12 di dengkil - Google Blog Search |
PENGEDAR SAH SHAKLEE <b>DI DENGKIL</b> BANTING SEPANG KLIA <b>...</b> Posted: 22 Jan 2013 04:00 PM PST Dah lama rasanya tak share testimoni pengguna skin care set kan.. harini saya nak share satu testimoni bergambar.. ini empunya diri sendiri yang post kat grup exclusive kami.. Beza? Memang berbeza kulit wajah beliau sebelum dan selepas mengambil Shaklee.. sangat ketara hokkey..! Tapi, beliau sangat KONSISTEN selama 3 bulan baru dapat hasilnya.. So, lets the testimony speaks.. :-) Beliau ada mentioned kat atas tu yang beliau ambil ESP, Vitamin E, Vitamin C, Bcomplex dan GLA. Yeesss... kerana kulit wajah kita PERLUKAN NUTRIEN LAYER AFTER LAYER.. bukan selapis je tauu.. ini barulah dikatakan "skin repair" secara menyeluruh! Jadi jika anda inginkan kulit wajah seperti Cik Puan kita di atas ni, kenalah ambil set seperti di atas yea.. takleh ngelat nak amik vitamin E je.. atau nak amik ESP je.. atau nak amik Vitamin C je.. nanti kulit wajah pun jadi ala 'jer-jer' je.. hehe.. kata nak protect skin LAYER AFTER LAYER kann.. so, kenalah invest sikit.. tak mahal pun sebab set ni boleh consume up to 4 months dan harganya tak sampai RM500 pun! memang jimatlahhh.. Dann... jika anda membeli dengan saya, saya akan berikan EXCLUSIVE TIPS tau.. haha.. nak CANTIK dan LAWA ni mestilah ada TIPS dan ILMUNYA kann.. ehh.. jangan risau.. ini bukan ilmu hitam yea.. haha.. takde susuk menyusuknya.. ini EXCLUSIVE TIPS tauu.. ! Jangan ketinggalan untuk hubungi saya untuk mendapatkan set ini yea.. ;-) Puan Lia [UmmiIrfan] Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880] Mobile: 012-2541296 Emel: rafaliah@yahoo.co.uk Fanpage: UmmiIrfan Online Shoppe *Click here to order. **COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya. >> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini << |
Rosmah, BAKTI Lawat Mangsa Banjir <b>Di Dengkil</b> Posted: 07 Nov 2012 10:27 PM PST
DENGKIL 8 Nov - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ahli-ahli Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) hari ini meluangkan masa melawat mangsa banjir yang di tempatkan di Pusat Penempatan Sementara di sini.
Rosmah yang juga merupakan Yang Di Pertua BAKTI meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama mangsa banjir dan makan tengah hari bersama mereka.
"Selepas mendapat maklumat mengenai kejadian banjir, kami (BAKTI) telah berbincang dan mengambil keputusan untuk datang melawat ke kawasan yang mengalami banjir.
"Kami turut mengambil inisiatif untuk menyumbangkan RM 10 ribu kepada setiap negeri yang mengalami banjir iaitu di negeri Selangor, Johor, Melaka dan Perak," katanya ketika berucap di Dewan Orang Ramai, Dengkil yang dijadikan sebagai Pusat Penempatan Sementara bagi mangsa banjir.
Menurut Rosmah, dengan sumbangan yang disalurkan ini, dapat meringankan beban mangsa banjir untuk membeli keperluan yang diperlukan oleh mangsa banjir.
"Dana ini akan disalurkan melalui Pertubuhan Isteri Wakil-Wakil Rakyat setiap negeri yang terlibat, dan wang tersebut akan digunakan untuk membeli keperluan bagi kegunaan mangsa banjir," katanya.
Tambahnya lagi, rakyat tidak perlu risau jika ditimpa musibah kerana pelbagai pihak seperti pertubuhan kebajikan akan turut sama menghulurkan bantuan.
"Ini (beri sumbangan dan melawat) sahaja yang mampu kami lakukan. Segala yang terjadi adalah ketentuan Allah SWT. Saya lihat keperluan mangsa banjir mencukupi dan kita perlu bersyukur kerana pelbagai pihak turut sama membantu menghulurkan bantuan bukan sahaja daripada pihak Barisan Nasional (BN) sahaja," ujarnya lagi.
Seramai kira-kira 919 mangsa banjir yang ditempatkan di penempatan sementara ini dijangka akan pulang ke rumah masing-masing pada petang ini jika keadaan mengizinkan. |
You are subscribed to email updates from di dengkil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan