Sabtu, 2 Februari 2013

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


PR Selangor Tunaikan Janji, Bina Rumah <b>Panjang Di</b> Sarawak

Posted: 13 Jan 2013 10:40 PM PST

SARATOK, 14 JAN : Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam membela nasib rakyat benar-benar terbukti apabila tidak hanya membantu penduduk di Selangor, malah menabur bakti di daerah Saratok, Sarawak.

Terbaru, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji untuk membina rumah panjang baru bagi lebih 200 penduduk di Sungai Jirak, di sini.

Rumah mereka hangus dalam kebakaran dua tahun lalu.

Lebih lagi, PR Selangor boleh menyumbang tiga kali ganda daripada apa yang ditawarkan oleh Kerajaan Umno-BN yang hanya mahu menyumbang RM 12,000 sahaja kepada penduduk di situ.

Rumah panjang yang dikenali sebagai Rumah Unding itu memiliki 20 buah "pintu" atau dan dibiayai Kerajaan Selangor dengan nilai RM360,000.

Adun Krian, Ali Biju dalam ucapannya berkata, janji untuk membina semula rumah panjang itu mula disuarakan Exco Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar semasa tempoh berkempen dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada April 2011.

"Dengan pertolongan Kerajaan Negeri Selangor, rumah panjang Unding ini dapat disiapkan dalam tempoh singkat.

"Semasa Dr Xavier turun padang untuk membantu Pakatan Rakyat berkempen, tiada siapa yang percaya pada kata-kata beliau.

"Namun, ternyata ia bukan janji kosong. Dengan terbinanya rumah ini, maka ia membuktikan keikhlasan dan kejujuran Pakatan Rakyat untuk membantu rakyat di Ulu Kerian, Saratok di sini," katanya semasa menghadiri Majlis Perasmian Rumah Unding, di sini.

Majlis itu dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Selangor dan turut dihadiri Dr Xavier yang merupakan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.

Tambah Ali, rumah panjang itu dibina hasil gotong royong oleh penduduk setempat secara berperingkat tanpa menggunakan khidmat kontraktor.

Menurutnya, peruntukan Kerajaan Negeri Selangor itu juga jauh lebih baik berbanding apa yang ditawarkan Kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan Pusat tawarkan bantuan RM 12,000 untuk membina rumah-rumah panjang di sini.

"Dengan nilai itu, apa yang boleh rakyat dapat? Bayaran kontraktor sahaja sudah mahal.

"Sudah tentu rumah yang dibina nanti tidak mampu untuk menampung ramai keluarga," katanya lagi.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Penduduk <b>Selayang</b> Suarakan Kemarahan Kepada Syabas

Posted: 14 Jan 2013 09:11 PM PST

SELAYANG 15 JAN : Sebuah sesi dialog bagi menerangkan gangguan bekalan air di Selayang antara penduduk dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) gagal menenangkan kemarahan penduduk yang tidak dapat menerima alasan daripada syarikat itu.

Sesi yang berlangsung semalam memlihatkan penduduk di Selayang Jaya, Selayang Baru dan Selayang Height menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada wakil Syabas Eksekutif Kanan (Teknikal) cawangan Gombak, Rahmat Bidin.

Antara alasan yang diberikan Syabas berhubung masalah bekalan air yang telah berlangsung sejak enam bulan dahulu adalah pembekuan program Perbelanjaan Modal (Capex) oleh Kerajaan Negeri dan proses penukaran paip lama yang memakan masa.

Gangguan bekalan menjadi lebih teruk beberapa minggu lalu, apabila paip lama di kawasan tersebut pecah.

Seorang penduduk Fakaruddin Tahir yang mengadu tentang tekanan air di rumahnya yang terlalu tinggi, berkata wakil Syabas gagal memberi respons kepada aduannya.

"Apa yang saya tanya, encik tak jawab," Fakaruddin dipetik berkata kepada tiga pegawai Syabas.

Apabila ditemui selepas sesi itu, Fakaruddin mengulangi pendiriannya bahawa Syabas kurang prihatin terhadap masalah di kawasan Selayang.

"Puncanya Syabas lambat bertindak bagi mengatasi masalah. Sekarang ini bila masalah timbul macam paip pecah, bermacam alasan diberinya," kata Fakaruddin.

Bagi Loh Thiam Fook pula, Syabas gagal menggunakan dana yang telah diperuntukan kepada syarikat itu.

"Saya pun tidak tahu apa dibuat Syabas sedangkan peruntukan geran RM 250 juta diberikan untuk kerja proses Air Tidak Berhasil (NRW).

"Memang tidak patut Syabas tidak selesaikan masalah bekalan air ini," ujarnya.

Sebelum itu, MP Selayang, William Leong Jee Keen memberitahu peserta sesi itu bahawa Kerajaan Persekutuan telah memberi geran RM 24 billion untuk kerja-kerja pengurusan industri air.

"Syabas syarikat swasta yang membuat untung malah mereka diberikan peruntukan geran RM 24 billion oleh Kerajaan Persekutuan.

William juga menyangkal dakwaan Syabas bahawa Kerajaan Negeri telah membekukan capex kepada Syabas.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga membayar Syabas bagi setiap 20 meter padu air percuma bernilai RM 11.44 yang diberikan kepada rakyat.

"Alasan paip lama 40 tahun juga tidak boleh diterima kerana kenapa sebelum 2008 bila mengambilalih urusan bekalan air masalah ini tidak diatasi," kata William.

Ini sebagai respons kepada Rahmat yang berkata gangguan bekalan air berpunca daripada paip berusia hingga 40 tahun dan proses penukaran paip lama kepada baru yang memerlukan masa.

"Kita juga memberikan keutamaan bagi penyelesaian ini mengikut kawasan dengan yang kritikal didahulukan.

"Proses penukaran dan baikpulih ini sudah berjalan sejak 2007 bila Syabas mula mengambilalih operasi air pada 2005 bagaimanapun terpaksa dihentikan bila Kerajaan Negeri membekukan perbelanjaan modal pada 2008," katanya.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Kes Dera Kanak-Kanak Bangsa India <b>di Meru</b>, Klang

Posted: 12 Dec 2012 11:00 PM PST

Lelaki yang terlibat adalah bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut, telah ditahan dan disiasat di bawah Sek. 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Kanak-kanak malang tersebut kini dirawat di Hospital Klang di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Fizz Crew bersama Fizz Fairuz <b>di Bandar Sunway</b> | FizzStars Fan Club

Posted: 28 Nov 2012 06:03 PM PST

Lepak bersantai sambil menikmati minuman Coffee di Starbuck Sunway Piramid .Perbincangan kali ini lebih banyak kearah aktiviti sukan berkumpulan .Keputusan discussion telah dipersetujui oleh Fizz Fairuz .Update tentang aktiviti sila rujuk di ruangan FizzStarsfc Activity .









12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


[eksklusif] : tanda-tanda @khalidsamad bungkus <b>di shah alam</b>!!?

Posted: 20 Jan 2013 04:00 PM PST


SHAH ALAM - Senario yang berlaku sejak akhir-akhir ini terhadap penggunaan khalimah Allah bukan sesuatu yang baru. Tetapi perkara lama atau tuntutan yang sengaja diulang-ulang.

Atas kesedaran bagi menyedarkan umat Islam, pihak pengurusan Masjid Sultan Salahunddin Abdul Aziz Shah telah menganjurkan sebuah ceramah perdana khas yang telah disampaikan oleh Dato' Dr. Harun Din.

Antara yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Hj. Marzuki Hussin, Imam Besar Masjid, Ustaz Mustafa Saidin dan beberapa pemimpin UMNO di Shah Alam.

Program itu telah diadakan pada Jumaat lepas di dewan solat bawah Masjid berkenaan dan dihadiri lebih 2000 orang penduduk Shah Alam.

Bilangan jemaah yang hadir jelas membuktikan bahawa umat Islam di Shah Alam menolak penggunaan khalimah Allah oleh bukan Islam.

Dalam ceramah, Harun Din menegaskan khalimah Allah adalah khalimah agong yang digunakan dalam zikir dan disanjung tinggi kerana perkataan Allah itu sendiri adalah pilihan Allah yang menunjukkan maha esa.

Semua makhluk di bumi dan seluruh alam bertasbih kepada Allah kerana Allah merupakan yang maha esa dan segala puji-puji itu hanya milik Allah sahaja.

Antara lain, beliau turut mengingatkan supaya umat Islam sentiasa mempertahankan khalimah Allah daripada disalahguna oleh bukan Islam.

Sebelum ini, Khalid Samad merupakan antara pemimpin pakatan haram yang lantang menyokong penggunaan khalimah Allah oleh bukan Islam. [klik sini]

Khalid Samad juga pernah mengutuk tindakan bekas exco Selangor, Dato' Hassan Ali kerana membuat siasatan di DUMC kerana ada cubaan memurtadkan umat Islam.

Beliau juga antara pemimpin pakatan haram beragama Islam dilihat sering ke geraja untuk memberi tazkirah.

Oleh itu, umat Islam di Shah Alam perlu berhati-hati dengan Khalid Samad. Kemungkinan beliau adalah agen kepada pihak yang memusuhi Islam?

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Perarakan Sempena Thaipusam Tiba <b>Di Batu Caves</b> - Tv3

Posted: 25 Jan 2013 11:46 PM PST

26/01/2013 15:46:00

Perarakan membawa arca dari Jalan Tun H.S Lee ke Batu Caves telah bermula sejak jam 12 tengah malam tadi.

Perarakan yang melalui laluan utama di ibu kota disertai ribuan penganut agama Hindu.

Perarakan tiba di Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Gombak, Selangor, pagi tadi.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


VALUES OF LIFE: Wedding <b>Di Kajang</b> Pula

Posted: 04 Dec 2012 09:01 PM PST


Dari Majlis Jemputan Perkahwinan yg pertama
menuju pula jemputan kedua

Dalam perjalanan hujan punya lah lebat,
sepanjang perjalanan dari KL ke Kajang
tapi sampai jer ke kawasan perumahan
cuaca cantik, kering...tak ada hujan setitik pun
Huishhhhh...betul2 rezeki tuan rumah
kalau tidak haru lah sikit..basah2 sana sini..
pengantin berarak dan berkompang semua kena berpayung
Alhamdulillahhhh...

Sampai di rumah Majlis Perkahwinan dah pukul 4 lebih
masih sempat  lagi sebab  jemputan sampai pukul 5 ptg
Bukan auntie ajer yg datang time macam gitu
ada lagi tetamu sampai selepas auntie
mungkin juga macam auntie dari kenduri yang lain

Jemputan Majlis kenduri ni dari ex opismate auntie
since way back in early 90's..lama dah kenal dia
dari dia bujang sampai lah sekarang dah anak 7 orang,  hik3
Walaupun dah lama kenal, tiada hubungan darah
dia masih berhubung rapat dengan keluarga auntie
hampir setiap bulan dia datang visit auntie kat rumah
Auntie terasa amat terharu, berkali2 dia ajak kerumah
dia, kerana dia tahu auntie suka makan masakkan Negri9
lemak cili api..huhuhuhu
tapi auntie tak pernah sampai rumah dia..

Majlis kawin ni, anak lelaki nya yang sulung..
Muhammad Qayyum baru berumur 22 tahun
Auntie dan uncle mesti pergi  utk jemputan ini..
dengan izinNya, auntie sampai juga..
Alhamdulillah..

Parking dekat dengan khemah
dah tak banyak kereta..
Alhamdulillah..


Auntie dipimpin oleh Ayol untuk berjumpa  tuan rumah

Kuih muih yang dah 'kelisin' (habis)

Ayol tolong ambilkan utk Papa dan Mamanya


Auntie adap kuih dan jeruk2, 
konon2 dah kenyang tak nak makan nasi lagi
Terfikir..rugi kalau tak makan, 
tadi masa lalu kat depan buffet, ada nampak lauk yg berkenan..hik3x
Huishhhh...lauk pauk semua best2 yang dimasak sendiri
 oleh kaum keluarganya dari kampung
Lemak cili api nangka + ikan kering
Sambal tumis sotong kering
Menantu seorang peguam - Norharyati binti Pawanteh



Motip ambil gambar nih? difahamkan pelamin dalam rumah
Uncle tak mau bukak kasut lah tu..tak mau masuk
Tak perlah..bukan auntie bayar pun uncle utk jadi photog..hahahaaha
Hahhhh...tu dia Ayah Pengantin jengah sebelah auntie..hik3x
Lepas jengah auntie, ayah pengantin heret tangan ibu pengantin
dapatlah bergambar dengan uncle sekali..
Kepada Ayah dan Ibu Pengantin
Encik Jeffri bin Ab. Jalil dan Puan Nor Azlian binti Abu Hassan
auntie ucapkan tahniah dapat menantu
Alhamdulillah sampai rumah pukul 6 ++ sempat bersolat Asar

Ole2 dari Majlis Perkahwinan
Halwa Maskat dan bekas air
Moga pasangan pengantin bahagia menempuh alam perkahwinan..Aamiin

babah khalilah khaira khalis: Sate Kajang Haji Samuri <b>di Kajang</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2013 05:52 PM PST

Malam tadi aku pergi makan Sate Kajang di Kajang laaa sebelah Stadium Kajang tu...
Sekarang sudah layan diri order dan bayar terus kat kaunter. Lepas tu dia bagi siap2 kuah sate dan nasi impit kalo kita ada order skali.

Yang aku bengang nak dekat sejam kitaorg tunggu sate baru sampai. Sampai nasi impit dan timun dah habis kitaorg makan gitu jer...
Lg bengang orang yang sampai lambat boleh pulak dapat sama dengan kitaorg. Nak kata tak cukup pekerja, aku tengok ramai jer pekerja yang duduk rileks yelah bukan amik order pun cuma hantar sate dan kemas meja jer.... Aku sampai dulu dan order dulu ko hantarlah sate aku dulu. Tak payahla nak kumpul banyak2 baru nak hantar. Samdol betullah...

Ingatkan makan sate Hj Samuri kt HQ die ni cepat servicenya rupa-rupanya hampehhh jugak.... Ini kira last lah aku datang....







12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


LAPORAN KHAS: Isu Kepala Babi <b>di Rawang</b>-Sentul Yang Tiada <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2012 03:18 AM PDT

Sinopsis:

Serangan kepala babi di masjid di Rawang dan Sentul menandakan politik provokasi masih lagi dimainkan di negara ini.

Rakyat bagaimanapun tidak terpedaya sebaliknya menuntut kerajaan memikul tanggungjawab dan memberkas petualang terlibat.

Sehingga ke hari ini, tiada yang ditahan.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


Puakajoran.blogspot.com: Sepetang <b>di</b> Kolam Pancing <b>Pandamaran</b>

Posted: 27 Jan 2013 09:29 AM PST

Paparan tertunda.Penghujung Disember 2012 - Sekian lama tidak beraktiviti hati bagaikan diamuk rindu.Bagi meredakan keinginan sempat berkejar ke kolam pancing Pandamaran dengan Juragan Nizam untuk bertemu sahabat-sahabat joran di sana. Saudara Amin dan rakan-rakan telah sedia menanti.Niat awal ingin sama-sama beraktiviti namun sedikit kelewatan telah membentur hasrat kami.Pertama kali ke lokasi, tersasul juga untuk mencari jalan.Apapun terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan joran yang tidak jemu melayan kami dan memberi panduan sehinggalah kami sampai ke destinasi.Sempat jugalah berinteraksi dengan sahabat-sahabat baru dan lama, hampir 10 orang yang kesemuanya berasal dari negeri kelahiran kami , Perak.

Aksi di Kolam Pancing Naga, Saudara Amin dengan kerapu harimau.Tangkapan ketiganya pada hari itu. Kolam Naga, sentiasa menjanjikan hasil yang lumayan. Jika berminat bolehlah berkunjung ke sini. Bayaran dikenakan sebanyak RM 200 untuk 3 jam menjoran.Kebanyakan ikan bersaiz mega 2 kg ke atas.




Saudara Hafiz dan saudara Lan juga tidak ketinggalan beraksi.








 Jenahak juga terdapat di kolam ini.

Hasil tangkapan boleh dijual semula kepada pengusaha kolam dengan harga antara RM 24 - RM 30 sekilo gram. Jika bernasib baik ditambah dengan sedikit kepakaran, kaki pancing boleh memperolehi pendapatan yang agak lumayan.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat joran. Merasa jugalah jenahak dan kerapu harimau "Tiger" kolam pancing Pandamaran sebagai buah tangan.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Zulfahmi cipta sejarah, pole position <b>di Sepang</b> ~ RonyanuaR

Posted: 19 Oct 2012 11:03 PM PDT

Pelumba motogp negara dari pasukan AirAsia SIC-Ajo dalam kelas moto3 Muhammad Zulfahmi Khairuddin mencipta sejarah sebagai pelumba pertama asia yang mencapai kedudukan pole position pada sesi kelayakan motogp kelas moto3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebentar tadi.
Dengan kedudukan tersebut bermakna beliau akan  memulakan perlumbaan esok dari grid pertama dengan meninggalkan calon juara tahun ini Sandro Cortese.
Hari ini juga yang merupakan hari kelahiran Zulfahmi yang ke 21, benar-benar membawa tuah kepadanya selain dibantu pengalamannya dilitar sepang dan keadaan jentera yang baik.
Selain Zulfahmi, seorang lagi pelumba negara yang menyertai motogp di sepang pada kali ini adalah seorang pelumba muda yang berpeangkalan di Sepanyol iaitu Hafizh Syahrin Abdullah yang akan beraksi dalam kategory moto 2 atas tiket Wildcard.
P/s : Jom sama-sama menyokong pelumba negara di Sepang esok sekaligus memeriahkan sukan permotoran negara.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Kantoi ~ Bloger umno fitnah gereja mainkan nama Allah <b>di Petaling</b> <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2013 07:07 AM PST

Berita dari bloger umno menyebarkan gambar sebuah gereja dengan pengunaan khalimah Allah
Ramati kamu umat Islam.

 

Niat nak porak perandakan akidah umat islam.terutama Melayu supaya benci Pakatan Rakyat!

Korang harus ingat.. yang meluluskan pengunaan kitab injil bahasa Melayu ialah 

Najib bin Razak dan juga Dato Nazri Aziz !!

Diumumkan dengan bangganya oleh Dato Idris Jala

Siapa mereka semua? orang PAS kah? PKR kah?DAP kah?
Jadi apa masalah kamu wahai melayu2 umno?

Gereja ni di Petaling Jaya?

Here's a lovely picture of a board put up by Clifton's St. Peter's Episcopal Church wishing Muslims a happy Eid. Members of the church have also been fasting and have been promoting understanding between different communities.Maksudnya

Berikut adalah gambar yang indah lembaga yang dikemukakan oleh Gereja Episcopal St Peter Clifton ingin umat Islam Eid gembira. Ahli-ahli gereja juga telah berpuasa dan telah menggalakkan persefahaman antara masyarakat yang berbeza.

 

Setelah di siasat sumber maka di dapati mereka mengambil gambar ini di sebuah gereja bernama Episcopal St Peter Clifton

Beralamat di St Peter's Episcopal Church

380 Clifton Ave, Clifton, NJ, United States

Related posts:

Filed Under: Dari blogger

ZAKRI ALI: PRU13 : Puluhan &#39;hantu&#39; muncul <b>di</b> Bukit Gasing <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2013 05:30 AM PST



Bukti terbaru itu sekaligus mengukuhkan laporan dan aduan orang awam, NGO dan Pakatan Rakyat mengenai ratusan ribu pertambahan pengundi berdaftar yang meragukan.

Dalam satu sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, antara yang mengejutkan ialah terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali didaftar menggunakan alamat itu apabila disemak dalam daftar pemilih.

"Kami mahu tanya Najib dan penyelaras BN Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed adakah ini pengundi hantu mereka?

"Dengan pembongkaran itu, BN umpama "menyumbat gol sendiri," katanya kepada media.
Turut hadir pada sidang media itu ialah ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Kasthuri Patto.

"Tapi mana mungkin sebanyak 28 kesilapan berlaku serentak? Apabila kita buat semakan dan penelitian, nama itu telah didaftarkan pada 2012 lalu ketika Rang Undang-undang Daftar Pemilih suku pertama dimansuhkan.

"Lagipun pemilik tidak pernah sewakan rumah itu kepada sesiapa dan beliau menetap di situ sudah lebih 30 tahun," jelasnya.

Justeru, beliau mendesak agar SPR mengambil tindakan secara serius apa lagi negara dikejutkan dengan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin yang diberi kad pengenalan di Sabah.

Satu MyKad, dua nombor pengenalan

"Di bawah nombor MyKad beliau satu lagi nombor pengenalan tertera dalam kurungan.

"Apabila disemak, nombor itu adalah milik seorang pengundi yang lahir pada 1961 di Segambut. 
Bagaimana boleh jadi begini sedangkan pemilik lahir pada 1988. Bagaimana boleh ada dua nombor pengenalan dalam satu MyKad? soal beliau.

Tambahnya, sudah lebih 10 tahun NGO bersama parti oposisi mendesak SPR membersihkan daftar pemilih di Malaysia.

"Pada 2004, kita pernah desak Pengerusi SPR meletakkan jawatan sebab banyak keraguan dalam daftar pemilih, sekarang sudah tahun 2013, masih tak ada perubahan.

"Najib kata nak buat transformasi tapi tak ada apa yang berubah. Adakah ini merupakan satu lagi kes janji tidak ditepati? ujarnya. 

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Gangguan Elektrik <b>di</b> kawasan SS5C <b>Kelana Jaya</b>, Selangor

Posted: 21 Jan 2013 04:00 AM PST

Kepada yang terlibat sila ambil perhatian.
Malam ni siap-siap basuh kain baju, iron baju, iron tudung..sat g esok tak vogue pulak erk..hehehe
Kawasan terlibat: SS5C Kelana Jaya, Petaling Jaya 
Sila hubungi nombor yang tertera ye jika ada sebarang pertanyaan.

p/s : makanya esok tak dapat lah nak berblog dengan kenkawan sekalian... Jangan rindu saya..hehehe

Jumaat, 1 Februari 2013

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


laman blog pergerakan pemuda umno cawangan <b>telok datok</b>

Posted: 01 Feb 2013 07:32 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

PANAS ! ADUN TELUK DATUK KAKI UGUT?

Posted: 01 Feb 2013 04:59 AM PST


IBARAT CACING KEPANASAN..ITULAH YANG BOLEH AKU KATAKAN DI SINI..PABILA PENDEDAHAN "PENYEMBUNYIAN"BUKU-BUKU LATIHAN UNTUK DIAGIHKAN KE SEKOLAH-SEKOLAH TELAH DIDEDAHKAN  OLEH YAP KON MIN,BEKAS PENGERUSI DAP  CAWANGAN SERI KEMBANGAN BARU baca di sini http://pemudatelokdatok.blogspot.com/2013/01/bongkaradun-dap-teluk-datuktipu-rakyat.htmll BERSAMA RAKAN-RAKANNYA SEPERTI TONY TAN,JAVIN TAN DAN R.VELLASAMY.SEPATUTNYA ADA SEORANG LAGI YANG AKAN MENYERTAI SIDANG MEDIA INI,IAITU  BEKAS SETIAUSAHA JKKK KAMPUNG SUNGAI JAROM,AKAN TETAPI,BELIAU TIDAK DAPAT HADIR BERIKUTAN TELAH MENERIMA SATU SMS UGUTAN DARIPADA SESEORANG INDIVIDU YANG TELAH MEMBERI TEKANAN AGAR TIDAK KELUAR MEMBERI KENYATAAN BERSAMA.MAKIN HEBAT "GAME"YB PHILIP NI.MAIN UGUT-UGUT..KENAPA?

SELEPAS SEMINGGU BERLALU SEJAK SIDANG MEDIA YANG PERTAMA BERKAITAN ISU PENGEDARAN BUKU LATIHAN,MAJALAH SERTA BAIK-PULIH JALAN DI DUN TELUK DATUK OLEH YAP KON MIN PADA 26 JANUARI LALU TERHADAP ADUN TELUK DATUK,YB PHILIP TAN CHOON SWEE,MASIH LAGI BELUM MENDAPAT SEBARANG JAWAPAN YANG MEMUASKAN..
BUKU LATIHAN SEBANYAK 13 RIBU NASKAH YANG TELAH DISUMBANGKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PROGRAM HASIL NEGERI UNTUK RAKYAT PADA TAHUN 2011 MASIH BELUM DIEDARKAN LAGI KEPADA PELAJAR SEKOLAH TERUTAMANYA KEPADA  KELUARGA YANG BERPENDAPATAN RENDAH...ERMM..INI KE CARA NEGERI BERKEBAJIKAN AGIHAKAN BANTUAN?
BACA DI SINI http://pemudatelokdatok.blogspot.com/2013/01/adun-teluk-datuk-akui-selewengserah.html
 SEPATUTNYALAHKAN,JUMLAH SEBANYAK ITU,PROSES PENGEDARAN BOLEH DILAKUKAN DENGAN MENGAMBIL MASA YANG AMATTTTTT SINGKAT,NAMUN..SETELAH 2 TAHUN PENGEDARANNYA MASIH LAGI MENJADI TANDA TANYA????
DALAM SIDANG MEDIA TERSEBUT,YAP KON MIN TELAH MENYERU KEPADA  PHILIP TAN AGAR DAPAT MEMBERI PENJELASAN YANG LEBIH TERPERINCI BUTIR-BUTIR PENGAGIHAN BUKU LATIHAN KEPADA MANA-MANA SEKOLAH YANG TELAH MENERIMANYA,JUMLAH YANG TELAH DIAGIHKAN SERTA BILA DIAGIHKAN?PERHH MAU TERDUDUK PHILIP TAN DIBUATNYA.NI DAH MASUK BULAN FEBUARI 2013,TAKKAN BARU NAK AGIHKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH.NAK BUAT APA?DISAMPING ITU JUGA,YAP KON MIN JUGA MENGATAKAN KENAPA PHILIP TAN SERING BERKATA BOHONG DIMANA PADA SIDANG AKHBAR YANG LALU BELIAU MAKLUMKAN BAHAWA KESEMUA BUKU TELAH DIAGIHKAN AKAN TETAPI DALAM SIDANG AKBAR BARU-BARU INI BELIAU BERKATA HANYA TINGGAL 1300 NASKAH SAHAJA  YANG ADA DALAM SIMPANAN DAN AKAN DIAGIHKAN KEMUDIAN.KEMUDIAN??BILA TU YB???
SECARA DASARNYA.RAKYAT SELANGOR BERHAK UNTUK BERTANYA TENTANG PEMBAHAGIAN BUKU LATIHAN SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR,AKU ULANGI,KERAJAAN NEGERI SELANGOR,BUKAN SUMBANGAN PHILIP TAN..

PERSOALANNYA SEKARANG..KENAPA PERLU SIMPAN BUKU TERSEBUT DIPEJABAT PHILIP TAN DAN KENAPA TIDAK DIEDARKAN..

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


LensaKini: K-POP ALA PAS <b>DI KUALA KUBU</b> BHARU

Posted: 18 Nov 2012 07:51 PM PST

K-POP ALA PAS DI KUALA KUBU BHARU

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=8-VMzfeYYRg[/youtube]

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


GAMBAR: Saksikan Detik Cemas Percubaan Bunuh Diri <b>Di Cheras</b> <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 10:05 PM PST


Kecekapan anggota bomba telah berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Vietnam yang cuba membunuh diri .

Sebelum itu wanita tersebut telah bertindak mengelar kedua belah pergelangan tangannya.

Peristiwa cemas juga telah disaksikan oleh penghuni sekitar dan orang awam.

Balai terlibat ialah BBP Pudu,Unit RIM dan EMRS serta Jentera TTL Magirus dari BBP Hang Tuah.

Bomba bertindak memasang beg udara sebagai persediaan mengelakkan kecederaan teruk pada gadis itu sekiranya dia terjun.

Ketika dia leka berbual-bual dalam usaha memujuk, pihak bomba bertindak menariknya ke dalam rumah.

Bagaimanapun belum dipastikan punca dan sebab mengapa wanita itu mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Syabas kepada semua mereka yang terlibat dalam menangani situasi cemas tersebut!

(Foto Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia)

3786_10151187494656762_1228197564_n

407855_10151187494636762_1743192335_n

309366_10151187494381762_1486447441_n

148916_10151187494391762_1421245407_n

557168_10151187494541762_396162040_n

BACA: KENAPA MB SELANGOR SANGGUP TUNGGU HINGGA 100 TAHUN?

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Amboi... Tanah lot <b>di jeram</b> untuk dijual - 14 lot - -Lokasi tapak

Posted: 07 Jan 2013 04:37 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Tanah lot di jeram untuk dijual - 14 lot, -Lokasi tapak :- Jalan Tambak Tengah, Jalan Pantai Jeram, Kuala Selangor -title type : Freehold (Rizab Melayu) -Status : Pertanian -Keluasan tanah :0.6753 hektar/1.7 ekar -Harga : Rm 30000 per lot.

ads