami beritahu polis kurang daripada notis 10 hari.

Selain itu, sebelum adanya akta ini, polis tidak begitu serius untuk mengajak bantahan daripada penduduk persekitaran tapak ceramah, tetapi dalam ceramah ini, polis mengedarkan 1,500 notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah, ini seolah-olahnya mengajak bantahan daripada orang ramai terhadap program kami.

Objektif Akta Perhimpunan Aman adalah untuk memudahkan pihak penganjur untuk mengadakan program ataupun perhimpunan, dan bukan digunakan oleh pihak polis untuk menghalang perhimpunan dan program kami.

Saya ingin tanya samada polis akan mengenakan syarat yang sama terhadap ceramah politik ataupun apa-apa bentuk aktiviti kami dalam kempen pilihan raya yang akan datang.  Sekiranya ini berlaku dalam kempen pilihan raya, maka Akta Perhimpunan Aman akan dijadikan sebagai undang-undang yang boleh disalahgunakan oleh pihak polis untuk menghalang apa-apa bentuk program dan bukannya memudahkan program dan ceramah politik kami.

Saya akan tulis surat kepada Ketua Polis Selangor untuk menyampaikan ketidakpuasan saya terhadap perkara ini.

Teresa Kok

Sila rujuk:

Notis Polis_Ceramah Umum 17Jan

ads