12 di pandamaran - Google Blog Search |
Puakajoran.blogspot.com: Sepetang <b>di</b> Kolam Pancing <b>Pandamaran</b> Posted: 27 Jan 2013 09:29 AM PST Paparan tertunda.Penghujung Disember 2012 - Sekian lama tidak beraktiviti hati bagaikan diamuk rindu.Bagi meredakan keinginan sempat berkejar ke kolam pancing Pandamaran dengan Juragan Nizam untuk bertemu sahabat-sahabat joran di sana. Saudara Amin dan rakan-rakan telah sedia menanti.Niat awal ingin sama-sama beraktiviti namun sedikit kelewatan telah membentur hasrat kami.Pertama kali ke lokasi, tersasul juga untuk mencari jalan.Apapun terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan joran yang tidak jemu melayan kami dan memberi panduan sehinggalah kami sampai ke destinasi.Sempat jugalah berinteraksi dengan sahabat-sahabat baru dan lama, hampir 10 orang yang kesemuanya berasal dari negeri kelahiran kami , Perak. Aksi di Kolam Pancing Naga, Saudara Amin dengan kerapu harimau.Tangkapan ketiganya pada hari itu. Kolam Naga, sentiasa menjanjikan hasil yang lumayan. Jika berminat bolehlah berkunjung ke sini. Bayaran dikenakan sebanyak RM 200 untuk 3 jam menjoran.Kebanyakan ikan bersaiz mega 2 kg ke atas. Saudara Hafiz dan saudara Lan juga tidak ketinggalan beraksi. Jenahak juga terdapat di kolam ini. Hasil tangkapan boleh dijual semula kepada pengusaha kolam dengan harga antara RM 24 - RM 30 sekilo gram. Jika bernasib baik ditambah dengan sedikit kepakaran, kaki pancing boleh memperolehi pendapatan yang agak lumayan. Terima kasih kepada sahabat-sahabat joran. Merasa jugalah jenahak dan kerapu harimau "Tiger" kolam pancing Pandamaran sebagai buah tangan. |
You are subscribed to email updates from di pandamaran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan