Sabtu, 22 Jun 2013

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


aLw!z b3 my baby: Cendol Bakar Kuala Selangor Kini <b>di Dengkil</b>

Posted: 27 May 2013 01:11 AM PDT

Cendol Bakar Kuala Selangor yang masuk JJCM tu dah bukak cawangan kat Dengkil yuolls... aku tau pon sebab tengok membe check-in kat fesbuk.. huhuhu.. dan-dan tu jugak wasaps cik laki ajak pegi... 
tapi last two weeks baru dapat merasa. hewhew... lepas tengok Iron Man kat Alamanda terus terjah sini.. masa tu pon dah kui 6 lebih..
 pegi dah lewat petang, so kurang la sikit beratur nyer..

 macam² jenis cendol ada.. harga pon masih ok-ok.
 kat sini konsep die self-service yer... sila la beratur, bayar, then bila dah dapat cendol duduk la mana² meja yang kosong.
 aku memang hantu cendol pulut. 

 hubby order cendol durian.

 budak ni pulak belasah je mana²... tak memilih punya.. muahahaha....

boleh jugak order goreng² kat sini.. hubby order kueytiaw goreng.

 mee kari ni rasa dia not bad.
komen aku pulak pasal rasa cendol ni... ermmm... tak kena dengan tekak aku la. aku tanya hubby sedap tak? die senyum² jer.. so paham la... bagi kami cendol ni biasa² jer... gula merah tu dia bakar dulu so rasa pahit sikit. klu kurangkan gula merah tu better skit aku rasa... yang specialnya cendol ni sebab ada nata de coco dalam tu.

kalau rasa malas nak makan kat kedai, korang boleh jer drive-thru kat sini... 
kedai die biasa² jer.. lantai simen pon tak rata. hubby ku cakap nanti dah untung skit boleh la renovate setanding dengan nama kedai yang dah glamer ni kan?? huhu..

Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


Roketkini.com >> “Kampung Seni” <b>Padang Jawa</b> jadi ikon usaha <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2013 09:33 PM PDT

"PADA mulanya masyarakat kampung agak janggal dengan cadangan saya…" – Aisyah Baharuddin, Artis

TEMBOK kelabu yang kusam, comot dan berdebu sudah hilang. Dinding pagar yang warnanya luntur, sudah pun berubah wajah. Pemandangan menyakitkan mata dengan lambakan tempelan poster ubat kuat, urut batin, pinjaman wang yang terpamer sepanjang tembok jejantas dan laluan jalan atas sudah ghaib. Semuanya digantikan dengan karya lukisan mural dan grafiti oleh artis, anak-anak muda dan kanak-kanak sekitar yang peduli pada lingkungan mereka.

Dua kampung yang menjadi titik temu sempadan bandaraya Shah Alam dan Klang telah menjadi saksi bangkitnya sebuah gerakan seni untuk masyarakat. Kampung Padang Jawa dan Kampung Karuppiah (kejiranan Padang Jawa) melakar sejarahnya tersendiri.

Anak muda peduli pada lingkungan

Gerakan seni ini dipelopori oleh sebuah komuniti seni yang dinamakan T.I.G.A bermaksud Tindakan Gerak Asuh. Ia diasaskan oleh Aisyah Baharuddin, seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus daripada UiTM bersama dua lagi teman iaitu Mohamad Idham Ismail, graduan Unisel yang menamatkan pengajian dalam jurusan Senireka Grafik dan Farhana Mohd Tajali juga graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus UiTM.

Aisyah merupakan tunjang utama T.I.G.A  berpengalaman luas dalam bidang seni lukis, mural, seni persembahan dan hampir 15 tahun menceburkan diri sepenuh masa dalam aktiviti seni malah beliau acap kali menyertai pameran lukisan yang diadakan di seluruh negara.

Hingga setakat ini, komuniti T.I.G.A yang beroperasi di Pusat Sekitar Seni, Kampung Karuppiah berjaya memimpin kanak-kanak dan remaja kejiranan ini untuk turut serta meraikan kepelbagaian seni dan menambah kemahiran mereka dalam bidang seni lukis. Hujung minggu bagi anak-anak ini tidak lagi menjadi satu hujung minggu yang membosankan dengan tayangan Sponge Bob yang diulang-ulang.

"Kampung seni pertama di Selangor"

Siapa sangka, kejiranan Padang Jawa mencatat sejarah pada 23 Mac 2013 lalu apabila sebahagian besar dinding tembok dan pagar rumah laluan utama dilakar dengan pelbagai bentuk lukisan mural dan grafiti berwarna-warni membawa mesej sivik mengangkat tema alam sekitar dalam Festival Seni Jalanan Padang Jawa atau lebih dikenali sebagai Padang Jawa Street Art Festival 2013 (PJSAF).

Tema alam sekitar dengan mempromosikan aktiviti kitar semula dan menjaga kebersihan amat bersesuaian dengan implementasi dasar hijau Kerajaan Negeri Selangor mahu pun Kerajaan Persekutuan. Atas usaha gigih komuniti ini, kini kejiranan Padang Jawa sudah digelar orang sebagai "Kampung Seni".

Menurut Pengarah PJSAF, Aisyah Baharuddin, festival sebegini merupakan julung-julung kali diadakan dalam kejiranannya itu dan beliau tidak menolak kemungkinan ianya adalah yang pertama kali dianjurkan di Selangor.

"Idea untuk menjalankan festival ini timbul apabila melihat kepada persekitaran kampung dan berasa 'sakit' dengan pemandangan tembok yang banyak ditampal dengan 'iklan haram'.

"Saya fikir, dengan kemahiran yang ada bersama teman yang lain, mungkin kami boleh lakukan sesuatu untuk kampung dan masyarakat di sini," ujar Aishah ketika ditemui baru-baru ini.

Ditanya mengenai sumber kewangan dan peralatan, pengasas T.I.G.A itu berkata mereka mendapat tajaan dari syarikat swasta, Nippon Paint (M) Sdn Bhd dan kerajaan melalui Dana Belia 1Malaysia.

PJSAF turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Jawa, Balai Seni Visual Negara (BSVN), Komuniti Buku Jalanan, Media Legal dari Jakarta, gabungan artis tempatan seperti Escape, Medea Project, dan beberapa individu artis yang lain.

Langit petang yang suram dengan hiruk-pikuk kenderaan pulang dari kerja di tempat lain tidak lagi sama dengan kejiranan Padang Jawa. Di balik deruan enjin kenderaan, waktu petang di sini menjanjikan pemandangan yang berbeza.

Atas usaha gigih T.I.G.A yang mendapat kerjasama baik penduduk kampung, JKKK dan kelab belia sekitar, kini, kejiranan Padang Jawa bertukar wajah dan boleh diangkat sebagai sebuah destinasi pelancongan. Sebuah 'perkampungan seni' buat pertama kalinya dalam sejarah negeri Selangor.

Mengukuh perpaduan kaum melalui aktiviti melukis

Kedudukan kawasan kampung yang terletak di antara dua bandar ini menjadikan ianya satu kawasan campuran pelbagai kaum dengan penempatan komuniti Melayu, India dan Cina.

Bagi Aisyah, selain mendidik masyarakat mengenai peri-pentingnya menjaga kebersihan dan persekitaran, PJSAF yang berlangsung selama tujuh hari itu telah merapatkan lagi hubungan antara masyarakat pelbagai kaum di sini.

"Kami menerima sokongan penduduk kampung dan ketika festival ini berlangsung, kami dapat lihat bagaimana masyarakat sekitar terutama remaja dan kanak-kanak berlainan kaum dapat berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama.

"Biasanya, aktiviti majmuk sebegini cuma dapat dilakukan di sekolah atau padang bola sahaja," ujar Aisyah.

Beliau berpendapat, usaha untuk memasyarakatkan seni ini harus terus mendapat sokongan penduduk, masyarakat sivik atau kerajaan dalam menjamin satu kerangka untuk mendidik masyarakat melalui seni sekaligus merapatkan jurang perbezaan antara kaum.

Meluaskan aktiviti komuniti untuk masyarakat

Walaupun PJSAF telah berlalu, T.I.G.A masih giat meneruskan aktiviti kesenian mereka dengan memperbanyakkan lagi lukisan mural dan grafiti dengan pembabitan remaja dan anak-anak muda setempat.

"Selain melukis, kita juga membuat kelas membaca secara percuma untuk kanak-kanak yang dijalankan di pusat komuniti kami di sini (Pusat Sekitar Seni) hampir setiap hujung minggu," jelas Aisyah.

Katanya, T.I.G.A turut merancang memperluaskan lagi aktiviti mereka seperti penganjuran bengkel percuma seperti bengkel penulisan, lukisan, asas fotografi dan sebagainya.

"Pusat Sekitar Seni ini mempunyai ruang yang selesa dan cukup untuk menjalankan aktiviti dalaman dan kita berharap masyarakat kampung terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak mendapat manfaat," kata beliau.

Bagi seluruh penduduk di Shah Alam mahu pun di seluruh negara, usaha komuniti ini dalam memasyarakatkan seni perlu menjadi perhatian dan diberi sokongan samada dalam bentuk peralatan atau kewangan.

Di akhir perbualan kami, Aisyah menegaskan bahawa hasil karya seni tidak hanya eksklusif di galeri yang jauh daripada masyarakat. Seni juga harus memasyarakat dan dimasyarakatkan.

"Seni perlu memberi sumbangan dalam membentuk sebuah persekitaran kejiranan yang ideal dan kukuh," katanya.

T.I.G.A boleh dicapai dalam talian di [email protected] atau melalui www.facebook.com/streetartfest2013pdgjawa atau terus hubungi 013-6613243 (Aisyah Baharuddin)

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


VIDEO PENDEDAHAN ADA MARKAS SYIAH <b>DI KLANG</b> SELANGOR

Posted: 19 Jun 2013 02:09 PM PDT

Rakaman video pendedahan ada markas Syiah di Klang Selangor?

Sebuah rakaman klip video yang berdurasi 5 minit dipercayai pengikut fahaman Syiah dikatakan bergerak aktif mengamalkan ajaran mereka di sebuah markas di Klang mula tersebar di internet

syiah di klang video pendedahan ada markas syiah di klang selangor

Difahamkan motif penyebaran video tersebut dilaman sosial Facebook dan di Youtube adalah sebagai pendedahan bersifat umum yang memohon tindakan selanjutnya dari pihak berwajib tentang aktiviti penyebaran Syiah secara diam di Malaysia yang dikatakan semakin berkembang

Dalam rakaman video itu dipercayai semasa pelancaran markas Syiah melayu di Klang, memaparkan cara kumpulan tersebut melaungkan iqamah, mengangkat takbir, cara bersalam dan selawat yang nyata berbeza dengan kebiasaan dilakukan pengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah

Berikut adalah rakaman video yang dimaksudkan dimuat naik dilaman Youtube oleh individu tertentu

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Keikhlasan itu Penting: Mandi manda <b>di</b> Gold cost <b>morib</b>

Posted: 28 May 2013 09:26 PM PDT

tengah penyelia aku takde ni..aku cepat2 update blog..guna berok band aku..hahaha...kerja pagi tadi aku dah hadap..dah siap tapi ada lagi sikit nak siapkan..pasal pengiraan tu yg aku tak siap2...aku peningla...tak mau pening mai update blog yg dah lama aku tak jenguk...last hari tu aku update pasal langkawi..tapi takde mood nak post ..nnati aku carik mood update pasal langkawi..best sgt langkawi...

minggu lepas kami pi lepak king di gold cost morib..pi bawak anak2 mandi manda...duk umah ada gaji pi la...lagipun anniversary kawin kami..nak pi jauh tak dan la..

korang mai la sini best juga..kolamnya sangat sesuai utk anak2...utk dewasa pun ada...walaupun kecik tapi padat dgn aktiviti kolam...

jom layan gmbr2 ni...pi la tau...nnti aku nak pi lagi bawak family adik beradik aku..




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Kemalangan Ngeri Perodua Viva <b>Di Shah Alam</b> 16 Jun 2013

Posted: 16 Jun 2013 05:54 PM PDT

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Kenali Calon PAS P095 Tanjong Karang - PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 20 Apr 2013 11:22 AM PDT

Latar Belakanggambar 04

Berusia 49 tahun, Dr Mohamad Rashdi Deraman, dilahirkan di Machang, Kelantan pada 17hb Mac 1964. Beliau merupakan anak 5 daripada lapan orang adik beradik yang terdiri dari  lima lelaki dan tiga perempuan. Bapanya, Deraman Haji Salleh adalah merupakan seorang petani, manakala ibunya, Selamah Ali adalah merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Labok, Machang pada tahun 1970 sehingga tahun 1976, beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Abd Samad, Pulai Chondong, Kelantan pada tahyn 1977 sehingga tahun 1982.

Beliau kemudian memasuki Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) Kuala Lumpur dalam bidang Bahasa pada tahun 1986, dan berjaya memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1989.  Kerana cintakan ilmu pengetahuan, beliau sekali lagi telah melanjutkan pelajarannya di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan, Indonesia dalam bidang Kaunseling Islam pada tahun 2006 dan telah 051020111130mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan pada tahun 2008.

Rumahtangga

Dikenali dengan panggilan mesra dikalangan rakan-rakan sebagai Cikgu Rashdi, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang pendidik, Ustazah Siti Alpiah Binti Kayun. Hasil perkongsian hidupnya, beliau kini telah dikurniakan seramai  tiga orang cahayamata yang terdiri dari dua lelaki dan seorang perempuan.

Kerjaya

Memulakan kerjaya sebagai seorang wartawan Mingguan Politik pada tahun 1986, Cikgu Rashdi telah memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan (SK) Petaling, Kuala Lumpur sebelum berpindah  di SK Batu 9 Jalan Bomba pada tahun 1990 sehingga tahun 2000. IMG_0374

Sebaik sahaja melepaskan jawatan sebagai seorang pendidik, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Operasi di Pupuk Nilai Murni, Kelantan pada tahun 2005 dan pada tahun 2006 beliau telah dilantik sebagai Pengurus Operasi Akademi Keluarga Bahagia Kelantan.

Selepas daripada itu, akibat daripada tekanan politik beliau telah dipindahkan di beberapa buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) (SRJK)(C) Kuala Kubu Bharu, kemudian ke SRJK(Tamil)Batang Berjuntai. Beliau kemudiannya telah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai seorang pendidik pada tahun 2004 di SK Sungai Terap Tanjong Karang.

Mula Bergiat Aktif Dalam Parti

Dalam bidang politik pula, beliau mula diberikan peranan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Machang Kelantan pada tahun 1985. Manakala pada tahun 1986 beliau telah diamanahkan sebagai Ketua DPP Kawasan Petaling Jaya pada tahun 1986. Dan pada tahun 1988 beliau turut diamanahkan seagai AJK DPP Negeri Selangor.

IMG_4260Pada tahun 1999 pula beliau telah diamanahkan sebagai Ketua DPP Kawasan Tanjong Karang sehingga tahun 2003. Beliau kemudian telah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan pada tahun 2003 sehingga tahun 2004.

Beliau sekali lagi telah dilantik sebagai AJK PAS Kawasan Tanjong Karang pada tahun 2008 sebelum diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang pada tahun 2009 sehingga tahun 2010. Dalam pada masa yang sama beliau turut diamanahkan sebagai Pengerusi Lajnah Cawangan dan Keahlian Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Selangor.

Manakala pada tahun 2011 beliau telah diamanahkan pula sebagai Timbalan YDP PAS Tanjong Karang dan beliau memegang jawatan tersebut sehingga sekarang.

Semasa di Kelantan, beliau turut pernah diamanahkan sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Machang, KelDSC_7899antan bagi sesi 2009 / 2008.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Negeri Selangor pada tahun 2008, beliau telah diamanahkan sebagai Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong dan memegang amanah tersebut sehingga pada tahun 2012.

Aktiviti Masyarakat

Selepas itu beliau banyak menumpukan kepada kerja-kerja dakwah apabila dilantik sebagai Pengerusi Akademi Daie Malaysia (ADAM) sehingga sekarang selain turut memainkan peranan sebagai seorang pendidik di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Khalifah Abd Khalip yang terletak di Parit Ban 4 ½ .

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


bekas ap <b>hulu selangor</b> kini asyik mintak <b>di</b> cameron highland?

Posted: 13 Jun 2013 04:00 AM PDT

BNBBC Perak bidas G.Palanivel

KENYATAAN AKHBAR
DATO' MOHD KHUSAIRI ABDUL TALIB
PENGERUSI KELAB ADUN BN NEGERI PERAK (BNBBC PERAK)

Tindakan Dato' G. Palanivel mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkaitan perlantikan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak telah meletakkan dirinya pada taraf bukan seorang presiden parti.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana dan akhbar-akhbar Tamil hari ini, Palanivel jelas telah mengugut Dr. Zambry untuk MIC menolak sebarang jawatan dalam Kerajaan Negeri, termasuk Pegawai Khas, Ahli-ahli Majlis kerajaan tempatan dan Penasihat Kepada Menteri Besar jika parti itu tidak diberikan jawatan Speaker.

Tindakan Palanivel ini menggambarkan seolah-olah beliau bukanlah seorang presiden sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berpegang kepada prinsip muafakat dan menyelesaikan sebarang perkara melalui saluran.

Beliau sepatutnya berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan beliau hilang kredibiliti selaku pemimpin.

Tindakan Palanivel mengugut Menteri Besar Perak adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan amat dikesalkan memandangkan Dr. Zambry sehingga kini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kedudukan Speaker.

Beliau tidak seharusnya menjadikan perkara perlantikan Speaker Dewan Negeri Perak dan Menteri Besar sebagai 'kambing hitam' untuk mengukuhkan kedudukan dalam parti serta menarik perhatian ahli-ahli MIC.

Oleh itu, janganlah Presiden MIC itu mencari alasan lain untuk mengembalikan popularitnya, termasuk mengheret urusan pentadbiran negeri dengan masalah politik yang sedang dihadapi beliau.

Kita percaya MB Perak tidak akan melupai masyarakat India dalam pentadbiran negeri. Malah ketika Palanivel tidak mengendahkan kedudukan jawatan kaum India dalam pentadbiran negeri, Dr. Zambry menambahkan lagi seorang pegawai khas, seorang Penasihat, selain tambahan senator.

Palanivel sepatutnya memikirkan dengan semasak-masaknya sebelum membuat sebarang kenyataan, dan menghormati jawatan Presiden sebuah parti komponen BN yang disandangnya.

DATO' MOHD KHUSAIRI ABDUL TALIB
TANJONG MALIM

9HB JUN 2013

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


kisah.klassik.untuk.masa.depan: Riadah <b>di</b> stadium <b>kajang</b>

Posted: 18 Jun 2013 01:57 PM PDT

Assalamualaikum.. Seronok sebenarnya bila dapat keluarkan peluh sekali sekala.. Maksud aku, beriadah luar rumah dengan family, dengan anak-anak.. Since aku nie duduk apartment yg tiada taman di sekitarnya, maka tempat riadah yang selalu kitorg pergi bawa anak-anak, indoor park jelah.. Playground dlm mall.. Anak-anak berpeluh banyak, mak bapak diduk tengok sambil menambah lemak..hmmppfftt..
So, weekend baru-baru nie ajak husband  pergi stadium kajang.. First time pergi waktu petang, masyaAllah, ramainya manusia yg turut sama beriadah.. Yang jogging satu hal, anak-anak kecil main kat playground pun teramat ramai.. 
Dapatla mommy seround setengah sebelum kejadian tapak kasut tercabut.. Hahaha.. Kasut nampak baru tapi dek kerana terlalu 'rajin' bersenam maka tamatlah riwayat begitu saja.. Tak pepasal dapat crocs celup satu.. Thank you daddy..
Seronok sebenarnya beriadah kat sini.. Walaupun hanyalah stadium kecik tapi okla untuk penduduk kajang.. Ada la beberapa kemudahan untuk bersenam kat sini.. Sekitar stadium berpagar, playground luas, kira selamat dan selesa.. Cuma part parkinh sedikit..
Nie salah satu tempat fav aku kalau ke sini.. Sambil jalan terkedek atas batu, menahan kaki sakit.. Banyak benor sakit mommy kamu nie nakkk.. 
Anis jugakla yang seronok, melayan angin dan matahari pagi.. Bukan selalu dapat tengok langit ye nakkk.. 
Dan, orang yang paling seronok sekali tentulah Amal Khalisah.. Kemain lagi turun naik slide, lari sana sini.. Gumbira rasa hati dapat jumpa playground seminggu sekali.. Main sepuas hati sampaikan mommy daddy yg tak larat nk tunggu.. Bila dah sampai sini, nak ajak balik bukan la sesuatu yang mudah.. Menangis? Opkossss...
Owh, lupa bak bgtau.. Stadium nie buka sampai malam... Kot-kotla lepas makan satay samuri, rasa nak bakar balik kalori yang ada, bolehla datang sini... Sebelah je punnn...





12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jun 2013 01:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2013 01:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2013 01:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Feb 2013 01:22 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Geringsing Pecah: Pas pilihan <b>di Sijangkang</b>

Posted: 06 Feb 2013 09:09 PM PST

SELEPAS hampir sepenggal menawan kerusi Dun Sijangkang daripada Barisan Nasional, Pas cukup yakin mampu mempertahankan kembali kedudukannya di kawasan tersebut.

Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, calon Pas masih di hati penduduk dan tidak mustahil mereka akan tetap memilih pemimpin dari parti yang sama untuk terus berada di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Menurut beliau, tidak kira sama ada dirinya dicalonkan semula atau tidak, pengundi di Sijangkang dilihat cukup selesa berada di bawah pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat dan calon Pas tetap menjadi pilihan hati mereka.

" Bagi saya, biarlah pucuk pimpinan Pas dan PR membuat pemilihan calon dan jika ditakdirkan tidak menjadi calon di sini dalam PRU13 nanti, saya tidak kisah asalkan wakil PR terus mentadbir rakyat di sini seperti kemenangan yang dikecapi lima tahun lalu," katanya.

Dr Ahmad Yunus berpendapat, jika Pas dan PR mahu terus mengekalkan kemenangan itu, mereka perlu mendekati pengundi atas pagar kerana undi golongan tersebut memberi impak cukup besar pada PRU13 nanti.

"Kita kena akui bahawa undi golongan atas pagar adalah penentu kepada kemenangan, jadi kami perlu terus mendekat kelompok ini dalam memastikan terus kekal di Sijangkang.

"Selain memberi tumpuan kepada soal kebajikan rakyat, masa depan anak-anak bersekolah dan belia merupakan fokus utama yang diberikan bagi menentukan hala tuju golongan ini," katanya.

Kata beliau, dalam tempoh lima tahun ini, pelbagai masalah masyarakat berjaya diselesaikan oleh pihaknya, manakala perancangan masa depan telah dibuat kerana kawasan Sijangkang merupakan lokasi tumpuan kerana berhampiran dengan Lembah Klang.

"Tidak mustahil Dun Sijangkang masih boleh dikekalkan memandangkan pada pilihan raya lepas kita hanya tewas kepada satu kerusi sahaja iaitu di Dun Morib.

"Tetapi, dengan perancangan yang dibuat melalui pelbagai latihan simulasi dan aktiviti turun padang memberi impak kepada dua kawasan tumpuan, iaitu Dun Morib dan Dun Sijangkang sebagai pilihan pimpinan Pas yang bakal menerajui kepimpinan pada PRU nanti," katanya.

"Sebagai wakil rakyat yang sudah menerajui pimpinan di Dun Sijangkang dan menjadi Exco Selangor, saya yakin pimpinan PR  yang berganti sekalipun mampu menunjukkan prestasi yang baik dan mempertahankan kerusi yang dimenangi," katanya.

Jumaat, 21 Jun 2013

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Saya Pengedar Sah Shaklee <b>di</b> Kawasan Anda (<b>Cheras</b>, Bandar <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2013 08:41 AM PDT

Salam semua. Untuk penghantaran sebarang set Shaklee di kawasan Cheras, Bandar Tun Razak, Jalan Tun Razak, Ampang atau kawasan yang sama waktu dengannya, boleh hubungi Ira untuk mendapatkan supplement-supplement anda.

Maklumlah, Shaklee semakin terkenal sebab banyak testimonial yang bagus dan ramai yang berikan feedback yang baik. Jadi, semuanya nak Shaklee cepat sampai di tangan. Jangan risau bagi kawasan yang Ira nyatakan di atas, atau mana-mana kawasan sekalipun (Lembah Klang of course!) Ira boleh COD insyaAllah jika masa mengizinkan.
Bagi kawasan-kawasan lain, boleh refer di sini, pengedar-pengedar Shaklee di sekitar anda. 
Your trusted Shaklee Distributor

Tonton Final Axiata Cup <b>di</b> Stadium Badminton Kuala Lumpur <b>Cheras</b>

Posted: 13 Apr 2013 06:17 PM PDT

Semangat Axiata Cup sudah sampai ke Final. Siapa pergi tonton perlawanan akhir Axiata Cup hari ini? Jumpa anda disana ya..

Ribuan terima kasih kepada Celcom kerana memberi 2 keping tiket yang bernilai RM 33 sekeping kepada saya untuk menyaksikan perlawanan Akhir Piala Axiata pada 14 April 2013 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras. :)

Voucher Axiata Cup

Dapatkan yang terbaik daripada Piala Axiata dari The Cube! Langganlah wallpaper Axiata Cup dari The Cube dan jawab soalan-soalan mudah berkaitan sukan untuk melayakkan anda memenangi kereta baru Nissan Teana. Selain itu, jika anda terpilih sebagai pemenang harian, anda berpeluang untuk memenangi pek eksklusif badminton bernilai RM 2,000 dan peluang untuk mencabar radio cruiser bermain Gateminton di depan pintu rumah anda. Jika anda dapat mengalahkan cruiser, anda akan memenangi wang tambahan bernilai RM2, 000!

Axiata Nissan Teana

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Dail *888# dan pilih Axiata Cup 2013 kemudian, pilih "stand to win Nissan Teana". Ingin mengetahui cara-cara untuk memenangi hadiah-hadiah yang lebih hebat? Jom layari http://www.thecube.my

Okaylah sekarang sudah jam 9 pagi. Jumpa anda di Stadium Badminton Kuala Lumpur Cheras.

xoxo!

sign5.png

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Jom Makan Seafood <b>di</b> Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, <b>Port</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jun 2013 07:36 PM PDT

Semalam, kami sekeluarga pi ke Port Klang untuk menikmati makanan laut di Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan.
Nak tahu lebih lanjut boleh le call 03-3176 6929 or 3176 6001. Waktu ditutup adalah sehingga pukul 3 pagi hari minggu dan dibuka pukul 5.30pm.
Ni alamat lengkap ya, di Jalan Sultan Hishamuddin, Kawasan 20, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Selangor. 
Memang besar betul tempat ni, entah berapa ratus boleh muat, rasanya paling kurang 300 ratus.
Pilihlah tempat duduk yang sesuai ya.
Ni senarai harga makanan. Harga untuk yang dimasak dan dibakar adalah berbeza.
Pilihlah makanan laut yang nak ya.
Udang, sotong, ketam dan macam-macam lagi.
Kalau pepahat dan lala, ianya dijual dalam betuk pek. Bagi lala, ianya RM25 sekilo bagi yang dah siap dimasak.
Penggemar ikan jangan risau, mesti ada, sebut tu tempat ni menggunakan nama ikan bakar.
Lepas pilih then timbang, kita diberi benda alah ni, then bawa ke tempat duduk kita then panggil le pekerja untuk order benda lain.
Danish dan Afiqah asyik tengok apa yang nak dipesan.
Sate, buah, tauhu bakar, aiskrim ada kat sini.
Ni le ikan jenanah masak sweet sour yang kami pesan. Saiz kecil ni RM18, sesuai le untuk saya ngan wife makan. Secara keseluruhan ikan ni, just OK, tak nak bagi pandangan banyak dan ratingnya 7.0 out of 10.
Sotong ni, murah aja, RM7.50. Ianya sedikit liat dan tepungnya memang garing. Oleh itu, saya bagi 6.7 out of 10.
Lala @RM25 ni dimasak merah dan for me tak berapa segar sangat. Actually makanan laut ni tak sesegar kat Aroma Ikan Bakar. Yang ni saya bagi rating 6.3 out of 10.
Banana split untuk anak-anak boleh tahan juga. Harganya pun berpatutan @RM5.50.
Ingat ya kat sini tak disediakan tisu yang biasa kita dapat kat tempat lain, diaorang "bagi" tisu basah yang dikenakan caj sebanyak 30 sen satu paket ni. Dalam ni ada satu helai aja. So untuk 4 orang, RM1.20 dikenakan.
Bil keseluruhan adalah RM72.60. Bagi saya harganya berpatutan dan suasana kat sini memang cantik. Maklumlah tepi pantai. Tak sempat nak ambil gambar kapak besar. Anyway untuk pemandangan sunset, saya akan share dalam entri akan datang ya. (update: Cantik betul tengok sunset).
Kalau datang awal mudah gak nak parking tepi-tepi jalan ni. Tapi after maghrib, memang ramai betul.
Parking jangan tak parking ya.
Untuk solat, jangan risau, surau disediakan.

 Ni le sekeping gambar yang diambil di tepi laut. Itu le tisu basah yang saya maksudkan tadi, dipegang oleh Afiqah.

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Vacancy at AVON <b>SALAK</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jun 2013 12:00 AM PDT

Salam Semua,

Maaf tak dapat reply pada PM sebab saya masih orang baru dalam forum ini,

Kedai Avon Salak Tinggi akan mula beroperasi semula pada 14 Jun 2013 (Jumaat);

Hari Operasi: Isnin - Sabtu dan hari-hari terpilih pada hari Ahad
Waktu: 10.00 pagi hingga 7 petang
Alamat:
AVON
No 5A, Jalan ST1C/6, Medan 88,
Bandar Baru Salak Tinggi
(belakang Maybank / berhadapan Empress Hotel).
Tel: 87066330
Kami memohon ribuan maaf kerana dalam masa yang sama, AVON Salak Tinggi sedang mengadakan proses naik taraf dan ubah suai kepada warna baru-magenta -pink. Demi keselesaan pelanggan semua, segala kesulitan harap di maafkan.

Dalam masa yang sama kami masih mengadakan process recruitment untuk menambah pekerja di kedai kami.

Sekian, jumpa anda di sana - Avon Salak Tinggi
Maserra

ads