Sabtu, 2 Februari 2013

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Jari Intanku..: KEKEDIAMAN HAIRE ISKANDAR <b>DI SALAK TINGGI</b> <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2013 06:08 PM PST

 Assalamualaikum,
Pada hari Khamis yang lepas sempena cuti Maulidur Rasul, Kak Intan dan suami kerumah Haire Iskandar, rakan yang sama sama minat dengan barang2 decor ala Inggeris diSalak Tinggi Sepang. Malam tu Haire dan isterinya ada membuat sedikit majlis kesyukuran dan juga sambutan hari lahir anak kedua nya Dania yang ke2 tahun.

Macam macam yang dihidangkan malam tu, tapi tak sempat ak ambil gambar semua, sebab tetamu Haire agak ramai diluar dan dalam khemah yang dipasang. Jadi Kak Intan dan suami duduk dibahagian dalam rumah nya...sambil sambil tu mata memandang barang barang hiasan rumah Haire. Haire ni peminat English Vintage, cantek susun atur rumah nya seronok Kak Intan tengok.
 Sempat juga suami Kak Intan snap gambar di dining area nya ni...kemas dan tersusun semua barang2 nya  Zoom kat dalam almari kaca yang kat hujung tu...wahhh koleksi pinggan mangkuk kegemaran Haire...bukan main cantek lagi.. Yang ini pula pinggan tergantung cantek sebagai hiasan disekeliling ruang makan rumah Haire.

Bila kat luar dah reda dari tetamu yang ada, Kak Intan dan Nik  Evelyn duduk diluar pula menjamu selera....diluar bertemu pula dengan Nik Norzarina dari Taman Setiawangsa...uishhh Nik ni juga peminat yg sama macam kami bertiga juga he..he... bila dah bertemu duduk semea..apa lagi mesti kisah decor Inggeris yang dicerita kan menjadi topik utama...

Saudara Haire Iskandar yang berkopiah putih tu...ta sempat nak ambil gambar ramai2 sekali..maklumlah Haire busy sangat malam tu.

Masa baru2 sampai rumah Haire..sempat juga tinggalkan ucapan kat sini untuk birthday girl Dania...entah apa yg Kak Intan coretkan disitu main tulis aje... dan masa dalam rumah Haire sempat posing kat dining area nya... he..he...orang sibuk makan makan kita sibuk posing kan. 


Ok dulu ya... Kak Intan mengundurkan diri terlebih dahulu, nanti kita jumpa dientry seterusnya. Wassalammmmm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads