Isnin, 25 Februari 2013

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


PASPB: SAH!!! Aziz Bari bertanding <b>di Sabak Bernam</b>, yakin rampas <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2012 12:59 AM PDT

http://aliran.com/wp-content/uploads/2011/10/Aziz-Bari.jpgSABAK BERNAM - PKR yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas mengumumkan calon baru bagi kerusi tersebut iaitu bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari.

Difahamkan, sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon dicalonkan bertanding bagi kerusi itu.

Abdul Aziz berkata, pemilihannya sebagai calon bagi kerusi berkenaan adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


 
Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam  memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.

"Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam.
 
"Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR," katanya.

Abdul Aziz berkata, menerusi ceramah-ceramah yang dijalankan di sekitar daerah ini, jelas menunjukkan rakyat semakin matang dalam memilih pemimpin bersih serta mahukan pucuk pimpinan amanah.

Beliau berkata, ia dapat dibuktikan dengan sesi ceramah yang diadakan di Bagan Terap di mana rakyat sudah bijak dalam menilai sesebuah parti politik dengan turut sama turun padang memberi sokongan ketika program dijalankan.

"Bagan Terap merupakan kawasan hitam satu masa dulu memandangkan PKR pernah kalah teruk pada 2008, namun menerusi beberapa ceramah yang dijalankan kini, jelas menunjukkan penglibatan daripada ramai penduduk yang turut turun bagi memberi sokongan," katanya.

Menurutnya, disebabkan faktor itu, Umno semakin takut menghadapi PRU13 memandangkan sokongan dilihat semakin tipis.

Katanya, kajian dijalankannya sejak 2004 jelas menunjukkan kadar peningkatan sokongan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat memandangkan pucuk pimpinan yang dianggap telus dalam membantu mendapatkan hak rakyat.

"Saya yakin PKR akan menang berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan pertambahan sokongan bagi parti ini," katanya.
 
Menurutnya, pada PRU13 nanti PKR mungkin akan kalah dalam beberapa kerusi namun peratusan undian penduduk dijangka akan meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap peti undi.

Katanya, pada PRU lalu, kebanyakan disuarakan PKR dilihat retorik namun kini parti berkenaan dapat membuktikan ia menjadi realiti di samping membuka mata rakyat.
"Ini merupakan salah satu kekuatan kita dalam memastikan kerusi Parlimen berkenaan dapat dirampas," katanya.

Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, sebelum ini, beliau turut menerima pelawaan daripada Pas dan DAP yang memintanya untuk bertanding di beberapa kawasan lain.

Katanya, bagaimanapun pelawaan tersebut ditolaknya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik di kampung halamannya.
 
"Saya berasal dari sini dan saya mahukan perubahan terhadap pucuk pimpinan di samping memberi perkhidmatan adil kepada penduduk setempat," katanya.

Beliau berharap rakyat dapat memberi peluang kepada PKR membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan daerah tersebut.

Sementara itu, Badrolamin enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Puluhan &#39;hantu&#39; muncul <b>di</b> Bukit Gasing, <b>Petaling Jaya</b>

Posted: 26 Jan 2013 06:19 PM PST

Satu demi satu bukti wujudnya pengundi hantu di Selangor terbongkar apabila seorang pemilik rumah mendedahkan beliau menerima 28 surat daripada Barisan Nasional (BN) walaupun tidak mengenali pengirim surat itu.

Bukti terbaru itu sekaligus mengukuhkan laporan dan aduan orang awam, NGO dan Pakatan Rakyat mengenai ratusan ribu pertambahan pengundi berdaftar yang meragukan....

Dalam satu sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, antara yang mengejutkan ialah terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali didaftar menggunakan alamat itu apabila disemak dalam daftar pemilih.

"Kami mahu tanya Najib dan penyelaras BN Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed adakah ini pengundi hantu mereka?

"Dengan pembongkaran itu, BN umpama "menyumbat gol sendiri," katanya kepada media....

Turut hadir pada sidang media itu ialah ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Kasthuri Patto.

Menurut beliau, pendedahan itu jelas menunjukkan wujudnya motif politik BN.

Apabila ditanya samada insiden itu mungkin disebabkan kesilapan teknikal, beliau yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor berkata, jika ianya sekadar satu atau dua kesilapan, itu masih boleh diterima.

"Tapi mana mungkin sebanyak 28 kesilapan berlaku serentak? Apabila kita buat semakan dan penelitian, nama itu telah didaftarkan pada 2012 lalu ketika Rang Undang-undang Daftar Pemilih suku pertama dimansuhkan.

"Lagipun pemilik tidak pernah sewakan rumah itu kepada sesiapa dan beliau menetap di situ sudah lebih 30 tahun," jelasnya.

Justeru, beliau mendesak agar SPR mengambil tindakan secara serius apa lagi negara dikejutkan dengan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin yang diberi kad pengenalan di Sabah.

Satu MyKad, dua nombor pengenalan

Kasthuri Patto pula mendedahkan satu kes yang berlaku di Petaling Jaya membabitkan seorang penduduk bernama Jensen, 25, yang mendedahkan kewujudan dua nombor berbeza pada kad pengenalannya.

"Di bawah nombor MyKad beliau satu lagi nombor pengenalan tertera dalam kurungan.

"Apabila disemak, nombor itu adalah milik seorang pengundi yang lahir pada 1961 di Segambut. Bagaimana boleh jadi begini sedangkan pemilik lahir pada 1988. Bagaimana boleh ada dua nombor pengenalan dalam satu MyKad? soal beliau.

Tambahnya, sudah lebih 10 tahun NGO bersama parti oposisi mendesak SPR membersihkan daftar pemilih di Malaysia.

"Pada 2004, kita pernah desak Pengerusi SPR meletakkan jawatan sebab banyak keraguan dalam daftar pemilih, sekarang sudah tahun 2013, masih tak ada perubahan.

"Najib kata nak buat transformasi tapi tak ada apa yang berubah. Adakah ini merupakan satu lagi kes janji tidak ditepati? ujarnya. – Roketkini.com

MALAYSIA NEWS PENGUNDI HANTU PILIHANRAYA UMUM 13

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Bandaraya <b>Petaling Jaya</b> (MBPJ)

Posted: 11 Jan 2013 06:02 PM PST

Kekosongan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
1. PEGAWAI PENGUATKUASA N41
2. AHLI MUZIK B27
3. PEMBANTU PENGUATKUASA N17
4. PEMBANTU AM PEJABAT N41
5. TUKANG K2 (JURUGEGAS) R11
6. PEGAWAI PENILAIAN W41
7. PENGURUS TAMAN/LADANG G41
8. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27
9. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J29
10.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
11.PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29
12.PENOLONG PEGAWAI SENIBINA J29
13.ARTIS BUDAYA (PEREKA TARI) B27
14.JURURAWAT MASYARAKAT U19
15.PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17
16.JURUTEKNIK J17
17.RENJER HUTAN G17
18.PEMBANTU AKAUNTAN W17
19.PEMBANTU PENILAIAN W17
20.PEMBANTU PENGUATKUASA N17
21.PEMBANTU TADBIR (GURU) N17
22.PEMBANTU TADBIR N17
23.PEMBANTU TADBIR (PENGAWAS) N17
24.PEMBANTU AM PEJABAT N1
25.TUKANG K2 (JURUGEGAS) R11
26.TUKANG K2 (JURUKIMPAL) R11
27.TUKANG K2 (JURULEKTRIK) R11
28.TUKANG K3 (TUKANG PAIP) R9
29.TUKANG K3 (TUKANG CAT) R9
30.TUKANG K3 (TUKANG KAYU) R9
31.PEKERJA AWAM R1
32. PEGAWAI PENERANGAN
33.PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN
34.PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
35.TUKANG K2 (JURULEKTRIK)
36.TUKANG K3 (TUKANG PAIP)

Tarikh Tutup: 24 Januari 2013

Klik Untuk Maklumat Lanjut

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Tampilan YZR-M1 Tunggangan Rossi <b>di Sepang</b> - KOMPAS.com

Posted: 04 Feb 2013 03:08 AM PST

Jelang Uji Coba Pra-Musim MotoGP

Tampilan YZR-M1 Tunggangan Rossi di Sepang

Senin, 4 Februari 2013 | 17:32 WIB

Foto:

KOMPAS.com — Uji coba resmi pertama MotoGP musim 2013 di Sepang, Malaysia, baru akan dimulai pada Selasa (5/2/2013). Akan tetapi, gambar motor yang akan digunakan Valentino Rossi dalam kesempatan tersebut sudah menyebar ke seluruh dunia karena bisa diakses melalui akun Twitter "The Doctor".

Semenjak Rossi memutuskan untuk kembali bergabung dengan Yamaha, sebuah akun baru @YamahaYellow46 pun dibuat. Tujuannya memberi informasi seputar Rossi bersama tim "baru" itu. Sejak akun tersebut muncul, apa pun tentang Rossi dan Yamaha selalu diperbarui.

Nah, salah satu informasi terbaru itu adalah foto-foto motor Rossi yang akan ditunggangi di Malaysia. Yamaha M1 milik juara dunia tujuh kali MotoGP itu tampil dengan warna perak dan hitam, mirip desain motor yang ia kendarai selama uji coba pasca-musim 2012.

Hanya, di YZR-M1 yang akan dipakai dalam uji coba resmi pra-musim ini terpampang sponsor baru Yamaha, yaitu logo Monster, di samping Eneos dan Yamaha Semakin di Depan, yang sudah lebih dulu melekat. Merek minuman berenergi ini, yang sudah lebih dulu menjalin kerja sama pensponsoran dengan tim satelit Yamaha Tech 3, juga ikut menjadi co-sponsor tim pabrik Jepang ini mulai 2013.

Rossi akan menunggang motor tersebut selama tiga hari uji coba di Sepang, bersama rekan setim yang juga juara bertahan, Jorge Lorenzo. Uji coba ini mulai berlangsung Selasa dan akan berakhir pada Kamis.

Sejak akun Twitter @YamahaYellow46 diluncurkan pada November, jumlah pengikutnya sudah lebih dari 5.000 akun.

Editor :

Aloysius Gonsaga Angi Ebo

myMetroMayat wanita ditemui <b>di Sepang</b>

Posted: 29 Jan 2013 01:32 AM PST

Foto Menarik

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika hadir merasmikan Bagunan Lembaga Pertubuhan Peladang di Jalan Sultan Salahuddin, hari ini. Turut kelihatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (kiri) dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Zainal Dahalan (Kanan). FOTO Syarafiq Abd Samad

Foto Menarik

HOLLYWOOD: Daniel Day-Lewis memegang anugerah Oscar bagi Pelakon Lelaki Terbaik untuk wataknya dalam filem "Lincoln" pada upacara Academy Awards ke-85 di sini, hari ini. Day-Lewis adalah pelakon pertama memenangi tiga Oscar bagi kategori itu. FOTO AFP (25/02/2013)

Foto Menarik

HOLLYWOOD: Pengarah filem Argo, Ben Affleck menerima anugerah Oscar bagi kategori Filem Terbaik pada upacara Academy Awards ke-85. FOTO AFP (25/02/2013)

Foto Menarik

MANCHESTER: Pemain Manchester City, Sergio Aguero (kiri) meraikan gol pertama pasukannya hasil jaringan Yaya Toure dalam perlawanan EPL menentang Chelsea pada 24 Feb. Manchester City mengalahkan Chelsea 2-0. FOTO AFP

Foto Menarik

KUCHING: Detik mencemaskan apabila seorang pekerja salah sebuah universiti swasta cuba terjun dari tingkat tujuh bangunan 10 tingkat, di sini. Lelaki itu berjaya diselamatkan anggota bomba dan penyelamat setelah dipujuk selama sejam. FOTO Muhd Zaaba Zakeria

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


Sekolah Menengah Teknik Islam Bakal Dibina <b>di Ijok</b> - dialog rakyat <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 03:10 AM PST


MB Maulidur Rasul 01

BESTARI JAYA : Penduduk di DUN Ijok di sini bakal memiliki satu lagi kemudahan pendidikan terbaik dan berkualiti apabila cadangan untuk pembinaan Sekolah Menengah Teknik Islam bakal direalisasikan dalam jangka masa terdekat.

MB Maulidur Rasul 02

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, butiran lanjut berkenaan pembinaannya itu nanti akan dimaklumkan dari masa ke semasa sebagai usaha meningkatkan keupayaan pelajar bagi memiliki kemahiran yang diperlukan.

"Ramai anak-anak muda yang kurang dari segi teknikal jadi ada sesetengahnya yang tidak tertarik dalam bidang akademik tetapi sangat berminat dalam kemahiran teknikal.

MB Maulidur Rasul 04

"Jadi dengan itu kita dapat mengurangkan keciciran mereka yang tidak mempunyai kemahiran mereka demi kerjaya mereka di masa hadapan," kata Abdul Khalid dalam sidang media di sini.

Sebelum itu, beliau bersama-sama penduduk di Jaya Setia dalam Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di pekarangan Masjid Jamiul Hasanah Jaya Setia di sini.

MB Maulidur Rasul 03

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid yang diterima oleh Penasihat Masjid, Othman Badaei.

Sementara itu menurut Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki ketika dihubungi berkata, tapak pembinaan untuk sekolah berkenaan sedang dikenalpasti yang dijangkakan berkeluasan kira-kira 30 ekar.

Ujarnya lagi, kos anggaran pembinaan sekolah berkenaan adalah kira-kira RM50 juta tidak termasuk harga tanah.

"Kita sudah ada baru satu mesyuarat dan mesyuarat lanjut akan dijalankan dalam masa terdekat.
Katanya, kemungkinan nanti sekolah itu nanti akan diuruskan di bawah kendalikan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Kalau kita hendak bina kita akan membinanya mengikut kehendak Kementerian Pelajaran yang lengkap dari segala kemudahannya," ujarnya.

hot news !!! anwar ibrahim pengsan <b>di ijok</b> - Badut Rakyat

Posted: 21 Oct 2012 07:00 PM PDT


Petang semalam Anwar Juburi telah mengadakan Roadshow PR mengelilingi Selangor untuk meraih undi orang Selangor.Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat ke Selangor yang bermula dari Puchong dan berakhir di Depan Masjid Batu 8 Ijok.

Laporan yang diterima melalui orang kampung Ijok mengatakan jumlah kehadiran hanya sekitar 100 orang dari masyarakat tempatan dan yang selebihnya adalah kumpulan bermotor dan rombongan yang dipungut dari tempat-tempat lain yang Anwar singgah sebelum ini,seperti Kuala Langat,Kapar,Pandamaran dan Assam Jawa. 
Gambar di atas,dapat dari sahabat yang mengikut rombongan tersebut di Assam Jawa.Boleh Dikatakan jumlah kehadiran termasuk rombongan ada la dalam 300++ orang...Malu lah Ketua Pembangkang datang yang sambut hanya 300 orang je ??? Lebih kurang jumlah yang selalu Mat Sabu dapat bila berceramah cerita seks nya bersama Normah Dan yang boleh dikatakan di semua tempat yang dikunjungi Anwar jumlah kehadiran hanyalah sekitar 300 ke 400 orang sahaja. - Jawa Bernam

Ahad, 24 Februari 2013

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Ceramah : Jelajah Merdeka Rakyat <b>di Batang Kali</b>

Posted: 30 Oct 2012 08:50 AM PDT


 

 

Sinopsis:

Ceramah ini telah berlangsung pada 28 Oktober 2012

Layari http://www.selangorku.com

Pendapat Anda

Pendapat

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Warigh N9: Buku bertajuk Agenda DUN <b>Jeram</b> Padang <b>di</b> terbit.

Posted: 15 Feb 2013 06:56 PM PST


JEMPOL - Sebanyak RM800,000 telah diperuntukkan untuk mengatasi beberapa masalah rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk V. S. Mogan berkata, peruntukan itu telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membuat lawatan ke daerah Jempol pada Januari lalu.

Beliau yang juga Ahli Exco kerajaan negeri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan untuk membina tebing bagi mengatasi masalah tanah runtuh di Sungai Muar berhampiran pekan lama Rompin, dekat sini.

"Masalah ini telah berlarutan hampir dua tahun menyebabkan penduduk mulai bimbang keselamatan mereka. Tebing itu akan dibina menggunakan konkrit dan ia akan dijalankan pada bulan Mac ini," katanya ketika ditemui kelmarin.

Menurutnya, terdapat 10 unit rumah kedai berhampiran kawasan itu yang jaraknya hanya lebih kurang tiga meter sahaja dari tebing berkenaan.

"Tanah di tepi sungai itu semakin terhakis akibat musim hujan dan kita bimbang dengan kedudukan bangunan kedai tersebut. Saya amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana membantu penduduk menyelesaikan masalah ini," ujarnya.

Mogan menjelaskan, sebanyak RM300,000 akan digunakan untuk membina pembentung dan meluruskan laluan air sungai di Taman Saujana, dekat sini.

"Laluan lama telah dibina pada tahun 2005 yang tidak sistematik lagi. Jadi kita akan luruskan laluan ini dan ia akan dijalankan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau menambah, peruntukan untuk kawasan itu bertambah setiap tahun dengan RM96,750 pada 2008 meningkat kepada RM203,790 pada (2009, RM331,580 (2010), RM342,650 (2011) dan RM367,000 pada tahun lalu.

Katanya, pihaknya akan melancarkan sebuah buku yang bertajuk Agenda DUN Jeram Padang untuk diedarkan kepada penduduk dalam jangka masa terdekat.

"Buku ini dilancarkan untuk memaklumkan kepada penduduk mengenai pembangunan di kawasan ini sepanjang saya berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan mereka.

"Buku 24 muka surat ini mengandungi gambar dan maklumat tentang pencapaian DUN dari tahun 2008 sehingga 2012. Kita mahu penduduk tahu bahawa segala janji yang saya lafazkan telah ditunaikan dan ia bukanlah sekadar janji kosong," ujarnya.

Beliau memberitahu, pihaknya sentiasa mengambil berat soal kebajikan rakyat dan memberi perhatian serius terhadap amalan mendengar masalah rakyat.

Malah menerusi program MyKasih, katanya, seramai 362 orang telah menerima bantuan barang keperluan bernilai RM80 setiap seorang yang diberi pada setiap bulan bagi tempoh satu tahun.

Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd 

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


UMNO Cawangan Bukit Ampang: Kalimah Allah : Salah Presiden <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2013 11:16 AM PST

AIDCNews – 23/02/13 – Pas didakwa menggunakan strategi 'golok mata dua' dalam menangani isu kalimah Allah, iaitu dua versi keputusan yang berbeza kepada kelompok ahli Pas dan kelompok Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai strategi untuk menyelamatkan sokongan kedua-dua pihak, ahli parti dan Pakatan.
Bekas Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Norman Toha berkata parti itu membuat dua keputusan berhubung isu tersebut, iaitu pada 8 Januari, membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain, ketika bersidang bersama Pakatan, namun pada 13 Januari, ketika mesyuarat Ahli Majlis Syura parti itu, Pas membuat keputusan yang bertentangan dengan keputusan sebelumnya.
"Kenyataan bersama Pas, bersama dengan rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat, PKR dan DAP pada 8 Januari, tidak ditarik semula.
"Saya lihat di situ ada dua keadaan. Pas, orang Pas duduk dalam kelompok orang Pas, mereka mengatakan 'TIDAK BOLEH'. Tetapi Pas bersama orang-orang Pakatan Rakyat, DAP dan PKR, mereka kata 'BOLEH'.
"Adakah Majlis Syura Ulama tidak menyedari keadaan seperti ini ? Saya kata ini mengelirukan orang Pas. Dan lebih mengelirukan adalah orang-orang yang bukan daripada parti Pas,"katanya dalam ceramah memperkasakan akidah anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan di Seksyen 9 di Shah Alam, malam tadi.

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


owssya: Bercuti <b>di</b> Gold Coast <b>Morib</b> Resort

Posted: 03 Nov 2012 08:29 AM PDT

Cuti sekolah tak lama lagi tapi tetiba je kali ni rasa nak pergi bercuti awal sebelum cuti sekolah sebab malas nak bersesak-sesak masa cuti sekolah. Memandangkan minggu ni free dan tiada events maka terbitlah satu idea nak gi berjalan tak nak jauh dan tak nak dekat dari rumah...jadi yang sesuai buat masa ni ialah di Selangor iaitu di Gold Coast Morib Resort. Kalau guna GPS boleh sampai walaupun jalan kampung dan hutan belukar kiri kanan tapi bila lepas pekan Banting dah ada macam-macam infrastruktur (pekan) yang boleh kita nikmati. Percutian ni mungkin sangat sesuai untuk yang ada anak kecil yang mana lebih selamat untuk berada dalam pengawasan berbanding di Lost Of Tambun..silap haribulan memang budak boleh lost kat mana-mana area di Theme park tu...apapun kat sini tak extreme sangat..biasa je..tapi part tempat tinggal sangat memuaskan. 

Kalau di Pantai Morib ni, boleh mandi tapi tak sesuai. Sebabnya air bila pasang waktu pagi masih berombak kuat dan warna airnya tak secantik di pantai Port Dickson. Bilik hotel ni ok tak? Memandangkan hotel ni bukan dah lama sangat beroperasi..bilik yang owsya dapat tip top...best!bersih dan masih baru...no problem at all...suasana hotel best sangat..tapi waktu malam macam ada bau sangat kuat..mungkin kilang getah ataupun kelapa sawit yang berdekatan sedang beroperasi. Entahlah..bau yang kuat sangat jadi, kena duduk diam-diam dalam bilik ataupun keluar pergi pekan cari mcd, kfc ataupun pizza hut atau di Pantai Morib makan satay, minum teh panas, nasi goreng, mee goreng dan macam-macam lagi...nak tunjuk gambar tapi hujan semalam jadi gambar kat tugunya sahajalah yang owsya tunjukkan di atas.



 

Pengalaman owsya: Kalau dari mana anda semua sekalipun, pastikan makan kenyang-kenyang sebelum ke sini..kalau rasa macam dah kenyang pun..tapau je samaada mc donald, pizza hut atau apa-apa kerana ada sebab owsya order ala carte tapi semua kurang sedap sangat tapi waktu minum pagi keesokan harinya barulah makanan macam ok sikit.

gambar lagi..disini: Disini ada gim, Spa, ATV ride..dan mungkin banyak lagi sebab hotel ni masih buat renovation tempat-tempat tertentu di situ...so lepas ni mungkin lebih happening.

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Mekanik Kejam DERA ANAK TIRI <b>Di Klang</b>, Selangor | Que Achmad <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2012 03:40 PM PST


RENTETAN gambar menunjukkan seorang lelaki begitu rakus mendera seorang kanak-kanak dengan mengangkat badan mangsa, menendang, memukul dengan senduk dan memaksanya berlutut dengan mengangkat tangan di sebuah rumah di Klang.

KLANG – Perbuatan kebinatangan seorang mekanik yang mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan memakan diri apabila dia diberkas selepas aksi kejamnya itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook.
Suspek berusia 32 tahun tersebut diberkas pada pukul 8 malam kelmarin di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini iaitu tempat di mana kejadian dera itu berlaku. Dia diberkas apabila polis menerima laporan jirannya sejam selepas dia melihat rakaman tersebut.
baca lagi dan tonton VIDEO Penderaan, Klik TAJUK ENTRI ni

Difahamkan, ketika serbuan, suspek berada di dalam rumah itu bersama mangsa tetapi isterinya telah melarikan diri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Jani Ahmad berkata, kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dan pemeriksaan menemui kesan kecederaan dan calar di badan serta kepalanya. Katanya, polis percaya mangsa telah didera oleh bapa tirinya sejak dua bulan lalu.

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


Groupon tawar tunggang Unicorn <b>di Ulu Yam</b> | CuteCarry - Malaysia <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2013 03:33 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Jika anda berminat dengan dunia fairytale atau terpengaruh dengan cerita Barbie,mungkin anda berminat dengan tawaran ini iaitu menunggang Unicorn di Ulu Yam...

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Polis Digesa Tangkap Dalang Sabotaj Billboard Pelancongan <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 03:00 PM PST

SEKINCHAN 20 FEB : Pihak polis digesa menjalankan siasatan segera dan menangkap dalang disebalik perbuatan mengsabotaj papan billboard yang mempromosikan pelancongan di Sekinchan.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, sebelum ini berlakunya demonstrasi yang didakwa didalangi oleh Umno Sungai Besar yang mengancam untuk mengecat billboard yang ada memaparkan gambar Suee Lim.

"Saya kesal dengan cara politik yang dimainkan oleh mereka yang memainkan sentimen perkauman.

"Sedangkan niat saya ikhlas untuk mempromosikan produk hasil laut Mentarang yang dijual di sekitar Sekinchan ini," kata Suee Lim dalam sidang media yang diadakan di sini.

Jelas Suee Lim, kejadian sabotaj papan tanda billboard itu tidak wajar kerana papan tanda itu adalah bertujuan mempromosikan kawasan Sekinchan sebagai kawasan tarikan pelancongan dalam dan luar negara yang kini sedang giat dipromosikan.

"Promosi saya ini adalah untuk mempromosikan Mentarang kepada pengguna jalan raya di sini agar mereka mengetahui kewujudan hasil laut itu dan ini secara tidak langsung menaikkan pendapatan peniaga dan mendapat keuntungan yang lebih," katanya.

Tambah Suee Lim, tiga laporan kepada polis  dilakukan berhubung kejadian sabotaj itu yang memerlukan tindakan segera polis mengambil tindakan.

"Kita sedang menunggu apa tindakan yang akan dilakukan oleh pihak polis untuk melakukan sesuatu," kata Suee Lim.

Tambah Ketua Kampung Parit 7 Baroh, Rojikin Sarbini berkata, hanya pihak Majlis yang boleh menjalankan tugas jika ada kesalahan dalam peraturan memasang papan tanda billboard itu.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Muslimeen United: Pelakon Hebat Senaman Punggong, Bagi Air <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2012 09:06 AM PDT


Cukup-cukup hebat manusia yang ini. Anda sudah mengenalinya. Sebelum in i beliau beraksi senaman punggong di rumah Ambiga, selepas itu kami dedahkan tentang pelakon yang dikenalpasti membahagikan air di Balakong, sekarang ia memegang watak utama demonstrasi tuntut air percuma di Puchong Selangor.

Siapa? Siapa lagi kalau bukan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom!

Gambar tersebut di disiarkan oleh akhbar tempatan dan kita amat cam dengan topi yang digunakan. Cukup hebat beliau dengan topi komandonya itu.

Di dalam "filem" terbaru ini, beliau bersama-sama kononnya dengan 5,000 orang (itu angka BERNAMA, sedangkan dalam gambar kelihatan cuma 50 orang saja) penduduk Pangsapuri Putra Perdana mengadakan bantahan menuntut air percuma yang dikatakan telah dijanjikan Kerajaan Selangor.

Peguam kepada demontsran ini, Kamarudin Ahmad berkata bahawa "Semua kes diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk diadili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto)."

Cukup pelik bagaimana seorang peguam boleh membuat tuntutan dengan bersandarkan "manifesto" sedang manifesto bukanlah satu akujanji atau perjanjian bertulis (kontrak) yang mempunyai kuatkuasa melalui undang-undang.

Seperkara lagi, seperti yang diumumkan berkali-kali oleh kerajaan Selangor, mereka yang layak untuk mendapat air percuma ialah mereka yang menggunakan meter persendirian dan bukan meter pukal. Tetapi ada pihak yang sengaja tidak mengindahkan syarat tersebut dan membuat tuntutan tunggakan dengan dibantu oleh agen-agen pembakar sentimen.

Pihak mereka terlupa bahawa kerajaan negeri Selangor mempunyai ruang untuk menyaman semula pihak yang melakukan kakacau ganggu (nuisance), fitnah (defamation) dan tanggungan keras/tegas (strict liability) di bawah undangh-undang tort!

Jawapan tegas MB Selangor sebelum ini: NTBL (No time bo layan)....terhadap bayar tunggakan air percuma adalah tepat.

ads