di negeri selangor - Google Blog Search |
Kerajaan <b>Negeri Selangor</b> Gagal Batal Saman 2,020 Ibu Tunggal. Posted: 22 Jan 2013 09:12 PM PST
SHAH ALAM 23 Jan. - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membatalkan saman 2,020 ibu tunggal di sini hari ini. Keputusan telah dibacakan Hakim Datuk Yaacob Mohamad Sam setelah mendengar hujah dari pihak peguam, Vishal Kumar yang mewakili pihak defenden dan Azyan Alia Yusof bagi pihak pemohon. Hakim juga memutuskan perkara itu kerana mendapati plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan itu.sebagaimana terkandung pada manifesto Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) lalu. Susulan keputusan tersebut, pihak mahkamah mengarahkan pihak defendan memfailkan penyataan pembelaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh hari ini. Isu ini mula dibangkitkan pada bulan November tahun lalu menerusi fail saman yang dikumpulkan seramai 2,020 ibu tunggal terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan RM10.9 Juta ekoran kegagalan menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto PRU12. Ianya disusuli dengan demonstrasi sekumpulan ibu tunggal di hadapan bangunan Kerajaan Negeri Selangor bagi tersebut turut menyerahkan memorandum berkaitan tuntutan tersebut kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Rodziah Ismail. Mereka menamakan kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua. |
You are subscribed to email updates from di negeri selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan